lightning-solid
Berita :

Artikel "Covid-19" Terkini

Hand Sanitizer Lengkapi Majlis Kesyukuran Menteri
Hand Sanitizer Lengkapi Majlis Kesyukuran Menteri
Majlis Kesyukuran sempena pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang diadakan baru-baru ini dilengkapi dengan pemakaian hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman oleh setiap tetamu yang hadir.
07 May 20
52
Virus Corona Petanda Akhir Zaman?
Virus Corona Petanda Akhir Zaman?
Jawapan UAI berkenaan Virus Corona.
04 May 20
76
WABAK CORONAVIRUS (LANGKAH PENCEGAHAN)
WABAK CORONAVIRUS (LANGKAH PENCEGAHAN)
Ini adalah tips-tips cara nak hindari penyakit berjangkit wabak CoronaVirus dari Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga. Jangan lupa sentiasa jaga kebersihan diri dan keluarga tau. Share video ini biar semua dapat manfaat. Alang-alang jangan lupa like page TV Darul Iman jugak.
02 May 20
136
Coronavirus : Terengganu, Jabatan Kesihatan Pantau Tapak ECRL Dan Pelabuhan
Coronavirus : Terengganu, Jabatan Kesihatan Pantau Tapak ECRL Dan Pelabuhan
Kerajaan Terengganu dan Jabatan Kesihatan terus memantau beberapa kawasan terutamanya tempat penginapan pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pelabuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus (2019-nCoV) di negeri ini.
02 May 20
43
Terengganu Bebas Koronavirus
Terengganu Bebas Koronavirus
Kerajaan negeri mengesahkan Terengganu bebas daripada sebarang kes 2019 Novel Koronavirus (2019-nCOV).
02 May 20
75
WABAK CORONAVIRUS
WABAK CORONAVIRUS
Apa sebenarnya wabak CoronaVirus yang meriah sangat dihebohkan? Ini adalah penjelasan dari doktor twitfemes, Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga. Video ni panjang sikit tau. Dengar je la dulu mana tahu ada manfaatnya. Share jangan lupa.
02 May 20
59
‘Serampang Dua Mata’ Terengganu Solusi Atasi Pertanian Terjejas Sepanjang PKP
‘Serampang Dua Mata’ Terengganu Solusi Atasi Pertanian Terjejas Sepanjang PKP
KUALA TERENGGANU, 1 Mei - Kewujudan Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) sebagai ejen bagi memasar hasil pertanian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi penyelesaian ‘serampang dua mata’ kerajaan negeri dalam membantu rakyat.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, TADC ditugaskan membuka 40 pusat pemasaran dan ia turut berhasil menyelesaikan beberapa isu rakyat.   “Bila kita cuba buka ruang pemasaran, dengan ‘outlet’ yang ada, kita dapat elakkan rakyat terlalu bertumpu ke pasaraya sahaja untuk mendapatkan keperluan.   “Kita realistik dengan bilangan pasaraya yang ada di Terengganu dan dengan kewujudan ‘outlet-outlet’ di kawasan berdekatan, TADC membantu masyarakat lebih mudah memperoleh bekalan makanan,” katanya.   Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi wawancara 'COVID-19 : Sektor Pertanian Turut Terjejas?' bersama TV Darul Iman semalam.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu menjelaskan, apa yang paling penting pelaksanaan tersebut membolehkan harga pasaran terkawal tanpa berlaku monopoli oleh pasaraya dan pihak-pihak lain.   “Ini serampang dua mata, kita kawal harga dan petani dapat pasar hasil. Memang tidak untung besar, tetapi petani tidak mengalami kerugian dan cara ini turut mendapat perhatian daripada negeri-negeri lain.   “Alhamdulillah, kita di Terengganu agak terkehadapan dalam menyelesaikan isu rakyat di peringkat bawah. Setakat ini, kita tidak ada isu tiada sumber,” katanya.   Menjawab tentang isu sektor di bawah portfolionya, Dr. Azman mengakui terdapat beberapa sektor yang masih terjejas dalam memasarkan produk mereka.   “Antara sektor yang terjejas adalah akuakultur seperti projek-projek sangkar ikan kerana kita merupakan antara pengeluar utama ikan bernilai tinggi iaitu siakap dan kerapu hibrid yang digunakan ekslusif di hotel dan restoran. Penternak perlu terus mengeluarkan belanja makanan ikan, tetapi tidak dapat menjual.   “Jadi, kita membantu dalam bentuk pemberian makanan ikan. Kita menyelesaikan sebahagian dan dalam masa sama berikhtiar melihat ruang pasaran yang ada untuk disalurkan, kita juga cuba permudahkan dari segi pergerakan,” jelasnya.   Beliau juga menegaskan petani, penternak dan nelayan perlu terus bergerak dan pihak berkuasa perlu permudahkan pergerakan mereka selaras saranan supaya rantaian makanan tidak putus dari awal sehingga akhir.   “Kita berkerja untuk memastikan bekalan berterusan dan harga stabil. Piawaian yang kita letak masih lagi terkawal dan tercapai.   “Kita akan terus memantau bersama jabatan-jabatan berkaitan dengan sedaya mampu kita cuba tanganinya secepat mungkin,” katanya.
01 May 20
283
Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini
Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini
HULU TERENGGANU, 30 April - Pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam di Terengganu yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini. Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata proses berkenaan melibatkan empat IPT awam dan pergerakan mereka  dijangkakan akan bergerak pada pada pukul 9 malam. "Pergerakan pelajar  akan berlaku pada malam ini yang melibatkan seramai 181 pelajar di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) yang mana 126 pelajar akan menaiki 11 buah bas, lapan orang menaiki dua buah van dan 14 pelajar lagi akan pulang menaiki kereta. "Daripada Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSza) seramai 23 orang dengan menaiki dua buah bas dan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun seramai 97 orang dengan menaiki tujuh buah bas. "Sementara itu dari Politeknik Kuala Terengganu  seramai 14 orang akan menaiki dua buah bas dan 11 pelajar Politeknik Hulu Terengganu juga akan menaiki dua buah bas," ujarnya kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, hari ini. Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan pergerakan pelajar pulang dari kawasan zon hijau secara berperinggkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
01 May 20
168
Patuhi PKP, Demi Nyawa Yang Tersayang
Patuhi PKP, Demi Nyawa Yang Tersayang
28 Apr 20
515