Artikel "Pelancongan" Terkini
Program `Jinak Kelah' JaPen Suntik Suasana Berbeza
Azmee (duduk, dua dari kanan) bersama rakan media yang menyertai Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 di Santuari Kelah, Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen) menganjurkan Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 dengan pengamal media selaku rakan strategik JaPen bagi memperkukuhkan semangat kerjasama dalam suasana berbeza dan lebih santai.Program tahunan itu disertai 25 pengamal media daripada pelbagai agensi media cetak, elektronik dan media dalam talian termasuk pegawai serta kakitangan JaPen.Penolong Pengarahnya, Azmee Mohd Noor berkata Media engagement merupakan acara tahunan bagi menyantuni rakan-rakan media sebagai rakan strategik JaPen Terengganu dan mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin."Pada tahun ini, JaPen mencipta kelainan dengan memilih lokasi kelah santuari sebagai lokasi program dan kelainan itu adalah untuk memberikan suasana lebih santai kepada pengamal media."Dalam pada masa yang sama, kita juga dapat mempromosikan pusat pelancongan ini di Tasik Kenyir melalui kehadiran media yang turut bersama dalam program kali ini,"katanya kepada pemberita di Program Media Engagement-Jinak Kelah 2017 di Santuari Kelah, Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.Sementara itu,wartawan Utusan Malaysia, Rosalinda Md.Said,31, berkata, program tersebut memberi peluang kepada pengamal media untuk mengeratkan lagi hubungan antara media dan warga jabatan Penerangan dalam cara yang lebih santai."Pengalaman bersama kelah tidak pernah menjemukan saya malah memberikan satu kepuasan tersendiri apabila menjejakkan kaki ke sini."Walaupun dah kali ketiga ke sini tetapi saya tidak pernah sekali pun merasa bosan,lebih-lebih lagi dengan telatah kelah yang sangat jinak.. satu pengalaman yang tidak mungkin saya akan temui di tempat lain dan hanya ada di Tasik Kenyir," kata Rosalinda.Bagi Zatini Yan, 34, dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) pula, walaupun dia dan beberapa kakitangan UKOM baru sahaja ke pusat pelancongan itu dengan diketuai Pengarah UKOM, Dato' Muda Mamat pada awal bulan ini, dia tetap teruja untuk menyertainya lagi kali ini bersama lebih 20 rakan media lain."Seronok dan sangat mengasyikkan apabila dapat menjinakkan kelah. Suasana itu sukar ditemui di mana-mana destinasi riadah lain. Penat berjalan lebih satu kilometer menuju ke santuari hilang sebaik sahaja dapat bermain dengan kelah."Pada masa yang sama, program anjuran jabatan Penerangan ini memberi ruang kita merapatkan hubungan sesasama agensi media yang lazimnya kita temui apabila bekerja di satu bidang komunikasi, tetapi pada kali ini dalam suasana yang berbeza lebih santai serta mesra,",katanya.
24 Oct 17
850
Ketua Jabatan Negeri Jadi Duta Kecil Promosi Tasik Kenyir
Ketua-ketua jabatan dan agensi negeri ini bakal menjadi duta kecil bagi mempromosikan Tasik Kenyir sebagai satu destinasi pelancongan utama di Terengganu dan Malaysia khasnya.Melalui program lawatan kerja sehari ke Tasik Kenyir, kerajaan negeri mahu supaya ketua-ketua jabatan turun padang untuk melihat, mendengar, merasai, mengalami dan menghayati sendiri keunikan produk serta destinasi pelancongan negeri ini agar mendapat informasi dan engalaman terbaik destinasi masing-masing.Program cetusan idea Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi melonjakkan sektor pelancongan sebagai penjana pendapatan ekonomi negeri dengan pelbagai produk ekopelancongan yang ditawarkan.Seramai 147 ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan, pihak penguasa tempatan negeri, persekutuan, universiti, institusi negeri dan jabatan anak syarikat negeri menyertai lawatan kerja sehari melalui lapan siri program.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, program hasil cetusan idea terbaik Menteri Besar bagi memperkenalkan Tasik Kenyir kepada orang ramai."Saya sendiri telah beberapa kali mengadakan program-program bersama pegawai-pegawai kanan di Tasik Kenyir di samping menunjukkan keindahan yang ada di sini."Setakat ini, ianya berjaya mempromosikan Tasik Kenyir sebagai lokasi terbaik untuk pelbagai aktiviti dan mendapat tindakbalas positif daripada mereka yang telah mengikuti program yang pihak bomba adakan,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Program Lawatan Kerja Ketua-ketua Jabatan ke Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.Bagi Azlimin, mungkin kerajaan negeri dapat melakukan sedikit penambahbaikan dari segi tarikan sepanjang perjalanan ke Tasik Kenyir termasuk mengadakan hentian-hentian di sepanjang laluannya."Mungkin kita boleh buah hentian-hentian seperti gerai-gerai makanan atau buah-buahan,kraftangan dan lokasi bergambar dengan pelbagai permandangan bagi menarik perhatian pelancong sepanjang perjalanan mereka ke destinasi seperti laluan ke Santuari Kelah,"katanya lagi.Menurutnya lagi,program seperti ini harus diperkembangkan lagi supaya semua pihak akan menjadi duta kecil bagi mempromosi pelancongan di Terengganu pada masa akan datang.
23 Oct 17
122
Aktiviti Pulau Bidong Dimasukkan Dalam Kalendar Acara Terengganu
Jamhariah (kanan) menunjukkan cara kepasa Tun Ahmad Faisal cara untuk memotong batu karang di Pulau Bidong, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Semua program yang bakal dijalankan di Pulau Bidong, Setiu akan dimasukkan di dalam Kalendar Acara Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong terutamanya kepada penyelam.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, Pulau Bidong akan dipromosikan bersama-sama dengan empat atau lima destinasi pelancongan lain antaranya Tasik Kenyir serta Taman Bencah Setiu dan akan menjadikannya sebahagian daripada pelancongan bandaraya Kuala Terengganu."Kita akan paparkan nama dan wajah Pulau Bidong dalam program-program promosi kita ini. Insyaallah kita ada Matta Fair serta 'World Travel Market' di London dan kita akan fokuskan Pulau Bidong ini."Kita juga ada program-program jelajah seperti di Melaka serta Kuala Lumpur dan turut akan fokuskan nama Pulau Bidong ini," katanya kepada pemberita.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke Pulau Bidong, Setiu, semalam.Turut hadir Pengerusi Yayasan Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar.Tambahnya, Pulau Bidong sebelum ini hanya dikenali sebagai pusat transit pendatang dari Vietnam juga selain sebagai pulau persinggahan kepada nelayan apabila berlakunya ribut.Tun Ahmad Faisal berkata, sejak 2006, kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Coral Malaysia, Universiti Terengganu Malaysia dan Jabatan Muzium Negeri Terengganu telah melancarkan sebuah galeri bawah laut di Pulau Bidong."Galeri ini boleh dikatakan pembuka tirai dalam kita perkenalkan Pulau Bidong sebagai satu lagi destinasi pelancongan di Terengganu."Dengan pembukaan galeri bawah laut ini, Pulau Bidong menjadi semakin terkenal. Sekarang ianya menggamit begitu ramai sekali kumpulan-kumpulan untuk melawat dan menikmati keunikan serta kecantikan Pulau Bidong ini seperti batu karang yang ada di sekelililing pulau," katanya.Beliau berkata, sejak galeri tersebut ditubuhkan, pelbagai replika telah dilabuhkan ke dasar laut di Pulau Bidong bagi memberikan kelainan kepada penyelam-penyelam yang inginkan kelainan.Katanya, sehingga kini, di dasar laut sekitar Pulau Bidong telah dilabuhkan sebuah bas, lori, pintu gerbang, penyu dan banyak lagi."Dan yang terbaru sekali adalah projek pemuliharaan batu karang. Kalau dulu kita melabuhkan replika sekarang kita mencantikkan Pulau Bidong ini dengan kehidupan semulajadi iaitu melalui program 'penyebaran batu karang'."Melalui pembiakan batu karang, kawasan ini sudah dipenuhi dengan batu-batu karang dan kawasan pembiakan ini sudah merebak ke sekeliling pulau jadi pelancong-pelancong terutamanya penyelam yang datang ke sini selepas ini selain dari melihat replika tadi boleh melihat kecantikan alam semulajadi seolah-olah ia timbul di situ bersama-sama dengan batu karang lain," katanya.
20 Oct 17
546
Pesona Tasik Kenyir
Dato' Muda (lima dari kanan) bersama sebahagian peserta lawatan kerja ke Tasik Kenyir, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil inisiatif menganjurkan lawatan kerja dua hari satu malam di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi melahirkan solidariti di kalangan pengamal media dan memperkasakan bidang komunikasi.Program julung kali itu melibatkan kakitangan yang mewakili semua unit di UKOM dengan pelbagai pengisian dan aktiviti termasuk melawat Santuari Kelah, Air Terjun Lasir dan Taman Herba bagi meninjau lebih dekat tarikan pelancong dan keistimewaan yang terdapat di tasik buatan manusia itu.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, destinasi itu menjadi antara pusat rekreasi dan riadah terbaik yang terdapat di negara ini dan Terengganu khasnya.Katanya, sebagai peneraju unit media rasmi kerajaan negeri, lawatan kerja itu amat relevan sebagai platform untuk UKOM menyebar luas dan mempromosikan tarikan yang ada di Terengganu berdasarkan pengalaman sendiri.''Lawatan yang disertai kakitangan saya dengan menaiki dan bermalam di rumah bot di tengah-tengah tasik buatan terbesar itu cukup mengujakan dan memberi pengalaman berbeza ."Ianya memberikan satu pengalaman yang cukup menarik untuk saya dan juga kepada kakitangan UKOM yang turut serta. Lawatan sambil belajar tanpa gajet cukup bermakna kerana dapat mengeratkan silaturahim antara saya dan mereka yang turut serta dalam program yang santai ini,"katanya.Muda berkata, lawatan itu memberi peluang untuk meneroka keindahan alam yang belum tercemar, mengenali spesies tanaman herba dan mencuba minuman herba yang disediakan secara percuma kepada pengunjung di Taman Herba.Tambahnya, selain bermalam, rombongannya turut dibawa mandi-manda di kawasan Air Terjun Lasir dan bermain dengan ikan kelah di Santuari Kelah, Sungai Petang." Walaupun terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk sampai ke destinasinya rasa penat itu hilang apabila dapat melihat ribuan spesies kelah jinak mengerumuni ,” ujarnya yang kagum dengan flora dan fauna di tasik itu.Seorang peserta, Zatini Yan 35, yang pertama kali menyertai program berkenaan berkata, kemudahan asas seperti tandas, penyediaan makanan dan tempat tidur yang ringkas namun lengkap sudah memadai untuknya sepanjang dua hari satu malam di rumah bot.“Kemudahan serba lengkap seperti set karaoke, televisyen dan saluran Astro di rumah bot Arowana yang dilengkapi lapan bilik tidur seumpama berada di rumah sendiri serta amat memuaskan hati saya. InsyaAllah saya akan kembali lagi ke sini jika diberi peluang dan akan membawa keluarga untuk turut sama menikmati pesona Tasik Kenyir ini,” ujarnya.
11 Oct 17
656
Masjid Tumpuan Pelancong Dipantau Elak Anasir Buruk
Mas Ermieyati pada Majlis Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tg Syamim Tg IsmailMasjid yang disenarai sebagai masjid tumpuan pelancong di negara ini akan sentiasa dipantau dalam usaha meningkatkan keselamatan dan mengelak rumah ibadat menjadi sasaran pelbagai anasir yang tidak baik.Justeru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa membuat persediaan awal bagi memastikan masjid sentiasa berada dalam keadaan selamat.Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan memperkuat kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan kewujudan kumpulan yang cuba mencetuskan kegelisahan sosial melalui ancaman membakar rumah ibadat dapat dihapuskan."Kewujudan ITC bukan sahaja berperanan mempromosikan pelancongan masjid tetapi ia juga menjalin hubungan baik dengan KDN dalam memberi sesi taklimat, maklum balas dan maklumat terkini kepada pihak masjid mengenai situasi yang boleh mengancam keselamatan pengunjung."Oleh demikian penting kepada pihak pengurusan masjid menyalurkan maklumat sekiranya mereka mendapati wujudnya kumpulan atau individu yang meragukan datang ke masjid bagi tujuan tertentu termasuk menyebarkan ajaran yang tidak betul," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Mas Ermieyati berkata, jumlah pengawal keselamatan bagi mengawasi keselamatan di setiap sudut masjid terutama yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara juga akan ditambah mengikut keperluan."Kami memang sedia maklum akan kewujudan unit keselamatan sedia ada di masjid tetapi ia perlu diperkuatkan lagi."Mereka akan mengawal keselamatan selain sebagai kumpulan pertama yang memaklumkan apa sahaja situasi negatif yang berlaku kepada pihak berkuasa," katanya.Add captionPada majlis itu seramai 81 peserta yang terdiri daripada imam masjid hadir ke persidangan yang berlangsung dua hari bermula hari ini, bagi mewujudkan pemahaman, peningkatan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepentingan serta manfaat pelancongan masjid.
09 Oct 17
60
Hubungan Terengganu - Sulawesi Selatan Terus Kukuh
Hubungan dua hala antara Kerajaan Sulawesi Selatan dan negeri Terengganu harus terus diperkukuhkan dengan penglibatan golongan muda dalam usaha menjadikan kedua-dua negara setaraf negara-negara maju.Gabenor Wilayah Sulawesi Selatan, Dr H. Syahrul Yasin Limpo berkata mereka boleh mengambil peluang menjalinkan kerjasama erat menerusi pelbagai bidang memandangkan persamaan yang banyak antara kedua-dua negara seperti adat budaya dan hasil bumi."Kita mempunyai karakter yang sama kerana kita adalah serumpun. Kita juga mempunyai minyak, gas dan ikan yang banyak di lautan."Jadi anak-anak muda kita harus bersatu dan bersama bagi merencana masa depan yang lebih baik daripada generasi yang terdahulu supaya nanti yang hebat bukan lagi Jepun, Inggeris atau Amerika tetapi kita juga akan kuat jika terus bersatu," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Jabatan Gabenor Wilayah Sulawesi Selatan.Shahrul sebelum itu menerima kunjungan delegasi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu yang diketuai Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif dan 15 peserta Kembara Terengganu De Latimojong.Peserta Kembara Terengganu De Latimojong yang diketuai Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman pada 4 Oktober berjaya menamatkan pendakian ke puncak tertinggi di wilayah itu, puncak Rante Mario, Gunung Latimojong setinggi 3,748 meter.Ketika ditanya sama ada program pendakian merupakan satu daripada usaha yang menyokong ke arah jalinan kerjasama itu, Shahrul berkata ia amat berpotensi sekaligus mampu melonjakkan sektor pelancongan kedua-dua negara."Saya sebagai gabenor siap memfasilitasi acara itu dan jika kalian datang ke sini (untuk mendaki) jangan pernah merasa asing kerana kalian sudah menjadi sebahagian dari masyarakat di sini," katanya.
07 Oct 17
82
Sasar 100,000 Pelancong Ke Terengganu Hasil Joyful Malaysia
Tuan Ahmad Faisal menunjukan poster promosi Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA2, sepanjang Oktober ini. Foto oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyasarkan kira-kira 100,000 pelancong tempatan dan luar negara ke Terengganu hasil promosi Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA 2, sepanjang Oktober ini.Acara itu akan diadakan mulai Jumaat hingga Ahad setiap minggu iaitu 6 hingga 8 Oktober, 13 hingga 15 Oktober, 20 hingga 22 Oktober dan 27 hingga 29 Oktober.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Razak, berkata program kolaborasi kerajaan negeri dengan Malaysia Airports Berhad (MAB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bertujuan memperkenal serta mempromosikan produk serta destinasi pelancongan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA 2."FAMA melalui premis Agrobazaar di lot kedai KLIA 2 akan memberi kerjasama mempromosikan produk daripada 15 usahawan tempatan."MAB pula menyediakan pentas utama dan ruang legar di KLIA dan KLIA 2, selain tayangan iklan secara percuma di layar skrin di terminal serta media," katanya pada sidang media, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, semalam.Katanya, pemilihan KLIA dan KLIA 2 sebagai lokasi program adalah bertepatan berikutan terminal penerbangan itu menjadi pintu masuk utama pelancong ke Malaysia dan berupaya mengendalikan sehingga 25 juta penumpang setahun."Ia dapat menyampaikan secara terus kepada masyarakat dan pelancong luar maklumat sebenar mengenai prasarana, perkhidmatan dan pembangunan industri pelancongan di negeri ini, sekali gus menjadikan mereka tertarik untuk mengunjungi Terengganu," katanya.
02 Oct 17
124
Misi Tawan Gunung Latimojong Bermula
Semangat dan iltizam membara mengiringi misi 20 pendaki untuk menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Pengembaraan yang turut disertai media Terengganu bermula secara simbolik hari ini, apabila diraikan pada acara pelepasan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat di Perkarangan Wisma Darul Iman.Rozailan berharap misi kumpulan itu untuk menawan puncak tertinggi di Sulawesi Selatan itu tercapai dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini."Kumpulan pendaki ini bukan sahaja mahu mencabar diri dalam aktiviti lasak yang menguji mental dan fizikal, malah inisiatif ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi "Program pendakian gabungan dua kerajaan ini juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan,"katanya.Seorang peserta, Nur Fazlizai Ali berkata, dia dan 19 pendaki yang lain sangat teruja untuk menyahut cabaran dalam merealisasikan hasrat pengembaraan mereka."InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik dan membawa nama Terengganu ke Sulawesi Selatan."Jalur Gemilang dan bendera Terengganu akan berkibar megah di puncak Gunung Latimojong pada 3 Oktober ini," katanya.Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysi Negeri Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.
29 Sep 17
151
Pameran Senjata Suntik Kelainan Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017
Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ketiga yang sedang berlangsung di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus membawa kelainan apabila turut menyediakan pameran senjata kepada pengunjung.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pameran seumpama itu pastinya memberi tarikan kepada orang ramai dari pelbagai peringkat usia yang sebelum ini tidak berpeluang melihat pelbagai jenis senjata dan peralatan tentera secara lebih dekat."Saya ucapkan tahniah kepada ATM yang telah berjaya menganjurkan satu program yang sudah pasti akan menarik ramai peminat."Saya juga rasa terpegun kerana pada tahun ini disertakan sekali dengan pameran persenjataan, peralatan dari tentera yang saya yakin bukan perkara mudah untuk membawanya kerana dari segi keselamatan dan sebagainya termasuk membawa helicopter untuk ke mari," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika lawatannya ke Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata program tersebut mengisi kalendar pelancongan sebagai acara tahunan.Tambahnya, program itu juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai mewarnai acara dan menyokong inisiatif pelbagai pihak untuk menarik pelancong serta pelawat terutama yang gemarkan sukan lasak untuk ke Terengganu.
28 Sep 17
726
Terengganu International Bike Meet Antara Terbesar Di Asia
Terengganu International Bike Meet (TIBM) Volume 2 2017 yang akan berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 29 September ini dijangka menjadi antara himpunan motor yang terbesar di Asia.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, pada tahun lepas, seramai 5,200 peserta menyertai program anjuran bersama kerajaan negeri dan Kelab Penunggang Motosikal Negeri Terengganu itu.Katanya, tahun lalu, lebih 20,000 pengunjung membanjiri tapak program sepanjang himpunan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu berkenan."Pada kali ini, kita adakan program ini di Dataran Shahbandar dan penganjur mensasarkan 7,000 peserta termasuk dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia."Penganjuran acara bermotosikal ini memang kerajaan negeri amat mengalukan kerana ia mensasarkan satu kumpulan yang mempunyai ramai pengikut. Jadi tahun ini penganjur meletakkan tidak kurang dari 25,000 pengunjung hadir ke program itu," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Terengganu International Bike Meet Volume 2 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, penganjuran TIBM tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan platform untuk melonjakkan Terengganu di mata masyarakat luar terutamanya kepada penggiat sukan permotoran.Tun Ahmad Faisal berkata, ianya juga dapat menyumbang kepada ekonomi negeri melalui aktiviti pelancongan.Dalam pada itu, presiden Kelab Penunggang Motosikal Negeri Terengganu, Ahmad Fanizar Bani Mat Taha berkata, untuk edisi kali kedua itu, penganjur memberi suntikan kelainan untuk memberi lebih peluang kepada anak Terengganu beraksi."Pertamanya, aksi lasak bermotosikal kebiasaannya di lakukan oleh pelagak ngeri dari luar namun kali ini kita gunakan anak Terengganu sendiri sama juga bagi persembahan pentas dimana Falah Bassim dan Purnama Band bakal beraksi di sini."Tahun ini juga, kita akan adakan konvoi ke Sekolah Pondok Iktifar, Langkap Baru yang mana program ke sana sambil menderma," katanya.
25 Sep 17
96