lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Yayasan Terengganu Jalin Kolaborasi Dengan UMP
Yayasan Terengganu Jalin Kolaborasi Dengan UMP
KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Yayasan Terengganu (YT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam memeterai memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian bersama (MoA) bagi menjalin kolaborasi dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan.  Melalui perjanjian persefahaman yang dimeterai, kedua-dua pihak bersetuju untuk menggariskan beberapa aktiviti kolaborasi akademik dan memberi khidmat nasihat bagi program seperti Program Asasi, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.  Lain-lain, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Program STEM dan program-program pengajian kerjasama antarabangsa UMP yang boleh memberi impak kepada pembangunan modal insan Negeri Terengganu. Kerjasama ini juga bakal menyaksikan Confucius Institute (CI) Universiti Malaysia Pahang (UMP) berperanan sebagai institut bahasa Mandarin yang menyediakan silibus pengajaran dan pembelajaran bahasa Mandarin dengan pelancaran tapak pengajaran Confucius Institute (CI) Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Sekolah Menengah Imtiaz  Yayasan Terengganu.  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, MOU dan MOA yang dimeterai itu dijadikan platform untuk perkongsian ilmu khususnya program pendidikan yang berkait dengan bahasa antarabangsa.  “Pelaksanaannya menepati piawaian kerana menggunakan tenaga pengajar berkelayakan dari Republik Rakyat China supaya kaedah pembelajaran lebih sistematik, efektif, mudah dipelajari serta dikuasai oleh para pelajar. “Ini secara langsung, bertindak sebagai strategi serampang dua mata di mana dengan mengambil penutur jati Bahasa Cina untuk meningkatkan penguasaan bahasa Cina di kalangan pelajar,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Dan Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Yayasan Terengganu Dan Universiti Malaysia Pahang Serta Perasmian Tapak Pengajaran Confucius Institute di Wisma Darul Iman. Majlis menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman menandatangani memorandum bersama Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu, Maliaman Kasim. Hadir menyaksikan detik bersejarah ini, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu , Dato’ Yahaya Ali, Kaunselor Pendidikan Kedutaan China di Malaysia, Zhao Changtao serta Attaché Kedutaan China di Malaysia, Zhang Tian. Yahaya berkata, menerusi kolaborasi tersebut Negeri Terengganu turut mendapat kelebihan peluang pendidikan di universiti ternama di Republik Rakyat China serta akses kepada sokongan fasiliti dan kepakaran pendidikan di Universiti Malaysia Pahang.  Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim berkata, pertumbuhan sektor pembuatan dan industri di Malaysia pada masa ini memerlukan lebih banyak tenaga pakar dan berkemahiran dalam pelbagai bidang teknologi. Malah katanya, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga dilihat akan memberi lonjakan terhadap sistem pendidikan negara. “Dengan penubuhan tapak pengajaran ini, UMP menerima sokongan daripada Universiti Hebei bagi penyediaan tenaga pengajar bahasa Mandarin di sekolah menengah Imtiaz ini.  “Di samping peranan pengajaran bahasa, CI UMP juga berfungsi sebagai platform untuk pertukaran budaya antara Malaysia dan China, mengukuhkan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya.  
31 May 23
795
Pelajar Besut Kedua Cemerlang Dunia
Pelajar Besut Kedua Cemerlang Dunia
KUALA TERENGGANU, 7 Mei – Seorang pelajar yang berasal daripada Kampung Pengkalan Kubor Tembila, Besut meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dengan meraih tempat kedua peringkat dunia. Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan medapat keputusan cemerlang markah 98 peratus. Keputusan itu meletakkan dia berada pada kedudukan pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi sesi Mac lalu. Safwa juga merupakan seorang hafizah al-Quran dan bekas pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut yang memperolehi pencapaian cemerlang 12A ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika di tingkatan dua. “Pada awalnya saya tidak menjangka mendapat keputusan paling tinggi di Malaysia dan kedua Dunia kerana pertama kali menceburi bidang akaun di Universiti,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini. Tambah Safwa, dia merupakan seorang pelajar sains tulen serta agama namun ketika di UITM saya memilih bidang perakaunan berbanding bidang lain kerana minat serta kecenderungan saya pada subjek matematik. “Pengkhabaran itu diterima dua hari sebelum raya melalui e-mail dan sangat memberi nilai positif dalam hidup saya untuk terus melangkah ke hadapan. “Kunci kejayaan saya adalah 'habluminallah wa habluminannas' iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia sekali gus melaksanakan segala tuntutan dalam agama,” ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan luar biasa tersebut. “Sebagai pelajar tajaan Yayasan Terengganu, Kerajaan Negeri amat berbangga dengan pencapaian Saudari Safwa. “Semoga terus maju ke depan dan menjadi inspirasi kepada orang lain,” jelasnya.    
07 May 23
3737
Zamra Terajui PSMZA
Zamra Terajui PSMZA
DUNGUN, 23 Februari - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) akan diterajui oleh pengarahnya yang baharu, Zamra Derahman menggantikan Mohd Fikri Ismail yang bertukar ke Politeknik Kota Bharu. Menurut Unit Komunikasi Korporat PSMZA, pelantikan Zamra, 57 berkuatkuasa 16 Februari 2023 dan akan memulakan tugasnya pada 26 Februari nanti. "Beliau yang berpengalaman selama 31 tahun dalam sektor pendidikan Politeknik dengan mula bertugas di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Pahang," kata sumber itu lagi. Beliau juga merupakan antara pensyarah yang cemerlang, disegani dan mempunyai pengetahuan luas dalam sistem Politeknik di sepanjang perkhidmatan beliau. "Seluruh warga PSMZA mengalu-alukan kehadiran pengarah baharu itu dan bersedia untuk bekerja bersama-sama bagi menjadikan PSMZA sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terbaik di negara dan dalam masa yang sama melahirkan graduan TVET yang berkualiti", ujar jurucakap itu lagi. Pelantikan beliau sebagai Pengarah di PSMZA boleh dikatakan seperti 'sirih pulang ke gagang' kerana beliau sendiri merupakan anak watan yang pulang berbakti di negeri kelahiran.
23 Feb 23
1358
'Rakyat Terengganu Perlu Sokong BPIS Sepenuhnya'
'Rakyat Terengganu Perlu Sokong BPIS Sepenuhnya'
KUALA TERENGGANU, 21 Februari- Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru rakyat di negeri Terengganu supaya menyokong penganjuran Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) yang dianjurkan kerajaan negeri. "Bagi saya, kedua-duanya betul. Ia (solat) berunsur peribadi disamping itu, merupakan peri pentingnya sebuah negara yang bersolat, sebab itu pemimpin yang bersolat adalah pemimpin yang utama dan teladan kepimpinan tersebut diturunkan kepada kakitangan, pelajar-pelajar, dan rakyat jelata di seluruh negeri.  Pengarah Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah menyerahkan baju Jom Solat Berjemaah sebagai simbolik BIPS kepada Dr. Zulkifli. "Saya menyokong penuh usaha menghidupkan BPIS, bahkan kita perlu menghayati dan menunaikannya. Kedua-duanya dilaksanakan kerana ini bukan bersifat peribadi lagi sebab kita disuruh berjemaah, disuruh mengimarahkan masjid dan surau yang mana ia sangat bertepatan dengan slogan serta misi-misi yang ingin dicapai oleh negeri Terengganu," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program BPIS di Wisma Darul Iman, hari ini. Jelasnya, BPIS bukanlah semata-mata program yang perlu dihadiri dan habis begitu sahaja. "Untuk kita ia bukan sekadar program, tetapi kita menghidupkannya sepanjang masa sebab solat ini bersifat harian. Cuma, momentumnya kita ambil dari bulan ini sebagai melonjakkan lagi semangat dan pengimarahan kita kepada masjid serta penghayatan bulan solat ini. "Program dan kempen BPIS amat baik, dan perlu diberi sokongan sepenuhnya. Semoga negeri ini akan makmur dengan ibadah solat sebanyak-banyaknya," katanya.      
21 Feb 23
612
Pembudayaan Pendidikan Rakyat Sepanjang Hayat Diberi Tumpuan
Pembudayaan Pendidikan Rakyat Sepanjang Hayat Diberi Tumpuan
KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Kerajaan negeri sentiasa memberikan sepenuh tumpuan terhadap pendidikan di kalangan rakyat termasuk kempen pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif yang dilakukan itu akan menjadikan rakyat negeri ini memiliki intelektual serta spiritual yang sejahtera. "Kita ingin membawa keluar pemikiran rakyat negeri dan negara ini dari (menumpukan) pendidikan rasmi sahaja kepada penekanan pendidikan sepanjang hayat. "Dengan belajar, berfikir dan membaca akan menjadi praktis kepada otak kita supaya terus aktif, insyaAllah, apa saja usaha yang membawa manfaat kepada rakyat Terengganu akan kita teruskan,"ujarnya menerusi facebook rasminya, hari ini. Justeru itu, beliau merakamkan ucapan tahniah atas inisiatif Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu (PAKAT) yang telah memastikan pemerkasaan pendidikan di kalangan rakyat itu dapat direalisasikan. "Kerana telah bertindak menggariskan pelbagai usaha menampung kelompongan pendidikan selepas Kongres Pendidikan Rakyat Terengganu yang lalu,"ujarnya.
14 Feb 23
118
1,573 Pelajar B40 Terima Bantuan Persekolahan
1,573 Pelajar B40 Terima Bantuan Persekolahan
KUALA TERENGGANU, 14 Februari – Seramai 1,573 individu daripada keluarga kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk menerima bantuan awal persekolahan hari ini.  Bantuan tersebut merupakan inisiatif daripada Kerajaan Terengganu bagi meringankan beban rakyat khususnya ibu bapa dalam membuat persiapan buat anak-anak mereka untuk sesi persekolahan akan datang.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi telah hadir bagi menyempurnakan perasmian majlis agihan tersebut yang diadakan di Dewan Kenanga Terengganu Equestarian Resort (TER).  “Agihan bantuan ini merupakan duit rakyat, kita kembalikan kepada rakyat untuk dimanfaatkan oleh mereka yang layak khususnya dalam konteks program hari ini iaitu anak-anak bersekolah. “Tidak dinafikan di sana ada beberapa kelemahan daripada pihak kerajaan, namun kita sentiasa berusaha untuk menambah baik dari semasa ke semasa,” kata Dr. Muhammad Khalil dalam ucapan perasmiannya.  Menurut beliau lagi, inisiatif-inisiatif yang berterusan daripada Kerajaan Negeri Terengganu menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam menjaga kebajikan rakyat.  “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang telah menguruskan agihan bantuan ini dengan lancar,” tambahnya lagi.  Antara kelengkapan yang diterima ialah sepasang pakaian sekolah, kasut dan beg sekolah.  
14 Feb 23
572
PASTI Jadi Rebutan Ramai
PASTI Jadi Rebutan Ramai
KEMAMAN, 13 Februari - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi tumpuan kepada ibu bapa bagi mendapatkan pembelajaran awal sebelum memasuki ke alam persekolahan bagi anak-anak mereka. Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bahagian Latihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Mohamad Mujahid Mokhtar berkata masyarakat sekarang lebih peka dan bijak memilih institusi mana yang terbaik untuk anak-anak mereka. "Silabus sistemetik yang ditawarkan di PASTI telah diiktiraf oleh pelbagai pihak dan menempa nama sebagai prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di Malaysia.  "Alhamdulillah, kita dapat melihat mutakhir ini berbondong-bondong ibubapa memilih menghantarkan anak-anak mereka bagi mendapatkan pembelajaran awal Islam yang ditawarkan di Tadika PASTI," ucapnya ketika merasmikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Al-Mahabbah di Dewan Habib Noh, Bukit Kuang kelmarin.  Menurut beliau, sambutan menggalakkan dapat dilihat dengan jelas sebagaimana yang berlaku pada PASTI Al-Mahabbah di Bukit Kuang ini, pada tahun 2018 hanya seramai 70 orang pelajar yang ada, tapi kini telah mencecah kepada 120 pelajar dan terus meningkat.  "Pihak pengurusan terpaksa mencari alternatif bagi menyediakan prasarana yang lebih selesa kepada pelajar seperti sekarang ini dan menambah jumlah guru bagi menampung permintaan yang semakin mencanak sejak kebelakangan ini. Persembahan Dikir Barat daripada pelajar tahun enam.  "Kami mengharapkan agar putera puteri cilik kita ini akan menjadi insan yang bertaqwa dan berjasa kepada negara satu hari nanti dalam pembentukan sebuah negara yang lebih islamik," katanya.
13 Feb 23
668
EPIC 'Back To School' Suntik Semangat Murid Ke Sekolah
EPIC 'Back To School' Suntik Semangat Murid Ke Sekolah
KUALA TERENGGANU, 12 Februari- Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC atau Kumpulan EPIC), sebuah anak syarikat kerajaan negeri menganjurkan program 'EPIC Back to School 2023' bagi mengagihkan bantuan barangan persekolahan kepada murid-murid sempena sesi baru persekolahan yang bakal tiba. Berlangsung di Sekolah Kebangsaan Getang (SK Getang), Kuala Berang, program yang merupakan salah satu cabang tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) di bawah inisiatif 'EPIC Celik' itu memberikan fokus kepada usaha menyokong pembangunan mampan dan menyeluruh sektor pendidikan di Negeri Terengganu. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, ir Muhtar Suhaili berkata, Kumpulan EPIC menyasarkan murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan dengan menyediakan keperluan penting untuk menghadapi sesi persekolahan baharu 2023 yang akan bermula bulan hadapan melalui program yang dianjurkan. “Tahun ini kami kembali meneruskan program dengan harapan dapat meringankan beban ditanggung oleh ibu bapa penjaga yang gigih membanting tulang demi memenuhi keperluan keluarga dan anak-anak pada zaman serba mencabar ini. "Pihak syarikat telah memilih dua buah sekolah iaitu SK Getang dan juga sebuah lagi sekolah di Kemaman, melibatkan 80 orang pelajar terpilih untuk menerima sumbangan kit persediaan sesi persekolahan baharu berbentuk baucar pembelian uniform sekolah, baucar pembelian kasut, set alat tulis, botol minuman dan juga beg sekolah. “Pihak EPIC mengharapkan agar bantuan yang dihulurkan buat para pelajar pada hari ini akan membakar semangat dalam menghadapai musim persekolahan yang baharu. Semoga semua pelajar sentiasa beroleh kecemerlangan serta kejayaan untuk masa hadapan diri dan keluarga,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat. Dalam program berkenaan, EPIC juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada SK Getang untuk kegunaan pihak sekolah yang sebelum ini terjejas teruk ekoran bencana banjir luar jangka, baru-baru ini. Selain itu, beberapa aktiviti pengisian interaktif dan agihan makanan dilaksanakan barisan warga kerja EPIC yang turut dihadiri Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Wan Mohd Azilah Wan Abdullah dan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Keselamatan Kumpulan, Rusdi Ngah.  
12 Feb 23
792
Bank Susu Patuh Syariah Selamatkan Bayi Pramatang
Bank Susu Patuh Syariah Selamatkan Bayi Pramatang
KUALA NERUS, 29 Januari – Bank Susu Patuh Syariah akan membantu menyelamatkan nyawa bayi pramatang dan menjaga kesucian keturunan. Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA, Prof Madya Dr Normadiah Daud berkata, inisiatif itu selari dengan tuntutan maqasid syariah dalam menjaga nyawa (hifz nafs) dan keturunan (Hifz Nasl). Katanya, peningkatan kelahiran bayi pramatang di Malaysia adalah seramai 64,620 orang yang dilaporkan pada tahun 2015 dan 30 peratus daripada jumlah tersebut menderita dengan penyakit Necrotizing enterocolitis (NEC). “Kajian juga menunjukkan, sebanyak 50 peratus dari jumlah bayi yang dijangkiti NEC akan melalui pembedahan yang boleh menggugat nyawa bayi pramatang. “Sehubungan itu, melalui kajian yang dibuat oleh pakar-pakar penyusuan di seluruh dunia, ternyata dengan penggunaan susu ibu boleh berlakunya penurunan sebanyak 50 peratus jumlah bayi pramatang yang dijangkiti NEC,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman di Pejabat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak di sini baru-baru ini. Tambah Prof Normadiah, susu ibu merupakan susu terbaik dan kandungan nutrisinya memenuhi keperluan bayi pramatang. Di samping itu katanya, susu ibu juga mengandungi pelbagai jenis khasiat dan antibodi yang mampu mencegah bayi pramatang daripada jangkitan kuman dan penyakit. "Bank susu patuh syariah adalah inisiatif terbaik untuk membekalkan susu ibu yang bersih kepada bayi yang sangat memerlukan. “Keadaan ini mungkin terjadi disebabkan ibu kandung tidak mampu menyusui disebabkan faktor-faktor yang tertentu seperti sakit, meninggal dunia dan lain-lain,” ujarnya. Menurut beliau lagi, Bank Susu Patuh Syariah yang dibangunkan oleh penyelidik UniSZA ini juga telah mendapat perakuan dan kelulusan daripada pihak Jawatankuasa fatwa Negeri Terengganu yang telah bersidang pada 5 Oktober 2020. Sehubungan itu, Keputusan fatwa ini menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri pertama di Malaysia yang mengharuskan penubuhan bank susu patuh syariah dengan syarat yang tertentu. “Antara ciri utama bank susu patuh syariah iaitu setiap bayi pramatang hanya akan menerima empat kali penyusuan sahaja dari seseorang ibu,” ujarnya. Manakala jelas beliau, bayi yang menerima susu lima kali penyusuan ke atas, mereka ini akan dipertemukan antara anak dan ibu susuan serta diberi sijil daripada badan yang berwajib. “Ciri ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa bayi pramatang dan menjaga kesucian keturunan sekaligus selari dengan keputusan Fatwa kebangsaan 2011. “Muzakarah Fatwa Kebangsaan 2011 juga memutuskan adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain”, katanya.  
29 Jan 23
2063
Program Biasiswa YT-TI Bantu Lonjak Pendidikan Anak Terengganu
Program Biasiswa YT-TI Bantu Lonjak Pendidikan Anak Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Januari- Tabung Biasiswa GLC akan dijenamakan sebagai Tabung Pendidikan Yayasan Terengganu bagi memperluaskan lagi fungsi tabung berkenaan bukan sahaja kepada penajaan semata-mata tetapi meliputi aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak Terengganu. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Yayasan Terengganu dan bersetuju menamakan Program Biasiswa GLC-Yayasan Terengganu sebagai Program Biasiswa YT-TI atau dikenali Young Talent Scholarship Programme. Katanya, penubuhan Program Biasiswa GLC-Yayasan Terengganu yang diwujudkan sebelum ini adalah cetusan idea Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui cadangan awal mewujudkan Tabung Biasiswa GLC bagi membolehkan syarikat-syarikat Korporat (GLC) Terengganu memberi sumbangan dengan tujuan penajaan biasiswa kepada anak-anak Terengganu yang cemerlang sebagai Corporate Social Responsibility (CSR). “Cadangan tersebut kemudiannya direalisasikan dengan komitmen RM500,000 daripada anak-anak syarikat Kumpulan; TDM Berhad, Golden Pharos Berhad (GPB), GPQ Sdn Bhd, TI Properties Sdn Bhd, Chicken Cottage Limited dan Permodalan Terengganu Berhad (PTB). “Hal ini turut membuka peluang mana-mana individu, agensi atau syarikat yang memberi sumbangan atas tujuan kebajikan dan pendidikan diberikan pengecualian cukai,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Penerima Biasiswa YT-TI Young Talent Scholarship Programme Tahun 2022 kepada 10 pelajar cemerlang terpilih yang disempurnakan Ahmad Samsuri di Wisma Darul Iman, semalam. Katanya, sebagai langkah permulaan, penajaan biasiswa tersebut dibuka kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan (Asasi/Matrikulasi) dan STPM yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) di semua Universiti Awam. “Manakala pemilihan bidang-bidang pengajian telah ditetapkan berdasarkan keperluan yang diputuskan oleh Kumpulan Terengganu Inc. iaitu dalam bidang Kepintaran Buatan (AI), Sains Data (Big Data), Undang-undang, Muamalat, Pentadbiran Korporat, Sains Kesihatan (Fisioterapi) dan Perladangan,” ujarnya. Menurut Burhanuddin, pihaknya juga bersetuju untuk meneruskan sumbangan bagi tahun 2023 dengan jumlah yang sama dengan dengan harapan program biasiswa ini akan memberi impak yang positif kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak Terengganu.  
26 Jan 23
862