lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Bunga Kantan Flakes Ungguli MPI 2022
Bunga Kantan Flakes Ungguli MPI 2022
Keberanian empat penyelidik mempertaruhkan bunga kantan sebagai bahan penyelidikan utama sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2022 nyata tidak sia-sia apabila diumumkan sebagai penerima anugerah emas sekali gus mengungguli anugerah ‘Grand Award’ pada majlis penutup program tersebut yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), semalam.
31 May 22
2
KQT Lahirkan 'Hamalatul Quran'
KQT Lahirkan 'Hamalatul Quran'
KUALA TERENGGANU, 31 Mei- Kolej Al-Qur'an Terengganu (KQT) terus berperanan melahirkan hamalatul (penghafaz) Al-Quran sebagai modal insan yang menjadi harapan kerajaan negeri bagi menjadi penerus kesinambungan kepimpinan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, seramai 400 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pengajian diploma dalam bidang Tahfiz al-Qur'an dan Bahasa Arab, Tahfiz Al-Qur'an dan Qiraat serta graduan Kuliyyah Al-Furqan, masing-masing adalah menjadi kebanggaan kerajaan negeri. "Kejayaan menjadi 'hamalatul Quran' pada zaman yang penuh mencabar ini bukan suatu yang mudah, Hanya insan yang nekad dan mampu memikulnya sahaja akan memperolehi nikmat dan kelebihan ini, adalah diharapkan agar kejayaan yang dicapai pada hari ini menjadi titik pencetus semangat buat para graduan untuk kelestarian hidup dan kerjaya. "Sebagai umat Islam, mempelajari ilmu ini adalah wajib dan perlu diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan jika kita bercita-cita mahu kembali mencapai tahap kegemilangan sebagaimana yang pernah dicapai oleh tamadun Islam pada kurun dahulu. "Kehebatan tamadun dunia sama ada yang berkembang berkurun dahulu ataupun yang wujud mutakhir ini terletak pada kehebatan bangsa dalam mengilmukan budaya dan membudayakan ilmu," ujarnya. Beliau  berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Imaratul Ilmi Ke-3 KQT, di Pusat Konvokesyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola KQT, Maliaman Kassim dan Ketua Eksekutif KQT. Prof Madya Dr. Mohd Safri Ali Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi merealisasikan hasrat memacu kejayaan demi kejayaan dalam bidang pendidikan terutamanya untuk mentransformasikan KQT menjadi sebuah Kolej Universiti menjelang tahun 2025. "Kampus baharu di Durian Mentangau sedang dalam proses untuk dibangunkan demi pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak jati Terengganu khususnya dan anak-anak keluarga Malaysia secara amnya untuk menimba ilmu dalam pelbagai lapangan.  "Saya akan memastikan KQT akan terus menjadi perhatian daripada pihak kerajaan kerana peranan besar yang telah dimainkan oleh institusi ini dalam meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat daripada kumpulan B40 dan M40 melalui penawaran peluang pendidikan dalam bidang yang berteraskan agama ke arah melahirkan masyarakat yang memenuhi sifat-sifat dan ciri-ciri masyarakat madani," katanya.
30 May 22
413
Bunga Kantan Flakes Ungguli MPI 2022
Bunga Kantan Flakes Ungguli MPI 2022
KUALA NERUS, 23 Mei - Keberanian empat penyelidik mempertaruhkan bunga kantan sebagai bahan penyelidikan utama sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2022 nyata tidak sia-sia apabila diumumkan sebagai penerima anugerah emas sekali gus mengungguli anugerah ‘Grand Award’ pada majlis penutup program tersebut yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), semalam. Diketuai Nor Asiah Muhamad Nor yang merupakan pensyarah Falkulti Sains kesihatan UniSZA, kajian bertajuk Bunga kantan flakes: A potential glucose-lowering herb rich in antioxidants itu merupakan projek kerjasama antara UniSZA dan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian yang turut diwakili penyelidik Prof Madya Wan Amir Nizam Wan Ahmad (USM), Dr Liza Noordin (USM) serta Dr Nor Hidayah Abu Bakar (UniSZA). Berkongsi kenapa memilih bunga kantan Nor Asiah berkata, disebabkan penggunaannya begitu terhad, mereka sebulat suara untuk membuat penyelidikan terhadap bahan tersebut bagi mempelbagaikan penggunaan serta mewar-warkan kebaikan bunga kantan yang biasanya sinonim dengan masakan semata-mata. “Kita ingin memperkenalkan bunga kantan flakes ini untuk pelbagai penggunaan selain daripada kita guna untuk masakan kerana ianya berpontensi sebagai agen menurunkan kadar glukos. “Daripada kajian yang kita lakukan bermula tahun 2017, ada bukti saintifik yang menunjukkan bunga kantan ini baik untuk kesihatan terutamanya kepada pesakit diabetes dimana produk yang kita ada ini boleh hasilkan jus untuk kurangkan gula darah darah, berat badan dan lain-lain,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Penyelidikan Dan Inovasi 2022 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Al- Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, semalam. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas. Sementara itu, Zuhairah dalam ucapannya berkata, penganjuran MPI kali ini dilaksanakan dengan jayanya menerusi jaringan kerjasama antara UniSZA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan University College TATI (UC TATI) dimana UniSZA  dipilih sebagai tuan rumah. Katanya, penganjuran MPI pada tahun 2022 merupakan penganjuran edisi ke-9 bagi mempamerkan hasil inovasi dan penyelidikan para penyelidik serta pelajar Universiti Awam (UA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti serta pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. “Pelaksanaan program MPI kali ini  dijalankan dengan dua mod iaitu secara maya dan fizikal. Pada peringkat pertama semua penyertaan akan dipertandingkan dan dinilai secara maya/ atas talian, manakala pada peringkat kedua, hanya produk terpilih akan dipamerkan secara fizikal di dewan diikuti dengan majlis perasmian penutup. “Tujuan penganjuran MPI ini adalah untuk memupuk budaya penyelidikan, rekacipta dan inovasi dalam kalangan warga penyelidik dan pelajar,” ujarnya. Menurut beliau, penyertaan MPI 2022 dibahagikan kepada sembilan kluster dan jumlah penyertaan yang telah diterima adalah sebanyak 348 terdiri daripada staf akademik dan pelajar daripada UniSZA, UMT, UC TATI, Universiti-universiti Awam, sekolah-sekolah dan lain-lain agensi.  
24 May 22
615
ADUN Batu Buruk Belanja Kek Sempena Hari Guru
ADUN Batu Buruk Belanja Kek Sempena Hari Guru
KUALA TERENGGANU, 18 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengagihkan sebanyak 28 biji kek bersempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei lalu. Kek tersebut telah diagihkan kepada setiap sekolah menengah, sekolah rendah, madrasah tahfiz dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.  Penyelia i-MITS DUN Batu Buruk, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh menghantar kek ke SMK Dato' Razali “Agihan kek bersempena hari guru ini merupakan program tahunan yang saban tahun kita akan adakan untuk dihantar kepada sekolah-sekolah yang ada dalam DUN ini. “Namun, agihan ini telah terhenti selama 2 tahun yang lalu ekoran penularan wabak Covid-19 yang mengakibatkan tiada sebarang penganjuran majlis diadakan. “Alhamdulillah, walaupun telah 2 tahun tidak diadakan majlis sambutan Hari Guru, pada tahun ini saya lihat sambutan yang diadakan pada tahun ini sangat meriah,” kata Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Batu Buruk, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh ketika ditemui pemberita.  Beliau yang mewakili ADUN Batu Buruk dalam agihan kek tersebut berkata pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah terbahagi kepada dua kumpulan bagi memastikan kek tersebut dapat dihantar tepat pada masanya.  Sementara itu, ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil dalam satu hantaran di laman Facebook beliau mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru dan berharap agar dapat turut bersama dalam program-program yang akan datang.  “Semoga agihan kek ini sedikit sebanyak dapat terus mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk,” tambahnya.  
18 May 22
411
Terengganu Hantar Pelajar Ke Algeria
Terengganu Hantar Pelajar Ke Algeria
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kerajaan Terengganu mengorak langkah untuk menghantar pelajar ke Algeria bermula tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, universiti yang menjadi pilihan adalah Univ Amer Abdul Qader di Constantine yang dikhususkan kepada pengajian Islam. “Satu episod baru diteroka setelah ruang pendidikan Islam di negara Timur Tengah semakin mengecil akibat peperangan maupun pergolakan politik seperti syria, Libya, Iraq, Yemen. “Dalam lawatan muhibbah ke universiti tersebut pada 15 Mei lepas, saya telah disambut oleh rektor universiti iaitu Dr Abdullah Bo Khalkhal bersama timbalan dan ketua-ketua jabatan beliau” ujarnya. Katanya, beliau sempat meninjau kompleks pengajian, asrama dan lain-lain kemudahan. “Pengajian di sini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Algeria termasuk asrama serta makan minum,” ujarnya.
17 May 22
762
500 Mahasiswa Mesir Gembira Terima Penempatan Baru
500 Mahasiswa Mesir Gembira Terima Penempatan Baru
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Lebih 500 mahasiswa Terengganu di Mesir gembira menerima sebuah bangunan baharu 10 tingkat di Hayyu Sabik selepas beberapa tahun menginap dalam suasana 'suram'. Ketua Biro Perumahan Keluarga Penuntut Mesir, Muhammad Khairul Anam Ahmad berkata, usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri itu merealisasikan impian pelajar Terengganu yang sudah lama memohon kediaman lebih selesa. "Kami sangat teruja di atas pemberian ini dan sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya kepada Menteri Besar kerana telah hadir sendiri bagi merasmikan bangunan ini. "Sejujurnya saya sendiri ketika mula-mula datang ke sini pada tahun 2019 ingin menginap di bangunan baharu seperti Wisma Darul Iman ini yang mampu memuatkan lebih ramai pelajar dengan kapasiti 10 tingkat dengan 64 bilik yang mampu menempatkan 256 pelajar dalam satu-satu masa," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi UPDI hari ini. Sementara itu Ketua pelajar Terengganu di Mesir, Muhammad Munawir Al-Masyhadi M. Shukrimun berkata dengan adanya penempatan baharu itu, ia membantu untuk anak-anak Terengganu menimba ilmu dalam suasana lebih kondusif dan selesa. "Ia sangat mengembirakan pelajar-pelajar Terengganu di sini yang mana asrama lama sebelum ini tidak mampu lagi menampung jumlah pelajar yang setiap tahun bertambah bilangannya. "Saya juga mengharapkan agar kalau boleh ditambahkan lagi bangunan baru di masa akan datang untuk memastikan pelajar dari Terengganu ini tidak menghadapi masalah penempatan," katanya. Seorang lagi pelajar, Muhammad Afifuddin Khalid, turut berterima kasih kepada kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu telah bersusah payah berusaha bagi memastikan masalah yang selama ini dihadapi berkait penempatan dapat diselesaikan. "Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar, kerana telah bertungkus lumus bagi memudahkan kami di sini untuk terus menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh," ujarnya.  
10 May 22
1408
'Jom Baca Bersama 10 Minit' Pupuk Minat Membaca Dalam Masyarakat
'Jom Baca Bersama 10 Minit' Pupuk Minat Membaca Dalam Masyarakat
Program 'Jom Membaca Bersama 10 minit' yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan usaha untuk menarik dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di negeri ini agar ia dijadikan amalan yang berterusan.  
24 Apr 22
323
Terengganu Belanja RM1.78 Juta Taja Pelajar Ke Jepun
Terengganu Belanja RM1.78 Juta Taja Pelajar Ke Jepun
KUALA TERENGGANU, 20 April - Kerajaan negeri membelanjakan RM1.78 juta bagi menghantar tiga pelajar cemerlang ke Jepun. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka merupakan penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang peringkat ijazah ke luar negara dan ini adalah penghantaran kali kedua ke Jepun di bawah skim tersebut.  “Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 yang telah pun menamatkan Program Persediaan Japan (Look East Policy (Japan) programme) di Kolej INTEC Shah Alam. “Anak-anak ini dijadualkan akan berangkat ke Jepun pada 18 Mei depan. Nilai keseluruhan biasiswa bagi ketiga-tiga pelajar tersebut dianggarkan berjumlah RM1.78 juta bagi tempoh pengajian tiga hingga empat tahun,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pendahuluan Diri dan Bantuan Persedian Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Luar Negara Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, besar harapan Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu khasnya untuk melihat anak-anak pelajar pulang membawa kejayaan setelah tamat pengajian. “Sekalung penghargaan dan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan anak-anak Terengganu yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian di dalam bidang yang menjadi idaman dan universiti terkemuka yang menjadi rebutan setiap pelajar untuk menimba ilmu,” ujarnya. Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menubuhkan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang Negeri Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk membiayai pengajian anak-anak Terengganu yang cemerlang bagi meneruskan pengajian di peringkat ljazah Pertama. “Sehingga kini seramai 601 orang pelajar cemerlang lepasan SPM, Asasi/Matrikulasi, STPM dan STAM telah menerima skim biasiswa ini bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang.  “Dari jumlah tersebut 516 orang mengikuti pengajian di universiti awam dalam negara dan 84 orang dari mereka mengikuti program pengajian luar negara dalam bidang- bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian Kejuruteraan Sains, Perakaunan dan Al-Qur'an Wal Qiraat,”ujarnya.
20 Apr 22
610
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
Terengganu membuka kembali tirai Madinah Ramadan bagi menghidupkan suasana dakwah dan ilmu di kalangan masyarakat sempena bulan mulia ini. 
07 Apr 22
393
Idea ADUN Belia Cermin Pandangan Generasi Muda Terengganu
Idea ADUN Belia Cermin Pandangan Generasi Muda Terengganu
Persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu yang berlangsung bermula semalam perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan wakil generasi muda negeri.
03 Apr 22
435