Artikel "Pelancongan" Terkini
Dr Sam Bawa Keluhan Rakyat di Rumah Terbuka Madani
KUALA NERUS, 10 Mei - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membawa keluhan, pandangan dan harapan rakyat di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri semalam.
Ujarnya, apa jua suara yang dilontarkan rakyat perlu diberikan perhatian oleh semua pihak sama ada pemimpin di peringkat kerajaan negeri mahupun persekutuan.
"Saya rumuskan keluhan rakyat ini dengan kata kunci 'impian kita semua', adalah menjadi impian kita untuk negara dan negeri ini akan terus mencapai kemajuan bertunjangkan keharmonian dan perpaduan antara rakyat yang pelbagai.
"Impian kita, negara dan negeri ini lebih aman dengan menjunjung politik matang yang menoktahkan pengalaman 'Politik MachiaVelli', politik fitnah, politik dendam dan dikriminasi, (juga)Â impian kita negara ini yang bermula dari Perlis hingga ke Sabah rakyatnya mendapat perhatian yang saksama, tanpa dibaluti warna yang berbeza dan menyisihkan.
"Impian kita, pengalaman dan semangat federalisme yang termaktub kukuh dalam perlembagaan, terus mengakrab dan mempererat, bukan merosak dan menjarak hubungan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, di sini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.
Ahmad Samsuri berkata, adalah menjadi impian setiap rakyat agar pemimpin negara dan negeri saling kuat memperkuat.
"Laksanakan amanah dipundak masing-masing dengan penuh integriti, agar kita semua dipertemukan semula di Syurga-Nya nanti.
"Saya percaya inilah impian kita semua yang perlu kita capai, demi 'Malaysia Sejahtera'," ujarnya.
Â
10 May 24
369
Pulau Kekabu Jadi Tumpuan Peniaga Kecil
MARANG,8 Mei -Pulau Kekabu yang terletak hanya beberapa minit dari Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas yang menjadi tarikan pelancong kini turut menjadi tumpuan para peniaga kecil mencari rezeki.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil Daerah Marang, Zakaria Ngah berkata prasarana di sekitar Pantai Pulau Kekabu itu sangat memuaskan dengan mempunyai 39 tapak petak untuk para peniaga.
"Dapat dilihat peningkatan para pengunjung lebih-lebih lagi pada cuti persekolahan dan hujung minggu
“Suasana yang sangat padat, menjadikan suasana lagi meriah dan kebanyakkan pelancong datang dari luar negeri serta ada yang berkhemah di pantai ini menikmati keindahan malam Pulau Kekabu.
"Ia memberi peluang yang sangat baik untuk para peniaga meraih pendapatan yang sangat baik dan harga barang jualan masih dapat dijual dengan harga yang berpatutan bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Persatuan Kebajikan dan Peniaga Kecil Daerah Marang, di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Khas Adun Rhu Rendang, Ustaz Najmuddin Rani ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Marang.
Zakaria berkata kawasan berkenaan berpotensi untuk bertambah maju di masa akan datang.
"Adalah menjadi hasrat agar kawasan ini dapat membangun lagi dan pihak kerajaan dapat meluaskan lagi tempat letak kereta dan kawasan meniaga supaya tidak berlaku kesesakan di pantai ini.
"Dari sudut kebersihan pihak kami sangat berterima kasih kepada pihak kontraktor pembersih yang sentiasa mengambil berat tentang keindahan pantai ini yang selama ini menjadi hasrat kerajaan bagi memastikan pantai di Terengganu sentiasa bersih.
"Begitu juga dengan tandas yang sangat memuaskan tahap kebersihannya bagi kemudahan orang ramai," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Marang yang ditubuhkan pada tahun 2021 sangat menjamin kebajikan para peniaga terutama ketika menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu serta berhadapan musibah yang tidak dijangka.
Â
Â
Â
Â
08 May 24
1228
3,000 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Bakal Gegarkan Terengganu
Terengganu Bike Week (TBW) yang diadakan bermula 28 hingga 30 Jun di Dataran Shahbandar bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara.
02 May 24
232
3,000 Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Bakal Gegarkan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 30 April - Terengganu Bike Week (TBW) yang diadakan bermula 28 hingga 30 Jun di Dataran Shahbandar bakal menghimpunkan 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan. Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program berkenaaan yang dianjurkan East Coast Motorcycle Club (ECMC) dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) diyakini mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri.
Katanya, program  tersebut juga telah disenaraikan sebagai 'acara signature' dalam Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) negeri Terengganu.
"Saya sangat berharap TBW ini akan membantu (kerajaan negeri) untuk mencapai sasaran menarik kehadiran 4.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara.
"Saya hendak sangat 'bikers' datang ke Terengganu, kerana negeri ini selama ini jika diperhatikan sering kali menjadi lokasi pilihan untuk penunggang motrosikal selama ini dari Johor Bahru, Kelantan, malah dari negara luar.
"Itulah uniknya Terengganu kerana memiliki keunikan menerusi jalan pantai, jalan tengah dan lebuhraya jadikan penganjuran kali ini kita gunakan sebaik mungkin bagi menjadikan Terengganu terus dikenali sebagai lokasi bikers dari seluruh negara, termasuk dari negara Thailand," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media TBW, di Hotel Paya Bunga, semalam.
Turut hadir, Presiden ECMC, Tengku Seri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzuan Abdul Rahman.
Mengulas lebih lanjut, Razali berkata acara berkenaan akan turut diserikan dengan program sembang santai bersama Ustaz Azhar Idrus selepas solat Isyak pada 27 Jun.
"Manakala program Tabligh Akhbar TIBW pula akan menampilkan Ustaz Kamal Hamzah selepas solat mahgrib.
"Dari sudut hadiah cabutan bertuah pula TBW menyediakan hadiah yang cukup menarik untuk dibawa pulang oleh peserta berdaftar iaitu sebuah motosikal Harley Davidson, sebuah motorsikal RXZ dan sebuah motosikal Yamaha NVX," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Seri Temenggong Raja berkata penganjuran TBW yang memasuki tahun ke 12 pada tahun ini ada kelainannya yang tersendiri yang menanti para peserta dan pengunjung.
"Setakat ini yang telah mengesahkan kehadiran bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari Singapura, Thailand dan Brunei kita akan juga akan mempromosikan acara ini kepada 'Indonesia Bikers'.
"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan TBW ini ramai orang yang akan datang, walaupun tidak ride tetapi tetap datang dengan mengunjungi booth jualan dan pameran daripada pihak penaja dan vendor.
"Berkaitan motorsikal berkuasa tinggi dan pelbagai aksesori motorsikal termasuk pameran motor berkuasa tinggi, motor klasik, skuter cantik serta pelbagai lagi termasuk akan ada pameran daripada agensi kerajaan dan ada jualan produk IKS Tempatan," ujarnya.
Katanya, dari sudut Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihaknya bercadang membawa anak-anak daripada golongan asnaf untuk datang ke tapak program bagi mengembirakan dan menyampaikan sumbangan.
30 Apr 24
6038
Promosi Nilai Syariah Dalam 'Islamic Tourism'
 Kerajaan negeri disaran untuk terus mempromosikan nilai-nilai syariah dalam usaha membangun industri pelancongan Islam.
24 Apr 24
69
PeliTer 2024 Rekod 150 Ribu Pengunjung
 Program Pelita Raya Terengganu (PeliTer@TTI) yang berlangsung selama lima hari di Taman Tamadun Islam, di sini merekodkan jumlah pengunjung seramai 150,000 orang.
26 Mar 24
128
Pelita Raya Terengganu Beralih Ke TTI
KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Program Pelitara Raya Terengganu akan diteruskan pada tahun ini dengan menjadikan Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai lokasi baharu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abdul Rahman berkata, program kali ini dijangka lebih meriah dengan menyasarkan kehadiran 40,000 pengunjung.
Jelasnya, kerajaan negeri melalui jabatannya itu dengan kerjasama rakan strategik TTI, Pejabat Daerah, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan negeri telah bersetuju ia diadakan pada lapan hingga 12 Ramadan.
"Program kali ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, ia diawalkan dan bertukar lokasi ke Tasik Pahlawan, TTI sebagai langkah mahu menghormati hari-hari terakhir Ramadan dan malam Lailatul Qadar selain mendengar pandangan orang ramai agar ia diawalkan.
"Sudah tentu, Tourism Terengganu (TT) sentiasa cuba mencari atau mengadakan kelainan pada setiap acara dianjurkan dengan kali ini melibatkan 11 penyertaan membabitkan lapan Pejabat Daerah, Tourism Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung di TV Darul Iman (TVDI), Temubual Selamat Pagi Terengganu (SPT), di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Ridzwan berkata program Pelita Raya itu akan dijenamakan sebagai PELITER@TTIÂ bertemakan 'Tradisi Diwarisi, Comeynya Pelita'.
"Juga akan menonjolkan kepelbagaian jenis-jenis pengcahayaan pelita yang akan dipasang secara kreatif mengikut kesesuaian tradis, budaya dan seni warisan di setiap daerah yang akan dipamerkan sebagai bahan pameran dan barangan jualan sepanjang program berlangsung," katanya.
Mengenai pertandingan yang akan diadakan, katanya ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu ' Pertandingan Pelita Raya' dan 'Pertandingan Media Sosial (Facebook & TikTok) dengan hadiah keseluruhan RM11,500 membabitkan Pejabat Daerah, GLC dan orang ramai dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Oleh itu, diharapkan warga negeri dan pelancong mengambil peluang untuk datang dan melihat keunikan program ini yang agak sukar dilihat di negeri-negeri lain, malah di kawasan kampung pun sudah jarang kita lihat suasana orang memasang pelita seperti zaman dahulu kala.
"Semoga dengan penganjuran PELITER@TTI2004Â ini akan dapat mempromosikan lagi TTI dan destinasi pelancongan sekitar terutama Kampung Budaya Terengganu dan Muzium Negeri," ujarnya.
Â
18 Mar 24
1590
KAWAT Promosi Terengganu Sebagai Destinasi Pelancongan Pilihan
HATYAI, 6 Mac- Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) komited dalam memberi gambaran imej sebenar Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi melalui program Hari Media Pelancongan Malaysia dan Wilayah Selatan Thailand 2024
Presidennya, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad berkata, sebagai pengamal media, mereka boleh berperanan dengan membantu Jabatan  Pelancongan negeri mempromosi dan menarik minat rakyat luar negara  melancong ke Malaysia.
Menurutnya, KAWAT memberi penerangan mengenai situasi semasa industri pelancongan di Terengganu melalui seminar dan bengkel yang diadakan selama program itu berlangsung.
"Ini adalah peluang dan platform terbaik untuk KAWAT menjadi duta kecil pelancongan agar dapat berkongsi maklumat tepat dengan pengamal media dan penggiat industri pelancongan di wilayah selatan Thailand.
"Kami menerangkan mengenai keunikan dan keistimewaan produk pelancongan di Terengganu yang menjanjikan alam semulajadi yang masih tidak tercemar seperti pulau-pulau pelancongan dan Tasik Kenyir," katanya.
Lebih 50 media termasuk lapan ahli jawatankuasa KAWAT dari lima negeri Malaysia iaitu  Kedah, Kelantan, Perak dan Perlis  menyertai program tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Hatyai.
Dalam program tersebut, satu kerjasama khusus melalui media sosial juga dibentuk untuk menjadi rujukan semua pengamal media setiap negeri dalam mempromosikan produk pelancongan di kawasan masing-masing selepas ini.
Sementara itu, Noorazila Md Sani dari Jabatan Penyiaran Terengganu (RTM) berkata, sebagai pengamal media, pihaknya sentiasa menonjolkan serta mengetengahkan industri pelancongan sebagai satu jenama global khususnya daya tarikan budaya dan alam semula jadi yang unik yang boleh ditawarkan di negeri itu.
"Jelas peranan media dalam menyebarluaskan program dan aktiviti Tourism Malaysia sedikit sebanyak membantu memulihkan dan meningkatkan industri pelancongan di Terengganu sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan.
"Justeru itu, program Hari Media Pelancongan Malaysia dan Wilayah Selatan Thailand kali ini sangat positif kerana menyelami permasalahan dan potensi pelancongan untuk kedua-dua negara malah perlu diteruskanagar manfaatnya diterima segenap lapisan masyarakat di kedua-dua negara," katanya.
Â
06 Mar 24
252
10,000 Peminat Skuter 'Gegar' Terengganu
10,000 peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering 2.0 yang berlangsung di Taman Tasik Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus.
27 Feb 24
108
10,000 Peminat Skuter 'Gegar' Terengganu
KUALA NERUS, 25 Februari - 10,000 peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering 2.0 yang berlangsung di Taman Tasik Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program yang sudah memasuki penganjuran kedua itu telah memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini.
"Membabitkan pengusaha rumah inap, kedai makan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan di negeri ini semuanya merasai kesan serta impak kedatangan pelancong, antara porgram yang diadakan pada SGM kali ini ialah aktiviti santai ke destinasi wajib singgah di Terengganu.
"Dengan pelbagai program dan karnival yang terus diadakan di negeri ini telah menjadikan Terengganu kini menerima kunjungan hampir satu juta pelancong hanya dalam masa dua bulan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program SGM2.0.
Mengulas lebih lanjut, Razali berkata pihak kerajaan negeri tidak ada masalah untuk terus membantu pihak penganjur mengadakan program itu pada setiap tahun.
"Kita dapat lihat program pada kali ini memang betul-betul meriah dengan disedikana hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah pakej mengerjakan umrah dan tiga buah skuter," katanya.
Dalam pada itu pengarah program, Wan Mohd. Zulhafeeza Wan Mohd Yusof berkata, program selama dua hari itu terus diadakan kerana kejayaan edisi pertama lalu yang menerima sambutan luar biasa.
"Pada kali ini program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), serta telah mendapat penyertaan bukan hanya peserta dari dalam negara bahkan luar negara yang datang dari Thailand dan Singapura," ujarnya.
Â
25 Feb 24
2917