lightning-solid
Berita :
Khalil Pantau Pembinaan Rumah PPRT Di Batu Burok
Khalil Pantau Pembinaan Rumah PPRT Di Batu Burok
Muhammad Aiman Hakimi Abdullah
01 Oct 25
77

KUALA TERENGGANU, 1 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi sentiasa memantau perkembangan projek pembinaan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Menurut beliau, pemantauan tersebut bertujuan memastikan kerja-kerja pembinaan rumah berjalan mengikut jadual yang ditetapkan selain meneliti sendiri kemudahan yang disediakan untuk bakal penerima.

“Tahun ini kita buat sebanyak lima buah rumah PPRT, dan perkembangan pembinaan rumah sangat positif. Saya berharap kita dapat meneruskan projek-projek sebegini untuk kebajikan dan manfaat rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Muhammad Khalil berkata, projek PPRT ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah memperoleh kediaman lebih selesa dan teratur.

Beliau turut menekankan bahawa aspek kualiti pembinaan perlu diberi perhatian agar rumah yang siap nanti benar-benar memenuhi keperluan penghuni.


Artikel Berkaitan