Artikel "Covid-19" Terkini
COVID-19 Di Terengganu Terkawal
KUALA TERENGGANU, 1 Disember – Situasi semasa pandemik COVID-19 di negeri ini dilaporkan masih terkawal dengan hanya dua kluster aktif berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sehingga 29 November.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, dua kluster aktif tersebut iaitu kluster Makekar (mukim Rasau) dan kluster Kerengge (Marang) daripada keseluruhan sembilan kluster yang telah direkodkan sehingga kelmarin di Terengganu.
“Sebahagian besar sudah tamat terutama di mukim Rasau dimana telah kembali ke zon hijau dan tiada lagi zon merah dan jingga di dalam negeri.
“Manakala Zon kuning di daerah Marang terutamanya di Merchang, Rusila dan Pulau Kerengge (kluster Kerengge) dengan 8 kes aktif berada dalam wad ditambah dengan satu lagi kes baharu pada 29 November menjadikan keseluruhan 237 kes positif COVID-19 dengan satu kematian.
“Sejak 12 Mac lalu, gelombang pertama di Terengganu merekodkan 114 kes akibat penularan daripada kluster Sri Petaling manakala gelombang kedua melibatkan 123 kes tempias daripada negeri berisiko seperti Sabah, Selangor dan lain-lain,” katanya ketika ditemubual Urus Setia Penerangan Darul Iman, pagi semalam.
Mengulas mengenai musibah banjir dalam norma baharu, beliau berkata, tiada kes dilaporkan daripada 40 lebih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sehingga akhir bulan november.
“Ini adalah hasil Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan garis panduan agensi dan jabatan negeri dari peringkat awal bagi membendung penularan kerana risiko kesempitan dan kesesakan di PPS perlu diatasi.” ulasnya.
Apabila ditanya mengenai kes denggi sehingga akhir bulan November, Dr Nor Azimi berkata, terdapat penurunan sebanyak 27.7 peratus berbanding kes pada tahun lepas.
“379 kes direkodkan sehingga 21 November, penurunan ini hasil daripada kawalan kendiri seperti gotong-royong oleh masyarakat dan pelbagai jabatan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta pihak berkuasa tempatan.
“Harapan supaya usaha dan kerjasama dalam menjaga kebersihan dan pembasmian takungan air terutamanya musim hujan renyai ini terus dipergiatkan demi komuniti sejagat,” katanya lagi.
01 Dec 20
478
Belanjawan 2021: Terengganu Tubuh Jawatankuasa Adaptasi COVID-19
Kerajaan Terengganu akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengadaptasi kesan pandemik COVID-19 kepada negeri ini.
28 Nov 20
60
COVID-19 : Langkah Drastik Jejaki Kontak Rapat Berjaya
Langkah drastik yang diambil kerajaan Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat di negeri membuahkan hasil.
15 Oct 20
204
Lagi Dua Sekolah Di Terengganu Ditutup Angkara COVID-19
Dua sekolah dalam daerah Kuala Nerus ditutup akibat penularan kes baharu koronavirus (COVID-19).
05 Oct 20
274
Individu Pulang Dari Sabah Perlu Jalani Kuarantin Kendiri
Kerajaan Terengganu meminta mana-mana individu yang pulang dari Sabah supaya menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.
28 Sep 20
277
Terengganu Masih Tidak Benarkan Warga Asing Solat Jemaah Di Masjid, Surau
Warga asing yang berada di Terengganu masih belum dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau negeri ini.
10 Sep 20
137
Dua Budak, Guru Taska Pulang Dari Kedah Jalani Kuarantin
Dua kanak-kanak dan seorang guru di Taska Permata yang diselia Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) masing-masing kini menjalani kuarantin secara sukarela di rumah selepas pulang berhari raya di Kubang Pasu, Kedah.
12 Aug 20
246
Kajian Impak COVID-19 Di Terengganu Dibentangkan
Dapatan kajian impak pandemik COVID-19 di Terengganu dan langkah baharu yang perlu dilaksanakan pelbagai pihak untuk sektor perniagaan khususnya dalam mendepani wabak ini telah dibentangkan dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Iman.
10 Aug 20
261
Sanitasi Awam Bakal Diteruskan Bagi Kekang Penularan COVID-19
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bakal meneruskan program sanitasi awam dan nyahcemar di seluruh negeri dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin meningkat dalam tempoh terdekat.
27 Jul 20
205
Pesanan Ikhlas Daripada UPDI
Hebahan PKPB untuk rakyat Terengganu, jaga jarak sosial, kerap membasuh tangan dan sentiasa memakai topeng muka.
13 May 20
1025