Artikel "agama" Terkini
Pelitup Muka di Masjid Masih 'Wajib'
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Rakyat negeri ini diberi peringatan agar mematuhi garis panduan pemakaian pelitup muka ketika berada di masjid dan surau kerana arahan itu masih berkuat kuasa.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M.Rozi Bidin berkata, pemantauan yang dijalankan oleh pihak jabatannya mendapati segelintir ahli jemaah gagal mematuhi garis panduan berkenaan.
"Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta kerjasama semua jawatankuasa masjid dan surau dapat memastikan ahli jemaah yang hadir dapat mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ini yang masih berkuat kuasa selaras dengan kenyataan media oleh Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
"Sebagaimana yang dinyatakan pada 20 Mac yang menetapkan di para 2(i)(a) Pemakain Pelitup Muka adalah diwajibkan,"ujarnya melalui satu kenyataan.
Sehubungan itu arahan telah disampaikan kepada pegawai agama di setiap daerah.
"Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih," katanya.
27 Jul 22
385
400 Anak Muda Berkonvoi Semarak Hari Arafah
Lebih 400 anak muda berkonvoi menyemarakkan Sambutan Penghayatan Hari Arafah peringkat negeri Terengganu.
17 Jul 22
86
Hari Arafah Bangkitkan Kekuatan Umat Islam
Sambutan Hari Arafah mengembalikan semula kekuatan dan kegemilangan umat Islam pada masa kini. #TVDarulIman #TRDI #UPDI #TerengganuMajuBerkatSejahtera
13 Jul 22
258
Hantar Al-Quran Rosak Ke JHEAT Untuk Dilupuskan
Masyarakat Islam dinashatkan agar menghantar Al-Quran yang rosak kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memelihara kesuciannya terutamanya dalam proses pelupusan dengan penuh tertib.
07 Jul 22
158
JHEAT Tahan Pelaku Video Lelaki Peluk Wanita
Pelaku yang berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh di kedai air buah sebagaimana video tular sudah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
07 Jul 22
290
Para Huffaz Berperanan Sebar Ajaran Al-Quran
Para huffaz dinasihat supaya menjaga serta mengamalkan ajaran al-Quran dalam diri dan menyampaikannya kepada masyarakat.
29 Jun 22
137
Wujudkan Pusat Sehenti Untuk Rider Di Setiap Daerah
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mewujudkan pusat sehenti di setiap daerah yang dikhususkan untuk pekerja-pekerja perkhidmatan penghantaran makanan (rider) di negeri ini.
23 Jun 22
119
Belia Seimbang, Berdaya Saing Perkasa Hasrat Kerajaan Negeri
KUALA TERENGGANU, 19 Jun – Belia Terengganu menjadi salah satu segmen penting bagi kerajaan dalam pengukuhan pembangunan insan yang lebih holistik dan berdaya saing selaras Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030).
Dai Nusantara Musim Ke-5, Ilhami Nadhrah Hamzah menyokong usaha kerajaan negeri menitikberatkan pembangunan belia negeri dengan pelancaran modul Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM).
“Jika diperhatikan anak muda kini kurang berminat dengan program-program yang baik, jadi pelaksanaan KIAM diharap membawa belia dekat dengan majlis ilmu.
“Mudah-mudahan kita kita sebagai belia menjadi contoh yang baik kepada keluarga serta kawan-kawan sekeliling kita.
“Suri teladan dengan beramal dengan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar,” katanya kepada pemberita selepas dinobatkan sebagai Ikon KIAM dalam Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Al-Fateh dan KIAM.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di Taman Tamadun Islam, di sini baru-baru ini.
Beliau yang berasal dari Marang berharap agar pelantikannya sebagai Ikon KIAM bakal menjadi motivasi buatnya dalam menyebarkan dakwah.
Terdahulu, kerajaan negeri melancarkan modul KIAM bagi belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 25 tahun dalam usaha menerapkan keseimbangan dan kematangan anak muda seiring pelaksanaan Undi 18.
19 Jun 22
632
Terengganu Bina Pusat Tafaqquh Tok Syeikh Duyong
Pembinaan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong bernilai RM7 juta di Taman Tamadun Islam bakal memartabatkan ilmu turath dalam usaha melahirkan lebih ramai ilmuan dan ulama di Terengganu.
14 Jun 22
461
Ambil Iktibar Pelaksanaan Haji Untuk Terus Bersatu Hati- Sultan Mizan
KUALA NERUS, 13 Jun- Jemaah haji dari Terengganu dinasihatkan supaya menjaga nama baik dengan menjaga akhlak dan tidak melakukan anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej negara.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mereka perlu mengambil iktibar sepanjang menjalani ibadat berkenaan di tanah suci itu nanti untuk terus bersatu hati tanpa melihat sebarang perbezaan.
"Beta juga meminta bakal jemaah haji untuk sentiasa menjaga akhlak dan jauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negeri Terengganu.
"Semua jemaah harus mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin," titah baginda yang disampaikan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ketika menyempurnakan majlis pelepasan jemaah haji ke Tanah Suci, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengurus Besar (Bahagian Syariah) Lembaga Tabung Haji Malaysia, Imran Mohammad Khayat
Seramai 804 jemaah haji dari Terengganu berpeluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.
Penerbangan pertama yang membawa 142 bakal jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.45 malam pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Sultan Mizan berkenan memuji komitmen Tabung Haji (TH), agensi kerajaan dan swasta dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji walaupun sudah dua tahun tertangguh.
"Beta berharap TH akan meneruskan usaha-usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa di tahap cemerlang dan menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain di seluruh dunia," titah baginda.
13 Jun 22
334