lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Rakyat Diminta Patuh SOP Masjid, Surau
Rakyat Diminta Patuh SOP Masjid, Surau
KUALA TERENGGANU, 10 Jun – Seluruh rakyat termasuk ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Terengganu perlu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya wabak COVID-19 tidak menular kembali. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata imej buruk boleh terpalit pada institusi agama Islam secara am jika ada kluster jangkitan baharu dikenal pasti berpunca dari masjid dan surau. Beliau berkata, walaupun pemantauan dilakukan penguat kuasa agama di setiap daerah, dikhuatiri kebarangkalian ada masjid dan surau terbabit tidak mengikut garis panduan ditetapkan sehingga boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19. "Saya berharap semua di antara kita memberi kerjasama setika hadir ke masjid, malah berkemungkinan kita akan menarik semula kebenaran ini bagi masjid atau surau yang didapati tidak mematuhinya," katanya. Mohd Nor berkata demikian ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini bagi mengulas kebenaran solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di semua masjid serta surau di Terengganu. Mengulas lanjut, SOP yang ditetapkan itu juga perlu dijadikan sebagai norma baharu sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Semalam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memberi kebenaran kepada semua masjid mengadakan solat Jumaat bermula 12 Jun. Manakala kebenaran sama turut diberikan untuk solat fardu berjemaah kepada semua masjid dan surau bermula pada waktu Asar Jumaat ini.
01 Jul 20
47
Terengganu Rangka SOP Pelaksanaan Ibadah Korban
Terengganu Rangka SOP Pelaksanaan Ibadah Korban
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 2 Jun – Ekoran wabak COVID-19 yang masih belum reda, kerajaan Terengganu mengambil langkah awal untuk meneliti prosedur operasi standard (SOP) khas bagi pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia akan diteliti dengan rapi  bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. "Ini adalah makluman awal kerana pihak kerajaan negeri dan JPV mahu supaya ibadah korban dibenarkan perlaksanaannya. "Perkembangan SOP ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sama ada ia dilakukan di rumah sembelihan, masjid, surau atau tempat-tempat tertentu yang dibenarkan, kita juga akan rujuk pihak-pihak berautoriti," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan perbincangan bersama Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali di Wisma Darul Iman hari ini. Sehubungan dengan itu, sebagai persediaan ke arah pelaksanaannya, kebenaran untuk memindahkan ternakan antara daerah-daerah dan negeri-negeri bagi tujuan ibadah korban adalah dibenarkan. "Prosedur biasa untuk pindahan dengan permohonan permit di Pejabat JPV daerah yang berdekatan dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Temu janji adalah digalakkan untuk mengelakkan perkumpulan ramai. "Setiap permohonan permit sembelihan, lembu atau ternakan akan diperiksa oleh kakitangan JPV sebelum permit dikeluarkan bagi memastikan ternakan bebas wabak," tambah beliau.
01 Jul 20
44
Beri Kelonggaran, Risiko Tanggung Sendiri
Beri Kelonggaran, Risiko Tanggung Sendiri
Kerajaan negeri memberi kelonggaran dengan mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap penjaja atau peniaga yang beroperasi dalam tempoh yang akan ditentukan kelak.
30 Jun 20
172
Cacat Penglihatan Tak Halang Yusnita Jayakan ‘Quran Hour’
Cacat Penglihatan Tak Halang Yusnita Jayakan ‘Quran Hour’
KUALA NERUS, 13 Mei - Meskipun dalam keadaan tidak mampu melihat, Nor Yusnita Mohamad, 36, tetap berjiwa besar dan bersemangat menjayakan World Quran Hour (WQH) edisi 2020 yang berlangsung hari ini. Yusnita yang cacat penglihatan sejak kecil ditemani bapanya, Mohamad Awang menjayakan WQH di Pusat Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu di sini. “Alhamdulillah, saya dan ayah seronok dapat bersama-sama rakan-rakan lain menjayakan WQH, hampir sejam kami membaca surah ar-Rahman bersama-sama,” katanya ketika kepada pemberita. Menurutnya, selepas disahkan cacat penglihatan sewaktu kecil dia mempunyai keazaman yang tinggi untuk menguasai al-Quran. “Walaupun pada awalnya ia sangat sukar bagi saya dan saya hampir berputus asa, namun dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya dapat menguasai al-Quran dalam masa dua bulan. “Saya belajar al-Quran braile di sini (PERTIS) dan juga dengan ayah saya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sejak tahun 2005, dan sekarang saya merasa puas dapat menguasai kalam Allah,” katanya. Sementara itu, seorang lagi OKU penglihatan, Nai’mah Mansor, 59, berkata, sebelum ini dia tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti WQH di TV Al-Hijrah. “Apabila ada program WQH ini, saya sering mendengar dan mengikuti bacaannya di televisyen, termasuk tahun ini, tetapi berbeza kerana hari ini saya baca bersama rakan-rakan saya. “Alhamdulillah, walaupun tidak boleh melihat dengan sempurna, saya bersyukur kerana masih mampu membaca surah dengan baik,” ujarnya yang disahkan mengalami Glaukoma. Dalam pada itu, Mohd Imranfaisal Zulkifli, 36, pula berkata, dia bersyukur kerana masih diberi keizinan untuk mengikuti aktiviti WQH meskipun dalam serba kekurangan berbanding enam tahun lalu. “Pada 2014 saya kemalangan sehingga mengakibatkan saraf optik saya rosak dan disahkan buta. “Saya redha, ini ujian buat saya kemudian selepas itu saya mula belajar braile dan mengambil masa enam bulan untuk menguasai al-Quran ini, sekarang saya dah boleh mengaji dengan baik. “Isteri saya juga banyak membantu dalam mempelajari al-Quran braile ini, kami juga belajar di sini bersama-sama, alhamdulillah,” tambahnya yang baru dua tahun berkahwin.  Hari ini seluruh negara mengadakan WQH secara serentak bermula dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari dan Surah Ar-Rahman dipilih sebagai Surah pilihan.
30 Jun 20
246
SOP Solat Jumaat, Jemaah Diketahui Khamis Ini
SOP Solat Jumaat, Jemaah Diketahui Khamis Ini
KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau akan bermesyuarat bersama Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini bagi membincangkuan garis panduan berkenaan. "Hari ini saya akan bincang, kemudian esok dibawa masuk ke mesyuarat Kabinet," katanya sebagaimana dilapor Berita Harian. Menurut Zulkifli, cadangan tersebut kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa negara. "Prosedur itulah yang kita lakukan termasuk mengambil saranan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk SOP yang akan kita bina, Insya-Allah," katanya. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan keputusan Perlis membenarkan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini adalah mengikut bidang kuasa agama negeri masing-masing. Mengulas mengenai solat Aidilfitri pula, beliau berkata perkara itu juga akan diperhalusi secara khusus dalam masa terdekat.
30 Jun 20
116
Semua Masjid Di Terengganu Dibenar Solat Jumaat, Solat Jemaah
Semua Masjid Di Terengganu Dibenar Solat Jumaat, Solat Jemaah
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah diadakan di semua masjid serta surau bermula 12 Jun ini.
10 Jun 20
129
FORUM PERDANA NUZUL QURAN - Siaran Ulangan
FORUM PERDANA NUZUL QURAN - Siaran Ulangan
((LIVE)) FORUM PERDANA NUZUL QURAN Ahli Panel : Prof. Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus Ustaz Kamaruzaman Abdullah
21 May 20
3
Seruan Program Bicara Murabbi Ummah Oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Seruan Program Bicara Murabbi Ummah Oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Esok!! jangan lupa Program Bicara Murabbi Ummah. Membicarakan topik Hikmah Covid-19 : Ramadhan Al-Mubarak Muhasabah bagi Umat Islam. Dibawa khas untuk anda Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad dan Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. 29 April 2020 ini! Rabu jam 5.45 petang.
10 May 20
261
Seruan Ramadhan Al-Mubarak Oleh YB Haji Hanafiah Mat
Seruan Ramadhan Al-Mubarak Oleh YB Haji Hanafiah Mat
"Semoga menjadi keluarga terbaik dan bahagia dunia dan akhirat"
10 May 20
500
Seruan Ramadhan Al-Mubarak Oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Seruan Ramadhan Al-Mubarak Oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
"Hidupkan Ramadhan dengan Iman, Ilmu dan Ibadah, Insha Allah bahagia dunia dan akhirat"
10 May 20
326