Artikel "Pelancongan" Terkini
Terengganu Bakal Perkenal Permit Khas Selam Skuba di Lokasi Kapal Karam
MARANG, 24 Oktober - Kerajaan negeri akan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk pengenalan permit khas bagi aktiviti selaman skuba di lokasi kapal karam di Pulau Kapas yang akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata, pengenalan SOP ini bukan untuk  menyusahkan pelancong, tetapi bagi menjaga kepentingan artifak dalam laut di Terengganu.
"Kita nak buat permit bagi memastikan artifak dan tinggalan di kapal tersebut dijaga rapi dan  menghalang aktifak berharga daripada dicuri.
"SOP dibuat ini sama seperti mana dijalankan di tapak kapal karam 'The Bidong Shipwreck' di Pulau Bidong di mana nak pergi ke kawasan tersebut kena ada permit khas.
"Namun kerajaan tidak mahu terlibat dalam urusan mengenai caj sebaliknya menyerahkan urusan mengenai caj tersebut kepada pihak yang mengendalikan selam skuba," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kapal karam di perairan Pulau Kapas, di sini, semalam.
Razali berkata kapal karam tersebut merupakan satu khazanah yang cukup berharga dan salah satu aset pelancongan negeri dalam pakej aktiviti selam skuba arkeologi.
"Berdasarkan cerita daripada penduduk tempatan, kapal yang dipercayai milik tentera Jepun diserang dan dibom menyebabkan ia terbakar dan karam pada Perang Dunia Kedua... kini berada pada kedalaman 40 meter di dasar laut.
"Malah sebahagian artifak berharga di dalam kapal karam terbabit sudah hilang dipercayai dicuri sejak puluhan tahun lalu tanpa sebarang tindakan dari mana-mana pihak,"katanya.
Justeru itu, beliau berhasrat membawa keluar sebahagian aktifak dari kapal karam itu yang mempunyai nilai  tinggi dan perlu dijaga sebaik mungkin di Galeri Arkeologi Maritim Terengganu yang bakal dibuka tahun hadapan bagi menjamin kelestariannya.
Tambahnya, lokasi cadangan galeri setakat ini di Taman Tamadun Islam (TTI) kerana kedudukannya strategik dan ia juga antara lokasi pelancongan utama di negeri ini.
Â
Â
Â
24 Oct 23
187
Tukun Sotong, Lobster Dilabuh di Pulau Kapas
Sebanyak enam daripada 10 tukun tiruan X-to-Reef yang direka bentuk untuk spesies marin sotong dan lobster selamat dilabuhkan di perairan Pulau Kapas manakala empat lagi akan dilabuhkan di negeri lain.
18 Oct 23
155
Konvoi Motosikal 1,584 Kilometer Promosi Taman Negeri
Sebanyak 32 motosikal berkuasa tinggi mengambil bahagian dalam konvoi sejauh 1,584 kilometer (km) sempena mempromosikan Taman Negeri Terengganu.Â
15 Oct 23
48
Kampung Cina Atau 'China Town', Ini Jawab Exco
Kampung Cina kekal sebagai Kampung Cina bukan 'China Town' sepertimana persepsi yang wujud ekoran berita yang tular baru-baru ini.Â
15 Oct 23
45
Promosi Kenyir Geopark Lokasi Wajib Dikunjungi
HULU TERENGGANU, 12 Oktober - Setiap individu dan pemain industri perlu memainkan peranan untuk  menjadikan Kenyir Geopark sebagai salah satu destinasi wajib dikunjungi para pelancong dalam usaha merancakkan pelancongan di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata dengan penglibatan dan bantuan daripada pihak swasta kerajaan amat yakin bahawa sasaran ditetapkan iaitu 1 juta pelancong ke Kenyir Geopark akan dapat dicapai dengan mudah.
"Sebagai contoh jika kita melancong ke negara China, akan ada tempat yang wajib dilawati dalam senarai seperti Tembok Besar...jadi kenapa kita tidak laksanakannya di Terengganu juga.
"Ini antara perkara yang akan saya bincangkan dengan pemain industri di Terengganu supaya masukkan Kenyir Geopark ke dalam senarai tempat menarik yang wajib dikunjungi jika datang ke negeri ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Jom Kenali Geopark di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Lizan Che Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Zawawi Ismail.
Razali turut berkata, apabila pengunjung bertambah, ia akan secara tidak langsung menjana ekonomi penduduk sekitar termasuk pengusaha rumah bot dan restoran.
Tambahnya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan universiti-universiti yang pakar dalam bidang Arkeologi khususnya selain mendidik masyarakat setempat tentang nilai geopark tersebut.
Dalam masa sama, beliau turut menyarankan para penggiat media sosial  menggunakan platform media sosial dalam mempromosikan produk-produk pelancongan tempatan bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini.
Katanya, pada masa kini media sosial merupakan medium utama dalam menyebarluaskan maklumat secara pantas ke seluruh dunia yang sewajarnya digunakan untuk mempromosikan produk pelancongan tempatan.
"Selain media arus perdana yang memainkan peranan penting, kita juga memerlukan media sosial kerana secara tidak langsung akan membawa lebih ramai pelancong apabila mereka tertarik dengan posting-posting yang dimuatnaik," ujarnya.
Â
12 Oct 23
1807
'Insinerator' Atasi Masalah Sampah Di Pulau Redang
Kerajaan Terengganu akan membina insinerator dalam masa terdekat sebagai langkah mengatasi isu longgokan sampah yang menghantui penduduk Pulau Redang.
10 Oct 23
104
TATU ATM di Terengganu Catat Malaysia Books Of Record
Program TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Terengganu berjaya mencatatkan Malaysia Book Of Record.
09 Oct 23
355
Persembahan TATU ATM Pukau 50,000 Pengunjung
Persembahan TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memukau lebih 50,000 penonton di dalam dan luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) Kuala Terengganu.
09 Oct 23
155
Terengganu Sasar 1 Juta Pelancong Ke Tasik Kenyir Tahun Depan
Kerajaan Terengganu menyasarkan satu juta kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir tahun depan.Â
08 Oct 23
145
13 Kategori Perlumbaan 'Hangatkan' IGMR 2023
KUALA TERENGGANU, 5 Oktober - International Golden Monsun Ride (IGMR) 2023 menawarkan 13 kategori perlumbaan melalui kejohanan edisi ketiganya pada 16 Disember ini.
Kategori dipertandingkan ialah Men Elite, Men Open dan Junior, Master A,B,C, Women Open dan Master, Heavyweight, Fat Bike Open, E-Bike Open dan Gravel Bike Open.
Satu lagi kategori ialah kayuhan Fun Ride Open yang menampilkan pelumba-pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed @Harun berkata, IGMR menawarkan hadiah keseluruhan berupa wang tunai berjumlah RM31,000.
"Acara sukan berbasikal ini akan diadakan di Teluk Kalong ,Kemaman.
"Peserta-peserta bagi semua 13 kategori akan menempuhi laluan beberapa destinasi pelancongan dan trak 'off road' di Kijal dan Kemasik," katanya dalam ucapan alu-aluannya pada Pra Pelancaran IGMR 2023 di KTCC Mall, hari ini.
Lebih menarik, acara tahun ini turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai RM120,000 dengan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi 1.3 Auto.
Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim.
Turut hadir, timbalannya Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli, pengurusan EPIC Berhad serta ketua-ketua syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc.
Pendaftaran dibuka kepada orang ramai sehingga pertengahan November melalui pautan https://bit.ly/DaftarIGMR2023 dengan tawaran 'early bird' sah sehingga 15 Oktober ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook kejohanan- IGMR 2023.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
05 Oct 23
382