lightning-solid
Berita :

Artikel "Bisnes" Terkini

Pasar Baharu Gong Parit Beroperasi 1 April
Pasar Baharu Gong Parit Beroperasi 1 April
KUALA TERENGGANU, 29 Mac – Pasar baharu di Kampung  Gong Parit akan beroperasi bermula 1 April ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan, pasar baharu itu bakal memuatkan 57 tapak perniagaan berbanding 19 tapak di pasar sedia ada. “Kerajaan negeri sentiasa komited dalam membantu dan memberikan kebajikan kepada rakyat khususnya para peniaga untuk terus berdikari dalam menjana pendapatan. “Saya berharap dengan pembinaan tapak baharu yang lebih selesa ini akan dapat memajukan lagi perniagaan semua yang berniaga di sini,” katanya  dalam ucapan perasmian majlis perasmian tapak itu di lokasi berkenaan, baru-baru ini. Jelasnya, pembukaan pasar baharu tersebut memastikan keselesaan peniaga serta pembeli terjaga selain menggantikan tapak lama yang lebih kecil bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk untuk berniaga. "Konsep yang sebenar dalam memberikan kebajikan kepada rakyat ialah dengan memberikan kail dan bukannya memberikan ikan. “Sekiranya kita berikan ikan kepada rakyat, ikan tersebut akan habis dimakan, namun sekiranya kita memberikan kail, maka rakyat akan berdikari dalam mendapatkan mata pencarian," katanya. Tapak pasar lama yang sempit dan mengancam keselamatan pengguna  
29 Mar 21
2477
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
386
Nasi Padang, Rezeki Anak Muda Di Musim PKP
Nasi Padang, Rezeki Anak Muda Di Musim PKP
KUALA NERUS, 25 Januari – Nasi padang menjadi punca rezeki bagi sekumpulan anak muda dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Walaupun berdepan beberapa kekangan seperti pelanggan tidak dibenarkan menjamu di dalam premis, ia tidak menghalang mereka untuk mengaut keuntungan bagi menyara diri dan keluarga. Pengusaha warung nasi padang tersebut, Muhammad Yusouf Ghazali, 27, berkata, sejak PKP 2.0 dilaksanakan pada 22 Januari lalu, aneka pilihan lauk terpaksa dikurangkan akibat kekangan semasa namun kedatangan pelanggan hanya terjejas kira-kira 30 peratus berbanding hari biasa. “Nasi padang kami sesuai ketika musim PKP kerana harganya yang murah dan kuantiti banyak iaitu RM6 sebungkus nasi sekali dengan satu pilihan lauk. “Contohnya, lauk paling terkenal seperti ayam percik atau daging rendang sekali nasi tidak sampai RM7 habis dibeli pelanggan, rata-rata pekerja dari Dataran Austin dan penduduk berdekatan sekitar 10 kilometer yang ingin berjimat. “Hasilnya jumlah pembeli masih mencecah 300 orang sehari yang datang bungkus mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini. Tambah anak keempat daripada tujuh adik beradik itu, idea bisnes itu dicetuskan bapanya pada tahun 2018. "Hingga sekarang saya masih mengekalkan lima pekerja yang juga pemuda berumur 20-an," katanya. Sementara itu, seorang pelanggan tetap dari Bukit Tunggal, Laily Harun, 48, berkata, harga murah dan pelbagai aneka lauk-pauk menjadi sebab dia menjadi pelanggan tetap di situ. “Sebelum musim PKP pun saya datang dan belikan untuk keluarga di rumah,” ujarnya. Untuk rekod, Kedai Nasi Padang tersebut terletak di depan pasaraya Sabasun 2 di Wakaf Tembesu dan dibuka bermula jam 10.30 pagi hingga 4 petang bergantung kepada permintaan dan kuantiti lauk.  
25 Jan 21
1898
Ubah Cara Berniaga Sepanjang Tempoh PKP
Ubah Cara Berniaga Sepanjang Tempoh PKP
KUALA NERUS, 22 Januari - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini bukan penghalang bagi pengusaha Kedai Kopi Ngabang yang terletak di Kg. Wakaf Tengah untuk kekal beroperasi.  Pengusahanya, Sharifah Nur Aqilah Syed Mohd Zaris mengambil pendekatan perkhidmatan 'take away' dan penghantaran terus kepada pelanggan sepanjang tempoh PKP dijalankan ekoran keputusan tidak membenarkan pelanggan untuk makan di dalam premis bagi tempoh tersebut. "Sekiranya kedai ini ditutup terus sepanjang PKP ini, sudah pasti akan menjejaskan pendapatan kami sepenuhnya. "Jadi, sejurus pengumuman PKP tersebut kami terus membuat persiapan untuk mengubah cara perniagaan kami dari 'dine in' kepada bungkus dan perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan," jelasnya. Menurutnya, para peniaga hari ini perlu lebih kreatif dan perlu menggunakan segala kemudahan yang ada untuk menghadapi cabaran masa hadapan yang tidak menentu.  "Kita tidak tahu lagi bila akan berakhirnya penularan wabak Covid-19 ini, jadi kita perlu fikirkan beberapa 'back up plan' untuk keberlangsungan perniagaan kita," ujarnya lagi.  Kedai Kopi Ngabang yang baru sahaja mula beroperasi pada tahun ini mengenakan tema kedai kopi ala tradisional dengan juadah seperti nasi dagang, pulut nyiur dan lain-lain lagi. Iklan yang disiarkan dalam laman sosial  
22 Jan 21
1908
'Rigger Scaffolder' KKYT Penuhi Pasaran Industri Minyak, Gas
'Rigger Scaffolder' KKYT Penuhi Pasaran Industri Minyak, Gas
Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) berjaya melahirkan 40 pelatih ringger scaffolder berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran kerja tempatan dan luar negeri.  
12 Jan 21
437
Harapan Nelayan Sungai Bandar Chukai Tertunai
Harapan Nelayan Sungai Bandar Chukai Tertunai
KEMAMAN, 24 November - Hasrat nelayan di Jeti Sungai Bandar Chukai di sini untuk mempunyai bekalan air bersih di kawasan jeti mereka sejak beberapa tahun lalu akhirnya tertunai. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah Chukai, Sirat Nasam, 63, menghargai usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang merealisasikan impian nelayan di sana. Katanya, kesungguhan Hanafiah juga wajar dipuji apabila menaja sepenuhnya kos pemasangan paip air itu. "Sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan bekalan air bersih di kawasan yang jauh sedikit daripada jeti. "Oleh yang demikian, mereka inginkan bekalan air bersih di kawasan jeti ini bagi memudahkan urusan mencari rezeki, akhirnya hari ini mereka dapat merasai dan menikmatinya. Ini semua kerana keprihatinan Yang Berhormat (YB) kepada nelayan di sini," ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini. Hanafiah Mat yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri itu sebelum ini turut membelanjakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menanggung kos baik pulih Jeti Nelayan Sungai Bandar Chukai itu. Foto oleh - Azizi Zakaria.    
24 Nov 20
320
Peruncit Terpilih Sedia Bekalan Musim Tengkujuh
Peruncit Terpilih Sedia Bekalan Musim Tengkujuh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melantik peruncit dan pemborong terpilih sebagai pusat penyimpanan stok bekalan tambahan bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba.
17 Nov 20
124
Peniaga Dalam Talian Perlu Daftar SSM BizTrust
Peniaga Dalam Talian Perlu Daftar SSM BizTrust
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan hanya 4.181 peniaga dalam talian yang mendaftar di bawah BizTrust diperkenalkan agensi itu sejak empat tahun lalu.  
16 Nov 20
299
Koperasi Pengusaha Getah Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil
Koperasi Pengusaha Getah Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil
Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mahu agar usaha menambah pendapatan dan mengoptimumkan penggunaan tanah pekebun kecil getah diberi penekanan sepenuhnya.
09 Nov 20
170
Terengganu Kelima Tertinggi Dalam Pelaburan, Projek Perkilangan
Terengganu Kelima Tertinggi Dalam Pelaburan, Projek Perkilangan
Terengganu merupakan negeri kelima tertinggi dalam pelaburan dan projek perkilangan berdasarkan data daripada The Malaysian Investment Development Authority (MIDA) sehingga 5 Oktober.
25 Oct 20
247