Artikel "Pertanian" Terkini
Terengganu Bakal Wujudkan Industri Penternakan Ayam Penelur
KUALA TERENGGANU, 12 Januari- Kerajaan negeri berhasrat mewujudkan industri penternakan ayam penelur di negeri ini bagi mengatasi masalah kekurangan telur selain mengelak kebergantungan kepada sumber luar untuk tempoh jangka panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya telah mengenal pasti tanah seluas 120 hektar di daerah Setiu untuk dimajukan sebagai hab penternakan ayam telur.
Menurut beliau, setakat ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak dan ada yang menunjukkan minat untuk membuka ladang ternakan ayam telur di kawasan berkenaan.
"Kebetulan sebenarnya sebuah syarikat yang mengusahakan ladang ayam penelur di Melaka turut mempunyai ladang ayam pedaging di Negeri Terengganu.
"Jadi kita akan berbincang supaya mereka kembangkan lagi daripada sektor penternakan ayam pedaging sahaja kepada sektor penternakan ayam penelur sekali," ujarnya selepas melakukan tinjauan agihan telur di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Chendering, hari ini.
Katanya, projek ternakan ayam penelur itu dijangka dimulakan pertengahan tahun ini dengan menggunakan model sama seperti projek pertanian lain di negeri ini.
Tambah beliau, kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama sebaiknya dengan para pelabur yang berminat mengusahakan projek ternakan ayam penelur ini termasuk menyediakan infrastruktur, tapak dan sebagainya.
"Dalam pelan strategik pertanian Negeri Terengganu ke arah 'food security', kita sebenarnya tidak mahu bergantung kepada bekalan daripada luar tetapi hendak jadi pengeluar yang menghasilkan makanan untuk negeri dan kalau ada berlebihan boleh dikongsi dengan negeri lain, " ujarnya.
Dr Azman berkata, kerajaan negeri juga tidak berhasrat untuk mengimport telur dari negara lain termasuk Thailand bagi memenuhi permintaan pasaran, kerana harganya lebih mahal dan kurang berkualiti
"Setakat ini, kita masih boleh bergantung kepada sumber tempatan disamping harganya yang lebih murah, kita yakin telur tempatan ini lebih berkualiti sebab kalau telur import dari luar negara mungkin memakan masa berminggu-minggu untuk sampai ke outlet-outlet jualan.
"Dalam masa yang sama kita sedia maklum, Kadar Sara Diri (SSR) pengeluaran telur dalam Malaysia mencatat 120 peratus, sudah melebihi daripada keperluan tetapi yang menjadi isu dan persoalannya telur ini dieksport ke luar negara yang menyebabkan bekalan dalam negara kita mengalami ketidakcukupan.
"Saya melihat ini adalah isu utama yang perlu diselesaikan di peringkat kementerian khususnya perbincangan dengan pengusaha dan pengeksport supaya ada satu jalan tengah yang boleh diambil, " jelasnya.
12 Jan 23
982
Keluarga Pertanian Terengganu Terima Penghargaan
Keluarga Pertanian Terengganu menerima anugerah penghargaan dalam acara tahunan.
08 Jan 23
161
Kerugian Sektor Pertanian, Penternakan, Perikanan Lebih RM88 Juta
Sektor pertanian, penternakan dan perikanan di negeri ini mengalami kerugian lebih RM88 juta akibat bencana yang melanda pada tahun lalu.
08 Jan 23
137
Ladang Solar RM400 Juta di Marang Manfaatkan 55,000 Rakyat
Projek ladang solar Coara di Marang yang bernilai RM400 juta mampu membekalkan tenaga elektrik kepada kira-kira 55,000 isi rumah.
31 Oct 22
219
367 Nelayan Terengganu Terima Bantuan
KEMAMAN, 13 September - Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menyalurkan bantuan kepada 367 orang nelayan di seluruh daerah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sejumlah RM300,000 diperuntukkan bagi perolehan bantuan kepada nelayan.
Katanya, seramai 62 orang nelayan pesisir pantai dari daerah Kemaman menerima bantuan berupa peralatan nelayan.
“Bantuan peralatan tersebut adalah seperti pukat tangsi, alat mengesan ikan dan kawat bubu yang bersaiz 1.5 inci.
“Bagi bantuan alat mengesan ikan, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan mengadakan kursus khas untuk para nelayan bagi menggunakan peralatan tersebut,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi dan Penyerahan Bantuan Peralatan kepada Nelayan Pantai bertempat di Pantai Kuala Penunjuk, Kijal di sini hari ini.
Turut hadir, Pegarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat.
Tambah Dr Azman, kerajaan negeri juga telah berusaha membantu para nelayan untuk mendapatkan lesen nelayan.
“Terengganu merupakan satu-satunya negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas yang bertindak bagi menyelesaikan masalah isu lesen nelayan.
“Penting bagi para nelayan untuk mendapatkan lesen nelayan untuk mendapatkan elaun sara hidup nelayan, minyak subsidi dan sebagainya,” katanya.
13 Sep 22
455
SMK Guntong Terima Insentif Kebitaraan Projek Nanas Terengganu
Sekolah Menengah Kebangsaan Guntong dari daerah Setiu menerima insentif Projek Kebitaraan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Terengganu atas pelaksanaan program tanaman nanasnya.
24 Aug 22
586
Kerajaan Tambah Baik Projek Melon Manis – Dr Azman
Kerajaan negeri akan menambah baik projek Melon Manis Terengganu (MMT) bagi menghasilkan kualiti terbaik disebabkan permintaan terhadap MMT makin meningkat.
02 Aug 22
145
Jualan Terus Dari Ladang Bantu Rakyat
Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) membantu rakyat dalam membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
01 Aug 22
233
432,000 Anak Penyu Dilepas Ke Laut
Sebanyak 432,000 anak penyu telah dilepaskan ke perairan Terengganu oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
27 Jul 22
132
Lebih RM43.5 Juta Diperuntuk Bagi Sektor Pertanian Terengganu
Kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan lebih RM43.5 juta bagi merancakkan lagi sektor pertanian Terengganu sekali gus memajukan industri agromakanan di negeri ini.
26 Jun 22
150