Artikel "Kebajikan" Terkini
RM1.33 Juta Untuk OKU: Terengganu Serius Mahu Lihat Mereka Berdikari
Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM1.33 juta tahun ini bagi mengurus dan mengoperasikan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, sebagai langkah nyata membantu golongan orang kurang upaya (OKU) keluar dari kepompong simpati dan bergerak ke arah kehidupan yang lebih berdikari.Â
16 Apr 25
65
Kos Baik Pulih Jalan Aring-Kenyir RM36 Juta
Â
erja bagi membaik pulih laluan jalan yang menghubungkan Felda Aring, Gua Musang dan Tasik Kenyir akan dimulakan sebaik sahaja menerima peruntukan sebanyak RM36 juta daripada Kementerian Ekonomi.
15 Apr 25
107
Kelip-kelip Kampung Yak Yah Kembali 'Bercahaya'
Populasi kelip-kelip di Kampung Yak Yah dikhabarkan meningkat sehingga 40 peratus sejak projek pemuliharaan habitat itu dilaksanakan bermula tahun 2022 lalu.Â
15 Apr 25
87
'Orang Lain Yang Kena TCO Bebas, Saya Tidak'
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan TCO yang dikenakan kepada beliau jauh berbeza dengan kawalan pada pihak lain termasuk tidak diberi kebebasan tertentu.
15 Apr 25
71
Inisiatif Terengganu Teroka Industri Solar Pacu Ekonomi Negeri - Sultan Mizan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya meneroka potensi besar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, terutamanya industri solar.Â
15 Apr 25
74
Akhirnya, Kerajaan Terengganu Bantu 'Buskers' Terjejas
Kerajaan Terengganu menyampaikan insentif 'one-off' sebanyak RM600 seorang, kepada penghibur-penghibur jalanan (buskers) yang terjejas akibat larangan persembahan jalanan bagi 10 malam terakhir Ramadan yang dikuatkuasakan sebelum ini.
07 Apr 25
73
150 Asnaf Terima Agihan Zakat di KMI
Seramai 150 asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan golongan memerlukan di Hospital KMI Kuala Terengganu (KMIKT) menerima agihan zakat wakalah dalam satu program penuh bermakna.
07 Apr 25
57
Calon STPM Terengganu Dapat Bantuan RM688,000
Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM688,000 Bantuan Pendidikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2024/2025 kepada 1,376 penerima di seluruh negeri ini.
06 Apr 25
72
Kerajaan Lancar Skim Harga Maksimum Aidilfitri 2025
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kerajaan meneruskan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2025 bagi memastikan kestabilan harga barangan keperluan utama.
06 Apr 25
62
150 Asnaf Terima Agihan Zakat di KMI
KUALA TERENGGANU, 3 April - Seramai 150 asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan golongan memerlukan di Hospital KMI Kuala Terengganu (KMIKT) menerima agihan zakat wakalah dalam satu program penuh bermakna.
Sumbangan ini hasil inisiatif kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, TDM Berhad, yang semakin menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TDM Berhad, KMIKT, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), serta semua yang terlibat dalam menjayakan program petang ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perkongsian Dalam Keberkatan, di KMIKT.Â
Beliau menegaskan bahawa kepimpinan negeri menganggap kekayaan negeri sebagai amanah yang mesti dikembalikan kepada rakyat.
"Semenjak Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menerajui kerajaan negeri, kita berpegang pada tema 'Maju, Berkat, Sejahtera'.
"Keuntungan yang diraih bukan untuk kepentingan syarikat semata-mata, tetapi dipulangkan kepada rakyat," jelas beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Najman Kamaruddin, turut menzahirkan komitmen syarikat dalam membantu masyarakat setempat, khususnya golongan asnaf.
"Sebagai syarikat yang beroperasi di DUN Batu Buruk, menjadi tanggungjawab sosial kami untuk membantu mereka yang memerlukan," ujar beliau.
Menurut beliau, program ini bukan sekadar inisiatif kebajikan, tetapi juga manifestasi nilai Islam yang menitikberatkan keprihatinan terhadap golongan yang kurang berkemampuan.
"Kami amat berbangga dapat bersama-sama meraikan asnaf yang terpilih pada petang ini.Â
"Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka menyambut Ramadan dengan lebih tenang dan bahagia," tambahnya.
Beliau turut berkongsi kejayaan TDM Berhad dalam dua sektor utama, iaitu perkhidmatan hospitaliti dan perladangan.Â
"Pada tahun lepas, operasi keseluruhan hospital KMI mencatat hasil sebanyak RM340 juta, dengan KMI Kuala Terengganu (KMI KT) antara yang paling cemerlang.Â
"Manakala dalam sektor perladangan, TDM mengusahakan lebih 40,000 hektar tanaman kelapa sawit di seluruh Terengganu, menghasilkan pendapatan sekitar RM290 juta.Â
"Secara keseluruhan, TDM berjaya memperoleh hasil melebihi RM600 juta," jelasnya.
Tambah Najman, hasil keuntungan ini turut dikongsi bersama masyarakat melalui pembayaran zakat.
"Kami berjaya menyalurkan sebanyak RM2 juta dalam bentuk zakat pada tahun lalu.Â
"Untuk Ramadan ini sahaja, lebih 3,000 penerima di seluruh Terengganu menerima manfaat daripada sumbangan ini," tambahnya.
Menurut beliau, kejayaan sesebuah syarikat bukan diukur semata-mata melalui pencapaian kewangan, tetapi juga melalui impak positif yang diberikan kepada masyarakat.Â
"TDM Berhad sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan memastikan kejayaan yang diperoleh dikongsi bersama masyarakat, khususnya golongan yang kurang bernasib baik," kata beliau.
Pengurus Besar KMIKT, Salina Long, menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama pihaknya bekerjasama dengan Pusat Khidmat ADUN Batu Buruk dalam program sebegini.
"KMIKT sentiasa proaktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. Kami berharap program seperti ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang," ujarnya.
03 Apr 25
148