lightning-solid
Berita :
Program Agihan Bendera Semarakkan Semangat Patriotisme
Program Agihan Bendera Semarakkan Semangat Patriotisme
Muhammad Safwan Syakir Mohd Noor
04 Sep 25
45

KUALA NERUS, 4 September – Program Agihan Bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan berjaya dianjurkan di dua lokasi utama iaitu Pasar Bukit Tunggal dan Pasar Batu Enam sempena sambutan bulan kebangsaan 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Zaharudin Zahid berkata, program tahunan ini bertujuan meningkatkan kesedaran bernegara serta menyemai semangat cintakan tanah air dalam kalangan masyarakat setempat.

“Setiap kali menjelang 31 Ogos, kita akan teruskan agihan bendera ini dengan harapan masyarakat Bukit Tunggal dapat menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada negara Malaysia,” katanya.

Beliau yakin usaha berterusan itu akan menjadikan masyarakat lebih menghargai erti kemerdekaan dan bersama-sama menjaga keharmonian negara pada masa hadapan.


Tag :

Semasa

Artikel Berkaitan