lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Duyung Marina Jual Nasi Bajet Demi Pekerja, Kelangsungan Operasi
Duyung Marina Jual Nasi Bajet Demi Pekerja, Kelangsungan Operasi
KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Demi kelangsungan operasi dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong Duyung Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif membuka gerai hidangan nasi bajet berharga RM3 di tepi jalan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud. Pengurus Besarnya, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, ia dirancang secara proaktif supaya  tidak mengharapkan sumber pendapatan teras sedia ada sahaja dan dalam masa yang sama menaikkan semula semangat 156 kakitangan hotel tersebut. Katanya, cetusan idea ini adalah hasil perbincangan dengan chef dan strategi membuka gerai nasi bajet menjadi bukti pihak majikan tidak hanya berpeluk tubuh dalam berdepan dengan situasi ekonomi penuh mencabar akibat pandemik Covid-19.  "Setiap hari gerai kami akan  beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 3 petang di Jambatan Sultan Mahmud di sini dengan menawarkan pelbagai menu menarik seperti ayam goreng berempah, gulai ayam, gulai lemak ikan masin nenas, sambal ikan tenggiri limau, sambal telur dan sayur goreng.  “Pada hari pertama beroperasi kelmarin (Khamis) kita hanya menyediakan hidangan untuk 80 orang sahaja tetapi sambutan yang di luar jangkaan mendorong kita menggandakan kuantiti makanan kepada 300 orang pada hari ketiga hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mempromosikan jualan nasi bajet tersebut. Jelasnya lagi, tindakan DMR menjual nasi bajet tidak bermaksud mahu mengganggu punca pendapatan peniaga-peniaga lain. "Ini merupakan salah satu  usaha DMR untuk melakukan kebajikan kepada golongan B40 menerusi jualan makanan pada harga murah sekaligus pada masa yang sama membuka ruang sumber pendapatan baru bagi DMR. "Keuntungan daripada jualan nasi bajet ini tidak sampai 10 peratus kepada perniagaan teras DMR tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membawa keceriaan dan semangat kepada pekerja,” katanya. Tambah Wan Mohd Faizol, DMR juga membuat promosi untuk bilik, iaitu pakej pada harga serendah RM280 untuk tiga hari dua malam.  "Beli satu pakej percuma satu pakej. Promosi ini akan tamat pada 18 Februari tidak lama lagi," katanya.
06 Feb 21
2795
Tiga Inisiatif Khas COVID-19 Bantu Golongan Belia
Tiga Inisiatif Khas COVID-19 Bantu Golongan Belia
KUALA TERENGGANU, 3 Februari – Kerajaan negeri memperkenalkan tiga inisiatif khas dalam membantu golongan belia dan beliawanis Terengganu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usaha tersebut termasuk tabung pemulihan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) berjumlah RM3.5 juta. “Tabung ini berperanan membantu pemulihan peniaga termasuk usahawan belia yang terlibat dalam projek pembangunan kecil dan sederhana terkesan akibat pandemik, golongan tersebut adalah diantara sasaran kerajaan. “Kedua, Bantuan Cakna Rakyat Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM9.7 juta, memfokuskan golongan b40 disertai belia dibawah kategori tersebut dengan pengagihan ‘One-off’ sebanyak RM200 untuk satu isi rumah (keluarga). “Inisiatif ketiga adalah pengecualian bayaran lesen perniagaan kecil dan penjaja disamping penerusan program penangguhan dan diskaun diberi oleh pihak Yayasan Terengganu (YT),” katanya ketika bersiaran langsung di TVDI, pagi semalam. Tambah beliau, peminjam tabung YT telah membuat keputusan bagi penangguhan dan diskaun pinjaman sejak tahun lepas, meringankan beban usahawan yang kebanyakan terdiri daripada golongan belia. Mengulas lanjut berkenaan Pelan Literasi Kewangan, Wan Sukairi memaklumkan, inisiatif tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh belia dan beliawanis untuk meluaskan lagi rangkuman pendidikan kewangan pada situasi mencabar tersebut. “Selain itu, lapan program dibawah rangka latihan kemahiran dan peluang pekerjaan juga membuka pintu kepada golongan belia dan akan dilaksanakan segera jika keadaan mengizinkan. “Program sebegini dibawah pengelolaan portfolio Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, namun kerjasama sentiasa diadakan merentasi portfolio kerana ia melibatkan inisiatif buat warga belia juga,” tambahnya.
03 Feb 21
2172
'Rigger Scaffolder' KKYT Penuhi Pasaran Industri Minyak, Gas
'Rigger Scaffolder' KKYT Penuhi Pasaran Industri Minyak, Gas
Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) berjaya melahirkan 40 pelatih ringger scaffolder berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran kerja tempatan dan luar negeri.  
12 Jan 21
443
2020, Tahun Mencabar Bagi DITC
2020, Tahun Mencabar Bagi DITC
KEMAMAN, 2 Januari - Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar buat Darul Iman Training Centre (DITC) akibat penularan pandemik COVID-19 berserta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan persetujuan pihak pengurusan, DITC telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pusat kuarantin untuk Zon Terengganu Selatan bagi mereka yang disyaki bergejala dengan COVID-19. Pengerusinya, Ustaz Hazri Jusoh ketika berucap di Majlis Makan Tengahari di Dewan Makan DITC kelmarin menyatakan, banyak tempahan pelanggan terpaksa dibatalkan. Ustaz Hazri Jusoh sedang berucap. "Kita terpaksa membatalkan tempahan yang telah diterima bermula pada bulan April sehingga Ogos dan Oktober hingga Disember 2020 disebabkan perkara ini. "Ini bermakna DITC telah kehilangan pendapatannya kira-kira RM1.13 juta dalam tempoh tersebut. Kakitangan DITC. "Tapi dalam masa yang sama kita juga berasa bangga kerana dapat membantu kerajaan dalam menyediakan prasarana untuk membantu para petugas barisan hadapan dalam membendung virus ini," ujarnya. Beliau yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal memberitahu, ramai pekerja dan syarikat daripada sektor swasta telah dibuang kerja bagi mengawal aliran keluar kewangan mereka akibat penularan virus ini. "Ramai di kalangan sahabat kita di luar sana telah diberhentikan kerja kerana majikannya tidak lagi mampu menanggung overhead cost akibat kelembapan ekonomi. Kakitangan DITC. "Elaun dan kerja lebih masa mereka terpaksa dipotong dan diatur oleh syarikat kecil dan sederhana bagi meneruskan operasinya," katanya. Pada masa yang sama, Hazri turut mengumumkan imbuhan saguhati sebanyak RM300 kepada semua kakitangannya sebagai tanda terima kasih di atas komitmen dan kesabaran mereka dalam menempuh situasi yang sukar itu. Saguhati dari pihak pengurusan DITC. Turut hadir dalam majlis tersebut, Chief Executive Officer DITC, Suhaimi Embong dan semua pegawai dan kakitangan bagi meraikan majlis akhir tahunnya dengan penuh kesederhanaan.
01 Jan 21
542
TDM, EY Teroka Kerjasama Lahir Pakar Akaun
TDM, EY Teroka Kerjasama Lahir Pakar Akaun
TDM Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama organisasi perkhidmatan profesional Ernst & Young PLT bagi melahirkan tenaga kerja perakaunan dan kewangan mahir.
27 Dec 20
192
Hasil Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang Tahun 2020
Hasil Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang Tahun 2020
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merekodkan sebanyak RM446,278 hasil nilai rampasan dan RM147,750 nilai kompaun daripada tindakan 569 kes di beberapa daerah sekitar Terengganu bagi tahun 2020.  
24 Dec 20
95
14 Barangan Disenarai SHMMP Krismas, Langkah Stabilkan Harga
14 Barangan Disenarai SHMMP Krismas, Langkah Stabilkan Harga
Sebanyak 14 jenis barangan disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sebagai langkah menstabilkan harga barang di pasaran ketika musim perayaan.
24 Dec 20
117
Status OKU Bukan Alasan
Status OKU Bukan Alasan
KEMAMAN, 9 Disember - Pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) ini tidak pernah menjadikan status mereka sebagai alasan untuk bermalas-malasan. Kekurangan mereka yang tidak dapat berjalan normal seperti manusia lain bukanlah penghalang untuk mereka menjadi penternak ikan keli yang berjaya. Muhammad Firdaus Hassan, 27, dan pasangannya, Nurul Jannah Roh, 25, telah menjalani kehidupan mereka dengan berkerusi roda sejak lebih sembilan tahun lamanya. Mereka mengusahakan perternakan ikan keli bermula bulan Mac tahun ini, ketika permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Firdaus ketika ditemui pihak Urusetia Penerengan Darul Iman di kediamannya di Kampung Tanjung, Bukit Mentok memberitahu, beliau telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 2011. Manakala isteri beliau menderita sakit saraf sejak berumur 17 tahun. "Lebih kurang 400 ekor ikan keli kami ternak dan ada juga sebahagiannya sudah dijual. Kami berharap semoga perniagaan ikan keli kami lebih maju dan dikomersialkan dengan lebih jauh," ujar Firdaus ketika ditanya mengenai harapan beliau. Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim yang turut hadir semalam telah menyampaikan sedikit sumbangan buat pasangan OKU terbabit. "Semoga anak muda di luar sana dapat jadikan kisah mereka ini sebagai sumber inspirasi untuk terus berjuang dan berjaya dalam hidup," kata Ab. Razak.
08 Dec 20
135
Pendapatan Golden Pharos Melonjak 36 Peratus
Pendapatan Golden Pharos Melonjak 36 Peratus
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Pendapatan syarikat pembalakan milik Kerajaan Negeri Terengganu, Golden Pharos Bhd (GPB) melonjak naik sebanyak 36 peratus kepada RM18.8 juta pada suku ketiga tahun 2020 berbanding RM13.8 juta pada suku yang sama tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, peningkatan itu direkodkan selepas syarikat mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2020. "Pengeluaran balak yang meningkat, peningkatan prestasi pemprosesan kayu balak, penggunaan pakej stimulasi yang efektif dalam menangani isu ekonomi syarikat ketika berlakunya pandemik COVID-19. "Dalam suku ketiga tahun ini, segmen pembalakan meningkat sebanyak 72 peratus kepada 10,716 hektar per tan berbanding 6,246 hektar per tan tahun lalu.  "Peningkatan ini berikutan ketidaklewatan kelulusan lesen penebangan balak, pengurusan kontraktor penebangan yang berkesan dan cuaca yang baik sepanjang tempoh aktiviti pembalakan diadakan," katanya  dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, jelasnya, berdasarkan kepada peningkatan balak yang ditebang, sektor perkayuan dan venir juga meningkat. "Di mana pendapatan bagi sektor tersebut meningkat sebanyak 14 peratus dan keuntungan sebelum cukai adalah 203 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu," ujarnya. Nadza Abdul menjelaskan, GPB juga mendapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri di mana syarikat tersebut menerima program subsidi berjumlah RM1.4 juta bagi keenam-enam syarikat di bawah GPB bermula Mac sehingga September 2020. “Syarikat menganggarkan kerugian sebanyak RM24 juta akibat daripada pandemik. Tetapi dengan pakej rangsangan ekonomi serta pengurangan kos yang dijalankan oleh syarikat, kami optimis bahawa tahun ini sebenarnya adalah tahun yang lebih baik berbanding tahun 2019,” katanya.
01 Dec 20
3278
Sidang DUN : Rantaian Ekonomi Projek Dipantau
Sidang DUN : Rantaian Ekonomi Projek Dipantau
Kawalan dan pemantauan terhadap keseluruhan rantaian ekonomi bagi projek yang akan dilaksanakan kelak antara usaha dan penambahbaikan dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu.
28 Nov 20
85