lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Terengganu Mahu Tindakan Drastik Kawal Hasil Perikanan
Terengganu Mahu Tindakan Drastik Kawal Hasil Perikanan
Kerajaan Terengganu menggesa tindakan drastik perlu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan bagi menyekat aktiviti penjualan hasil perikanan negeri di tengah laut.
20 Dec 20
136
Bot Karam, Tiga Nelayan Hilang Sumber Pendapatan
Bot Karam, Tiga Nelayan Hilang Sumber Pendapatan
KEMAMAN, 10 Disember - Tiga nelayan di Chukai di sini hilang sumber pendapatan selepas bot mereka karam dalam sekelip mata. Juragan bot, Rozak Mohd, 64, berkata mereka sebelum ini bergantung pada pekerjaan itu bagi menyara keluarga. Namun kini katanya, ia memberi beban kerana mereka tidak lagi dapat turun ke laut bagi mencari rezeki. "Kami bertiga mempunyai tanggungan sendiri. Kami tiada duit untuk menampung perbelanjaan untuk keluarga. "Tambahan pula musim begini, bulan Januari nanti pula anak-anak akan ke sekolah, sudah tentu ia memerlukan kewangan yang secukupnya untuk itu," ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai. Rozak yang tinggal di Kampung Paya Berenjut mengharapkan agar ada jalan atau bentuk bantuan daripada kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban yang sedang mereka hadapi Dalam kejadian pada 29 November lalu itu, Rozak bagaimanapun berkata dia bersama dua lagi rakannya Hamzah Bakar, 67, dan Mohd Rodi Ibrahim, 51 terselamat. "Kejadian malang itu berlaku pada jam 9.40 pagi ketika kami sedang leka mencari rezeki. "Kejadian berlaku sekelip mata, kami tidak sempat berbuat apa-apa. Ketika itu kami memakai jaket keselamatan mengambil keputusan terjun ke laut. "Setengah jam menunggu akhirnya kami diselamatkan oleh bot nelayan lain yang lalu di kawasan itu," jelasnya. Bot dinaiki mereka dikatakan tenggelam di Laut Kepala Geliga yang dianggarkan sejauh dua batu nautika daripada darat.    
10 Dec 20
249
Kerajaan Bantu Nelayan Miliki Alat Moden
Kerajaan Bantu Nelayan Miliki Alat Moden
SETIU, 9 Disember – Kerajaan Terengganu terus komited memastikan semua golongan nelayan di negeri ini dilengkapi dengan peralatan moden mampu milik. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata peralatan moden seperti ‘Global Positioning System’ (GPS) dan alat pencari ikan (fish finder) sudah menjadi keperluan asas yang wajib dimiliki para nelayan. "Kita perlu berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa kos menyediakan sebuah kapal menangkap ikan berteknologi moden lengkap dengan kemudahan memproses ikan memerlukan belanja yang sangat besar. "Sekarang kami bekerja untuk mempastikan agar semua nelayan dilengkapi dengan peralatan moden mampu milik seperti GPS dan fishfinder walau mereka hanya kelaut dengan sampan enjin sangkut," ujarnya dalam satu kenyataan, pagi ini. Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat beberapa syarikat telah datang mengemukan cadangan untuk membina bot nelayan berteknologi moden. "Kita sangat mengalu-alukan dan mereka perlu melalui prosedur yang sepatutnya. Fokus kami sekarang ialah kepada lebih 6,000 orang nelayan berdaftar di Terengganu agar isu-isu serta permasalahan yang berlegar seputar kehidupan mereka dapat ditangani secara berperingkat. "Mendongak dan mengimpikan untuk mencapai bintang di langit tak sekali-kali melupakan kita kepada rumput di bumi," tambahnya lagi.
09 Dec 20
1181
Setiu Model Pembangunan Tanah Terbiar
Setiu Model Pembangunan Tanah Terbiar
SETIU, 8 Disember – Daerah Setiu bakal dijadikan sebagai model membangunkan tanah terbiar dengan pelbagai aktiviti pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, terdapat lebih 1,000 hektar tanah terbiar yang boleh dimajukan menjadi tanah produktif dengan mengeluarkan hasil pertanian. Katanya, tanah-tanah tersebut mempunyai pemilik namun tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. "Bayangkan dengan keluasan tersebut jika ditanam dengan benda yang boleh memberi manfaat, berapa banyak hasil yang kita akan dapat. Contohnya Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pengkalan Aman, Setiu ada 27 hektar tanah yang telah diberi milik melalui proses RTB daripada tahun 2000 dan ke atas, namun 2020 ini tidak sampai 20 peratus daripada tanah telah diusahakan.  "Kita bekerja bersungguh-sungguh menunaikan hasrat rakyat untuk memiliki tanah tapi dalam masa yang sama ia perlu ada gabung jalin daripada bawah yang bersungguh-sungguh mengusahakannya. Akhirnya, ia memberi pulangan hasil kepada keluarga kita sendiri. "Kita akan jadikan RTB di Pengkalan Aman sebagai ‘pilot’ projek bagi memajukan tanah terbiar. Antaranya kita akan tanam dengan tanaman kontan dan juga mangga harum manis," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik (Geran) dan Borang 5A bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Daerah Setiu di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, baru-baru ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, tanaman harum manis sangat subur jika ditanam di kawasan-kawasan berkenaan. Ini kerana kadar kemanisan buah harum manis yang ditanam di Rhu Tapai telah mendapat bacaan brix meter sehingga 23 berbanding di Perlis hanya 22. "Ia membuktikan bahawa harum manis ini mampu ditanam di kawasan tanah beris. "Sebenarnya tanah yang tidak dimajukan ini mengikut Kanun Tanah Negara ada peruntukan hak yang membolehkan kita rampas semula tapi kerajaan negeri bukan mahu merampas. "Yang kita mahukan adalah berpakat fikir cari jalan, buat kajian, panggil jumpa berbincang apa sebab dan apa faktor yang menyebabkan tanah ini terbiar," jelasnya. Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai 253 orang telah menerima geran dan 104 penerima jadual 5A. "Jadi bukan semua di kalangan rakyat kita bernasib baik untuk mendapat tanah. Maka yang boleh tanah ini tidak dimanfaatkan ia menjadi satu kerugian, sekiranya memerlukan bantuan teknikal dan sebagainya jabatan-jabatan sedia membantu," katanya. Beliau turut menegaskan kepada penerima jadual 5A supaya menjelaskan bayaran sebelum habis tempoh. "Ini kerana ia akan merumitkan lagi keadaan untuk proses seterusnya. Jangan dibandingkan dengan harga tanah zaman dahulu kerana ia bergantung kepada penilaian tanah semasa," jelasnya.
08 Dec 20
1385
Sistem Pengairan Bantu Tingkat Produktiviti Limau Langkat
Sistem Pengairan Bantu Tingkat Produktiviti Limau Langkat
DUNGUN, 8 Disember- Jabatan Pertanian Daerah Dungun memperuntukkan kira-kira RM 80,000 secara keseluruhan bagi memasang sistem pengairan bagi meningkatkan produktiviti limau langkat di Kampung Talong. Penolong Pegawai Pertanian Kanan Pejabat Pertanian Daerah Dungun, Abdul Halim Abdul Ghani berkata, pemasangan paip berkenaan diadakan secara bergotong-royong. "Projek limau di Kampung Talong ini kita telah bangunkan lebih kurang 8 tahun lalu dengan 19 peserta yang masih aktif daripada 21 peserta pada awalnya. Hasil produktiviti kurang memuaskan kerana tiada sistem pengairan yang baik di kawasan ini, sebelum ini guna cara manual sahaja. "Sebab itulah kita bangunkan sistem pengairan ini bagi meningkatkan hasil pendapatan petani," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Tapak Projek Kelompok Limau Langkat Kampung Talong, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Ketua Projek Kelompok Limau Langkat Kampung Talong, Mohammad Sulong. Mohammad berkata, setiap peserta masing-masing mengusahakan 200 pokok limau diatas tanah seluas dua ekar bagi setiap peserta. "Saya berterima kasih diatas CSR yang telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian ini, sebelum ini hasil yang saya perolehi melalui kebun saya ini selama lima bulan mengutip hasil sebanyak lapan tan buah limau. Semoga dengan sistem pengairan ini akan meningkatkan lagi produktiviti," ujarnya. Sementara itu, Ghazali mengharapkan agar kesemua peserta ini saling bermuafakat untuk memastikan projek ini terus berjaya. "Sebelum ini saya juga ada menerima aduan mengenai musuh tanaman seperti kera, babi serta gajah. Tetapi kita telah melaporkan perkara ini kepada perhilitan untuk mengambil langkah sewajarnya termasuk memasang sembilan perangkap kera dan babi supaya tidak menganggu tanaman penduduk kampung. "Sama-samalah kita mendoakan agar usaha peserta ini akan terus maju jaya, dan disini merupakan kawasan tanaman limau langkat terbesar di daerah Dungun," ujar Ghazali.  
08 Dec 20
831
ADUN Telemong Cadang Dr Azman Diberi Anugerah 'Hero Pertanian'
ADUN Telemong Cadang Dr Azman Diberi Anugerah 'Hero Pertanian'
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato’ Rozi Mamat mencadangkan supaya Dr Azman Ibrahim dianugerahkan ‘Hero Pertanian’.
26 Nov 20
513
Sidang DUN : Enam Projek Melon Manis Telah Beroperasi
Sidang DUN : Enam Projek Melon Manis Telah Beroperasi
Pengoperasian Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Ladang Rimbunan Kaseh kini sedang berjalan dengan penggunaan sebanyak enam buah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) bermula pada awal April 2020.
26 Nov 20
159
Gajah Liar Berjaya Dipindah Dari Felda Cerul
Gajah Liar Berjaya Dipindah Dari Felda Cerul
KEMAMAN, 16 November - Seekor gajah jantan liar berusia 30 tahun berjaya dipindahkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu di Ladang Kelapa Sawit Espek 6, RISDA, Felda Cerul, kelmarin.  Seramai 30 orang anggota dari Pusat Konservasi Kuala Gandah, Pahang telah terlibat di dalam operasi memindahkan gajah liar terbabit. Proses pemindahan yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu telah memakan masa lebih dari lima jam. Para petugas operasi turut berdepan dengan pelbagai cabaran seperti jalan berlumpur dan berbukit. Ketua Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Mohamad Khairul Adha Mat Amin, memaklumkan, mereka terpaksa meminta bantuan daripada pelbagai pihak bagi melancarkan operasi. Pihak pengurusan ladang turut membantu mendapatkan khidmat jengkaut untuk membina laluan khas bagi lori yang membawa gajah liar tersebut. Operasi berakhir sekitar jam 2.00 petang dengan gajah liar tersebut berjaya dibawa keluar dari ladang berkenaan menaiki lori dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai sebagai pemikat. Difahamkan, gajah jantan seberat lebih dua tan itu telah memusnahkan lebih 4,000 anak pokok kelapa sawit di ladang berkenaan dan telah ditangkap pada 10 November yang lalu berikutan aduan yang diterima daripada pengurus ladang tersebut. Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim turut hadir bagi meninjau proses pemindahan haiwan liar tersebut. Beliau merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan operasi pemindahan gajah liar itu. Beliau juga menaruh harapan tinggi agar kegusaran dan masalah yang dihadapi sebahagian peladang terhadap ancaman gangguan gajah liar dapat dikurangkan dengan berhasilnya operasi pemindahan berkenaan. Gajah itu akan dibawa ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah untuk dipantau sebelum kembali dilepaskan di Taman Negara, Pahang.
15 Nov 20
610
Sasar Keluarkan Beras MyGAP April Depan
Sasar Keluarkan Beras MyGAP April Depan
Kerajaan Terengganu menyasarkan untuk mengeluarkan beras dengan jenama Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) Terengganu menjelang April tahun depan.  
10 Nov 20
608
Terengganu Mampu Proses Padi Sendiri
Terengganu Mampu Proses Padi Sendiri
“Keperluan kilang padi di Terengganu sudah mencukupi dan tidak perlu lagi dihantar ke Kedah untuk diproses,”
05 Nov 20
166