lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

TDM Santuni 200 Asnaf DUN Bukit Besi
TDM Santuni 200 Asnaf DUN Bukit Besi
KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) menyantuni 200 orang asnaf melalui program TDM Bersama Masyarakat DUN Bukit Besi di Dewan Sivik Jerangau Sungai. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, TDM telah memperuntukkan sebanyak RM40,000 untuk agihan kepada 200 asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi melalui kerjasama strategik antara TDM dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Besi. "Program ini adalah manifestasi hasrat kami untuk bersama-sama membangunkan komuniti, khususnya di Bukit Besi, ke arah masa depan yang lebih berkat.  "Kami percaya bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur melalui keuntungan kewangan semata-mata, tetapi juga melalui sumbangan dan impak positif yang dapat kami kongsi kepada masyarakat," katanya. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi; Ghazali Sulaiman, Pegawai MAIDAM Daerah Zon Selatan; Hamidah Abd Latif dan Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Sdn Bhd; Hamdan Ibrahim. Tambah beliau, program itu juga merupakan sebahagian daripada usaha syarikat dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan. "Sebagai sebuah syarikat yang menitikberatkan pembangunan mampan, inisiatif ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). "Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Mampan, yang bertujuan memastikan kawasan penempatan dan komuniti menjadi lebih inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan. "TDM menyokong matlamat ini demi memperkukuh kesejahteraan komuniti.. "Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami bukan sahaja menumpukan kepada pertumbuhan perniagaan tetapi juga kepada kesejahteraan masyarakat.  "Program ini adalah salah satu cara untuk kami memahami keperluan komuniti dan memastikan bantuan yang disalurkan memberi manfaat jangka panjang," tambah Najman. Dalam pada itu, beliau juga menyatakan hasrat untuk memperluaskan inisiatif yang sama ke kawasan-kawasan lain di Terengganu bagi memastikan lebih ramai golongan mendapat manfaat daripada program seumpama itu.  
29 Mar 25
120
Terengganu, TNB Genco Meterai Perjanjian Optimum Sumber Hidro
Terengganu, TNB Genco Meterai Perjanjian Optimum Sumber Hidro
Kerajaan negeri telah menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga dengan TNB Power Generation Sdn. Bhd (TNB Genco) bagi menyempurnakan pembaharuan dalam Skim Hidroelektrik, Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir, di sini 
25 Mar 25
166
Aidilfitri Bermakna, 69 Peserta BSA Akhirnya Miliki Rumah Sendiri
Aidilfitri Bermakna, 69 Peserta BSA Akhirnya Miliki Rumah Sendiri
Syawal tahun ini pastinya lebih istimewa buat 69 peserta Projek Besut-Setiu Agropolitan (BSA) apabila impian mereka untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
25 Mar 25
59
Terengganu Agih RM1.082 Juta Insentif Kemenangan SUKMA, Para SUKMA
Terengganu Agih RM1.082 Juta Insentif Kemenangan SUKMA, Para SUKMA
Sebanyak RM1.082 juta disampaikan kerajaan negeri hari ini, sebagai insentif kemenangan bagi menghargai sumbangan atlet dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan (Skan Para (Para) SUKMA pada tahun 2024.
23 Mar 25
84
125 Asnaf Dirai, Terima Sumbangan
125 Asnaf Dirai, Terima Sumbangan
BESUT, 24 Mac – Seramai 125 golongan asnaf menerima sumbangan dalam Majlis Iftar Perdana Parlimen Besut yang berlangsung di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah baru-baru ini. Program itu dianjurkan bagi membantu mereka yang memerlukan serta mengeratkan ukhuwah antara pemimpin dan masyarakat setempat. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, bersama Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman. Menurut Che Mohamad Zulkifly, inisiatif tersebut merupakan tanda keprihatinan kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. “Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka serta membawa kegembiraan dalam menyambut Ramadan,” katanya. Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf, diikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Adam Said bagi memberikan peringatan rohani kepada para hadirin. Acara diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa, sebelum majlis berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah. Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut. “Kehadiran ramai penduduk menyemarakkan lagi majlis ini. Terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang bekerja keras. Semoga usaha ini diberkati,” katanya.  
22 Mar 25
46
Cuti Raya Tambahan : Dr. Sam Umum Minggu Depan
Cuti Raya Tambahan : Dr. Sam Umum Minggu Depan
Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, sebarang keputusan tentang cuti tambahan Aidilfitri akan dimaklumkan kemudian.
20 Mar 25
170
Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1446H Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Istana Syarqiyyah
20 Mar 25
113
200 Asnaf Terima Zakat Perniagaan Emas Dimiliki ADUN
200 Asnaf Terima Zakat Perniagaan Emas Dimiliki ADUN
BESUT 18Mac –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut,Azbi Saleh telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan sumbangan zakat dari Kedai Emas Sri Ayu dimilikinya kepada 200 orang golongan asnaf. Majlis agihan sumbangan tersebu telah diadakan semalam di Masjid Haji Daud, Alor Teratai, dan melibatkan 10 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat. Penerima terdiri daripada penduduk Kampung Alor Teratai, Kampung Alor Jejawi, Kampung Tok Saboh, Kampung Sri Kemunting, Kampung Taman Sri Seratus, Kampung Pachakan, Kampung Gertak Seratus, Kampung Kayu Kelat, Kampung Alor Pisang, dan Kampung Taman Tasik.  Menurut Azbi penerima terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk ibu tunggal, warga emas dan keluarga yang kurang berkemampuan. "Setiap penerima menerima bantuan kewangan yang diharapkan dapat meringankan beban mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.  “Sumbangan ini adalah salah satu cara untuk kita membantu golongan yang memerlukan. Saya berharap bantuan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan dan meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut hari raya,"ujarnya. Tambah beliau, melihatkan penduduk menerimanya dengan perasaan penuh syukur dan memahami ramai yang berharap agar agar lebih banyak inisiatif seperti itu akan terus dilaksanakan pada masa akan datang. "Semoga majlis seumpama ini akan menggalakkan pelbagai pihak untuk tampil membantu dalam kalangan penduduk setempat serta melahirkan semangat kebersamaan,"ujarnya.  
18 Mar 25
327
Anak Asnaf Terima Sumbangan Istimewa Melalui Projek Baju Raya
Anak Asnaf Terima Sumbangan Istimewa Melalui Projek Baju Raya
Seramai 60 orang anak asnaf dari daerah Kuala Nerus dan Setiu menerima sumbangan istimewa menerusi Program Projek Baju Raya 2025, yang bertujuan memastikan mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.
13 Mar 25
77
Epic Berhad Peruntuk RM60 Ribu Rai Anak Asnaf
Epic Berhad Peruntuk RM60 Ribu Rai Anak Asnaf
Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (“EPIC Berhad”) meraikan 170 anak asnaf dengan memperuntukkan RM60,000 melalui Program Jalinan Kasih Ramadan 2025.
13 Mar 25
49