lightning-solid
Berita :
Program 'Haji Cilik Marang' Tarik 862 Penyertaan
Program 'Haji Cilik Marang' Tarik 862 Penyertaan
Amirul Aizab Mohd
18 Oct 25
81

MARANG, 18 Oktober – Program Simulasi Haji Peringkat PASTI Kawasan Marang berjaya menarik 862 penyertaan.

Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Damanhuri Dol merakamkan penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan program yang begitu bermanfaat kepada anak-anak seawal usia prasekolah.

“Program seperti ini sangat menggalakkan. Pada usia begini, anak-anak sudah mula didedahkan dengan kefahaman asas ibadah haji. Semoga ia menjadi ikutan kepada PASTI-PASTI lain di seluruh negara,” katanya.

Beliau turut memuji usaha konsisten PASTI Malaysia dalam menganjurkan pelbagai program pembangunan sahsiah seperti Alam Ria PASTI, yang saban tahun mencatatkan pertambahan penyertaan.

Program ini turut disambut meriah oleh ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat yang hadir memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak.


Artikel Berkaitan