Artikel "agama" Terkini
Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap individu yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilihat lebih menepati 'maqasid syariah' dalam menjaga maslahat umum berbanding perasaan malu pesalah.
22 Dec 24
85
Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap individu yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilihat lebih menepati 'maqasid syariah' dalam menjaga maslahat umum berbanding perasaan malu pesalah.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tidak wajar jika masih ada golongan yang mahu hukuman itu diteliti sepenuhnya demi menjaga maruah individu terbabit.
Ujarnya, setelah diberikan kefahaman telah ramai yang mengakui bahawa hukuman mengikut perundangan Islam dan lebih baik berbanding sivil.
"Betul dari segi mudaratnya ia akan memalukan pesalah terbabit tetapi di sana ada maslahat yang lebih besar di mana kita hendak menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan ini.
"Kerana perbuatan ini merosakkan masyarakat bukan hanya diri (pesalah), bahkan (jika dibiarkan tanpa diberi pendidikan dan pengajaran) akan meruntuhkan institusi kekeluargaan dan merosakkan masyarakat secara umumnya.
"Bila dilaksanakan hukuman ini kita hendak menjaga masyarakat agar sentiasa berkeadaan baik dalam suasan harmoni, kita perlu berfikir secara waras iaitu menjaga masyarakat lebih besar daripada menjaga perasaan malu pesalah yang degil," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Pejabatnya di Tingkat 6, Wisma Darul Iman (WDI), di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Muhammad khalil berkata daripada sudut ilmu perundangan Islam, ada perkara memalukan diizinkan syarak dan ada yang tidak dibenarkan.
"Perkara memalukan yang diizinkan syarak bahkan digalakkan syarak jika sekiranya terdapat maslahat yang lebih besar.
"Contohnya, sebagaimana melaksanakan hukuman takzir sebat terhadap pesalah degil di khalayak ramai bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan ini dan menjauhinya," ujarnya.
Â
19 Dec 24
1076
Penggangtungan Sementara Hukuman Sebat
Sidang Media Penggangtungan Sementara Pelaksanaan Syariah (Hukuman Sebat) di Luar Penjara.
04 Dec 24
112
Pelik, Perjuang Kebebasan Bersuara Tidak Selantang Lawan Hukum Islam
KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan Terengganu hairan dan pelik dengan golongan liberal yang tidak agresif menentang sekatan kebebasan bersuara berbanding kelantangan luar biasa mereka menentang pelaksanaan undang-undang Islam di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, terlalu banyak perkara berlaku dalam negara yang sewajarnya perlu diperjuangkan oleh golongan terbabit.
"Kalau kita hendak bercakap soal perundangan di sana banyak lagi undang-undang selain Islam yang lebih zalim dan menindas sebagai contoh berkait dengan kebebasan bersuara.
"Secara umumnya kita melihat kebebasan bersuara di zaman madani ini mereka hanya cakap kosong, berjanji memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara tetapi mereka menekan dengan pelbagai akta dan undang-undang 3R sehingga rakyat tidak diberikan kebebasan bersuara yang sepatunya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa menghadiri Dialog EXCO Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Dewan PPR Padang Hiliran, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu katanya, Terengganu melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai terhadap pesalah khalwat berulang adalah kerana hendak menegakkan hukum Islam dan menjalankan kewajipan serta tuntutan agama.
"Tidak sepatutnya golongan tertentu melabelkan Terengganu sebagai negeri Taliban.
"Saya sangat dukacita dengan kenyataan-kenyataan begini sedangkan kita sebagai orang Islam bersifat terbuka dengan apa yang bakal dilaksanakan oleh negeri Terengganu ini, ini tanggungjawab orang Islam untuk terus memperkasakan agama kita.
"Ia juga selari dengan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan," ujarnya.
Tegasnya, apa yang lebih utama untuk difikirkan oleh golongan pejuang kebebasan ialah hak untuk bersuara yang disekat oleh kerajaan madani.
Â
24 Nov 24
201
TIS Jadi Medan Penyatuan Umat Islam
KUALA TERENGGANU, 23 November - Terengganu International Summit (TIS) mampu menjadi medan suara penyatuan umat Islam serantau dan dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bertemakan 'Kesatuan Ummah Ke Arah Kemampanan Daya Tahan dan Kemakmuran Bersama' ia berperanan besar menyatu umat sekali gus memberi tanda positif untuk pembebasan Palestin.
"Juga turut membincangkan penyatuan ummah di Nusantara dan meletakkan tiga objektif utama, pertamanya membina jaringan memupuk pengaruh dalam pelbagai bidang kepakaran di peringkat antarabangsa dan dunia Islam.
"Kedua, mengemukakan resolusi bagi berkongsi cadangan dan idea yang rasional dan praktikal untuk dilaksanakan di semua peringkat.
"Ketiga, memperkasa agenda penyatuan ummah di peringkat pimpinan sehingga ke akar umbi dan merancang berdasarkan pembangunan Gaza dan Palestin sebagai wilayah solidariti ummah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sidang media TIS 2024, di Duyong Marina Resort, di sini, hari ini.
Turut hadir, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Marang yang juga Mantan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Dunia, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dalam pada itu, Dr. Muhammad Khalil berkata TIS pada kali ini mengemukakan lima pembentang utama dari luar negara iaitu Oman, Syeikh Ahmed Saudi Al-Siyabi ; Rusia, Anuar Birgalin Azamatovich ; Turkiye. Ustaz Atid Agdag; Indonesi, Dr. Hurriyah El Islamy.
Katanya, resolusi perbincangan dari TIS itu akan dapat dicapai setelah Sidang Meja Bulat 1 yang melibatkan dua kumpulan.
"Kumpulan pertama akan membicarkan mengenai Penyatuan Ummah Dalam Konteks Negara Dan Global iaitu : Peranan dan Hala Tuju Ulama & Umara serta Perananan & Hala Tuju Masyarakat Sivil & Kumpulan Belia.
"Manakala pada Sidang Meja Bulat Sesi 2 pula ialahkumpulan satu membincangkan tentang Langkah Strategik Dalam Memperkukuhkan Kekuatan dan Sumber Organisasi Pimpinan Muslim.
"Kumpulan kedua pula membincangkan tentang Langkah Strategik Dalam Memperkukuhkan Kekuatan dan Sumber Kerajaan Pimpinan Muslim," jelasnya.
Â
23 Nov 24
143
Amerika Melampaui Batas Kemanusiaan Lindungi Israel
KUALA TERENGGANU, 23 November - Tindakan Amerika menggunakan kuasa veto bagi melindungi pembunuhan yang dilakukan Israel adalah di luar batas kemanusiaan serta dianggap tidak berhati perut.
Mantan Naib Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, di saat masyarakat di Eropah telah bersetuju untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Amerika pula ambil keputusan bertentangan atas dasar kepentingan.
"Keputusan itu (heret Israel) diterima oleh masyarakat negara eropah malangnya Amerika pula guna kuasa veto untuk menyekat, tindakan Amerika luar biasa dari kemanusiaan.
"Kerana siapa hendak menang presiden Amerika mestilah orang yang paling kuat sokong zionis baru akan menang menjadi presiden," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa sidang medianya di Terengganu International Summit (TIS), Duyong Marina, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan yang menyatakan Israel berhak mempertahankanya dirinya, Abdul Hadi menegaskan ia adalah tidak wajar serta tiada asas.
"Apa hak dia? Palestin itu saya sebut dalam ucapan saya tadi, Nabi Ibrahim berkata orang yang zalim tidak berhak menerima wasiat, hanya orang yang adil sahaja boleh menerima," ujarnya.
23 Nov 24
97
'Israel Tiada Hak Untuk Dipertahankan'
KUALA TERENGGANU, 23 November - Telah terang lagi bersuluh Israel merupakan negara haram yang tidak perlu diiktiraf dan dipertahankan serta kewujudannya telah mengakibatkan umat Islam di Palestin sengsara atas penindasan yang dilakukan.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerana itu sejak dari dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara Malaysia mengiktiraf Israel malah tidak mempunyai sebarang hubungan.
"Sekiranya dia mendakwa atas keselamatan, maka dia berhak untuk dipertahankan (sepatutnya) dia juga berhak menerima bahawa orang Islam di Gaza lebih mempunyai hak untuk selamatkan diri mereka.
"Tetapi yang berlaku hari ini yang menyerang ialah Israel bukannya orang Islam yang menyerang Israel," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa sidang medianya di Terengganu International Summit (TIS) 2024, di Duyong Marina Resort, di sini, hari ini.
Turut hadir, bekas Naib Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu, Tun Mahathir menyatakan Benjamin Netanhayu wajar diheret ke mahkamah dunia dan menerima hukuman yang setimpal kerana telah membunuh puluhan ribu nyawa umat Islam yang tidak berdosa.
"Dia (Benjamin Netanhayu) penjenayah melakukan pembunuhan terhadap manusia, (jika) membunuh satu orang pun merupakan satu jenayah, ini dia bunuh 44,000 orang Islam ini merupakan penjenayah yang besar dan perlu dikenakan hukuman gantung," ujarnya.
Jelasnya, mengenai tindakan Amerika yang melindungi Israel katanya itu telah menjadi dasar negara terbabit.
"Walaupun mereka tahu apa yang dilakukan oleh Israel itu adalah satu jenayah besar tetapi Amerika masih lagi menyokong negara terbabit dengan mengenakan veto terhadap segala usaha (negara Islam) untuk menghentikan peperangan," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, bagi membebaskan negara Palestin dariada terus dizalimi resepinya adalah melalui kesatuan umat Islam dan perlu menghindari perpecahan yang membawa kepada kepincangan.
"Orang Islam di dunia ini seramai 1.4 bilion orang tetapi kerana kita berpecah lawan sesama sendiri kita jadi lemah dan kita tidak mampu untuk menyelamatkan negara yang dihuni oleh umat Islam," katanya.
Â
23 Nov 24
130
Terengganu Tidak Berganjak, Hukuman Sebat Tetap Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 21 November - Kerajaan negeri tidak berganjak dan akan tetap meneruskan hukuman enam sebatan di khalayak ramai walaupun telah ada suara-suara dari golongan tertentu yang tidak mahu ia dilaksanakan sehingga melabelkan Terengganu sebagai negeri taliban.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Kerajaan Terengganu tidak sesekali berganjak ke belakang dari tidak melaksanakan hukuman itu semata-mata dengan suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Menurutnya, hukuman itu adalah selari dengan tuntutan agama Islam dan  ia selari dengan polisi kerajaan negeri yang menetapkan agenda pemerkasaan sebagai satu agenda utama.
"Dalam konteks ini kita akan 'move forward' tidak akan undur ke belakang untuk terus memperkasakan syariah di negeri Terengganu ini.
"Jadi kita akan terus melangkah ke hadapan dan  tidak akan undur ke belakang, hasrat kita yang paling utama dalam pelaksanaan sebatan di khalayak ini adalah hendak memperkenalkan kepada masyarakat bahawa hukuman ini berbeza dengan undang-undang sivil untuk lebih mendidik bukannya untuk mencederakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa menghadiri Dialog EXCO Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut katanya, hukuman sebat yang bakal dilaksanakan itu adalah kepada pesalah jenayah syariah yang melakukannya berulang kali.
"Jadi hakim (Mahkamah Syariah) boleh menentukan hukuman sebat ini di khalayak ramai mengikut bidang kuasa yang ada.
"Manakala agensi-agensi yang terlibat nanti akamn menjadi pelaksana dan setakat ini kita telah berbincang dan jawapannya sangat positif untuk memberikan kerjasama kepada kita," ujarnya.
21 Nov 24
1006
Pelihara Seni Khat Selari Hasrat Kerajaan Terengganu
 Usaha memartabatkan kesenian Islam melalui Festival Kaligrafi Islam adalah selari dengan hasrat kerajaan Terengganu yang serius memastikan negeri ini mencapai kemajuan mengikut acuan Islam dari pelbagai sudut.
07 Nov 24
40
Berkat Pelajari Seni Khat Daripada Suami, Isteri Muncul Juara
KUALA TERENGGANU, 6Â November - Dengan minat yang mendalam melalui bakat yang diasah sejak kecil dan menerima tunjuk ajar daripada suami, Mohd Hisyamuddin Ramli yang merupakan penulis khat, Nurul Hidayah Jusof muncul johan kategori batik.
Katanya, itu merupakan percubaan pertamanya dalam kategori tersebut dan tidak menyangka akan muncul sebagai juara walaupun sebelum ini banyak kali menyertainya dalam kategori lain.
"Saya tidak menyangka percubaan pertama dalam kategori batik ini membawa kemenangan besar, sebelum ini saya hanya pernah mencuba menulis khat di atas kanvas dan sekadar mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan yang disertai sebelum ini.
"Kali ini saya cuba sesuatu yang baru dan Alhamdulillah ada rezeki," ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu ketika ditemui di Festival Kaligrafi Islam Terengganu Peringkat Kebangsaan 2024, di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam.
Tambahnya, minat yang berputik di sekolah terhadap seni khat itu tidak pernah terhenti sehingga bekerja di Yayasan Restu malah bertemu jodoh pula dengan suami yang cukup berkemahiran dalam seni khat secara tidak langsung telah membimbingnya selama ini.
"Suami saya yang telah banyak mengajar saya dan menjadi pendorong utama dan menjadi sumber inspirasi untuk terus berusaha dalam bidang yang diminati ini," katanya.
Dalam pada itu, suaminya pula mengharapkan agar kerajaan negeri akan terus menganjurkan program seumpama itu kerana ia merupakan salah satu usaha penting dalam memastikan seni itu terus berkembang.
"Jika lebih banyak acara seperti ini dianjurkan anak-anak muda akan lebih mudah mengenali dan menghargai seni khat walaupun dalam era media sosial di zaman adanya TikTok kerana seni ini memerlukan pendedahan yang lebih luas dan melalui festival ini ia menjadi peluang yang terbaik bagi mempamerkan bakat," jelasnya.
Manakala Johan Kategori Terbuka Spontan, Muin Afnawi Zamri Solihin melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menyertai pertandingan di festival yang diadakan oleh kerajaan Terengganu.
"Bila kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memartabatkan seni ini, ia memberi semangat kepada kami untuk terus berkarya," katanya.
Menurut peserta dari Kedah itu bagi menghasilkan tulisan khat yang cantik ia memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi.
"Setiap huruf perlu ditulis dengan teliti dan penuh kesabaran. Saya rasa cabaran paling besar dalam bidang ini ialah kesabaran untuk menguasai setiap gerakan.
"Ramai yang mula belajar tetapi putus asa di tengah jalan kerana memerlukan latihan yang berterusan,"katanya.
Â
06 Nov 24
247