Artikel "Semasa" Terkini
SG4 Tarik Pelabur Jepun, Korea dan China
SHAH ALAM, 21 Oktober - Penglibatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam 'State Goverment Four' (SG4) berjaya menarik minat pelabur dari negara maju terutamanya Jepun, Korea dan China untuk melabur di Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, negara berkenaan telah menghubungi SG4 dan menyatakan minat untuk melabur selepas Tun Mahathir berkunjung ke negara berkenaan.
Katanya, selepas ini Tun Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan negara daripada Timur Tengah.
"Apabila kita melibatkan Tun Mahathir beliau telah banyak melakukan libat urus di semua-semua negeri ini.
"Beliau sendiri telah bertemu dengan pelabur-pelabur dari negara luar ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika sidang media pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69, di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata beliau sangat terbuka menerima nasihat daripada mana-mana pihak tanpa mengira perbezaan parti dalam memastikan SG4 dapat digerakkan dengan baik bagi memacu kemajuan di empat negeri ini.
"Termasuklah jika Tan Sri Lim Kit Siang nak berikan pandangan dan kemukakan idea-idea, kami terbuka.
"Kalau nak bercakap tentang politik dari pagi sampai malam, 24 jam dan tentang perbezaan politik, saya rasa Malaysia ini tidak akan boleh bergerak ke hadapan.
"Saya pernah sebut kepada Perdana Menteri semasa majlis hari raya, ada perkara yang perlu non-partisan, non-political tetapi komitmen ataupun cooperation daripada pelbagai pihak," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyifatkan SG4 adalah seperti kerjasama kumpulan negara yang wujud seperti G7, G8, D20 dan blok ekonomi seperti BRICS.
21 Oct 23
1076
Anwar Perlu Tumpu Masalah Rakyat, Bukan Sekadar Bercakap
SHAH ALAM, 21 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberikan sepenuh perhatian untuk menangani pelbagai masalah dalam negara dengan perancangan teliti bukan hanya sekadar bercakap dan berjanji.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jika pihak kerajaan Persekutuan tidak fokus kepada masalah kesannya rakyat akan menderita.
''Bukan (juga) terbang (mengadakan lawatan) ke sana ke mari, sekejap Amerika, sekejap Dubai, ke Arab Saudi, ke China (maka) tidak akan ada solusi bagi menangani pelbagai isu diharapi rakyat.
''Kena duduk dan tengok masalah dihadapi rakyat bukan hanya berkata-kata ini dilihat kalau bercakap (bohong), lembu pun boleh terbang,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ceramah 4 Menteri Besar, pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69, di sini, semalam.
Tegas Ahmad Samsuri, apa yang perlu disedari tugas memimpin negara perlu dibuktikan dengan pelaksanan serta perancangan yang tuntas.
''Kalau hendak memerintah negeri hanya melalui percakapan, baik dicari orang yang boleh duduk bersembang di kopi tidak perlu melakukan apa-apa.
''Tetapi tugas memeritah negeri dan negara kena duduk berbincang dan melaksanakan segala apa yang telah dijanjikan bukan hanya sekadar berjanji.
''Segala perkara akan menjadi mudah sahaja, tetapi kerana banyak sangat dalam kepala (pemikiran) yang hendak dibuat (Anwar) sampai tidak boleh buat apa, maka akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat,'' ujarnya lagi.
21 Oct 23
176
PAS Tak Terima Jemputan Sertai Kerajaan Perpaduan
SHAH ALAM, 20 Oktober – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan parti itu tidak menerima sebarang tawaran atau jemputan terbaharu bagi menyertai Kerajaan Perpaduan sepertimana yang tular di media baru-baru ini.
Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika dilihat dalam Pakatan Harapan itu sendiri terdapat beberapa anggota yang dari kluster mahkamah, bekas perasuah dan lain-lain.
“Macam mana kita nak ikut mereka jika dalam parti mereka masih mengamalkan isu berkenaan.
“Jika kita nak bersihkan najis, kita tidak boleh duduk dalam tong najis bahkan duduk di luar pun tak boleh,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 bertempat di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyatakan beliau pernah menjemput PAS pada tahun lalu untuk menganggotai Kerajaan Perpaduan.
"Namun tawarannya ketika itu ditolak parti berkenaan," lapor Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian pada 11 Oktober lalu.
20 Oct 23
198
Calon PAS PRK Kemaman Belum Dimuktamadkan
SHAH ALAM, 20 Oktober - Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dalam masih proses perbincangan.
Menurutnya, beliau menafikan dakwaan yang tular mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad antara pencalonan PRK berkenaan.
Katanya, PAS tidak akan mencalonkan penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh parti itu.
“Tidak munasabah calonkan Tun Dr Mahathir, kalau nak timbulkan biar munasabah,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas kali ke 69 di sini hari ini.
Terdahulu, laporan sebuah portal menyebut bahawa bekas perdana menteri itu mengenai dakwaan PAS kemungkinan meletakkan Tun M sebagai calon pada PRK Kemaman.
PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan mengumumkan calon mereka sebelum hari penamaan calon 18 November ini.
20 Oct 23
199
Malaysia Disaran Tidak Berpihak Kuasa Besar
SHAH ALAM, 20 Oktober - Malaysia disaran mengambil sikap tegas dan berani serta tidak memihak kepada kuasa besar semata-mata terutama dalam isu umat Islam.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu bagi memastikan negara akan terus menjuarai isu-isu negara umat Islam supaya disegani oleh rakan di mata dunia.
"Letakkan keutamaan kerjasama serantau daripada kalangan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), kerjasama negara-negara Islam (OIC) dan negara-negara berkecuali (NAM) terlebih dahulu.
"Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, mengikut kebijaksanaan agar tidak terikat dan sangat bergantung dengan kuasa besar dunia," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69, di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Presiden PAS itu juga berkata, partinya akan terus memberikan perhatian terhadap masalah umat Islam yang ditindas di seluruh dunia.
"Serta campur tangan asing di banyak negara umat Islam di Afrika dan Asia.
"PAS akan meletakkan keutamaan untuk menjadi penggerak bagi mengangkat agenda penyatuan ummah di Rantau Asia Tenggara dan dunia Islam," ujarnya lagi.
20 Oct 23
345
Tun Mahathir 'Pintu Gerbang' Pelabur Masuk Negeri SG4
SHAH ALAM, 20 Oktober - PAS menyifatkan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Kehormat 'State Of Government Four' (SG4) adalah 'pintu gerbang' kepada pelabur.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Tun M akan menjadi jambatan kepada pelabur dalam dan luar negara atas pengalaman yang dimilikinya.
Katanya, ditambah dengan panduan dan bimbingan berterusan dalam usaha menyatukan kekuatan di empat buah negeri yang ditadbir oleh PAS dan PN.
"Maka diwujudkan suatu blok kerjasama rentas negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, yang dinamakan 'SG4'" jelasnya.
Beliau berkata demikian berucap di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 bertempat di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.
Tambah Presiden PAS itu, bidang kerjasama yang telah dikenal pasti dalam SG4 meliputi aspek pelaburan, pertanian serta pendidikan.
Di samping itu katanya, pelancongan dan pembangunan mineral, melibatkan perkongsian modal, sumber dan kepakaran dalam kalangan anak tempatan turut diangkat.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, kedua-duanya adalah mantan Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman dan jaringan berharga.
"Di peringkat parti, PAS juga mempunyai Majlis Penasihat Kerajaan Negeri yang akan bertindak sebagai badan pemantau.
"Juga pemerhati bertaraf Hisbah terhadap perjalanan pentadbiran Kerajaan, Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," ujarnya.
20 Oct 23
558
TDM Berhad Perkenal Program Ladang Sahabat TDM
KUALA TERENGGANU, 20 Oktober- TDM Berhad melalui anak syarikatnya, TDM Plantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat perladangan kelapa sawit mengorak langkah memperkenalkan Program Ladang Sahabat TDM.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hamdan Ibrahim berkata, ianya merupakan salah satu program perkongsian, khidmat nasihat serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada komuniti khasnya kepada pekebun kecil.
"Program ini akan menjadi salah satu sasaran TDM dalam menjaga kesejahteraan komuniti sekeliling disamping dapat meningkatkan kesedaran akan pentingnya perkongsian ilmu.
"Perkongsian ini sedikit sebanyak menunjukkan keberadaan kami di ketahui dan seterusnya hubungan ukhwah dapat ditingkatkan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut katanya, Program Ladang Sahabat TDM terbuka kepada pekebun-pekebun kecil di Terengganu untuk berdaftar dengan TDM.
"Bagi memudah urusan pendaftaran, pekebun-pekebun kecil juga boleh berdaftar dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) di kawasan masing-masing atau berurusan terus dengan pejabat di ladang-ladang dan Kilang Kelapa Sawit TDM.
"Menarik melalui program ini, TDM menawarkan khidmat nasihat serta perkongsian secara percuma yang merangkumi pengurusan kebun sawit, penggunaan baja serta amalan pertanian baik, " jelasnya.
Tambah beliau, selain khidmat nasihat, TDM turut menerima dan bersedia membeli buah kelapa sawit dari pekebun-pekebun kecil yang berdaftar pada harga pasaran.
"Pekebun boleh menghantar buah-buah sawit ke Pusat Timbang TDM yang berdekatan untuk urusan jual beli.
"Kami yakin bahawa inisiatif kebersamaan yang kami ambil ini adalah penting dalam memastikan kejayaan perniagaan kami dan kesejahteraan komuniti setempat, terutamanya pada kadar jangka masa yang panjang, " ujarnya.
Katanya, pelan hala tuju strategik TDM ke arah masa depan yang lebih mampan menjadi contoh progresif terutamanya dalam industri perladangan, yang juga mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial.
20 Oct 23
418
Pertandingan Pidato Tingkat Penggunaan Bahasa Melayu
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober- Bertemakan 'Pekerja Sihat, Produktiviti Hebat', Pertandingan Pidato Sektor Awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu yang julung kali diadakan menjadi antara usaha melahirkan penjawat awam berketerampilan.
Ia termasuk dalam mengemukakan idea, pandangan mahupun mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan berkesan.
Pada masa sama menjadi satu medium terbaik untuk memartabatkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Ab. Rasid Jusoh berkata, selain dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dan boleh dipraktikkan dalam sebarang urusan dengan pelanggan, ia juga dapat memupuk rasa bangga serta kecintaan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Walaupun pidato itu secara asasnya adalah tentang mimpi atau cita-cita dan idea-idea besar, kita tidak boleh menafikan peranan dan elemen bahasa yang matang dan indah, "katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja bagi merasmikan program Pertandingan Pidato Sektor Awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.
Pertandingan pidato anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Unit Korporat dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur itu berjaya menarik 17 penyertaan di kalangan penjawat awam.
Katanya, penjawat awam khususnya harus mengangkat dan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya mencerminkan kekayaan khazanah bangsa Melayu dalam membawa kebaikan manusiawi.
Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang berani mencabar diri menyertai pertandingan tersebut.
"Saya yakin dan percaya tidak ramai yang berani untuk tampil di pentas pertandingan pengucapan awam sebegini.
"Penyertaan semua peserta ini membuktikan mereka semua memiliki keyakinan, keberanian dan komitmen jitu untuk menjadi yang terunggul serta berkompentensi tinggi, " ujarnya.
19 Oct 23
649
Perkataan 'Memugar' Bawa Tuah
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober- Pemilihan tajuk ‘Pekerja Berkualiti Memugar Produktiviti’ ternyata membawa tuah kepada Amirrudin Abd Rahman, 37, yang diumumkan sebagai johan Pertandingan Pidato Sektor Awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.
Guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman itu turut terpilih sebagai penerima anugerah khas juri (pemidato terbaik).
Amirrudin yang pernah beberapa kali memenangi pertandingan pidato peringkat universiti serta kebangsaan berkata, disebabkan perlu menggunakan tema yang sama, beliau membuat kelainan dengan memilih tajuk yang perkataannya jarang digunakan.
“Saya terfikir untuk ubah sedikit, saya guna perkataan 'memugar' yang jarang orang guna untuk tajuk, biasa orang guna meningkatkan, perkataan-perkataan yang biasa.
“Saya putuskan untuk guna perkataan yang lain daripada orang lain. Alhamdulillah kira berjaya juga cara itu sebab tidak ada orang guna tajuk yang sama dan isi pidato saya pun agak berbeza dengan orang lain kerana saya banyak cerita dan fokus kepada syarikat antarabangsa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pertandingan Pidato Sektor Awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu, yang disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Ab. Rasid Jusoh di Wisma Darul Iman, hari ini.
Bapa kepada dua anak itu menzahirkan perasaan gembira dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada isteri tercinta, anak-anak, ibu serta keluarga yang banyak menyokong dan memberi semangat untuk beliau memasuki pertandingan tersebut.
“Sangat gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya buat persiapan agak ‘last minute’. Kalau ikut siap teks pagi semalam, ada masa lebih kurang sehari sahaja untuk hafal, alhamdulillah boleh ingat dengan baik dan tenang ketika menyampaikan pidato.
“Pengalaman sebelum ini banyak juga terlibat dengan pidato jadi rasa gian atau ketagih untuk masuk pidato itu ada dan pertandingan ini memberi peluang untuk saya menonjolkan bakat yang masih ada dikurniakan Tuhan dan alhamdulillah kemenangan hari ini berpihak kepada saya,” ujarnya.
Pertandingan Pidato Sektor Awam Piala Setiausaha Kerajaan Terengganu yang julung kali dianjurkan Unit Korporat, Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur itu telah berjaya menarik sebanyak 17 penyertaan.
Johan bagi pertandingan tersebut membawa pulang piala dan piala pusingan, wang tunai RM2,000 serta hadiah iringan berupa buku terbitan DBP.
Bagi naib johan dan tempat ketiga, pemenang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM700 bersama piala dan hadiah iringan berupa buku terbitan DBP.
19 Oct 23
580
Serangan Bom Hospital Gaza : Buka Mata Dunia Kekejaman Israel
KUALA TERENGGANU, 18 Oktober - Merujuk kepada serangan ganas regim Zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di Semenanjung Gaza, PAS mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata seluruh dunia perlu membuka mata melihat wanita, kanak-kanak, pesakit dan orang tua dibunuh dengan penuh kejam.
Katanya, mereka dibunuh tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan.
“Umat Islam tidak boleh lagi hanya menyaksikan kekejaman yang berlaku tiap-tiap hari terhadap saudara kita.
“Para pemimpin dan rakyat seluruh dunia mesti bangkit dengan semangat jihad bagi mempertahankan bumi Palestin,” katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya pada hari ini.
Tambah Abdul Hadi, media digesa bersikap bebas dan berani menyiarkan berita kezaliman Zionis Israel yang merampas tanah Palestin.
"Kerajaan Malaysia juga digesa mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa Israel di atas jenayah perang terhadap Palestin," ujarnya.
Terdahulu, seramai lebih 600 orang terkorban dalam serangan udara tentera Israel mengebom Al-Ahly Al-Mamdani Hospital di Semenanjung Gaza.
18 Oct 23
210