Artikel "Pendidikan" Terkini
SPM ’Tiket’ Untuk Hidup
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kelulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sekurang-kurang kelulusan untuk meneruskan kehidupan bagi rakyat Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata bahawa SPM adalah tiket penting kalau mahu bekerja.
Katanya, majikan mahu yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM, apatah lagi jika mahu menyambung pelajaran.
"Oleh hal yang demikian, SPM adalah sekurang-kurang kelulusan yang bagi saya wajib ada untuk seorang rakyat Malaysia," katanya.
Zuraida berkata demikian ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat DUN Ladang di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar, baru-baru ini.
Bergambar bersama-sama para peserta Program Tuisyen Rakyat DUN Ladang.
Ujar Zuraida lagi, beliau agak risau dengan keadaan mutakhir ini, apabila generasi muda seakan tidak berminat mahu belajar ditambah pula dengan pengaruh buruk yang dibawa oleh sesetengah pempengaruh media sosial.
“Saya doakan mudah-mudahan semua para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM nanti, dipermudah segala urusan dan semoga peroleh keputusan yang cemerlang,
“Antara tujuan utama penganjuran Program Tuisyen Rakyat ialah sebagai pecutan terakhir kepada para pelajar menjelang peperiksaan sebenar tak lama lagi,” tambahnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri berkata bahawa Program Tuisyen Rakyat ini diadakan di kesemua 32 DUN dalam Negeri Terengganu.
Sebahagian daripada peserta Tuisyen Rakyat DUN Ladang.
Program tersebut telah berjaya mengumpulkan peserta lebih 50 orang peserta dari pelbagai sekolah, bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang dan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Ladang.
09 Jan 24
240
Terengganu Optimis Pelihara Pembangunan Islam
KUALA TERENGGANU, 29 Disember - Kerajaan Terengganu cukup optimis dan prihatin dalam memelihara pembangunan Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar demi kegemilangan Islam di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kesungguhan kerajaan itu turut dipamerkan dalam mewujudkan pembangunan seimbang diantara pembangunan material dan pembangunan kerohanian.
Antaranya ialah dengan penganjuran program Indahnya Hidup Bersyariat: Bicara Daie Ummah Nusantara yang diadakan sempena ambang Tahun Baharu 2024, yang berlangsung hari ini.
"Beberapa siri program telah diatur bermula dari pagi tadi dengan pelbagai aktiviti seperti konvoi, bicara santai bersama ikon anak muda dan kemuncaknya menampilkan pendakwah Nusantara, Profesor Dr Abdul Somad Batubara yang lebih dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad.
"Atas kapasiti rasmi majoriti kita sebagai kerajaan negeri, tiada kalimah yang dapat menzahirkan rasa bertuah dan berbangga atas kesudian Ustaz Abdul Somad ke bumi bertuah, negeri Terengganu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan Ustaz Abdul Somad bersama pimpinan negeri di Paya Bunga Hotel, hari ini.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah serta sebahagian ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Hadir sama ialah Ahli Dewan Negara yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Senator Dato' Husain Awang.
29 Dec 23
166
Kem Anak Soleh di 15 Buah Masjid Tahun Depan
KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Kem Anak Soleh (KASEH) 11.0 akan diadakan di 15 buah masjid di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mulai tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata semua kanak-kanak yang berada di sekitar masjid berkenaan diminta berkunjung ke masjid untuk menyertai kem tersebut.
Serentak itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung terlibat yang bekerjasama menjayakan program tersebut tahun ini.
"Kita akan adakan KASEH 11.0 dan seterusnya pada setiap tahun jika ada cuti panjang," katanya ketika berucap merasmikan KASEH 10.0 di Masjid Pulau Rusa Kampung Pulau Rusa Hilir di sini semalam.
Seramai 172 kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun menyertai kem tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang dan seramai 20 orang fasilitator terbabit dengan kem tersebut.
Wan Sukairi berkata kem itu merupakan program tradisi anjuran Pusat Khidmat ADUN Wakaf Mempelam sejak 10 tahun lalu dan sambutannya amat memberangsangkan.
"Hari ini KASEH 10.0 diadakan di Masjid Pulau Rusa Kampung Pulau Rusa Hilir, sementara Kem Bestari Solat (K-BEST) di Surau Al Iman di Kampung Losong Panglima Perang di sini dan sambutannya amat memberangsangkan," ujarnya.
K-BEST melibatkan seramai 154 peserta berumur antara 7 hingga 12 tahun dan dikendalikan oleh 12 orang fasilitator bermula jam 7.15 pagi hingga 5 petang.
Katanya, tujuan program itu diadakan untuk membentuk sahsiah anak-anak supaya menjadi insan yang baik, taat kepada Allah dan kedua ibu bapa mereka.
Ia juga katanya bagi melaksanakan hadith Nabi s.a.w. yang menggalakkan ibu bapa membentuk peribadi anak-anak menjadi insan yang baik dan sentiasa berdoa kepada ibu bapa selepas keduanya meninggal dunia.
28 Dec 23
376
PSMZA Bangunkan Kereta Elektrik
DUNGUN, 7 Disember - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah berjaya membangunkan Mini E-Car yang direkacipta oleh pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di bawah seliaan Ts. Muhd Hasanul Isyraf Mat Junoh.
Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, sekumpulan empat orang pelajar iaitu Ahmad Khairun Syazwan Mat Khari, Muhammad Akmal Danial Nasrudin, Muhammad Fakhrul Hadi Hamidi dan Muhammad Farieddin Anuar telah mengambil masa satu tahun untuk menjalankan kajian dan membangunkan projek tersebut.
"Mini E-Car merupakan kenderaan elektrik berkonsepkan 'green mobility' yang mesra alam dengan mengaplikasi teknologi hijau yang tidak menggunakan petrol dan sekaligus akan mengurangkan pencemaran alam sekitar," terangnya dalam satu kenyataan Media yang dihantar hari ini.
Mini E-Car antara 40 buah projek yang dipertandingkan dalam Student’s Project Competition Innovation and Invention Design (SPEED) Sesi 1 2023/2024 yang berlangsung di Dewan Dagang PSMZA pada 6 Disember.
Dalam pertandingan tersebut Mini E-Car telah menggondol Anugerah (Industrial Revolution(IR 4.0).
Katanya lagi, kereta elektrik seumpama Mini E-Car yang boleh mencapai kelajuan 30 km sejam itu amat sesuai untuk dipandu di kawasan taman perumahan, kenderaan dalam bandar, di ladang pertanian mahupun sebagai kenderaan pelancong di tempat-tempat pelancongan contohnya di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
Sementara, Penyelia Projek, Ts. Muhd Hasanul yang juga Pengurus Automotive Technology Centre (ATec) menjelaskan Mini E-Car itu merupakan kereta konsep atau prototaip kepada pembangunan kereta elektrik yang sebenar nanti.
"Banyak lagi Research and Development (R&D) yang perlu dijalankan dan mengharapkan ada pihak yang sudi menyalurkan geran penyelidikan bagi menghasilkan kereta elektrik yang lengkap.
"Mini E-Car ini merupakan satu titik tolak penghasilan kenderaan elektrik buatan Malaysia khususnya di negeri Terengganu, hasil kepakaran pelajar dan pensyarah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) Politeknik untuk kegunaan orang awam pada masa akan datang," ujarnya.
Tambahnya lagi, di Andvance Technology Education Centre(ATeC) mereka menggalakan pelajar dan pensyarah untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi dalam bidang automotif sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
"Kami berhasrat untuk menjadi ATeC sebagai Pusat Kejuruteraan Automotif Elektrik dan Hibrid yang bertauliah di zon pantai timur menjelang 2025," katanya.
08 Dec 23
719
Dua Pelajar Sekolah Agama Dungun Berjaya Hafal 30 Juzuk
DUNGUN, 6 Disember - Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk hari ini di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, SMASID.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang mengucap tahniah kepada dua pelajar tingakatan lima dan empat iaitu Muhammad Faiz Zulmahdi dan Mueez Naufal Mahadi diatas kejayaan menghafal Al-Quran 30 juzuk.
"Kejayaan ini sangatlah bermakna kerana SMASID yang merupakan sekolah harian dan tidak berasrama penuh berjaya melahirkan hufaz," katanya.
Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
"Syabas kepada ibubapa dan warga pendidik kerana berkat sokongan, dorongan dan doa kalian dapat melahirkan generasi Al-Huffaz di bumi SMASID ini," katanya ketika ditemui media hari ini.
Beliau turut berharap agar kejayaan tersebut akan menjadi pendorong kepada pelajar lain.
"Jadikan kejayaan ini penyuntik semangat dan sumber inspirasi buat kalian untuk meraih kejayaan bersama.
" Sesungguhnya ia bukanlah sesuatu pengakhiran, bahkan ia menjadi satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul agar Al-Quran terus terpelihara dalam dada.
"Semoga berkat Al-Quran dalam dada kalian menjadi insan yang bermanfaat untuk umat dan agama,* tambah beliau.
06 Dec 23
815
Taska Permata WDI Akan Berpindah April Ini
HULU TERENGGANU, 4 Disember - Kerajaan negeri bakal memindahkan operasi Taska Permata Wisma Darul Iman (WDI) ke premis baharu April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata premis berkenaan berhampiran dengan premis sedia ada tetapi saiz premis tersebut lebih kecil berbanding premis tersebut.
Katanya, jumlah kanak-kanak di taska itu kini seramai 120 orang manakala premis baharu nanti hanya dapat menampung 70 orang kanak-kanak sahaja.
"Ibu bapa berkenaan diminta bertenang dan beri kepercayaan kepada kerajaan untuk cuba membantu untuk menyelesaikan masalah berkaitan ," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Graduasi Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) Peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Yayasan Salim, Taman Hadhari Tok Randok di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah YPK Ahmad Faris Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkembangan Awal Kanak-kanak YPK, Siti Khatijah Sapei dan Pegawai YPK Hulu Terengganu Faizal Haron.
Maliaman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata kerajaan sedang mengumpul maklumat berkaitan permasalahan di Taska terbabit dan kesulitan ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan akan diperhalusi dan diselesaikan secepat mungkin.
"Saya sedang mengumpul maklumat dari pegawai saya dan meneliti segala maklumat tersebut sedikit masa lagi," ujarnya.
Menurutnya taska terbabit telah beroperasi selama dua tahun dan mendapat sambutan mengalakkan dari kakitangan pejabat kerajaan negeri itu.
04 Dec 23
512
Universiti Tunisia dan Algeria Tempatkan Pelajar Terengganu kini Mendapat Pengiktirafan
KUALA TERENGGANU, 29 November - usaha kerajaan Terengganu mengorak langkah menghantar pelajar ke Algeria dan Tunisia membuahkan hasil apabila kesemua pengajian di universiti yang menempatkan pelajar dari negeri ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, hasil yang diusahakan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Islam bermula tahun lalu dengan seramai 38 pelajar telah dihantar di kedua negara berkenaan di Peringkat Sarjana Muda.
Ujarnya, dengan berita baik itu diharap dapat menjawab spekulasi yang mendakwa bahawa kerajaan negeri ini hanya sekadar menghantar pelajar tanpa mengambil peduli samada diiktiraf ataupun tidak.
"Di Algiers 1 University dan Emir Abdelkader University Of Islamic Sciences (Algeria) membabitkan empat pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam iaitu Usuluddin ; Bahasa Arab ;Ketamadunan Islam dan Syariah.
"Manakala di Ez-Zitouna Universrity (Tunisia) membabitkan empat pengajian Sarjana Muda peradaban Islam iaitu Akidah dan Ilmu Kalam; Al-Quran dan Hadi; Feqh dan usul serta Peradaban Islam.
"Kesemuanya ini telah mendapat pengiktirafan MQA," ujarnya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Caption
Sehubungan itu, Satiful berharap agar dengan kesemua pengajian di universiti berkenaan telah mendapat pengiktirafan akan melegakan semua pihak.
"Semoga memberikan ketenangan buat ibu bapa, agensi terlibat serta para pelajar yang baru berangkat serta yang telah belajar di sana bermula tahun lalu," katanya.
29 Nov 23
709
Terengganu Garis Usaha Atasi Masalah Penceraian
KUALA TERENGGANU, 28 November- Fokus ketiga Belanjawan Terengganu 2024 iaitu 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' perlu dilihat secara serius dalam memastikan negeri itu mampu melahirkan generasi masa hadapan berkualiti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, elemen yang diterapkan seharusnya berupaya memberi nilai tambah kepada institusi kekeluargaan terutama membabitkan kes-kes penceraian di kalangan pasangan Muslim.
"Dukacita, realiti menunjukkan kadar penceraian di negara ini meningkat dengan begitu ketara. Daripada 43,936 kes pada tahun 2021 kepada 62,890 kes pada tahun lalu dengan mencatatkan peningkatan 43.1 peratus.
"Ia merupakan kadar tertinggi direkodkan sejak 2016 di mana perceraian pasangan Muslim meningkat 45.8 peratus iaitu 46,138 kes (2022) berbanding 31,650 pada tahun 2021.
"Di Terengganu pula, direkodkan sebanyak 6,565 kes membabitkan pasangan Muslim pada tahun 2020 sehingga Oktober 2021," katanya ketika membahaskanBelanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Jelasnya, ia merupakan angka yang besar dan wajar diberi perhatian.
"Justeru, saya memandang serius kepada semua strategi yang terangkum dalam sebagai fokus ketiga untuk melahirkan generasi hadapan yang lebih berkualiti dan menambahkan keselesaan taraf hidup," katanya.
Melalui fokus ini, Belanjawan Terengganu 2024 menggariskan beberapa pelaksanaan tertumpu kepada tema 'Pemantapan Institusi Keluarga'.
Antara pelaksanaan yang diutamakan adalah program-program pasca perkahwinan serta perkhidmatan psikososial dan kesihatan mental pasangan.
28 Nov 23
172
SRIDI, SMIDI Tawaran Baharu Pendidikan
MARANG, 22 November - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam (SMIDI) merupakan tawaran baharu supaya masyarakat mempunyai pilihan sama ada belajar di sekolah arus perdana atau sekolah kerajaan Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata ekolah berteraskan agama yang dibina kerajaan Terengganu itu turut mengajar mata pelajaran Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
"kedua-dua jenis sekolah berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menjadi pilihan rakyat negeri Terengganu yang berkembang dari peringkat pra sekolah dan akan berlanjutan ke peringkat universiti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Wanita Cakna dan Cintakan Negara bertajuk Anak Muda Sayang Terengganu di Dewan Utama Majlis Daerah Marang di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWA), Wan Nur Sakinah Din, Timbalan Pengerusi NGO HANEES, Sumayyah Zakaria, Ahli Panel Forum, Dr Hamidah Harun.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil seterusnya berkata anak muda hari ini perlu berdisiplin, pandai membawa diri, cerdik dan tidak lagi bergantung pada ibu dan bapa.
"Siapa yang ada disiplin, pengetahuan, pandai komunikasi, akan berjaya tapi yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut arus yang berlaku akhirnya terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya," ujar beliau.
Justeru beliau menasihatkan supaya anak muda hari ini membuang keseronokan bersifat sementara dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran di samping tidak membiarkan agama dihina sesuka hati.
22 Nov 23
268
155 Pelajar SPM Timba Pengalaman Belajar di PSMZA
DUNGUN, 7 November - 155 orang pelajar pelajar tingkatan lima dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Dungun terpilih untuk menimba pengalaman belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA) selama tiga hari.
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, menerusi program tersebut, pelajar didedahkan secara praktikal di dalam bengkel elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSMZA.
"Mereka berpeluang menjalani 'hands-on' di makmal untuk amali 'Wired Communication' menghasilkan sambungan kabel dengan RJ45 menghubungkan komputer kepada router dan LAN dan Wireless Communication dengan menghubungkan robot melalui aplikasi Arduino Bluetooth Control pada telefon bimbit," terangnya.
Katanya lagi, program yang mendekatkan diri pelajar dengan siswa siswi PSMZA bermula 3 hingga 5 November 2023 adalah anjuran bersama Pusat pengajian itu dan Pendidikan Daerah Dungun.
"Pelajar berpeluang menginap di kamsis PSMZA, menjalani ibadah di Pusat Islam dan beriadah Dodgeball, Woodball, Bola Tampar dan Petanque di Kompleks Sukan PSMZA," katanya.
Selain itu, tambahnya, 'Bengkel Matematik di Hati' bersama 21 orang guru Pakar Matematik dari setiap sekolah menengah yang menyertai program itu telah menerima impak dan teknik-teknik penguasaan matematik agar memperolehi keputusan cemerlang SPM 2023.
07 Nov 23
280