lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

11 Mercu Tanda Asia Tenggara Kini Produk Pelancongan Terengganu
11 Mercu Tanda Asia Tenggara Kini Produk Pelancongan Terengganu
KUALA NERUS, 8 November – Sebanyak 11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN telah dilabuhkan di dasar laut Pulau Bidong melalui projek khas, 'The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark' (AUMIL) hari ini sekali gus mencipta sejarah di Asia Tenggara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Seri Nancy Shukri berkata, produk pelancongan baharu tersebut akan menjadi pameran Warisan Budaya Bawah Air ASEAN yang pertama dalam sejarah ASEAN. Menurutnya, pada kedalaman 10 sehingga 15 meter, projek kebudayaan tersebut telah diluluskan pada 2019 dengan jumlah peruntukan RM 290,955 (USD 70,000) di bawah Tabung Kebudayaan ASEAN. “Kita akan mengalakkan pelancong daripada negara-negara jiran ini untuk datang kembali ke Terengganu sekaligus meningkatkan ekonomi penduduk tempatan serta menaikkan nama negeri yang sinonim dengan produk perikanan. “Terutamanya golongan penyelam skuba dan fotografi bawah air daripada antarabangsa, Pulau Bidong bakal menjadi syurga buat mereka. "Monumen ini adalah tambahan baharu di dasar laut Bidong yang juga mempunyai khazanah sejarah daripada kapal-kapal karam daripada tamadun Asia lama,” katanya. Antara Mercu tanda ASEAN di dasar Pulau Bidong Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian AUMIL di Pulau Bidong, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Professor Dr. Mazlan Abd Ghaffar serta Duta Besar negara-negara ASEAN di Malaysia. Tran Quoc Pagoda (Vietnam) Tambahnya lagi, selain menggalakkan usaha memulihara dan memelihara warisan budaya bawah air, AUMIL juga akan memupuk penghargaan budaya yang lebih tinggi di kalangan masyarakat ASEAN. Antara 11 monumen tersebut ialah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur-KLCC (Malaysia), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Cambodia Independence Monument (Cambodia), Patuxai Monument (Laos), Indonesia National Monument (Indonesia), Shwedagon Pagoda (Myanmar), Jose Rizal Monument (Filipina), Merlion (Singapura), Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan (Thailand) dan Tran Quoc Pagoda (Vietnam) serta lambing ASEAN Secretariat (ASEAN). Menggunakan kepakaran dan kemahiran anak tempatan dari kampung Tok Badir, Bukit Payong, Kuala Terengganu, 11 replika mercu tanda ini berjaya disiapkan dalam tempoh hampir dua bulan. Replika Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei)  
08 Nov 21
1392
PERUNTUKAN RM123,000 BANGUNKAN CBT DAERAH BESUT
PERUNTUKAN RM123,000 BANGUNKAN CBT DAERAH BESUT
03 Nov 21
93
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir Tawar Potongan Tiket  20 Peratus
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir Tawar Potongan Tiket  20 Peratus
KUALA TERENGGANU, 3 November -  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), menawarkan potongan tiket sebanyak 20 peratus kepada pengunjung Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir Elephant (KECV) bagi menarik kunjungan lebih ramai pelancong bermula semalam. Pengerusinya, Senator Dato Razali Idris berkata, potongan harga tiket sebanyak 20 peratus untuk pengunjung tempatan dan luar negara itu ditawarkan sehingga Mac tahun depan. Katanya, pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti menaiki jambatan gantung sambil melihat kehidupan 18 ekor gajah, interaksi bersama gajah, memberi makan gajah dan melihat gajah mandi dari kawasan restoran mengikut SOP yang kita tetapkan. "Pengunjung juga berpeluang untuk mandi manda dengan gajah. "Harga tiket baharu yang kita kenakan bagi warganegara yang berusia 13 tahun ke atas adalah RM25 berbanding RM40 dan RM50 untuk warga asing,” katanya melalui kenyataan media, baru-baru ini. Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19, Razali berkata, hanya individu yang lengkap divaksinasi dibenarkan ke pusat berkenaan. "Kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah dibenarkan memasuki kawasan berkenaan dengan syarat penjaga lengkap divaksinasi. "Pengunjung diminta sentiasa memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri sepanjang berada dalam kawasan KECV," katanya. Beliau juga optimis jumlah pengunjung akan meningkat dengan inisiatif potongan harga tiket di samping pengenalan aktiviti baharu kepada pengunjung.  
03 Nov 21
1183
25 PERATUS PELANCONG ASING DIJANGKA KE TERENGGANU
25 PERATUS PELANCONG ASING DIJANGKA KE TERENGGANU
02 Nov 21
88
Kerajaan Negeri Peruntuk RM20,000 Baiki Jalan Ke Rumah Rakit
Kerajaan Negeri Peruntuk RM20,000 Baiki Jalan Ke Rumah Rakit
DUNGUN, 1 November – Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi membaik pulih laluan di kawasan rumah rakit di kaki Gunung Bongsu, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu setelah meneliti aduan daripada pengusaha tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kerja membina laluan tersebut akan dijalankan dengan segera demi keselamatan pengguna susulan keadaannya yang berlopak dan berlumpur. “Ini adalah isu yang paling besar berdasarkan permintaan daripada persatuan rumah rakit disitu, membataskan kemasukan kenderaan rendah. "Kita telah meluluskan peruntukan tersebut melalui Pejabat Daerah dan kita telah salur peruntukan itu pada 11 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Tambahnya, pihaknya juga akan berkolaborasi dengan pengusaha rumah rakit bersama Jabatan Pelancongan bagi mempromosikan tempat tersebut berikutan nilai tarikannya sebagai syurga buat kaki pancing. “Sekarang ini, hanya isu capaian internet dan komunikasi telah dikenalpasti dan sedang dalam perhatian sebuah syarikat telekomunikasi,” katanya lagi.
29 Oct 21
540
DUA LOKASI DI SETIU DIISTYHAR KAMPUNG PELANCONGAN
DUA LOKASI DI SETIU DIISTYHAR KAMPUNG PELANCONGAN
25 Oct 21
141
Pulau Kapas Jadi Pilihan Destinasi Percutian
Pulau Kapas Jadi Pilihan Destinasi Percutian
MARANG, 25 Oktober - Pulau Kapas yang terletak diperairan Marang, Terengganu menjadi destinasi percutian bagi mereka yang berhasrat untuk mencari ketenangan. Pulau yang terbentang indah di Laut China Selatan itu mempunyai pelbagai khazanah laut dengan pantainya yang cantik beserta kemudahan rekreasi yang pasti akan menambat hati para pengunjungnya. Seorang pengunjung yang ditemui di Jeti Marang, Rumayso' Salwani Abdullah, 38, berkata ini merupakan  kali pertama dia menjejak kakinya di pulau berkenaan bersama keluarga. "Inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana dapat beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan seorganisasi di pulau yang cantik ini.   Rumayso' Salwani Abdullah "Pakej percutian kali ini amatlah berbaloi, tidaklah terlalu mahal dengan prasarana yang disediakan amat memuaskan hati disamping banyak aktiviti sukan air yang ditawarkan.Pantainya yang bersih, ada kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat makan dan keselamatan pengunjung ketika berada di air juga dititikberatkan," ujarnya lagi. Dia bersama keluarga dan rakan-rakannya seramai lima puluh orang berkonvoi dengan kereta daripada Kemaman untuk bercuti di Pulau Kapas sempena Hari Keluarga Ameerah Kijal yang merupakan salah satu organisasi wanita muda yang bernaung dibawah Dewan Muslimat, Parti Islam Semalaysia. Sebelum itu, mereka telah bermalam di Kampung Tok Adis dengan menyewa rumah tumpangan dan melakukan beberapa aktiviti disana. "Kepada mereka diluar sana yang ingin bercuti, bolehlah rancang percutian anda dengan datang ke Pulau Kapas bersama keluarga. Pasti tidak menghampakan," ujarnya.  
25 Oct 21
546
PANTAI ANGIN BERBISIK LOKASI TERBAHARU PERCUTIAN KELUARGA
PANTAI ANGIN BERBISIK LOKASI TERBAHARU PERCUTIAN KELUARGA
24 Oct 21
600
Dua Lokasi Di Setiu Diisytihar Kampung Pelancongan
Dua Lokasi Di Setiu Diisytihar Kampung Pelancongan
SETIU, 24 Oktober - Dua perkampungan iaitu Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik telah diisytiharkan sebagai Kampung Pelancongan Terengganu di mana ia berpotensi menonjolkan identiti negeri di persada negara dan dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, bertemakan perkampungan tradisional, keunikan budaya, makanan dan lokasi itu juga membolehkan ia dicalonkan sebagai kampung pelancongan terbaik di Malaysia. “Tempat ini dipilih untuk bersaing dengan dua lokasi lain iaitu Miso Walai, Sabah dan Kampung Bario, Sarawak anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). “Perkampungan ini juga berpotensi sebagai pendapatan ekonomi alternatif buat para nelayan dan penduduk setempat memandangkan kesukaran mencari rezeki disebabkan musim tengkujuh. “Antara produk lain di sini seperti kawasan sungai ini juga merupakan lokasi sesuai bagi tapak penetasan tuntung laut dan sungai, Taman Bencah Setiu (Setiu Wetlands), Rumah Botol, Terrapuri dan banyak lagi,” katanya. Rumah botol antara salah satu produk pelancongan di Kampung Mangkuk. Tambahnya, menerusi tarikan tersebut, pihaknya mencadangkan tarikan lokasi berdekatan Kampung Mangkuk digabungkan dalam bentuk pakej-pakej bagi pengunjung untuk menginap di kampung tersebut dan berkunjung ke lokasi pelancongan yang ada, sekali gus memberi hasil kepada komuniti. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pengisytiharan tersebut di Desa Pancaran Delima, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Zulbhari A Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Fadhli Yusof Zakaria dan Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif. Sementara itu, Ariffin turut berkongsi Terengganu khususnya Setiu sebagai tumpuan rakaman dan produksi filem serta drama kerana lokasi pantai cantik bukan sahaja di pulau-pulau dan pedalaman, malah di rumah-rumah perkampungan tradisional. “Ini secara langsung mempromosikan negeri di kaca televisyen,” jelasnya lagi. Katanya lagi, pihaknya akan terus bekerjasama dengan daerah tersebut bagi menjadikan ia sebagai tempat tumpuan pelancongan bukan sahaja bagi pengunjung dalam negara malah dari antarabangsa.
23 Oct 21
922
Jeti Kampung Mangkuk, Alternatif Terbaharu Ke Pulau Peranginan
Jeti Kampung Mangkuk, Alternatif Terbaharu Ke Pulau Peranginan
SETIU, 24 Oktober - Jeti Kampung Mangkuk adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri yang digazetkan menjadi jeti pelayaran alternatif bagi pengunjung ke pulau-pulau peranginan berdekatan dengan lebih selamat dan mudah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, lokasi jeti sungai di Kampung Mangkuk merupakan jeti terdekat dengan pulau seperti Pulau Redang, Perhentian, Bidong dan Lang Tengah. “Kerajaan Pusat turut memainkan peranan dalam memperuntukkan kira-kira RM130 juta lebih bagi pembinaan pemecah ombak serta pendalaman muara sungai di sini dan kawasan lain. “Pembangunan ini bakal meningkatkan jeti ini menjadi pintu masuk bagi perkhidmatan bot River Cruise dan day trip ke pulau-pulau berhampiran yang kini aktif digerakkan oleh pengusaha-pengusaha bot tempatan. “Pengunjung akan dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands dan meneroka hampir ke semua ekosistem Tanah Bencah, dengan sembilan ekosistem yang terbentuk gabungan daripada laut, sungai, pantai berpasir, muara, pulau, lumpur, laguna, paya air tawar dan bakau,” katanya. Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke Jeti Kampung Mangkuk, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Ariffin menceritakan, antara infrastruktur asas yang telah didirikan seperti Medan Ikan Bakar (dibawah Aspire Prominent Sdn. Bhd.) dan Kaunter Informasi (TIC). Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Aspire Prominent Sdn. Bhd., Norain Nazmi berkata, pihaknya merancang Kampung Mangkuk sebagai pusat perniagaan yang tidak hanya mempromosikan pelancongan. “Tempat ini juga mampu memasarkan hasil sumber asli yang terdiri daripada perikanan dan pertanian yang menjadi sumber pendapatan kepada penduduk sekitar Setiu Wetlands," katanya. Jelasnya, antara projek-projek prasarana yang dirancang seperti penginapan bertaraf sederhana, rumah terapung, outlet peruncitan, restoran dan perkhidmatan bot. “Projek-projek ini bukanlah usaha baharu, ia adalah usaha bersama untuk meningkatkan sumber pendapatan dan kegiatan ekonomi masyarakat setempat. “Hasil pembangunan tersebut dijangkakan akan beroperasi secara aktif pada suku tahun kedua 2022 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023,” katanya.
23 Oct 21
3510