Artikel "Semasa" Terkini
Bajet 2019 : Patuh Syariah Hanya Untuk Atlet Terengganu
Wan Sukairi ketika sidang media pagi ini berhubung isu pematuhan syariah kepada atlet Terengganu yang turut menjadi perbualan netizen masa kini.KUALA TERENGGANU, 27 November - Pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan beragama Islam mulai 2019 hanya terpakai di Terengganu dan perkara ini telah disuarakan lebih awal kepada persatuan-persatuan sukan negeri serta disambut baik oleh mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Katanya, pihaknya juga menerima respon positif daripada ramai atlet dan menyatakan sokongan dengan keputusan kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai dasar yang menjadi pertimbangan paling tinggi tanpa meminggirkan kebajikan rakyat bukan Islam di negeri itu."Walaupun belum dilaksanakan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menyahut seruan untuk memastikan pemain muslim menutup aurat dalam setiap pertandingan bermula musim 2019."Langkah ini kemudian diikuti oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) dan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) yang menyatakan kesediaan mereka baru-baru ini."Kami juga berhubung dengan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) iaitu mufti Terengganu, Dato' Zulkifly Muda dan pihak yang membuat garis panduan pemakaian atlet untuk suatu keputusan yang diterima oleh semua termasuk pemakaian atlet renang, gimnastik dan bina badan," katanya dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika mengulas respon balas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantah keputusan Terengganu untuk melaksanakan pakaian patuh syariah dalam sukan di negeri ini. Menurut Wan Sukairi lagi, Kerajaan Terengganu merakamkan terima kasih atas keprihatinan dan ulasan menteri berkenaan, bagaimanapun menegaskan keputusan itu berikutan dasar negeri ini yang meletakkan Islam sebagai tunggak pentadbiran serta semua aspek termasuk sukan."Dasar ini dilaksanakan dalam kerajaan termasuk dalam sukan. Kebajikan atlet merupakan kewajipan kerajaan dan kita mengambil inisiatif menjaga kebajikan bukan sekadar aspek lahiriah tetapi meliputi aspek dunia akhirat," katanya.
26 Nov 18
65
Bajet 2019 : RM48.5 juta Untuk Industri Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 48.5 juta untuk membangun industri pelancongan negeri berasaskan kepada tujuh sub sektor.Ini termasuk Pelancongan Ekologi (Eco Tourism), Pelancongan Tani (Agro Tourism), Pelancongan Islam (Islamic Tourism), Pelancongan Budaya (Culture Tourism), Perlancongan Sukan (Sports Tourism) dan Pelancongan Kesihatan (Health Tousim).Katanya, bagi menggalakkan tarikan pelancong yang lebih ramai untuk mengunjungi Tasik Kenyir tahun depan, sejumlah RM30 juta diperuntukkan khas untuk pengurusan dan pembangunan tasik buatan mansuia itu.Menurut beliau pada tahun 2017 seramai 808,336 pengunjung telah mengunjungi Tasik Kenyir.Beliau berkata demikian ketika mengemukakan Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman kelmarin.Katanya kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk membangun Pulau Bidong sebagai pulau warisan mencakupi pengurusan serta pembangunan taman negeri.Keindahan Tasik Kenyir di waktu senja."Langkah ini melambangkan sebahagian usaha dan komitmen Kerajaan Negeri dalam melindungi khazanah alam semual jadi," jelasnya.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kebersihan sebahagian tuntutan agama yang memberi kesan langsung kepada industri pelancongan.Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4 juta lagi bagi program kebersihan dan keceriaan untuk menjayakan Program Terengganu Bersih dan Ceria."Kerajaan Negeri akan menaik taraf jalan penghubung di pulau-pulau peranginan dengan peruntukan RM3 juta."Ia selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pulau-pulau dan Taman Laut Negeri Terengganu," ujarnya.Namun tambah beliau, aspek pengekalan ekosistem dan pembangunan lestari di kawasan pulau terbabit akan diambil kira.Katanya, bagi memastikan pengekalan prestasi, peruntukan sebanyak RM2 juta disediakan untuk tujuan menyelenggara dan menceriakan lokasi-lokasi pelancongan.Ini termasuk inisiatif berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha mempertingkatkan perlindungan khazanah alam semula jadi negeri serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar."Komitmen ini diterjemahkan melalui pewartaan Taman Negeri Setiu Wetlands dan Taman Negeri Lawit-Cenana di Tasik Kenyir," terang beliau.
26 Nov 18
744
Bajet 2019 : `Mandi Orang Mati Pun Dapat' - Juru Mandi
Oleh : Dzakaria Mohd SallehSETIU, 26 November - Bajet 2019 berjumlah RM2.015 bilion sebagai 'bajet berimbang' yang diumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semalam, memberi kegembiraan kepada semua golongan. Bajet berkenaan turut tidak melupakan perkhidmatan juru mandi jenazah dan pembantunya apabila menyediakan elaun bulanan RM100 sebulan kepada golongan itu.Manfaat turut dinikmati juru nikah apabila menerima kenaikan elaun kepada RM200 sebulan.Seorang juru mandi jenazah, Mohamad Chek,74, berkata inisiatif itu mendorong lebih ramai terlibat untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah serta boleh menarik golongan muda sebagai pelapis bagi menggantikan 'orang lama' ."Terima kasih kerajaan. Kita sangat hargai pengumuman elaun bulanan ini, ini kerja fardu kifayah. Alhamdulillah, semua dapat dari Bajet 2019 ini...mandi orang mati pun dapat," katanya yang sudah menjadi juru mandi jenazah di Kampung Lingai, Batu Rakit sejak 1994.Sementara itu, seorang lagi juru mandi jenazah wanita, Fatimah Abdullah 63, dari Perumahan Wakaf Tengah turut melahirkan perasaan gembira dengan pengumuman tersebut."Terima kasih kepada kerajaan dan kebimbangan kita dalam melahirkan pelapis untuk melakukan tuntutan ini nampaknya akan dapat diatasi atas usaha murni kerajaan ini," katanya yang berkhidmat sebagai juru mandi sejak lima tahun lalu.Selain itu, bajet negeri tahun depan juga menyediakan khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi juru mandi dan pembantunya yang telah berkhidmat melebihi lima tahun dan RM1,000 bagi yang berkhidmat kurang dari lima tahun.
26 Nov 18
194
Bajet 2019 : Pemilik Haiwan Ternakan Diingatkan Jangan Ingkar
Dr. Alias Razak KUALA TERENGGANU, 26 November-Kerajaan negeri memberi peringatan kepada pemilik haiwan yang gemar membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya atau tempat awam supaya mematuhi arahan yang ditetapkan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, sekiranya pemilik gagal mematuhi arahan berkenaan, mereka bakal berdepan kompaun sebanyak RM250.Katanya lagi, sekiranya pemilik ternakan tidak membuat tuntutan ternakan antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap, bukan sahaja kompaun tetapi turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan sebanyak RM10 (seekor haiwan) setiap hari."Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukan lah perkara baharu namun ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan," kata beliau dalam sidang media pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Terdahulu beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukan oleh Ir. Saiful Azmi Suhaili (PAS-Kemasik).Menurut beliau, sepanjang operasi antara Januari hingga November ini, sebanyak 112 ekor lembu, kambing (141 ekor), kambing biri-biri (10 ekor) dan seekor kerbau telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri.Jelasnya, jumlah kompaun yang dibayar oleh pemilik ternakan adalah berbeza mengikut jenis haiwan iaitu RM250 bagi seekor lembu, RM100 (kambing) dan RM50 (anak kambing)."Ada yang kata PBT zalim sebab menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran tetapi operasi ini terpaksa diteruskan demi menjaga kepentingan awam, keselamatan pengguna jalan raya serta keselesaan penduduk dan pelancong."Kita buat semua ini supaya pemilik ternakan tidak mengulangi kesalahan yang sama dan ini merupakan satu pengajaran kepadanya,"katanya.
26 Nov 18
53
Bajet 2019 : Nafi Tawar Insentif Perkahwinan RM1,000
KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri tidak pernah menawarkan insentif RM1,000 kepada peserta Majlis Walimatulurus Perdana 2018 sebaliknya menyatakan akan menerima kembali wang caruman dalam jumlah yang sama.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, perkara itu sudah dimaklumkan lebih awal kepada peserta sebagai syarat penyertaan.Katanya, bayaran wang caruman RM1,000 dikenakan kepada mereka yang terlibat sebagai bayaran komitmen bagi mengelak menarik diri pada saat akhir. Bagaimanapun, wang berkenaan dikembalikan kepada peserta pada hari majlis berlangsung.“Oleh itu, tidak adil segelintir pihak menuduh kerajaan negeri menipu rakyat dengan menyatakan ada menawarkan insentif RM1,000 kepada peserta program,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu wang caruman Majlis Walimatulurus Perdana yang ditularkan pihak tidak bertanggungjwab dalam sidang media sempena Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Hanafiah berkata, dalam program sama yang dianjurkan kerajaan negeri sebelum ini, wang caruman RM1,000 dimasukkan ke dalam akaun Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN).“Bagaimanapun, pihaknya tidak meneruskan pendekatan itu kerana didapati wujudnya unsur riba.“Selain wang caruman dikembalikan, peserta turut mendapat keistimewaan lain, termasuk set persalinan pakaian pengantin, khidmat juru nikah, pakej set perkahwinan (pelamin, andaman, kek, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar) dan jemputan 100 tetamu bagi setiap pengantin,” katanya.Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi menjayakan Walimatulurus Perdana 2018 melibatkan 190 pasangan muda yang berlangsung serentak di seluruh Parlimen pada Sabtu lalu.
26 Nov 18
35
Street Art, Mural Grafik Eksklusif Jadi Tarikan
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 26 November – Karya seni `street art' yang menarik dikenali sebagai Mural Grafik Ekslusif dihasilkan di premis kedai, Rimba Square Kuala Nerus, di sini, bukan sahaja sebagai promosi perniagaan, malah membantu industri pelancongan negeri.Pelancaran Mural Grafik Ekslusif berkenaan disempurnakan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Ab. Rahman, kelmarin.Pengarah Urusan Inspirasi Jamha (IJ), Datin Siti Maszuriyati Aziz berkata, objektif utama mural itu sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada masyarakat setempat selain dapat membantu mempromosikan industri pelancongan negeri.“Kami menyediakan ruang dan peluang secara percuma sepanjang masa kepada penggemar `street art” dan juga kepada pelancong untuk bergambar dengan setiap lukisan yang kami sediakan hasil karya anak Terengganu iaitu daripada saudara Muhammad Farhan Mohad dan Saudara Muhammad Suhaimi Ali,” katanya ketika sesi sidang media.Siti Maszuriyati berkata, keistimewaan tudung Bawal Ekslusif itu adalah dihasilkan daripada kain yang diimport daripada Jepun, diperincikan dengan tampalan Kristal Swarovski daripada Australia dan dikeluarkan daripada kilang Puchong, Selangor yang diuruskan oleh anak tempatan sebelum ia dipasarkan.Tambah beliau lagi, tudung Bawal Ekslusif ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk orang dewasa malah ia juga sesuai dengan semua lapisan termasuk kanak-kanak dengan 197 jenis rekabentuk bermula RM56.60 sehingga RM5,000.Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan khas kepada pelanggan yang berminat untuk mencorak citarasa mereka sendiri serta membuka perkhidmatan secara atas talian iaitu di facebook page : Inspirasi Jamha dan di Instagram : Inspirasijamha_bawalexclusive.Mengulas lanjut konsep dan mesej mural, katanya pada ukiran kayu kepala perahu pada bingkai dan bendera Terengganu yang dilukis pada buai itu merujuk kepada lokasi Butik (IJ) yang terletak di Terengganu."Manakala wanita menghulurkan beg kertas membawa maksud kepada layanan dan perhatian yang akan diberikan kepada pelanggan IJ dengan layanan mesra pelanggan."Turut menghiasi dinding mural tersebut ialah rama-rama yang mempunyai sayap bewarna-warni yang bermotifkan identiti kepelbagaian warna tudung yang memikat hati wanita. Sementara basikal yang menuju ke arah butik IJ memberi maksud kepada kesesuaian sepanjang zaman pilihan butik IJ di kalangan para wanita. Seterusnya, kerusi, meja dan belon I LOVE IJ membawa maksud keselesaan yang disediakan oleh butik IJ kepada pelanggan untuk memilih tudung-tudung yang berkenan di hati,"katanya.
26 Nov 18
1388
Bajet 2019 : DUN Terengganu Tolak ICERD
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 25 November - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam mencapai kata sepakat untuk sebulat suara meluluskan usul menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).Usul tergempar dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan mendapat sokongan ahli dewan tanpa dibahaskan.Muhammad Khalil ketika membentangkan usul itu, berkata isu ICERD membabitkan pencabulan kontrak sosial yang sudah dipersetujui oleh semua kaum, selain kepentingan orang ramai apabila membabitkan isu hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.Beliau berkata, usaha meratifikasi ICERD juga menyentuh pelanggaran kedaulatan institusi istana membabitkan perkara berkaitan agama Islam dan hak istimewa Melayu.Bagaimanapun, sebelum ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang menyatakan ICERD ini perlu ditandatangani kerana hak semua kaum menjadi sama rata dilihat berlawanan dengan Perlembagaan Negara yang diperuntukkan di bawah Akta 153.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri juga menyokong penuh tindakan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyatakan Malaysia tidak sama sekali akan meratifikasikan konvensyen ini.“Saya melihat bahawa ia adalah hasil daripada protes yang ditunjukkan oleh umat Islam atau Melayu Bumiputera terhadap usaha untuk mentandatangani dan mengesahkan ICERD dan hasil daripada desakan itu kita melihat (kewajaran) keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kabinet baru-baru ini.“Kita perlu menolak sebarang usaha Putrajaya untuk menandatangani ICERD dan mengutuk segala usaha yang dilakukan bagi meratifikasikan ICERD. Ia adalah langkah ke belakang, membahayakan masa depan negara dan boleh mencetuskan menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk,” katanya pada sidang DUN di Wisma Darul Iman di sini, semalam.Muhammad Khalil berkata, implikasi isu ICERD ini tidak dikaji dengan sebaik-baiknya dengan mengambil jalan untuk menanganinya seumpama melepaskan batuk di tangga.Beliau berkata, Malaysia tiada keperluan untuk menandatangani konvensyen ICERD kerana negara sudah menunjukkan kepada dunia keunikan formula Malaysia, iaitu kontrak sosial yang dimeterai ketika kemerdekaan negara pada 1957.Katanya, Malaysia tidak pernah mengamalkan dasar menindas agama dan bangsa lain, walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun agama lain bebas diamalkan.“Rusuhan kaum pada 1969 ditangani dengan baik, tanpa menzalimi bangsa atau agama tertentu.Akhirnya, Malaysia dikenali di persada dunia sebagai negara yang unik kerana rakyatnya yang terdiri daripada masyarakat majmuk berjaya hidup berganding bahu, harmoni, saling hormat menghormati dan tidak memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing menggunakan medium keganasan terhadap kaum yang lain.“Sepatutnya belajar dengan kita mengenai perkara berkaitan hak asasi manusia dan menguruskan kepelbagaian bangsa dan agama. Malangnya dengan menandatangani ICERD, kita pula meminta PBB mengajar kita. Negara seperti Israel dan Myanmar sepatutnya digesa untuk menandatangani ICERD, bukan Malaysia.“Mengenai hak istimewa orang Melayu dan kuota khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang tertentu, ia bukanlah bertujuan menindas kaum lain, tetapi bagi menjadikan Melayu dan Bumiputera dapat berkongsi kek kekayaan ekonomi negara dengan adil, ” katanya.Beliau berkata, langkah menerima deklarasi ICERD menunjukkan tindakan terdesak Putrajaya tunduk kepada desakan melampau daripada ahli politik yang mewakili kaum tertentu dalam parti pemerintah, sehingga sanggup menceroboh kontrak sosial dan merosakkan kepercayaan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.Muhammad Khalil berkata, beliau mengambil maklum pendirian Pejabat Perdana Menteri untuk tidak meratifikasi ICERD dan mengambil maklum, kenyataan susulan daripada menteri yang masih kabur dan membimbangkan.“Dengan ini, saya mengusulkan dewan yang mulia ini menerima usul ini untuk dirundingkan, sekali gus menolak sebarang usaha Putrajaya untuk menandatangani ICERD walaupun dengan membuat ratifikasi.“Saya percaya bahawa sejak daripada awal lagi isu ini apabila ia ditimbulkan sekali gus menunjukkan Kerajaan PH adalah kerajaan tidak cermat dan mengkaji terlebih dahulu, implikasi terhadap negara yang kita lihat mempunyai asas-asas di dalam pelembagaan berkait dengan kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, ” katanya.
26 Nov 18
72
Bajet 2019 : Peruntukan Hakisan Pantai RM90 Juta, Perlu Dikembalikan
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri dan pihak berkaitan digesa bersemuka dan mengadakan rundingan dengan Kerajaan Pusat agar projek menangani hakisan Pantai Mengabang Telipot yang bernilai RM90 juta diteruskan.Wakil PAS-Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, berkata pendekatan itu sangat wajar kerana dibimbangi kejadian hakisan terus berlarutan ke kawasan lain. “Kesannya sudah pasti akan merisaukan penduduk berdekatan selain menyukarkan nelayan turun mencari rezeki.“Saya difahamkan, peruntukan bagi tujuan itu ditarik balik oleh Kerajaan Pusat selepas Parti Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan atas alasan kekurangan wang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari kedua, di Wisma Darul Iman, hari ini.Hishamuddin turut memberitahu, tindakan menarik balik peruntukan bagi projek menangani hakisan pantai sangat tidak wajar kerana ianya sudah diluluskan dan diserahkan kepada kontraktor yang dilantik.“Perkara itu ada dinyatakan Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri lalu.“Oleh itu, saya berharap kerajaan negeri berusaha mengembalikan peruntukan itu kepada Terengganu supaya projek tangani hakisan Pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot tidak terbengkalai, ” katanya.
25 Nov 18
32
Bajet 2019 : Terengganu Teruskan Biasiswa Kepada Pelajar Bidang Agama Di Luar Negara
Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) akan menyambung semula penajaan kepada pelajar Terengganu yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang agama di luar negara bermula tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebelum ini kerajaan terdahulu telah menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di beberapa buah negara. “Ianya melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mesir pada 2011 diikuti pelajar di Jordan dan Maghribi pada tahun 2015."Alhamdulillah, dalam Bajet 2019, kerajaan negeri akan menyambung semula penajaan kepada pelajar ini dengan peruntukan sebanyak RM15 juta yang akan diuruskan oleh YT."Daripada jumlah itu, RM5 juta ialah biasiswa untuk pelajar cemerlang dan RM10 juta pula pinjaman yuran untuk pelajar luar negara di mana ia tidak terhad kepada pengajian Islam sahaja, malah turut dibuka kepada pelajar bidang lain seperti perubatan," ujarnya.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ab Razak Ibrahim (PAS-Air Putih) berkaitan apakah jenis pembiayaan yang diberikan agensi kerajaan kepada pelajar luar negara dalam bidang keagamaan dalam sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, bagi menampung kos sara hidup bulanan pelajar di luar negara pula, pihaknya akan berkolaborasi dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk pemberian zakat kepada pelajar yang layak.Katanya, kerajaan negeri juga akan meneruskan pemberian insentif persediaan awal RM1,000 kepada pelajar yang berjaya menyambung pengajian di mana-mana universiti dalam dan luar negara."Sebanyak RM1.5 juta juga diperuntukkan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk anak-anak Terengganu yang berkelayakan," katanya. Dalam pada itu, menjawab soalan Maliaman Kassim (PAS-Ajil) pula, Satiful berkata, kerajaan negeri akan meningkatkan kemudahan infrastruktur di tiga madrasah moden sedia ada iaitu di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Besut dan tidak bercadang untuk mewujudkan madrasah yang baharu di kawasan lain."Saya sendiri turun padang dan tengok kemudahan yang ada di madrasah ini, ianya berada dalam keadaan tidak terurus dan boleh mendatangkan musibah kepada pelajar. Kita akan baik pulih dan bersetuju agar madrasah ini ditadbir urus oleh Bahagian Pendidikan JHEAT selepas ini," katanya.
25 Nov 18
236
Bajet 2019 : Industri Silika Terengganu Sedia Lebih 7,000 Peluang Kerja
Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kawasan seluas 4,000 hektar di Kampung Jambu Bongkok, Marang sebagai Lembah Silika Terengganu yang bakal menyediakan lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dengan nilai pelaburan berjumlah RM13 billion. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, industri silika berpotensi besar menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara sekali gus bertindak sebagai penggerak ekonomi Negeri Terengganu dan penjanaan pendapatan kerajaan negeri.Katanya, sehingga kini lebih 50 pelabur termasuk dari China, Taiwan, Korea dan tempatan menunjukkan minat kepada industri silika.“Rata-rata pelabur yang mencari peluang pelaburan di negeri ini lebih berminat kepada industri silika yang mana taburan deposit silika di negeri ini terdapat di seluruh daerah kecuali Hulu Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) berkaitan status terkini projek industri silika di Lembah Silika, Kampung Jambu Bongkok dalam sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas pada 6 Disember ini bagi penyaluran dan pembekalan gas dari Santong, Paka ke tapak Lembah Silika Terengganu yang akan menjadi kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ini perlukan masa kerana melibatkan pengambilalihan tanah penduduk dan sebagainya. InsyaAllah, kilang pertama akan dibina di tapak ini pada 2020,” ujarnya.Tengku Hassan berkata, di bawah portfolionya juga satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menarik minat syarikat dari dalam dan luar negara melabur di negeri ini khususnya di Lembah Silika Terengganu.Katanya, kajian juga akan dilakukan untuk mengenalpasti dan menentukan lokasi mana yang mempunyai taburan deposit silika yang paling banyak di negeri ini.
25 Nov 18
113