lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Nama Besar Sertai PN Diumumkan Awal Jun Ini - Ahmad Samsuri
Nama Besar Sertai PN Diumumkan Awal Jun Ini - Ahmad Samsuri
MARANG, 15 Mei- Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan nama-nama besar yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan awal Jun Ini.  Beliau bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menidakkan ketika ditanya adakah nama-nama besar tersebut termasuk Tun M. "Saya tidak boleh nak kata ya atau tidak...tapi Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat ini kita akan ada pengisytiharan beramai-ramai yang akan menyertai PAS, PN dan Bersatu. "Insya-Allah pada awal bulan Jun kita akan buat pengumuman di Lembah Klang, Selangor. Ada daripada parti UMNO dan lain-lain pun ada dan yang ramainya daripada UMNO, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis YAB Menteri Besar Turun Padang Dan Jamuan Rakyat Sempena Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis 5A Tapak Kediaman Dan Tapak Pertanian Dun Pengkalan Berangan, di Dewan sivik Wakaf Tapai di sini, hari ini. Sementara itu katanya, rundingan akhir agihan kerusi antara parti komponen dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka dibuat hujung bulan ini. "Insya-Allah pada minggu depan, dalam tempoh 10 hari lagi di Kuala Lumpur, perjumpaan ini untuk memuktamadkan di peringkat Jawatankuasa Perunding, lepas tu nama-nama kerusi-kerusi ini akan dibawa ke Majlis Presiden untuk keputusan muktamad. "Setakat ini perbincangan di peringkat perundingan kerusi ni sangat harmoni walaupun kita dengar di pihak sebelah sana macam-macam perkara yang timbul," ujarnya.
15 May 23
239
Hadiah Kek Hargai Jururawat
Hadiah Kek Hargai Jururawat
HULU TERENGGANU, 14 Mei - Pemberian Kek kepada jururawat di sekitar Kuala Berang adalah tanda penghargaan atas jasa dan perkhidmatan kepada masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata pemberian kek itu juga sempena Hari Jururawat Sedunia semalam. "Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Berang sentiasa menghargai penat lelah jururawat yang sentiasa memberikan khidmat kepada masyarakat. "Antara cara kita harga mereka, kita hantarkan sedikit hadiah tanda ingatan dan doa," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini. Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa, Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, agihan kek ini melibatkan semua klinik kerajaan dalam dun Kuala Berang termasuk Hospital Hulu Terengganu. "Antara klinik yang kita agihkan adalah Klinik Desa Tanggol, Klinik Desa Pasir Tinggi, Klinik Desa Getang, Klinik Desa Sungai Ular dan Klinik Kesihatan Kuala Berang. "Hospital Hulu Terengganu pula kita agihkan di beberapa buah wad antaranya Wad Kanak-Kanak, Unit Fisioterapi, Unit Kecemasan, Wad Lelaki dan Perempuan," katanya.
15 May 23
174
PM Akui Bantuan Banjir Persekutuan Lewat Disalur
PM Akui Bantuan Banjir Persekutuan Lewat Disalur
KUALA NERUS, 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa bantuan banjir Persekutuan melibatkan beberapa kawasan di Terengganu lewat disalurkan. Anwar berkata, beliau mengambil sikap terbuka dan mendengar dengan teliti terhadap pandangan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar agar hubungan Negeri dan Persekutuan menjadi lebih baik. “Saya tahu berlaku kelewatan pengagihan bantuan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jadi saya mintak Nadma perhalusi segera,” katanya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri. Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata sekiranya berlaku kecapikan dalam hubungan antara sesama manusia pun, masyarakatlah yang merana. “Apatah lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, yang sudah pasti akan mewujudkan suasana bingar, dan rakyatlah yang akan menanggung akibat dan sengsaranya. “Rakyat di luar sana mengeluh dan mendengus, kerana keperluan serta kemahuan mereka adalah jelas iaitu mahukan penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka,” ujarnya.        
14 May 23
728
Laksana Inisiatif 'Non Partisan' Elak Rakyat Merana - MB
Laksana Inisiatif 'Non Partisan' Elak Rakyat Merana - MB
KUALA NERUS, 14 Mei – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan agar inisiatif ‘non-partisan’ dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik diperkenalkan bagi mengelakkan golongan itu menjadi mangsa. Ahmad Samsuri berkata, inisiatif non-partisan dan bi-partisan penting dalam keadaan tertentu dan ia diamalkan di negara maju, ketika mereka berdepan dengan suasana getir. Katanya, sebilangan besar rakyat tidak menjadi ahli atau tidak terlibat pun dengan mana-mana parti politik yang berdaftar dalam negara kita. “Sedangkan mereka juga adalah rakyat pembayar cukai yang turut sama menyumbang, kepada peningkatan sosio-ekonomi, pembangunan manusia dan fizikal, bahkan kesejahteraan hidup dalam negara kita ini. “Bahkan, jika kita ahli-ahli politik tidak berubah menjadi matang mengikut zaman, rakyat akan meremehkan peranan politik dalam memimpin mereka,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA di sini, semalam. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri. Tambah Ahmad Samsuri, sekiranya berlaku kecapikan dalam hubungan antara sesama manusia pun, masyarakatlah yang merana. “Apatah lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, yang sudah pasti akan mewujudkan suasana bingar, dan rakyatlah yang akan menanggung akibat dan sengsaranya. “Rakyat di luar sana mengeluh dan mendengus, kerana keperluan serta kemahuan mereka adalah jelas iaitu mahukan penyelesaian kepada masalah kehidupan mereka,” ujarnya.      
14 May 23
370
MB Gesa Kerajaan Persekutuan Bayar Dana Khas Ikut Jadual
MB Gesa Kerajaan Persekutuan Bayar Dana Khas Ikut Jadual
KUALA NERUS, 14 Mei – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa kerajaan Persekutuan membayar sebarang dana khas milik rakyat, yang diterima pada tahun-tahun sebelum ini mengikut jadual. Ahmad Samsuri berkata, perkara itu sudah tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan dan dibimbangi ia merencatkan perancangan negeri untuk rakyat jika tidak diurus dengan baik “Saya menyampaikan permintaan rakyat, mereka mengharapkan segala bentuk perancangan, pembangunan dan penyaluran dana khas peruntukan yang kita terima puluhan tahun, agar dapat diteruskan tanpa sebarang kerencatan mengikut jadualnya. “Sebagaimana dicatatkan dalam dokumen Belanjawan 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari yang lalu,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA di sini, semalam. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri. Jelas Ahmad Samsuri, tindakan ini sekali gus menepati, apa yang ditegaskan oleh Saidina Ali kepada Malik al-Ashtar, Gabenor Mesir dalam suratnya pada tahun 655 Hijrah (1257 Masehi). “Mekarkan dalam hati kamu perasaan kasih sayang kepada rakyatmu dan jadikan kasih sayang itu sebagai sumber kebaikan dan sejahtera kepada mereka. “Janganlah kamu memperlakukan rakyat dengan cara yang tidak beradab atau gasar, dan jangan ambil dari mereka apa yang menjadi milik mereka," katanya. Menurut beliau, melihat ke depan, kita semua akur dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melihat Malaysia yang lebih segar dan baharu. Maka tambah Ahmad Samsuri, semua pihak perlu bertekad untuk menolak budaya dan cara lama yang tidak sihat, dengan mengambil pendekatan matang dan sejahtera.  "Justeru, ia akan lebih menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, termasuklah rakyat negeri Terengganu. “Mudah-mudahan, dengan komitmen yang padu dari semua pihak tanpa mengira agama dan kaum, adat dan budaya, tanpa mengira fahaman politik. “Nescaya, akan dapat mewujudkan Malaysia yang lebih sejahtera dan semoga tiada yang terpinggir dalam proses kebangkitan dan pembangunan negara, selepas daripada ini,” ujarnya.          
14 May 23
911
MB Sambut PM Beraya di Terengganu
MB Sambut PM Beraya di Terengganu
KUALA NERUS, 14 Mei – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam. Majlis yang diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA itu menerima kunjungan ribuan pengunjung. Orang ramai mula memenuhi lokasi majlis pada jam 8 malam, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 8.45 malam dengan diiringi Ahmad Samsuri. Program itu bermula dengan ucapan Menteri Besar selaku tuan rumah dan diteruskan dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia. Anwar dan Ahmad Samsuri turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar serta pengunjung yang hadir pada malam itu. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan berswafoto dengan kedua-dua pemimpin tersebut. Hadir sama, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pelbagai juadah yang disajikan kepada orang ramai pada majlis itu seperti nasi aneka lauk, masakan kambing, sate, lemang, ketupat, rendang, pelbagai jenis masakan mi dan laksa, kuih-muih dan sebagainya. Suasana kemeriahan itu turut diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air, Haqiem Rusli dan Zaki Yamani serta beberapa lagi persembahan yang memainkan lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri.        
13 May 23
372
Pelajar Politeknik Dungun Gondol Emas di Sukan SEA
Pelajar Politeknik Dungun Gondol Emas di Sukan SEA
DUNGUN, 12 Mei- Muhammad Izzul Irfan Marzuki, 22, pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang mewakili Malaysia di Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 telah berjaya mengharumkan negara dengan mengondol pingat emas.  Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) itu telah menyumbang pingat emas ketiga buat kem Malaysia bagi acara silat Kelas D Putra (bawah 65 kilogram) setelah menewaskan pesilat dari Indonesia. Dalam pada itu, Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman merakamkan ucapan tahniah kepada beliau bagi mewakili seluruh warga PSMZA.  "Kami rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai, syabas dan tahniah diucapkan. Teruskan kecemerlangan, semoga menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain, " katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat PSMZA hari ini. Sementara itu, Izzul anak kelahiran Banggol Tuan Muda, Manir,  berterima kasih diatas ucapan tahniah yang  diberikan dan sokongan yang diberikan.  "Saya mohon doakan supaya saya  terus cemerlang dalam pelajaran dan sukan," ujarnya dengan rasa terharu.  
12 May 23
502
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
BESUT, 12 Mei -  Seramai 5,391 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini akan menerima bantuan banjir daripada kerajaan negeri sebelum berakhir Mei, ujar Menteri Besar Terengganu. Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mangsa banjir berkenaan akan menerima RM1,000 sebagaimana dijanjikan sebelum ini. "Saya nak umumkan pemberian bantuan banjir kepada 5,391 KIR yang pada ketika banjir hari itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Besut. "(Membabitkan) Hulu Besut 2,364 (KIR), Jertih ada 1,187, Jabi 664, Kota Putera 613 serta Kuala Besut 563. "Insya-Allah kita akan bayar sebelum habis bulan ini, sebelum ini ramai yang tertanya jadi kita beri komitmen untuk melunaskannnya pembayaran ini setelah dilakukan sedikit proses,' ujarnya. Beliau berkata demikian ketika beucap pada Perasmian Himpunan Teguh Pertahan Kawasan Besut, di Dataran Jertih, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata tempat agihan bantuan berkenaan akan ditentukan kemudian dalam masa terdekat. "Terima kasih kerana semua sabar menunggu walaupun saya dengar ada yang sedih, tertanya bila hendak menerimanya, tak apalah kesabaran tuan-tuan terjawab pada malam ini. "Semoga ini menjadi ubat kepada yang datang ke dalam program Teguh Pertahan pada malam ini," ujarnya.
12 May 23
348
Besut Bakal Dibangunkan Setara Daerah Lain
Besut Bakal Dibangunkan Setara Daerah Lain
BESUT, 12 Mei - Kerajaan negeri komited membangunkan sebuah kawasan industri bagi mewujudkan peluang pekerjaan khusus untuk rakyat di daerah ini. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selama ini pihaknya mengambil maklum mengenai suara hati anak Besut termasuk yang berada di perantauan untuk melihat Besut pesat membangun serta wujudnya peluang pekerjaan. "Saya hendak beri komitmen kepada semua rakyat Besut, penggal kedua nanti kita (PAS) mentadbir Negeri Terengganu kita akan naikkan penggunaan tanah peratus daripada 0.2 peratus (keluasan Besut 10 peratus daripada keseluruhan negeri Terengganu) sekurang-kurangnya setara dengan Daerah Dungun 0.3 peratus. "Bunyi sedikit naik 0.1 peratus (tetapi) lening (sekarang ini) kita lebih rendah daripada daerah lain, (kerana itu) kita akan buat pelbagai perkara kita akan bincang dengan agensi di peringkat Persekutuan untuk membolehkan pembukaan tanah Industri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Perasmian Program Himpunan Teguh Pertahan Kawasan Besut, di Dataran Jerteh, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut, Ahmad Samsuri berkata, tidak mustahil untuk dibangunkan Industri kecil dan Sederhana di daerah ini kerana laluan ECRL terdekat akan siap. "ECRL di Terengganu ini sudah mencapai kemajuan 62 peratus lebih cepat berbanding negeri lain kerana kita begitu cakna dan sangat cekap menguruskannya. "Yang kedua dengan adanya Lebuhraya Pantai Timut (LPT) 3 fasa pertama yang menghubungkan Gemuroh sehingga Tok Bali sejauh 90 Kilometer (KM) yang telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan (untuk disiapkan segera) . "Ini akan dilaksanakan dengan lebih mendalam dengan pihak Kerajaan Persekutuan dimana pembinaan ECRL (dan LPT 3) ini akan memudahkan perancangan bagi membangunkan kawasan Industri di Besut ini yang akan membukan peluang pekerjaan," katanya. Justeru tegasnya, penting untuk Kerajaan yang ditadbir oleh PAS dipertahankan oleh rakyat dan dikurniakan mandat bagi meneruskan segala agenda yang telah dirancang yang terbukti pada penggal lalu dapat menunaikan 20 manifesto yang dijanjikan. "Kalau diserahkan kuasa kepada orang (parti) lain berjanji macam-macam tapi tak boleh hendak buat, (jadi)sudah tentulah hendak  diberikan kepada orang yang boleh berjanji berjanji dan buat kerja," katanya.  
12 May 23
350
Hari Tanpa Hujan Dijangka Bermula Minggu Depan
Hari Tanpa Hujan Dijangka Bermula Minggu Depan
KUALA TERENGGANU, 11 Mei - Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei 2023 dan akan berterusan sehingga bulan September. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, semasa Monsun Barat Daya berlaku, lazimnya angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya. Katanya, dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil. “Sehubungan itu, akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. “Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan," katanya dalam kenyataan media baru-baru ini. Tambah Helmi Abdullah, Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang lebih rendah. "Sepanjang dalam tempoh Monsun Barat Daya itu, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September," ujarnya. Beliau juga menasihatkan agar pembakaran terbuka harus dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar di negeri ini. Di samping itu, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh itu.    
11 May 23
2335