lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

'Suria' Antara Tarikan Ke HPPNT2022
'Suria' Antara Tarikan Ke HPPNT2022
SETIU, 24 Jun - Seekor gajah betina yang dikenali sebagai 'Suria' antara yang menjadi daya tarikan pungunjung di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022 (HPPNT) yang membuka tirainya semalam. Ketua Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka Hulu Terengganu, Jimmy Anak Unau berkata, 'Suria' merupakan gajah denak yang telah dilatih untuk memudahkan operasi pemindahan gajah liar yang ditangkap seluruh semenanjung. "Lebih 60 operasi pemindahan gajah liar melibatkan 'Suria' yang berusia 22 tahun ini dan kebiasaan bergandingan dengan 'Abot' dan 'Kala'," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di khemah pameran Jabatan Perhilitan. Program yang berlangsung selama tiga hari tu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan kehadiran Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Dr. Ronald Kiandee pada semalam. Tambahnya lagi, orang ramai boleh bergambar bersama 'Suria' dengan dipantau oleh pasukan Jabatan Perhilitan yang sentiasa berada di tapak program 24 jam. HPPNT 2022 turut menarik perhatian pengunjung dengan pameran rangka ikan paus spesis Sei atau nama saintifiknya 'Balaenoptera Borealis' disamping diadakan pameran Jabatan dan agensi terbabit serta jualan produk makanan dan agro.  
24 Jun 22
916
Terengganu Dipilih Untuk Tanam Jagung Bijirin
Terengganu Dipilih Untuk Tanam Jagung Bijirin
KUALA TERENGGANU, 15 Jun- Kawasan seluas 12,140 hektar di Terengganu dan Kelantan telah dikenalpasti oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk diusahakan tanaman jagung bijirin. NAFAS bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan memulakan projek berkenaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan penternak ayam di negara ini terhadap bekalan makanan import untuk haiwan ternakan tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembabitan kerjasama dua pihak tersebut diyakini berupaya menjamin sekuriti makanan negara selain turut menyasarkan menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran 144 juta ekor ternakan setahun, manakala 30 juta lagi dikeluarkan oleh ANGKASA. Jelasnya, dua pihak berkenaan akan terlibat secara langsung dalam ekosistem industri ayam. "Bermula daripada anak ayam, bekalan makanan, vaksin, reban, pusat pemprosesan, bilik sejuk beku, logistik, pusat pengedaran dan pemasaran sehingga memastikan bekalan sampai kepada pengguna," katanya dalam suatu kenyataan, semalam. Beliau turut memaklumkan telah bertemu Ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan Anggota Lembaga ANGKASA bagi membincangkan langkah untuk menjamin sekuriti makanan negara. Dalam pada itu katanya, ANGKASA juga sudah mengenal pasti kawasan seluas 4,000 hektar tanah di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dimana setiap hektar yang diusahakan itu mampu mengelurkan lima tan jagung bijirin. Justeru katanya, langkah itu berupaya untuk membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam yang selama ini dijual di pasaran pada kadar yang tinggi kerana bekalan makanan kepada haiwan ternak yang diimport itu berlaku peningkatan.  
15 Jun 22
1354
Terengganu Gerakkan Kempen 'Cakna Penyu'
Terengganu Gerakkan Kempen 'Cakna Penyu'
KUALA TERENGGANU, 10 Jun - Kerajaan negeri menggerakkan kempen Cakna Penyu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memelihara haiwan ikonik yang menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata kempen berkenaan mampu menimbulkan rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga penyu yang semakin mengalami kepupusan. "Ia juga untuk menghebahkan kepada masyarakat tentang penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) mengenai pengharaman penjualan serta memiliki telur semua jenis penyu yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Jun baru-baru ini. "Kerajaan juga tidak membenarkan apa jua aktiviti pelancongan yang membabitkan penyu sama ada menyentuh, berenang bersama, memberi makan kepada haiwan tersebut dan sebagainya kerana dalam Seksyen 7A (11) Enakmen Penyu 1951 juga memberi peringatan tiada sesiapa boleh mengiklan, mempromosi atau mempamerkan penyu dan telurnya dalam apa-apa bentuk medium kecuali bagi tujuan pemuliharaan dan mendapat kebenaran. "Beberapa pindaan kepada larangan memiliki telur penyu ini juga telah dinaikkan kadar dendanya dari RM3,000 ke RM50,000 sehingga RM250,0000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanyanya sekali," ujarnya. Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Penyu Negeri Terengganu 'Cakna Penyu' di Galeri Jambatan Angkat (Drawbridge), di sini semalam. Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat serta Pengarah Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh@Yusof. Kata Dr Azman, kerajaan negeri juga konsisten mengadakan penguatkuasaan bagi menangani masalah kematian penyu yang berlaku saban tahun.  Laporan kematian penyu bagi tahun ini sejak Januari hingga Jun dilaporkan sebanyak 41 ekor. Jabatan Perikanan turut mengambil inisiatif mengadakan rondaan di laut melalui Ops Penyu bagi mengesan penggunaan pukat tunda, pukat pari dan penggunaan alat Peranti Penyisih Penyu (TED). Operasi tersebut telah membawa kepada kejayaan menahan tiga buah bot yang salah satunya ditemui penyu terperangkap dalam pukat tunda. "Bagi usaha memelihara ikon negeri Terengganu ini juga kerajaan membelanjakan lebih RM500,000, iaitu belanja mengurus sebanyak RM400,000 bagi membayar upah kepada pekerja penyu, pembelian telur penyu daripada pemajak manakala sebanyak RM240,000 diperuntukkan untuk pembangunan telah disalurkan kepada Jabatan Perikanan untuk menaiktaraf Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang," ujarnya. Selain itu menurut beliau, kerajaan persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM210,000 untuk pengurusan penyu dan pembaikian hatcheri di negeri ini. "Saya juga ingin berterima kasih kepada kesemua rakan strategik kita membabitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Lang Tengah Turtle Watch, World Wide Fund (WWF), FUZE ECOTEER, Kapas Community, Bubble Dive dan Terengganu Silica yang telibat bersama kerajaan negeri untuk sama-sama menyumbang usaha ke arah memelihara spesies penyu di negeri ini," ujarnnya. Pihak kerajaan negeri turut berharap agar masyarakat bersama-sama mengurangkan ancaman kepada penyu termasuk tampil membuat laporan kepada jabatan jika ada menjumpai penyu mati, kecurian telur, mendarat di luar kawasan jagaan jabatan, jika terperangkap dalam jaring bebaskannya kembali ke laut tanpa mencederakannya.      
10 Jun 22
570
Air Tuak Kini Digelar 'Sweet Nira Terengganu'
Air Tuak Kini Digelar 'Sweet Nira Terengganu'
Kerajaan negeri menjenamakan semula nira kelapa atau lebih dikenali air tuak oleh penduduk Terengganu sebagai minuman isotonik dengan nama Sweet Nira Terengganu bagi meluaskan pasaran produk berkenaan.  
08 Jun 22
658
Kerajaan Sasar Tingkatkan Hasil Pertanian, Penternakan
Kerajaan Sasar Tingkatkan Hasil Pertanian, Penternakan
Kerajaan negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran hasil daripada sektor pertanian dan penternakan Terengganu pada tahun ini.  
23 May 22
168
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
Dua program mega bakal menggegarkan bumi Jabi, Besut yang mensasarkan kehadiran ribuan pengunjung seluruh Malaysia pada bulan hadapan.
19 May 22
231
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
BESUT, 12 Mei – Dua program mega bakal menggegarkan bumi Jabi, Besut yang mensasarkan kehadiran ribuan pengunjung seluruh Malaysia pada bulan hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNNT) bakal kembali ke Dataran Pekan Jabi disusuli dengan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ‘’ Antara sebab Dataran Pekan Jabi menjadi pilihan sebagai tuan rumah kerana sudah tersedia dengan infra untuk acara seumpama ini. Kerajaan sudah keluarkan belanja untuk menyediakan infra ini dan ianya boleh digunakan berulang-ulang. Ini boleh menjimatkan kos, ‘’ Walaupun Jabi DUN Exco Pertanian, di sini tak ada tanah untuk kita buat projek pertanian dan tak ada laut untuk program nelayan dan perikanan. Jabi antara kawasan yang paling sedikit peruntukan pertanian diturunkan. Ada program mega seperti ini menghadirkan sedikit kecerian di sini. Pelbagai projek dan program kita sudah agihkan ke seluruh negeri. Semua dah ada bahagian masing-masing.’’ Jelasnya. ‘’ Antaranya labuh tukun, labuh unjam, jeti nelayan, bilik sejuk, ‘slip way’, empangan pengairan, rumah sembelihan, perumahan nelayan, kilang padi, kilang proses beras, projek pembenihan ikan marin, bantuan ‘one-off’ nelayan, kit peralatan menangkap ikan. ''Lesen sampan nelayan, projek pembangunan tanah terbiar, projek lembu semi fidlot, tapak semaian, ladang nenas MD2, projek pertanian bandar, halaqah veterinar, seminar durian, hari terbuka Jabatan Pertanian, projek lada hitam, projek tanaman musang king, projek kambing tenusu, kilang memproses susu, projek tanaman napier dan macam-macam lagi. ‘’ Semua projek dan program yang disenaraikan tiada satu pun rezeki orang Jabi. Kita agihkan ke serata negeri supaya pakat rasa sikit sorang. Harap boleh berlapang dada bila ada satu dua program mega seperti HPPNNT pada 23-25 Jun dan HLSPT  30 jun sehingga 2 julai 2022 ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pelancaran Halaqah Veterinar di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, walaupun ini program kerajaan, tapi kejayaannya didokong oleh lebih 50% tenaga tempatan dari segi persiapan tempat, keselamatan, lalu lintas, makan minum dan lain-lain lagi. ‘’ Kami mempunyai petugas sukarela yang sanggup berjaga malam berhari-hari di Jabi demi kejayaan program. Tambahnya, program-program pertanian ini dibawa ke kawasan luar bandar seperti Jabi kerana di pusat bandar seperti Kuala Terengganu sudah banyak pelbagai acara dianjurkan. ‘’ Setakat ini kejayaannya sangat membanggakan walaupun sebuah DUN luar bandar yang jadi tuan rumah dan ianya lebih dekat dengan rakyat. ‘’ Malah, bajet DUN Jabi turut digunakan untuk menampung sebahagian kos program. Ini kebersamaan kami untuk menjayakan program dan walaupun Jabi tuan rumah, ruang berniaga dibuka untuk penyertaan dari seluruh negeri. Sayang semua  rakyat kita. Jemput datang semua. Kecik tapak tangan, Dataran Pekan Jabi kami tadahkan.’’
12 May 22
916
Bekalan Barangan Basah Cukup Menjelang Raya
Bekalan Barangan Basah Cukup Menjelang Raya
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan barangan basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran mencukupi menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat tidak perlu bimbang mengenai perkara itu. "Kita menjangkakan tidak akan berlaku situasi di luar jangkaan melihat kepada keadaan yang ada serta usaha yang telah dijalankan bagi mencukupkan segala barangan keperluan termasuk membawa masuk sayur dari luar. "Dengan penyelesaian ini kita mengharapkan agar lebaran pada kali ini dapat disambut dengan baik dan meriah serta tidak akan menjejaskan persiapan untuk menyambutnya lebih-lebih lagi ramai perantau dijangka akan pulang ke Terengganu setelah diberikan kelonggaran," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Pasar payang Kuala Terengganu, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengarah KPDHEP negeri, Saharuddin Mohd Kia dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof. Mengulas mengenai tinjauan itu, Dr Azman berkata ia bertujuan untuk memastikan barangan keperluan mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat serta harga dipamerkan adalah berpatutan sepanjang ramadan dan Aidilfitri yang bakal disambut nanti. "Kesemua peniaga mematuhi penetapan harga Skim Harga Maksimun Musim Perayaan (SHMMP) insya-Allah perkara ini akan dipastikan berkekalan dengan pemantauan berterusan oleh penguatkuasa," ujarnya.  
25 Apr 22
334
Kerajaan Berusaha Penuhi Permintaan Tinggi Melon Manis Terengganu
Kerajaan Berusaha Penuhi Permintaan Tinggi Melon Manis Terengganu
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pertanian negeri berusaha bagi memastikan Melon Manis Terengganu (MMT) mencukupi bagi memenuhi permintaan tinggi pengemarnya di seluruh negara.
12 Apr 22
171
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
Kerajaan negeri berhasrat memulihkan kembali kilang Tepung Ubi Vitato yang terbiar sejak tahun 2012.
11 Apr 22
436