lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bajet Terengganu 2019 : Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera Sebagai Tema
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU, 25 November - Bajet Negeri Terengganu 2019 yang dibentangkan pada hari ini mengangkat tema “Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera” yang berasaskan kepada kepentingan dan keperluan rakyat di negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tema tersebut bertepatan dengan kalam Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf ayat ke-96 sebagai prinsipnya, diharmonikan bersama pandangan rakyat serta mengambil kira perkembangan ekonomi semasa seterusnya ke arah memenuhi aspirasi Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS).Katanya, perencanaan bajet ini didokong oleh empat (4) teras utama yang menjadi tonggak kepada Bajet 2019 iaitu keberkatan, kemajuan, kebajikan dan kecekapan."Teras pertama adalah keberkatan, teras kedua adalah kemajuan, teras tetiga adalah kebajikan manakala teras keempat adalah kecekapan."Semua teras tersebut akan diperkukuhkan dengan lapan (8) strategi pelaksanaan termasuklah pertama, mengukuhkan prinsip Islam, kedua, mewujudkan polisi patuh syariah, ketiga, membangunkan kualiti modal insan."Seterusnya keempat, merancakkan pertumbuhan ekonomi, kelima, mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, keenam, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan."Ia juga akan diperkukuh dengan strategi ketujuh, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan kelapan, menerapkan nilai integriti dan ketelusan," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan Enakmen Perbekalan Tahun 2019 (Bajet Terengganu 2019) pada Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), hari ini.Dalam tumpuan sama, menurutnya, Kerajaan Terengganu telah mengambil inisiatif melancarkan laman sesawang e-bajet dan menganjurkan bengkel Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT) di setiap daerah bersama dengan semua pemegang taruh 9 ucapan Bajet 2019 (stakeholders) yang berkaitan."Pendekatan ini telah berjaya menarik penglibatan aktif semua lapisan masyarakat dan rakyat terutamanya dari kalangan kumpulan profesional dan bukan profesional untuk turut memberikan idea dan mengetengahkan aspirasi mereka dalam merangka bajet kali ini."Natijahnya, sebanyak 2,260 cadangan rakyat telah diperhalusi dan diterjemahkan mengikut keutamaan dalam bajet kali ini. Justeru, saya mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam proses penggubalan Bajet Negeri Terengganu 2019."Setiap pandangan rakyat sangat dihargai dan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan negeri," ujarnya.
24 Nov 18
42
Empty Image
MB Kejutkan Pengunjung Medan Ilmu Jerteh
Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT, 25 November- Kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi Medan Ilmu Jerteh (Medan Selera Bandar Jerteh) mengejutkan seluruh pengunjung. Kunjungan beliau itu bersempena lawatan untuk melihat bangunan serta pembangunan yang terbengkalai di dalam bandar Jerteh. “ Saya ingin memberi komitmen sebagai pemimpin kerajaan untuk cuba menyelesaikan masalah-masalah yang terbengkalai di daerah ini sama ada dalam bentuk pembinaan dikampung yang berkenaan dan dibandar Jerteh. “Kita akan cuba cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang terbengkalai ini termasuk berbincang dengan pihak yang berkenaan, agensi kerajaan dan sebagainya,” ujarnya ketika berucap kepada pengunjung Medan Ilmu Jerteh, kelmarin. Beliau juga berpesan kepada masyarakat yang hadir untuk memperbanyakkan berselawat sempena bulan maulidur rasul. “Kita berada disini pada hari ini, lelaki dan wanita, kecil, tua, muda dan sebagainya dengan berbagai latar belakang marilah kita sama-sama menyahut seruan Nabi Muhammad SAW dan berselawat ke atas baginda,” ujarnya.
24 Nov 18
39
Empty Image
Tambah Rakyat Melalui Perkahwinan; Walimatulurus Perdana Terengganu
 Oleh: Lukman /Asyraf /Adli DUNGUN, 25 November- Kerajaan negeri mengalakkan rakyat negeri ini berkahwin untuk menambahkan bilangan rakyat Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, rakyat Terengganu masih dalam bilangan yang kecil iaitu 1.1 juta orang. “Rasulullah berbangga dengan umat Islam yang ramai, kerana itu program Walimatulurus Perdana merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk mencapai hasrat itu. “Perkahwinan merupakan jalan untuk mendapatkan zuriat dan jangan takut dengan rezeki kerana setiap anak ada rezekinya yang dijanjikan Allah,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Walimatulurus Perdana 2018 siri ketiga yang meraikan 31 pasangan bagi Parlimen Dungun di Medan Arena ( Square) Dungun, semalam. Menurutnya lagi, Allah telah menulis segala rezeki anak semasa mula-mula ditiupkan roh. “Rezeki anak akan bergabung dengan rezeki suami dan juga isteri. Kita pun kata, ulat dalam batu pun boleh makan, jangan sesekali kita merasa ragu dan tidak percaya kepada Allah yang menurunkan rezeki,” ujarnya. Justeru itu, disarankan agar rakyat Terengganu berkahwin cepat dan banyakkan zuriat agar rakyat Negeri Terengganu akan bertambah dari tahun ke tahun.
24 Nov 18
948
Empty Image
16 Pasangan Program Walimatul Urus Perdana 2018 Dirai Di Hulu Terengganu
Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU  24 November- 16 pasangan pengantin baharu diraikan penuh meriah sempena program perkahwinan Walimatul Urus Perdana 2018  Parlimen Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, kuala Berang, di sini semalam.Semua pasangan terbabit sebelum itu diijab qabulkan secara serentak di Masjid Kampung Buloh, Kuala Berang sebelum mereka diraikan dalam majlis perkahwinan secara beramai-ramai.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, program ini merupakan inisiatif kerajaan yang peka dan sentiasa mendengar keluhan dan denyut nadi rakyat.“Program ini diadakan bagi meringankan beban rakyat yang tidak berkemampuan untuk berkahwin oleh kerana kos kenduri yang mahal pada masa sekarang.“Saya juga nak ucapkan tahniah atas kejayaan pihak penganjur yang menyatukan 16 pasangan pengantin pada hari ini,”katanya ketika merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana 2018.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, ADUN Manir, Hilmi Dato' Harun; Penyelaras DUN Telemong,  Mohd Safari Abu; Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamed dan Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Wan Humaidi Wan Ismail.Tambah beliau , pasangan yang baru berkahwin ini diingatkan supaya belajar menerima gaya hidup baru pasangan masing-masing serta belajar cara bergaul dengan keluarga pasangan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain."Ingatlah bahawa apabila kita menerima pasangan kita sebagai teman hidup, maka ini juga bermakna kita menerima keluarga pasangan kita itu seluruhnya. Janganlah kita abaikan keluarga pasangan kita dan janganlah kita juga terlalu cepat mengambil hati di atas nasihat dan teguran yang bakal diberi."Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan kapal yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah SWT,” Ucap beliau yang memetik pesanan Luqman Al-Hakim.Dalam pada itu, Nur Nadiah Mohd, 22, yang berasal dari Kampung Payang Kayu, bersyukur selamat disatukan dengan pasangannya, Mohamad Farith Ibrahim, 28, yang lumpuh bahagian kaki selepas terbabit kemalangan lapan tahun lalu.“Alhamdulillah, saya bersyukur kami selamat dinikahkan dan lebih manis ia diadakan secara percuma kerana ditanggung kerajaan negeri.“Wang simpanan yang sepatutnya digunakan untuk majlis kenduri bolehlah saya gunakan untuk keperluan kami terutama selepas mengikut suami yang bertugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya,” katanya yang berhasrat membuka kedai jahit di sana (Putrajaya) nanti.
24 Nov 18
715
Empty Image
200 Kanak-Kanak Berkhatan Beramai-Ramai Di Besut
Oleh: JusmawariBESUT 25 November– Bermulanya cuti persekolahan yang panjang pada penghujung tahun, seakan bermulanya pula musim berkhatan bagi kanak-kanak sebagai permulaan memasuki alam dewasa. Kini menjadi kebiasaan juga apabila majlis berkhatan diadakan secara beramai-ramai, suatu pendekatan yang dilihat dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan ibu bapa di samping menggembirakan kanak-kanak.Semalam, seramai 200 orang peserta kanak-kanak khatan menyertai acara khatan beramai-ramai anjuran Penyelaras Parlimen Besut bertempat di Kompleks Pendidikan Annur Besut, Alor Belanga Jertih , Terengganu.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)Jertih  Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, berkata, majlis terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan pihaknya akan meneruskan majlis seperti itu pada masa depan. "Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dan menyokong Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang masih memberikan kita nikmat iman dan masa."Saya juga mohon supaya acara menyuap pulut kuning atau pulut semangat" tidak disalah anggap dan bukan bertujuan untuk pemujaan tetapi sekadar menaikkan semangat peserta-peserta khatan katanya,”katanya ketika merasmikan majlis tersebut.Turut hadir, Ketua Pemuda Besut, Mohd Asriazwa Husin dan dibantu oleh anggota amal bagi memastikan majlis berlangsung dengan jayanya.Majlis bermula dengan perarakan dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang diiringi pelajar Tahfiz Annur Besut bersama ibu bapa peserta dan dimeriahkan lagi dengan semburan air paip dari jentera  Jabatan  Bomba dan Penyelamat Besut,Sementara itu, Ustaz Doktor Riduan Mohamad Nor selaku Pengarah Program yang dibantu oleh 10 orang doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia(PAPISMA) berkata program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa sekaligus meringankan beban kos mereka dalam perbelanjaan kos berkhatan.
 “Jadi, saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam mendekatkan lagi pemimpin dengan rakyat,”ujarnya.
24 Nov 18
70
Empty Image
Najihah Tidak Kisah Suami OKU; Walimatulurus Perdana Terengganu
MARANG, 25 November - Setiap wanita pastinya inginkan lelaki sempurna sebagai suami, namun bagi Nur Najihah Mohammad, 24, beliau menerima ketentuan jodohnya bersama pasangan, Syed Izz Zahiruddin Syed Kamaruddin, 25, dengan hati yang terbuka.Tentunya menjadi suatu kenangan terindah buat pasangan ini apabila diraikan bersama 30 pasangan lain dalam program Walimatulurus Perdana 2018 bagi Parlimen Marang yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Tuan Faezah Tuan Ab Rahman di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.Nur Najihah dan Syed Izz Zahiruddin yang kini bekerja di bawah satu bumbung di sebuah syarikat swasta mula berkenalan sebagai rakan biasa di laman sosial Facebook sejak 2013 sebelum menjalin hubungan lebih serius dua tahun lalu.“Perancangan awal kami sebenarnya untuk mendirikan rumahtangga pada Februari tahun depan, tetapi kami merasa sangat bertuah dan gembira apabila terpilih mengikuti majlis akad nikah dan resepsi yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ini.“Kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, dengan adanya majlis sebegini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan seperti kami untuk mendirikan masjid,” ujar Syed Izz Zahiruddin yang menghidap sakit saraf di bahagian kaki dan tangan selepas mengalami demam panas ketika berusia setahun kepada pemberita.Sementara itu, Nur Najihah berkata, beliau mendapat tahu kekurangan diri suaminya itu di awal persahabatan mereka dan menganggap ianya tidak mendatangkan masalah dalam perhubungan mereka."Saya mula bersemuka dengan dia setelah setahun kenal dan boleh menerima keadaan dirinya, begitu juga dengan keluarga walaupun pada mulanya sedikit sukar untuk menyakinkan mereka," ujarnya yang tertarik dengan sifat peramah lelaki itu yang kini telah bergelar suaminya yang sah.Pada majlis berkenaan, Dr Ahmad Samsuri turut menyampaikan replika kad nikah kepada pasangan pengantin.Turut hadir, Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa.Majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang memasuki siri ketiga itu diadakan secara serentak dengan disertai 190 pasangan dari seluruh daerah negeri ini.Kesemua pasangan berkenaan melangkah ke fasa baharu kehidupan selepas dinikahkan di masjid daerah masing-masing awal pagi tadi.Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam membantu memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga, memandangkan bebanan kos mengadakan majlis perkahwinan yang semakin meningkat di samping mereka turut dibimbing dalam pembentukan rumah tangga.
24 Nov 18
272
Empty Image
Taqwa Asas Pembentukan Baiti Jannati; Walimatulurus Perdana Terengganu
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 24 November - Taqwa merupakan elemen penting bagi mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga atau diistilahkan sebagai 'baiti jannati' dalam sesebuah institusi keluarga dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, antara jalan untuk mencapai ketaqwaan ialah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia seperti, solat di awal waktu dan berjemaah, saling menasihati ke arah kebaikan serta menjaga silaturrahim antara kaum kerabat.“Saya ingin memetik nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian & Resepsi Walimatulurus Perdana 2018 Peringkat Daerah Kuala Nerus di Dewan Arena, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 28 mempelai telah selamat diijabkabulkan di Kuala Nerus dan ianya diadakan serentak membabitkan keseluruhan 190 pasangan termasuk 16 pasangan dari Hulu Terengganu manakala Dungun (31 pasangan), Kemaman (21 pasangan), Setiu (13 pasangan) dan Besut (21 pasangan).Turut hadir meraikan Pegawai Daerah Kuala Nerus, YM. Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Jelasnya, kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memastikan majlis meraikan pasangan mempelai itu dapat berlangsung dengan jayanya selari dengan tuntutan agama supaya perkahwinan itu dihebohkan.“Ramai orang muda yang ingin berkahwin awal tetapi mempunyai masalah dari segi kewangan yang belum stabil, justeru kerajaan mengambil inisiatif ini sebagai usaha memudahkan golongan itu dengan penganjuran majlis seumpama ini tanpa melibatkan belanja yang besar daripada pihak keluarga,” ujarnya.Selain itu, antara manfaat berkahwin ketika muda juga dapat mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti masalah zina, buang anak serta pergaulan bebas.“Perkahwinan bukanlah bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pasangan dan terhadap anak-anak nanti dengan mengikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Jika rumahtangga yang dibina hancur tanpa kasih sayang ibu bapa, maka besarlah risiko anak-anak terjebak dengan gejala sosial.Sementara itu, beliau juga menasihati ibu bapa yang baru menerima menantu dalam hidup agar melayani mereka seperti anak sendiri dengan saling memahami tanggungjawab masing-masing serta segala perbezaan, pertuturan dan sikap diuruskan dengan cermat tanpa mengguriskan hati mana-mana pihak.
24 Nov 18
147
Empty Image
Kahwin Muda Mahu Elak Maksiat; Walimatulurus Perdana Terengganu
Mohamad Salman dan Ainaa Athirah pilih kahwin muda.KUALA TERENGGANU, 24 November - Pasangan muda, Mohamad Salman Muhamad Sebri, 20 dan Ainaa Athirah Ruzima, 18, memilih untuk berkahwin di usia muda kerana mahu mengelak perkara maksiat.Ainaa Athirah berkata, keputusan itu dipersetujui kedua ibu bapa dan keluarga mertua malah mereka menyokong penuh hasratnya bergelar isteri.Katanya, kakak sulung dan kakak kedua juga berkahwin pada usia 18 tahun, dan tidak pelik bagi keluarganya dengan keputusan yang diambil."Banyak saya belajar terutama berkaitan ilmu rumahtangga dengan mereka, apa yang baik saya akan amalkannya untuk menjadi isteri solehah," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Walimatulurus Perdana 2018 Parlimen Kuala Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Majlis yang meraikan 29 pasangan pengantin itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Tengku Hasan turut menyampaikan kad nikah, wang caruman bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada pasangan pengantin.Majlis akad berlangsung kira-kira pukul 8.30 pagi dan Majlis Resepsi pula pada jam 11.00 pagi itu merupakan siri ketiga bagi tahun ini.Ianya diadakan secara serentak membabitkan keseluruhan 190 pasangan termasuk 16 pasangan dari Hulu Terengganu manakala Dungun (31 pasangan), Kemaman (21 pasangan), Setiu (13 pasangan) dan Besut (21 pasangan).Program Walimatulurus Perdana 2018 itu antara lain bagi membantu memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos meraikan perkahwinan yang semakin meningkat di samping dibimbing dalam pembentukan rumah tangga.
24 Nov 18
1130
Empty Image
Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 24 November - Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD tetap diteruskan meskipun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan Kerajaan Persekutuan secara rasmi menolak untuk meratifikasi konvensyen tersebut."Tahniah kepada Perdana Menteri kerana membuat keputusan yang berani walaupun diberi tekanan secara dalaman dan daripada pihak antarabangsa."Ini keputusan yang tepat dan wajar dengan mengambil kira suasana masyarakat yang ada. "Apa yang penting, keharmonian antara masyarakat itu dipertahankan dan dipastikan menjadi lebih baik daripada yang ada hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Meraikan Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Daerah Marang di Hotel Primula, semalam.Dr. Samsuri juga menyatakan, sebarang usaha untuk meratifikasi ICERD telah menimbulkan kecelaruan dalam negara."Kita dapat melihat bantahan serta ketidakselesaan daripada pelbagai pihak. Ia mewujudkan suasana tegang dan tidak baik terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."Sepatutnya tempoh selepas PRU adalah tempoh untuk berkerja dan bukannya mencari masalah baru yang memporak-perandakan rakyat."Saya mendapat maklumat himpunan pada 8 Disember nanti tetap diteruskan. Tetapi, ia lebih kepada meraikan kesyukuran rakyat dalam hal ini," katanya.
23 Nov 18
25
Empty Image
MB Terengganu Umum Dana Khas Pembangunan Atlet
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Daerah Marang, semalam.KUALA TERENGGANU, 24 November - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan bahawa dana khas sukan bakal diperuntukkan buat atlet muda Terengganu.Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman meraikan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 berkata, dana khas tersebut bertujuan untuk memudahkan atlet berlatih dan mencari pendedahan dalam meningkatkan prestasi diri."Kita percaya bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan dalam apa jua peringkat, antara aspek penting yang membantu adalah pendedahan dalam pertandingan."Oleh itu, kerajaan negeri menyediakan insentif untuk atlet muda kita berlatih atau mendapat pendedahan termasuklah di luar negara."Kita fokus kepada atlet muda untuk mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan suasana pertandingan."Tentulah ia sebagai persediaan SUKMA akan datang. Namun, pendedahan ini juga dapat membantu atlet di peringkat negara dan antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Daerah Marang di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Beliau bagaimanapun merahsiakan nilai dana yang bakal diperuntukkan. "Jumlah dana khas itu akan saya umumkan dalam Belanjawan Terengganu 2019 nanti," katanya.Dalam majlis tersebut, seramai 30 atlet bersama ibu bapa mereka diraikan oleh Dr. Samsuri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi beserta isteri, Wan Hamidah Wan Daud.
23 Nov 18
29