Artikel "Ekonomi" Terkini
TM Bantu Usahawan Terengganu Kembangkan Perniagaan Melalui Platform Digital
Jalinan kerjasama antara Telekom Malaysia dan Yayasan Pembangunan Ushawan Terengganu (YPU) telah membantu usahawan Terengganu untuk mengembangkan peniagaan mereka menerusi platform digital.
20 May 24
94
Terengganu Kembangkan Bisnes Usahawan di Indonesia
Jakarta, 15 Mei -Kedutaan Besar Malaysia di Republik Indonesia menerima kunjungan hormat delegasi usahawan dariTerengganu yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, YB Ariffin Deraman.
Deligasi seramai 20 usahawan dan turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, YB Dr. Azman Ibrahim telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai di sana.
Kunjungan ini merupakan salah satu agenda dalam Lawatan Titian Muhibah dan Perbincangan Dua Hala antara Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu dan Indonesia. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memupuk hubungan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kedutaan Malaysia di Indonesia.
Dalam pertemuan ini, Kerajaan Negeri menyatakan hasrat untuk lebih agresif dalam membawa usahawan negeri tersebut memasarkan perniagaan mereka ke negara-negara serantau. Potensi dan usaha untuk membuka jaringan yang lebih luas kepada usahawan-usahawan Terengganu, khususnya di Indonesia, turut dibincangkan.
Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah MATRADE Wilayah Timur, Puan Zaimah Osman; Pengurus Besar Darul Iman Training Centre (DITC), Tuan Haji Shuhaimi Embong; Tengku Ahmad Shabirin Awalludin, Pengurus Kanan Korporat Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU); serta wakil daripada PT Laara Star World.
Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Farzamie Sarkawi, Timbalan Ketua Perwakilan dan Wakil Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, serta para pegawai yang menyambut kedatangan delegasi. Diharapkan pertemuan ini dapat membina hubungan dan kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kedutaan Malaysia di Indonesia, sekaligus memperluas peluang ekonomi bagi usahawan-usahawan Terengganu.
16 May 24
489
TM Bantu Usahawan Terengganu Kembangkan Perniagaan Melalui Platform Digital
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Jalinan kerjasama antara Telekom Malaysia dan Yayasan Pembangunan Ushawan Terengganu (YPU) telah membantu usahawan Terengganu untuk mengembangkan peniagaan mereka menerusi platform digital.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata Program Kelestarian Usahawan Digital yang dianjurkan oleh Yayasan TM merupakan usaha yang sangat baik bagi memastikan teknologi hari ini dimanfaatkan untuk mencapai kemajuan dalam dunia perniagaan.
"20 peserta akhir yang terpilih daripada 100 orang ini telah memberikan respon dan reaksi yang sangat baik, menceritakan kejayaan mereka setelah melalui bimbingan selama enam bulan ini.
"Mereka bukan baru hendak memulakan perniagaan tetapi telah pun memiliki perniagaan, kursus yang diadakan ini adalah bagi mendedahkan peserta kepada ilmu digital.
"Terutamanya melaui aplikasi TikTok sekarang ini yang semakin ke hadapan namun para peserta sebelum ini tidak tahu bagaimana untuk mencari kaedah terbaik bagi menarik orang ramai jadi mereka diajar bagaimana memanfaatkan platform ini untuk mencapai kejayaan lebih baik," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Majlis Penutup Program Kelestarian Usahawan Digital Terengganu, di Restoran Jambatan Angkat, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pengarah Yayasan TM, Ainol Shaharina Sahar berkata program yang diadakan itu merupakan salah satu inisiatif impak sosial pihaknya.
"Bertujuan untuk memperksasakan usahawan kecil menerusi latihan dan penyelesaian perniagaan digital bagi menjamin pendapatan yang mampan untuk sosio-ekonomi yang lebih baik.
"Justeru itu, modul program ini telah dirangka secara berstruktur merangkumi seluruh eskosistem, bermula dari sesi latihan berkala berkaitan pemasaran dan penjenamaan digital, penciptaan kandungan dan seterusnya bimbingan serta pemantauan oleh tenaga pengajar.
"Para usahawan terpilih juga turut menerima pakej Digital Marketing Solution (DMS) bagi menyokong transformasi perniagaan digital mereka," ujarnya.
Â
16 May 24
374
100 Produk Usahawan Terengganu Terbang ke Indonesia
KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Kerajaan negeri bersama 20 usahawan telah terbang ke Indonesia bagi memasarkan 100 produk yang dikenal pasti memiliki potensi besar untuk dikembangkan dan mendapat sambutan yang baik dari negara republik itu.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, segala produk yang dibawa untuk dipasarkan ke negara terbabit sehingga 16 Mei telah memenuhi syarat persijilan halal serta berkualiti.
Katanya, delegasi kerajaan negeri ke Indonesia itu merupakan kesinambungan setelah syarikat dari negara terbabit PT Larra World telah mengadakan kunjungan ke negeri ini.
"Sebelum ini hanya membabitkan sembilan usahawan yang telah pun berjaya memasarkan produk mereka ke Indonesia.
"Jadi pada kali ini kita akan pasarkan lebih banyak produk kita ke sana bagi mengembangkan lagi potensi bagi menembusi pasaran Indonesia sebagaimana yang kita maklum rakyatnya 10 kali ganda lebih ramai daripada kita yang menjadikan pasaran terbuka luas," ujarnya.
Beliau berkata demkian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Penutup Program Kelestarian Usahawan Digital Terengganu, di sini, baru-baru ini.
Ariffin berkata, produk dari negeri ini tidak mengalami kesukaran untuk mendapat tempat di hati rakyat Indonesia seperti Keropok Lekor, Nasi Dagang malah katanya Sardin Pertima juga diyakini berpotensi untuk mendapat sambutan positif.
"Hasrat kita bukan sahaja mahu produk kita berada di pasaran Asia Tenggara tetapi ke negara-negara lain termasuk Timur Tengah.
"Saya yakin setelah berjaya menembusi pasaran luar ini usahawan kita akan berkembang lebih maju," ujarnya.
15 May 24
1107
Pulau Kekabu Jadi Tumpuan Peniaga Kecil
MARANG,8 Mei -Pulau Kekabu yang terletak hanya beberapa minit dari Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas yang menjadi tarikan pelancong kini turut menjadi tumpuan para peniaga kecil mencari rezeki.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil Daerah Marang, Zakaria Ngah berkata prasarana di sekitar Pantai Pulau Kekabu itu sangat memuaskan dengan mempunyai 39 tapak petak untuk para peniaga.
"Dapat dilihat peningkatan para pengunjung lebih-lebih lagi pada cuti persekolahan dan hujung minggu
“Suasana yang sangat padat, menjadikan suasana lagi meriah dan kebanyakkan pelancong datang dari luar negeri serta ada yang berkhemah di pantai ini menikmati keindahan malam Pulau Kekabu.
"Ia memberi peluang yang sangat baik untuk para peniaga meraih pendapatan yang sangat baik dan harga barang jualan masih dapat dijual dengan harga yang berpatutan bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Persatuan Kebajikan dan Peniaga Kecil Daerah Marang, di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Khas Adun Rhu Rendang, Ustaz Najmuddin Rani ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Persatuan Kebajikan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Marang.
Zakaria berkata kawasan berkenaan berpotensi untuk bertambah maju di masa akan datang.
"Adalah menjadi hasrat agar kawasan ini dapat membangun lagi dan pihak kerajaan dapat meluaskan lagi tempat letak kereta dan kawasan meniaga supaya tidak berlaku kesesakan di pantai ini.
"Dari sudut kebersihan pihak kami sangat berterima kasih kepada pihak kontraktor pembersih yang sentiasa mengambil berat tentang keindahan pantai ini yang selama ini menjadi hasrat kerajaan bagi memastikan pantai di Terengganu sentiasa bersih.
"Begitu juga dengan tandas yang sangat memuaskan tahap kebersihannya bagi kemudahan orang ramai," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Marang yang ditubuhkan pada tahun 2021 sangat menjamin kebajikan para peniaga terutama ketika menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu serta berhadapan musibah yang tidak dijangka.
Â
Â
Â
Â
08 May 24
1227
Anak Terengganu Ikrar Tak Berdiam Diri Tuntut Royalti
KUALA TERENGGANU, 29 April - Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) tidak akan berdiam diri terhadap isu royalti yang dipermainkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Presiden PERANTAU, Dr Mohd Nuri Al-Amin Endut berkata, pihaknya sedang mengerakkan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta anak rantau untuk terus mendesak agar hasil petroleum dikembalikan kepada pemiliknya.
Katanya, apa yang dilakukan itu atas semangat memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Terengganu yang selama ini turut diterima oleh rakyat Terengganu di perantauan.
"Kami masih berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Dato' Seri Anwar Ibrahim) lebih amanah dan bersikap adil dalam isu royalti ini agar semua negeri (bukan hanya Sarawak yang mempunyai hasil minyak diberikan hak mereka secara telus.
"Bagi membolehkan mereka (setiap negeri yang ada hasil minyak) memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat (setelah) memberikan mandat penuh pemerintahan kepada mereka secara demokrasi," ujarnya melalui suatu kenyataan media, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut, Dr Nuri berkata memang tidak dinafikan bahawa Kerajaan Persekutuan telah membuat bayaran wang ehsan royalti sebanyak RM172.3 juta kepada Terengganu pada awal April lalu, namun ia tidak bertepatan dengan tuntutan tunggakan royalti.
"Pembayaran ini dilakukan selepas daripada majlis serahan memo PERANTAU kepada YAB Perdana Menteri melalui Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Namun begitu pembayaran tersebut masih belum bertepatan dengan tuntutan tunggakan royalti minyak Terengganu untuk tahun 2023 mengikut perjanjian yang termaktub antara PETRONAS dan kerajaan negeri pad 22 Mac 1975 ( Payment Under Section 4, Petroleum Developement Act, 1974)," ujarnya.
Sehubungan dengan itu katanya, PERANTAU merasa sangat terkilan dengan pendekatan Perdana Menteri yang tidak serius dalam melunaskan apa yang termaktub di dalam perjanjian termasuk apa yang pernah dijanjikan ketika masih menjadi ketua pembangkang.
"Pembayaran sebahagian daripada jumlah pembayaran baki tahun lepas dilihat hanya sebagai umpan kepada rakyat bagi mempamerkan bahawa Kerajaan Pusat sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
"Pada hakikatnya pembayaran sebahagian tersebut dan pemberian secara tidang langsung tanpa melalui kerajaan negeri adalah tidak mengikut perjanjian yang telah dimeterai," tegasnya.
29 Apr 24
1091
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
Terengganu berhasrat untuk mula membuka Industri Hidrogen Hijau pada tahun ini dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai RM1.75 bilion.
28 Apr 24
112
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
KUALA TERENGGANU, 25 April - Terengganu berhasrat untuk mula membuka Industri Hidrogen Hijau pada tahun ini dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai RM1.75 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Khuzaini Ab Rahman berkata, melalui projek tersebut ia akan menjana nilai ekonomi RM2.8 bilion untuk tempoh 10 tahun.
Katanya, industri itu juga bakal memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk tempatan dan impak rantaian bekalan.
"Terengganu akan menjadi pendahulu dalam teknologi tenaga bersih selaras dengan 'Perjanjian Paris' mengenai perubahan iklim.
"Inisiatif ke hadapan, perjumpaan dan mesyuarat bersama tiga syarikat gergasi Korea untuk kerjasama pengeluaran hidrogen hijau di Terengganu dan pengeksportannya ke Korea Selatan, Perjanjian Persefahaman (MOU) akan ditandatangani dalam masa terdekat.
"Jangkaan projek mula adalah seawal suku keempat 2024 (dengan) kapasiti penuh hidrogen hijau (minima 10,000 tan setahun) menerusi kaedah mini hidro. Kapasiti akan ditingkatkan melalui fasa-fasa terkemudian melalui kaedah solar dan lain-lain tenaga hijau yang berpotensi," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Ke Atas Usul Menjujung Kasih dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke -15 bagi tahun 2024, di Wisma Darul Iman, semalam.
Mengulas lebih lanjut Khuzaini berkata hidrogen hijau pada waktu ini digunakan di Korea Selatan untuk menjana elektrik dan tenaga untuk bandar pintar dengan reka bentuk dan jaringan paip gas hidrogen serta sistem elektrolizer yang modular.
"Aspirasi Kerajaan Negeri dalam menangani isu global dan merealisasikan teknologi hijau ini akan dapat dijelmakan dalam waktu terdekat," ujarnya.
Sebelum ini katanya, Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah ke Korea Selatan pada Mac lalu untuk meneroka potensi kerjasama dengan syarikat gergasi di Korea Selatan dalam Industri Hidrogen Hijau.
"Menteri Besar (pada waktu itu) telah menandatangani MOU bersama dengan beberapa pemain industri utama hidrogen hijau di Korea Selatan yang menjadi pereka dan pengeluar sistem elektrolizer hidrogen dengan prestasi kecekapan penukaran air ke gas hidrogen antara yang terbaik di dunia.
"Iaitu menghampiri 90 peratus kecekapan. MOU tersebut adalah untuk membentuk pakatan strategik dan kerjasama bagi projek hidrogen hijau yang berpotensi di Terengganu.
"Kerjasama ini turut menggariskan keutamaan bagi membuka peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi buat anak-anak Terengganu," ujarnya.
25 Apr 24
503
Tuntutan Royalti Berkumandang di Sidang DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 April - Tuntutan kembalikan royalti minyak hak milik Terengganu berkumandang di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari ini selepas beberapa wakil rakyat membangkitkan isu terbabit.
Paling mencuri tumpuan, wakil rakyat muda iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi yang mempersoalkan kewujudan keadilan apabila hasil petroleum, tanah dan pertanian semuanya dijarah oleh Kerajaan Persekutuan tanpa diberikan hasilnya kepada negeri.
"Adakah Kerajaan Persekutuan sekarang sudah bertukar menjadi penjajahan bentuk baru? Mungkin ramai dalam dewan ini yang tidak terasa, namun kalau kita melihat denyut nadi rakyat Terengganu, ada yang mengharapkan bantuan dana i-Fitri dan bantuan awal persekolahan agar beban mereka berkurang.
 "Tapi harapan tinggal harapan apabila hasil disekat oleh Kementerian Kewangan (sehinggakan) ada guru-guru al-Quran yang tertunggak elaun mereka selama berbulan-bulan tanpa pembelaan, sama juga yang berlaku kepada sekolah-sekolah di bawah Yayasan Terengganu, peruntukan penyelenggaraan tersekat kerana masalah kewangan.
"Biasiswa yang sepatutnya diberi kepada lebih ramai anak Terengganu yang cemerlang juga terpaksa dikurangkan, tidak dikira lagi bantuan perubatan, bantuan Tabung Darul Iman dan pelbagai bantuan lain yang tersekat kerana menjadi mangsa 'politik balas dendam'," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini.
Sementara itu, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pula berkata, dalam pembentangan bajet 2024 Kerajaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperuntukkan RM1.86 bilion merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang sepatutnya disalurkan melalui hasil royalti petroleum.
"Namun hasil petroleum tidak dibayar sebagaimana jadual bayaran terdahulu malah bayaran untuk tahun 2023 pun masih tidak dibuat sepenuhnya oleh kerajaan pusat sebagaimana tahun-tahun terdahulu.
"Ia sangat mempengaruhi perjalanan Kerajaan Negeri termasuk dalam menyempurnakan amanah sebagai pemimpin sebagaimana yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku," ujarnya.
Bagi ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong pula menyifatkan tindakan Kerajaan Persekutuan menafikan bayaran royalti itu adalah tersangat zalim.
"Perlu dilakukan sesuatu bagi mengembalikan setiap sen hak rakyat Terengganu kepada yang berhak untuk mengurus dan mentadbir ... Penyalahgunaan kuasa yang berlaku dan melibatkan pimpinan utama negara adalah amat mendukacitakan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pemimpin beragama Islam," ujarnya.
Dalam pada itu, ADUN Ladang, Zuraida Md Noor menyifatkan Kerajaan Persekutuan tidak menghayati semangat federalisme kerana sering mempermainkan isu royalti sehingga menyebabkan Terengganu berdepan tekanan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Justeru katanya, pelaksanaan pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu yang telah dirangka dengan teliti oleh Jawatankuasa Pasukan Petugas Penjanaan Pendapatan Baharu negeri bersama dengan agensi dan jabatan kerajaan mahupun swasta memberikan nafas baru kepada rakyat.
"Saya melihat ini merupakan satu langkah yang tepat setelah kita berdepan dengan tekanan bayaran royalti yang sentiasa dipermainkan oleh pihak yang tidak menghormati semangat federalisme," ujarnya.
Walaupun berdepan isu kewangan disebabkan royalti, ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed pula berharap agar kerajaan negeri akan tetap terus serius dan fokus dalam melaksanakan perancangan dan program yang ditetapkan.
"Setiap EXCO dan portfolio mesti terus berfungsi, cari ruang untuk jalinkan hubungan baik dengan kementerian berkenaan, manfaatkan apa sahaja ruang untuk mendapatkan bajet bagi pelaksanaan program dan projek kementerian.
Â
23 Apr 24
3357
Terengganu Bakal Laksana Projek BESS Pertama di Semenanjung - Sultan Mizan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah satu projek Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100 megawatt bakal dilaksanakan di Kampung Santong, Dungun sekali gus menjadi projek pertama di Semenanjung Malaysia.
23 Apr 24
186