lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam
[Dok Kabo Dok Tahu Siri 27] "Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam"
03 May 21
419
Peruntukan RM10 Juta Bangunkan Pelancongan Terengganu
Peruntukan RM10 Juta Bangunkan Pelancongan Terengganu
Terengganu menerima peruntukan lebih RM10 juta bagi membangunkan industri pelancongan negeri ini untuk tempoh dua tahun iaitu 2020 dan 2021.
25 Apr 21
243
Kehebatan Orang Terengganu Rentas Samudera Jadi Pameran
Kehebatan Orang Terengganu Rentas Samudera Jadi Pameran
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri merungkai sejarah kehebatan generasi terdahulu dalam ilmu pelayaran merentasi samudera dengan kapal yang diciptakan melalui pameran yang diadakan.
25 Apr 21
137
Zoo Mini Tok Dir Terima Peruntukan RM10 Ribu
Zoo Mini Tok Dir Terima Peruntukan RM10 Ribu
KUALA TERENGGANU, 7 April - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu bagi pembangunan Zoo Mini Kampung Tok Dir yang kini mula dikunjungi orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, langkah itu diambil untuk menggalakkan penduduk memajukan produk pelancongan komuniti (CBT) sekali gus menjadi sumber ekonomi penduduk sekitar. "Saya bangga dengan usaha Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Dir dan orang kampung dalam merancakkan lagi tempat ini sejak diviralkan baru-baru ini. “Walaupun tak sama seperti Zoo Negara atau Zoo Kemaman, namun keunikan suasana kampung sekeliling cukup untuk menarik perhatian pelawat bukan sahaja dari Terengganu, malah di seluruh negara. “Ini adalah contoh baik dalam CBT, di mana komuniti sendiri membina tarikan tersebut, antaranya di kawasan saya di Alor Limbat seperti Pengkalan Warisan dan Dataran Banggol Chempedak,” ucapnya dalam Majlis Perasmian Zoo tersebut di Perkarangan Zoo Kampung Tok Dir, Bukit Payong baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Pelancongan negeri, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Baharom Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah dan Pengerusi JPKK Kampung Tok Dir, Muda Abdullah. Tambah Ariffin, lokasi strategik zoo tersebut yang terletak di kawasan baruh sawah padi mampu menjadi produk viral seperti dikenali di serata Malaysia seperti Warung Roti Canai Pok Ripin di Padang Maras, Batu Rakit. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang hadir sama berkata, pihaknya menghulurkan sokongan dalam bentuk pembinaan jalan tar bagi memudahkan kemasukan pengunjung ke zoo tersebut. “Hasil komuniti dalam mewujudkan tempat ini memberi kebaikan sebagai pusat rekreasi penduduk sekitar, mudah-mudahan dapat memberi kebaikan dan sumber pendapatan kepada warga Bukit Payong,” jelasnya. Dalam pada itu, pemilik zoo berkenaan, Mohd Hilmie Muda, 30, berbesar hati menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan dia bertekad membangunkan lagi kawasan tanah milik ayahnya itu. “Insya-Allah kita akan naik taraf dan beli binatang spesies lain seperti Rusa Bintik dan burung-burung yang ramai masih tidak kenali,” katanya.  
07 Apr 21
3195
Ariffin terima Anugerah Malaysia Tourism Heroes
Ariffin terima Anugerah Malaysia Tourism Heroes
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Malaysia Tourism Heroes.
06 Apr 21
298
Kejayaan Ariffin Milik Penggiat Pelancongan Terengganu
Kejayaan Ariffin Milik Penggiat Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kejayaan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman menggondol anugerah 'Malaysia Tourism Hero' 2020 baru-baru ini disifatkan sebagai kejayaan buat semua penggiat industri pelancongan di Terengganu. Jelas Ariffin, anugerah tersebut bukan semata-mata hasil kerjanya seorang sebaliknya usaha dan kerjasama yang diberikan semua pihak. "Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) atas anugerah ini, kejayan ini bukan untuk saya seorang tetapi seluruh warga pelancongan dan jabatan pelancongan negeri (Tourism Terengganu) serta organisasi yang bersama-sama seperti Persatuan Hotel Terengganu (MAH) dan sebagainya. "Tidak lupa juga kepada seluruh penggiat industri di Tasik Kenyir, pulau-pulau dan Kuala Terengganu dan daerah-daerah lain yang mana kita tahu pelancongan ini memberikan impak dan pulangan kepada rakyat secara langsung," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima anugerah berkenaan di Seri Pacific Hotel, baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, Ariffin terpilih bersama 17 pemenang lain menerima anugerah sempena Malaysia Tourism Gold Summit 2020 yang telah berlangsung secara maya September lalu. Acara berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Dato' Dr. Ammar Abd Ghapar. Ariffin sewaktu mengulas kejayaan itu menyatakan, dirinya yakin dengan usahasama semua pihak, industri pelancongan di Terengganu akan dapat bertahan meskipun berdepan cabaran pandemik Covid-19 ketika ini. "Saya yakin kita akan bertahan dan akan mencapai kegemilangan selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan rentas negeri nanti. Harapan saya, ketika rentas negeri dibenarkan dan kita telah bersedia," katanya.            
04 Apr 21
2364
Terengganu Bakal Haramkan Jualan Telur Penyu
Terengganu Bakal Haramkan Jualan Telur Penyu
Kerajaan Terengganu bakal mengharamkan sepenuhnya penjualan telur penyu di negeri ini bagi memastikan spesies ini terus terpelihara.
31 Mar 21
135
Terengganu Sedia Bantu Promosi Pelancongan Perlis
Terengganu Sedia Bantu Promosi Pelancongan Perlis
Terengganu sedia membantu Perlis dalam memajukan industri pelancongan negeri terbabit melalui pelbagai pendekatan termasuk penggunaan teknologi digital.
24 Mar 21
86
Terengganu Gerak Awal Ligatkan Pelancongan Domestik
Terengganu Gerak Awal Ligatkan Pelancongan Domestik
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengerakkan usaha Program Jelajah Beautiful Terengganu “Pakat Maghi Teganu” bagi mempromosikan sektor pelancongan domestik negeri ini.
23 Mar 21
169
Kerjasama Kedah, Terengganu Tarik Pelancong Antarabangsa
Kerjasama Kedah, Terengganu Tarik Pelancong Antarabangsa
Kerjasama antara sektor pelancongan Terengganu dan Kedah bukan sahaja bakal merancakkan pertukaran pelancongan domestik antara dua negeri tetapi ia turut membuka pintu kepada kemasukan pengunjung antarabangsa di masa depan.
22 Mar 21
61