Artikel "Semasa" Terkini
'Negaraku' Bergema Di Puncak Bukit Apu Terengganu
Semai semangat kemerdekaan di Puncak Bukit Apu.Oleh : Ariss AliasSETIU, 24 Ogos – Lagu Negaraku bergema di Puncak Bukit Apu, Kampung Rahmat bersempena Program ‘Terengganu Merdeka Hike : Jom Rukah Bukit Apu’ di sini hari ini.Seramai 73 orang terdiri daripada kanak-kanak seawal usia dua tahun hingga warga emas berusia 67 tahun menyanyikan lagu kebangsaan secara serentak yang diiringi dengan upacara menaikkan bendera Malaysia.Usai menaikkan bendera, laungan keramat ‘Merdeka’ dilaungkan sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat di puncak bukit yang berketinggian 200 meter dari paras laut (mdpl) itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata program berkenaan diadakan bertujuan untuk membina semangat cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat di DUN tersebut.“Sempena bulan kemerdekaan ini, aktiviti ini saya simbolikkan kepada pengorbanan pejuang-pejuang dalam mencapai kemerdekaan.“Mereka yang ingin mencapai hasrat dan impian, tidak boleh berpeluk tubuh bahkan memerlukan semangat dan juga kerja keras,” ujarnya ketika ditemui media selepas program itu.Tambah beliau, aktiviti berkenaan juga adalah bertujuan untuk memperkenalkan destinasi tersebut sebagai tempat aktiviti pendakian kepada masyarakat di sana.“Saya turut merancang ingin mempopularkan bukit ini sebagai destinasi riadah kepada penduduk daerah ini.“Bukit ini sesuai untuk pendakian keluarga oleh kerana arasnya yang tidak terlalu tinggi dan mudah untuk didaki, bila sampai ke puncak, kita boleh melihat pemandangan laut sekiranya cuaca baik.Salah seorang peserta, Hasnyta Hamid berkata beliau teruja dengan penganjuran program seperti ini.“Saya harapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi, seronok menjalankan aktiviti bersama keluarga dan masyarakat di kampung ini,” katanya.
24 Aug 19
624
Forum Harmoni Rai Kepelbagaian Penganut Agama Terengganu
Forum harmoni bagi mencari punca dan solusi dalam isu perpaduan.KUALA NERUS, 24 Ogos – Kerajaan negeri menerusi Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan forum harmoni bertajuk 'Keharmonian Ejen Perpaduan Dalam Masyarakat Malaysia' hari ini.Pengarah Akademi DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood berkata, pihaknya mengorak langkah menganjurkan program tersebut setelah menyedari masalah perpaduan kian meruncing dalam masyarakat pada masa kini.Jelasnya, forum yang menampilkan beberapa ahli panel berkaliber itu berfungsi untuk merungkai segala persoalan dan perselisihan faham dalam isu agama dan kaum.“Kita nak bagi pendedahan kepada masyarakat khususnya rakyat Terengganu melalui DUAT yang kita rasa kali pertama dianjurkan oleh badan dakwah dalam negeri ini.“Program seumpama ini mampu memberi kefahaman kepada semua rakyat terutamanya berkait dengan isu perbandingan agama seterusnya menjadi solusi agar rakyat terus berpadu tanpa mengira latar agama,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan forum tersebut di Dewan Auditorium, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong badak, di sini hari ini.Ramlan (kiri) memberi cenderamata kepada Wong Choon Kheng.Mengulas lanjut, Ramlan menegaskan, diskusi atau dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk memulihkan kembali perpaduan yang dirobek oleh pihak berkepentingan.Katanya, hasrat mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam kepelbagaian agama dan kaum sememangnya menjadi keutamaan kerajaan negeri.“Berikutan keresahan-keresahan yang berlaku pada hari ini, kita (DUAT) mengambil satu pendekatan terbaik untuk mengharmonikan masyarakat dengan kita mengadakan perbincangan secara ilmu dan hujah.“Ia bukan bertujuan untuk mencari siapa betul dan siapa salah, tetapi kita mahu setiap orang walaupun berbeza agama membantu kita untuk memperkasakan masyarakat dan negeri,” tambah beliau.Kata Ramlan lagi, program mencari titik kesatuan antara setiap agama dan kaum tidak akan terhenti setakat itu, selepas ini pihaknya akan turun ke setiap persatuan agama bagi melakukan perbincangan.Forum yang dihadiri kira-kira 200 peserta itu menampilkan Presiden Persatuan Buddha Terengganu, Wong Choon Kheng, Pensyarah Pusat Pengajian Islam Kontemporari UNISZA, Prof. Dr. Engku Zaki Engku Alwi, Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin UNISZA, Dr. Aman Daima Md Zain dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran.
24 Aug 19
221
2,300 Peserta ‘Nite Ride’ Rentasi Drawbridge
Ahmad Samsuri mengetuai kayuhan 10 kilometer 'family ride'.KUALA TERENGGANU, 24 Ogos – Lebih 2,300 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai program Nite Ride sempena ulang tahun ke-20 Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang dianjurkan secara bersama kerajaan negeri dan BMMB itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak Bank Muamalat serta pentadbiran negeri dengan masyarakat.Menurut beliau, kayuhan santai berkenaan juga adalah sebagai satu langkah pihak pentadbiran untuk mempromosi ‘sports tourism’ di Terengganu sekali gus akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam kalangan masyarakat dan juga kerajaan negeri.“Peserta yang hadir pada malam ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar, tetapi turut melibatkan negeri luar, seperti Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Sabah.“Sudah tentu dengan penyertaan mereka, industri pelancongan Terengganu akan terkenal dengan sendirinya, begitu juga dengan ekonomi penduduk Terengganu yang ramai terlibat dalam sektor perniagaan,” jelasnya semasa ditemui media selepas berakhir kayuhan santai tersebut.Wan Sukairi Wan Abdullah.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap penganjuran yang kali pertama diadakan di negeri ini.“Kami pilih Terengganu untuk kami adakan acara sempena sambutan ke-20 tahun BMMB, kerana negeri ini merupakan negeri yang melahirkan jaguh-jaguh sukan berbasikal.“Pada mulanya kami hanya menjangkakan pernyertaan hanya 1,500 orang sahaja, namun kerjasama daripada kerajaan negeri dan sambutan sangat menarik apabila ramai juga peserta dari setiap negeri di Malaysia, sangat terbaik.“Nampak sambutan sangat baik, jadi kami telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu untuk kami jadikan program ini sebagai aktiviti pelancongan, dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan, sudah tentu akan menarik lebih ramai pelancong ke sini,” tambah beliau.Kayuhan santai itu turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman yang terlibat dalam kategori 10 kilometer ‘family ride’. Mohd Redza Shah Abdul Wahid.Pelumba terkenal negera, Anuar Manan dan Harif Salleh pula mengetuai kayuhan bagi kategori 35 kilometer funride yang melalui Batu Buruk, Jambatan Sultan Mahmud, ‘Drawbridge’ dan berakhir di Pasarnita, Tanjung.
24 Aug 19
291
MPKK DUN Ajil Terima Mesin Rumput
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 24 Ogos-Kesemua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Ajil (DUN) Ajil menerima sumbangan mesin rumput daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu .ADUNnya, Ustaz Maliaman Kassim berkata, pemberian ini merupakan satu simbolik kepada mereka untuk menceriakan suasana dan menjaga kebersihan kampung masing - masing.“Alhamdulillah pada tahun ini kita beri kepada semua MPKK mesin rumput untuk mereka ceriakan suasana kampung agar kelihatan bersih dan sedap mata memandang.“Berbeza pada tahun lepas kita telah memberi satu set laptop dan mesin pencetak yang lengkap bagi memudahkan gerak kerja pengurusan mereka,“ katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengagihkan mesin rumput kepada MPKK dan merasmikan program gotong - royong Merdeka anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat (ADUN) Ajil dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan dengan kerjasama agensi - agensi kerajaan di Dataran Ajil Trade Centre (ATC), semalam.Katanya, selepas pemberian ini tidak timbul lagi alasan untuk melakukan gotong royong dengan alasan tidak mempunyai alat kelengkapan.“Kita harap dengan pemberian ini MPKK tidak boleh memberi alasan tiada ada kelengkapan dan walaupun kita bagi mesin rumput tetapi itu merupakan satu nilai yang besar bagi mengerakkan usaha untuk mewujudkan suasana yang bersih di kampung mereka.“Ini merupakan satu usaha daripada pihak DUN melibatkan perbelanjaan yang agak besar,” jelasnya.
23 Aug 19
423
Gotong Royong Jaga Kebersihan Semarakkan Kemerdekaan
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 24 Ogos -Semua pihak berperanan menjaga kebersihan bagi mewujudkan suasana yang bersih, cantik dan harmoni.Semangat ini telah dijayakan melalui program gotong - royong merdeka anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan dengan kerjasama agensi- agensi Kerajaan, semalam.ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, gelombang kerjasama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim malah dapat menerapkan sikap tanggungjawab dalam kalangan masyarakat menjaga kebersihan bagi mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif.“Kita melaksanakan satu misi iaitu mahu membentuk Ajil sebagai lokasi yang bersih dengan tema hari kebangsaan tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’.“Jadi kita mengharapkan wujudnya gelombang dalam penduduk di Ajil untuk mewujudkan suasana yang bersih walaupun di mana sahaja samada di rumah, masjid, surau, balairaya, taman, dan sebagainya, “ujarnya.“Dengan pelancaran hari ini kita harap dapat menyerap dan menyebarkan nilai kebersihan di peringkat kampung untuk membentuk kesedaran kepada masyarakat bahawa kebersihan satu perkara yang dituntut oleh islam, “katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyempurnakan majlis tersebut di Dataran Ajil Trade Centre (ATC) Pekan Ajil.Menurut beliau, jalinan kerjasama mahasiswa dan agensi - agensi kerajaan dan komuniti kampung membantu kesepaduan dalam melakukan kerja bersama.“Wujudnya jalinan kerjasama yang bagus daripada persatuan mahasiswa, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan agensi- agensi kerajaan dalam gotong royong ini dapat menyatukan entiti ini dalam satu kumpulan dan gerak kerja bersama, “jelasnya.Sementara itu, Pengarah Program ,Muhamad Afiq Mohd Nawai, yang juga merupakan Yang Dipertua Permata Kebangsaan berkata, program ini disertai seramai 70 mahasiswa PERMATA Terengganu dengan tujuan dapat mendekatkan diri dengan penduduk kampung serta menjadi agen penyumbang kepada pembangunan Terengganu.“Antara objektif yang disasarkan untuk program ini kita sebagai mahasiswa ingin bergaul dengan masyarakat setempat melalui jalinan dan aktiviti gotong- royong ini.“ Selaras dengan kedudukan sebagai persatuan di bawah Yayasan Terengganu (YT), kita juga adalah sebagai agen penyumbang kepada pembangunan negeri ini melalui program yang kita laksanakan.“Oleh itu kita telah memilih kawasan ADUN Ajil yang merupakan ayah angkat kepada PERMATA dan disambut baik oleh semua pihak, “katanya.
23 Aug 19
88
Kerajaan, PDRM Perlu Tegas Tangani Penghina Jalur Gemilang – Abdul Hadi
MARANG, 23 Ogos - Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap bersikap lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, bendera adalah simbol bagi sesebuah negara dan seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati simbol berkenaan.“Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama perlu menghormati Jalur Gemilang dan anak-anak muda turut dinasihatkan agar terus menghayati erti kemerdekaan negara.“Mereka yang anti kemerdekaan merupakan saki-baki penjajah dan komunis yang mempunyai dendam terhadap perajurit negara. Kita menghargai tentera kita yang menentang komunis di samping pejuang kemerdekaan dalam semua kalangan termasuk Cina dan India,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya sejurus selesai mengadakan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.Mengulas lanjut, Presiden PAS turut itu berkata, pengorbanan tentera dan perjuang-pejuang kemerdekaan termasuk orang Cina, India yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan harus dihargai semua pihak.“Kita hormati dan Jalur Gemilang adalah persetujuan bersama mereka yang memperjuangkan kemerdekaan itu.“Kita menghargai, orang PAS masa itu parti pembangkang, bukan kerajaan, hanya satu kerusi sahaja pada masa itu tahun 1955,” katanya lagiBeliau berkata, partinya menerima kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan itu dengan cara yang betul dan bukannya dengan cara mencabut bendera atau menterbalikkan bendera keramat itu.“Bendera itu tetap kita pertahankan. Apa lagi bendera itu ada simbol simbol dia, simbolik (maksud) sesebuah bendera ini ada maknanya,” tambah beliau.Baru-baru ini 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat isu Jalur Gemilang yang didakwa sengaja dipasang secara terbalik di beberapa premis seluruh negara.
23 Aug 19
61
Zakir Naik : Tun M Buat Keputusan Bijak - Abdul Hadi
MARANG, 23 Ogos - Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik terus berada di negara ini adalah keputusan yang bijak dan tepat.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan yang dibuat itu menunjukkan Dr Mahathir menilai isu berkenaan berdasarkan hujah, dan bukannya berpandukan sentimen sesetengah pihak.Jelasnya, dalam masa yang sama kerajaan perlu menyiasat siapa yang menimbulkan polemik politik berhubung isu terbabit termasuk pihak media.“Isu ini isu akademik dan dakwah, maka perlu ditangani dengan secara akademik, serta demokrasi, kalau ikut demokrasi, dialog akademik itu perlu diadakan dan dialog yang bertujuan politik pula kita larang.“Dr Zakir perlu dipertahankan kerana keilmuan dia, dan kita perlu hormat ilmunya dalam berdialog, bukan hantar balik sehingga menandakan kebodohan, kelemahan kita sendiri,” katanya ketika sidang media di rumahnya.Beliau yang juga Presiden PAS turut menegasakan, pihaknya melihat keperluan untuk mengundang pendakwah bebas dari India itu mengadakan ceramah atas kepakaran dan sumbangan dalam dunia dakwah.Semalam, Dr Mahathir berkata, Malaysia tetap kekal dengan pendirian untuk membenarkan Dr Zakir tinggal di sini walaupun desakan mahukan beliau dihantar pulang ke India cukup kuat.Ini kerana, wujud ancaman bunuh terhadap penceramah itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini. “Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya pada sidang akhbar di Perbadanan Putrajaya.Penceramah kontroversi itu kini disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan baru-baru ini yang didakwa berbaur perkauman.Walau bagaimanapun, Dr Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menyifatkan ucapan beliau telah diputarbelitkan pihak tertentu termasuk media.Dr Zakir turut membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Dennis J Ignatius kerana didakwa membuat kenyataan fitnah mengaitkan dirinya.
23 Aug 19
207
'Tahniah Rakyat Terengganu dan Pahang' - MB Kelantan
Datuk Bentara Kanan Ahmad YakobKUALA NERUS, 22 Ogos - Kerajaan Kelantan mengucapkan tahniah kepada rakyat Terengganu kerana memilih PAS menjadi kerajaan negeri itu.Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosli Wan Ismail kerana sudi bersama kerajaan pembangkang pantai timur termasuk Kelantan dan Terengganu untuk memulakan sejarah perpaduan.Katanya, ini berlaku kerana Allah ingin mengajar pemimpin kerajaan pantai timur tentang betapa penting perpaduan kuasa Melayu Islam.Beliau berkata demikian di Majlis Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) Di Kompleks Sukan dan Stadium Tertutup Gong Badak di sini sebentar tadi.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosli Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Anggota Badan Perhubungan PAS dan UMNO ketiga-tiga buah negeri itu.Ustaz Ahmad berkata, apabila umat Islam hilang kuasa, Islam, pendakwah dan umat Islam sewenang-wenangnya dipermainkan oleh musuh mereka.Justeru itu kesatuan ummah perlu diperkasakan, agar umat Islam dan orang Melayu tidak mudah dipermainkan.Beliau turut menyeru rakyat bersatu atas nama Islam untuk mengembalikan semula kekuasaan umat Islam di negara Malaysia."Selagi umat Islam tidak bersatupadu atas nama Islam dan membina negara atas nama Islam selagi itu kuasa Islam tidak akan dikembalikan di negara ini," tegas beliau.
22 Aug 19
45
HIMPUN: Jadi Perantara Penyatuan Rakyat
KUALA NERUS, 22 Ogos- Penganjuran Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) hari ini, pastinya mampu menjadi medan perhimpunan rakyat dari seluruh Pantai Timur tanpa mengira fahaman politik dan peringkat umur.Melaluinya kerajaan negeri berhasrat untuk mencetus gelombang penyatuan supaya rakyat setiap negeri terbuka untuk bekerjasama dan berkongsi manfaat yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, apa yang dilaksanakan buat julung kalinya itu untuk memperkasa kerjasama antara ketiga-tiga kerajaan yang mampu mewujudkan pentadbiran yang berdaya saing sekali gus berkongsi kepakaran.Katanya, pada masa yang sama, pihaknya mahukan peluang penjanaan ekonomi terbuka luas antara ketiga-tiga negeri.“Dengan bertukar-tukar produk tempatan seperti keropok lekor dan potensi tempat menarik untuk dilawati, sudah tentulah ianya dapat meningkatkan ekonomi setiap negeri.“Malam ini bakal melakar sejarah, menyaksikan himpunan penyatuan ummah tanpa mengira ideologi politik dan kaum, kita berkumpul menyatukan para kepimpinan dan rakyat dari negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian pada program HIMPUN, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu, malam ini.Dr. Alias berkata, dia difahamkan lebih 20,000 orang ramai tidak berganjak dari Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak bermula petang tadi.“Marilah bersama kita bangkit menyokong agenda kebangkitan perpaduan ummah ini. Kita bersatu dalam mendepani dan mempertahankan isu umat Islam. Kita bina dan bentuk kekuatan politik orang Melayu yang menjadi teras dalam Malaysia.“Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para hadirin sekalian atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada urusetia atas usaha-usaha yang telah dijalankan, semoga usaha ini mendapat barakah dan hasil yang menguntungkan rakyat,”katanya.
22 Aug 19
78
HIMPUN: Fokus Kepada Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat
KUALA NERUS, 22 Ogos- Kepimpinan Negeri Pantai Timur diseru meletakkan fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam pentadbiran negeri, seterusnya menjadikan negeri-negeri ini sebagai negeri contoh di Malaysia.Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebagai negeri yang ditadbir oleh pembangkang, Terengganu, Kelantan dan Pahang memikul amanah dan tanggungjawab besar yang harus dilunaskan untuk menjadi negeri terbaik dalam negara.“Antara yang menjadi fokus utama termasuk menunaikan janji-janji manifesto PRU-14 sebagai bukti komitmen kerajaan negeri membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat. “Pentadbiran negeri di Pantai Timur juga mesti menjaga integriti dalam sebarang urusan pentadbiran bermula dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan. “Kita harus memperkasakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Kita tidak mahu terlalu banyak berpolitik, kita mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Himpunan Tiga Menteri Besar Pantai Timur di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, malam ini.Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob serta Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.Katanya, agenda memajukan ekonomi negeri, pembangunan modal insan dan mencari penyelesaian membantu masalah rakyat perlu menjadi keutamaan untuk mempertahankan negeri yang telah dikuasai.
22 Aug 19
42