Artikel "Pelancongan" Terkini
Bukit Besi Jadi Hab Tarikan Baharu Acara Ekstrem
Faktor fizikal kawasan Bukit Besi, Hulu Dungun yang dahulunya terkenal sebagai kawasan pelombongan biji timah mempunyai potensi luas untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan baharu di negeri ini, khususnya bagi penggemar sukan ekstrem.Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP) yang mula dibuka sejak November lalu kini kian popular dan mampu menjadi tarikan ramai peminat aktiviti lasak seperti sukan kuda lasak, All Terain Vehicle (ATV), marathon, motocross, basikal mountain bike dan mature hiking.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Roslee Daud berkata, pihaknya kini giat berusaha untuk menerokai potensi pelancongan yang boleh diketengahkan supaya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat selain tumpuan kepada aktiviti lasak seperti ATV dan basikal mountain bike.Katanya, menjadi hasrat penduduk setempat supaya Bukit Besi membangun seperti zaman kegemilangannya yang pernah menjadi tapak perlombongan terkenal suatu ketika dahulu."Dengan adanya pusat eko-pelancongan seperti Bukit Besi Rainforest ini, ianya dapat memberi banyak kebaikan untuk orang tempatan seperti mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia di kawasan sekitar."Banyak aktiviti yang sedang dirancangkan untuk merancakkan lagi kalendar pelancongan seperti kejohanan ATV yang terbuka kepada peserta dalam dan luar Terengganu,"katanya.Beliau ditemui media dalam lawatannya ke Bukit Besi Rainforest Endurance Park, Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun.Turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia Pejabat Negeri Terengganu, Zaleha Zainuddin dan Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology, Mohamad Ngah.BBREP mempunyai trek lasak serbaguna sepanjang 31 km yang digunakan untuk pelbagai aktiviti lasak sukan kuda lasak, ATV, marathon, motosikal lasak, basikal lasak dan sebagainya.
19 Nov 17
1159
Sukan Lasak ATV Ikon Terbaru Pelancongan Di Bukit Besi
Sukan lasak All Terrain Vehicle (ATV) akan menjadi satu ikon tarikan terbaru di Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP) Dungun bagi penggemar sukan ekstrem.Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology, Mohamad Ngah berkata, Sukan ATV di BBREP berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi eko-pelancongan yang menjadi pusat sukan lasak di Daerah Dungun dan Negeri Terengganu."Kita mempunyai trek lima kilometer dan 25 kilometer yang mengambil masa hingga empat jam dengan jalan naik dan turun bukit serta meredah laluan sukar yang penuh lumpur memberi cabaran untuk melepasinya yang menguji ketahanan mental serta fizikal."Harga yang dikenakan adalah berpatutan dan bagi laluan lima kilometer hanya RM50 dikenakan dan merupakan kadar terendah di negara ini di samping pemandu dapat menghayati keindahan alam sekitar yang terdapat di BBREP," katanya kepada media yang turut diberi peluang mencuba menaiki ATV di Bukit Besi Rainforest, Dungun, semalam.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud dan Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Zaliha Zainuddin.Menurut Mohamad, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan tempahan untuk hujung minggu sentiasa penuh walaupun baru beroperasi sejak sebulan lalu dengan kehadiran pengunjung dari Dungun dan Kuala Terengganu dan ia mula dapat perhatian pengunjung dari luar Terengganu termasuk dari Kuala Lumpur."Kami juga akan menyediakan pakej pertandingan bersama penginapan bagi kemudahan pengunjung dan perbincangan telah pun dibuat dengan pengusaha homestay di sekitar Bukit Besi untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka secara kolaborasi bersama."Pihak kami bercadang untuk melaksanakan kejohanan ATV pada setiap bulan dan pertandingan kejuaraan ATV pada akhir tahun dengan menghimpunkan peserta yang meraih banyak mata. Penganjuran sukan ini bakal menarik minat penaja besar seperti red bull dan petronas," katanya lagi.Selain ATV, beberapa sukan lain turut disediakan di BBREP seperti sukan kuda lasak, marathon, motorcross, basikal mountain bike dan mature hiking."Pada 17 Februari depan kita akan anjurkan Mountain Bike Jamboree yang mensasarkan seramai 1,000 peserta dari dalam dan luar Terengganu."InsyaAllah, pihak kami juga sedang menyiapkan trek khas untuk motorcross lima kilometer yang akan siap pada minggu depan selain trek 31 kilometer yang sedia ada,"ujar Mohamad.
18 Nov 17
1215
Terengganu Monsoon Challenge Sailing GP 2017 Berlangsung 23 November Ini
Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Luncur Layar Terengganu bakal menganjurkan Terengganu Monsoon Challenge Sailing GP 2017 pada 23 hingga 26 November ini bertempat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang tersebut akan menampilkan pengisian dan fokus berbeza dengan penganjuran Monsoon Cup.Katanya, program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri tanpa melibatkan kelab-kelab profesional dunia."Ini adalah salah satu acara yang kita hendak laksanakan menggunakan konsep mengikut acuan Negeri Terengganu dan belanja pun tidak besar."Bajet dijangka lebih kurang RM200,000 dan kebanyakannya adalah daripada penaja. Kerajaan negeri akan memperuntukkan bajet yang minimun iaitu untuk promosi sahaja," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Putrajaya, hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Ahmad Razif berkata, keselamatan semasa kejohanan tersebut berlangsung amat dititiberatkan kerana dijalankan ketika musim monsun selain daripada penglibatan pengunjung yang dijangka akan memenuhi kawasan tersebut.Program tersebut dijangka melibatkan 300 peserta daripada dalam dan luar negeri bakal berentap dalam beberapa acara dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah ditawarkan sebanyak RM60,000.Lima acara yang akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut adalah acara 'optimist', 'windsurfing', 'laser', 'international 420' dan 'rc sailboat racing'.Manakala tujuh kategori dipertandingkan iaitu 'Best Team Piala Monsoon', 'GP Final Monsoon Cup', 'Monsoon Cup', 'Round Island Challenge', IPT, 'Novice' dan 'Remote Control Challenge'.
15 Nov 17
143
100,000 Spesies Ikan Habuan Pemancing Di Tasik Kenyir
Ahmad Faisal bersama barisan penaja Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2017. Foto oleh Harish Fadzillah KassimKira-kira 100,000 pelbagai spesies ikan air tawar bakal dilepaskan ke Sungai Leban, Tasik Kenyir Hulu Terengganu sempena Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2017 pada 30 November ini.Pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM65,000 berupa enjin bot, bot aluminium, bot fibre, motor elektrik, produk dan aksesori memancing itu diadakan selama empat hari, berakhir pada 3 Disember.Lebih 350 pemancing termasuk peserta dari Indonesia, Australia, Amerika Syarikat dan Singapura sudah mengesahkan diri menyertai pertandingan yang bertujuan membina rangkaian sosial melibatkan pelbagai negara, selain memperkenalkan lokasi memancing terbaik di rantau ini.Peserta yang akan bergerak menggunakan perkhidmatan 14 rumah bot dan 150 bot fiber itu anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Pengarah JPNT, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pihaknya menyumbang kira-kira 10,000 ikan sebarau dan masih mengalu-alukan pihak lain untuk berbuat demikian bagi menjayakan program tahunan yang berkonsepkan tangkap dan lepas.“Mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang hasil tangkapan sebaliknya hanya dibenarkan untuk mengambil gambar sebagai kenangan. “Apa yang diperkenalkan sejak awal penganjuran bertujuan bagi menjaga kelestarian ekosistem marin dan konservasi habitat di Tasik Kenyir,”katanya Majlis Penyerahan Penajaan sempena AMCT di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Pelancongan Ketengah, Ahmad Fathil Abd Ghani.Ahmad Faisal berkata, hasil kolaborasi bersama penganjur, empat pemancing terbaik daripada program AMCT bakal mewakili negara menyertai International Bass Fishing di Andong Lake, Korea Selatan pada pertengahan tahun depan.“Peserta yang mahu ke pertandingan itu perlu melepasi beberapa ujian kelayakan Program Anglers Exchange, selain memiliki enjin bot Mercury, “katanya
15 Nov 17
86
SKMM Mahu Tambah Menara Telekomunikasi Di Tasik Kenyir
Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berusaha menambah baik infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi memastikan liputan talian telefon di zon pelancongan itu lebih meluas.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari berkata, beberapa lokasi yang dikenal pasti sebelum ini sudah dipasang menara telekomunikasi termasuk di kawasan Pos Kawalan Santuari Kelah, Sungai Petang dan Air Terjun Lasir.Katanya, SKMM turut bercadang memasang kemudahan sama di lokasi lain namun bergantung pada keperluan berikutan ada di kalangan pelancong tidak mahu sebarang ‘gangguan’ ketika bercuti.“Pada masa sama, kita juga perlu untuk memikirkan berkaitan peruntukan yang tentunya libat kos yang tinggi, apatah lagi perlu mengangkut barang bina ke kawasan tasik.“Kaedah terbaik akan dilaksanakan dengan mengambil kira banyak faktor, sekali gus memastikan bilangan pengunjung ke Tasik Kenyir terus meningkat yang secara tidak langsung merancakkan lagi sosioekonomi setempat,"katanya kepada Teganukita.Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian kepada Teganukita sempena Lawatan Kerja Pejabat Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) di Angkasapuri, Kuala Lumpur, kelmarin. Turut serta, Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat.
08 Nov 17
589
Joyful Malaysia @ KLIA Buka Dimensi Baru Sektor Pelancongan
Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA 2 yang berlangsung 12 hari sepanjang hujung minggu pada Oktober lalu berjaya membuka dimensi baru dalam sektor pelancongan di Terengganu.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penampilan yang dilakukan oleh pihaknya pada setiap hujung minggu sepanjang Oktober lalu membuka mata kepada para pelancong mengenai keunikan Terengganu.Katanya, dengan adanya program anjuran kerajaan negeri melalui JPNT dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad (MAB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu dapat memberi gambaran sebenar mengenai Terengganu."Penampilan kita berjaya kerana masih ramai daripada pengunjung antarabangsa yang datang ke Kuala Lumpur mereka tidak dapat membezakan Terengganu dengan Malaysia. Bagi mereka Terengganu itu Malaysia dan Malaysia itu Terengganu."Jadi penyertaan kita dalam program ini memberi peluang untuk menerangkan lebih jelas lagi kepada pengunjung yang kebanyakannya datang secara berkumpulan selain dapat memberikan bahan-bahan kepada sasaran-sasaran baru pelancongan Terengganu," katanya kepada Teganukita.Tun Ahmad Faisal berkata, sepanjang 12 hari berada di sana, pelbagai aktiviti disusun atur bagi menarik pelancong ke gerai pameran.Tambahnya, pihaknya tidak melatakkan sasaran khsusus pengunjung untuk program tersebut, namun dijangkakan bilangan pelancong ke gerai pameran melebihi 100,000 pengunjung."Kita mengambil kira statistik yang dikeluarkan oleh pihak MAB di mana 25 juta pelancong menggunakan KLIA 2 manakala 15 juta lagi menggunakan KLIA 1."Jadi kalau kita dapat mempamerkan jenama Terengganu ini kepada satu peratus saja daripada pengunjung pada hari itu, ianya sudah menjadi satu bilangan yang besar," katanya.
04 Nov 17
251
Martabat Keris Warisan Melayu
`Tak kenal maka tak cinta', itulah perumpamaan yang menggambarkan minat Wan Omar Wan Mansor, 46, terhadap senjata tradisional Melayu terutamanya keris dan pembuatan sarung kerana pembuatannya yang bermutu tidak hanya bergantung kepada kemahiran dan pengalaman.Hasil kerja beliau kini mendapat tempat di hati pencinta senjata tradisional kerana mempunyai keunikan tersendiri dan masih menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkan sarung senjata yang melambangkan kekuatan orang Melayu.Mula berjinak dalam industri pembuatan sarung sejak berumur 13 tahun menjadikan beliau sangat berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam penghasilan sarung apatah lagi setelah menguasai ilmu ini daripada seorang pembuat sarung ternama di Besut pada 2005."Saya mula belajar membuat sarung pada usia belasan tahun daripada pengamatan dengan orang-orang terdahulu.Pada peringkat awal bukan mudah, banyak yang perlu dipelajari selok-belok pembuatan sarung senjata ini."Sejak itu, minat dan kecintaan tegar kepada kehalusan seni ini telah menguasai dunia saya hingga terdorong untuk memulakan bengkel ketukangan sendiri di rumah,"katanya.Bapa kepada dua anak itu berkata kecintaan itu sekarang menjadi sumber rezeki dan pendapatan tetap yang memberi pulangan agak lumayan untuk beliau menanggung kehidupannya sekeluarga.Dengan modal RM250, kini beliau mampu tersenyum dengan hasil pendapatannya yang mencapai RM4,000 sebulan dan apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Korban, boleh mencecah RM7,000 sebulan.Harga minimum sarung yang dijualnya bermula dari RM70 dan boleh mencecah RM2,500 bergantung kepada jenis, kualiti kayu serta ukiran yang dipesan oleh pelanggan.Wan Omar memasarkan produknya dalam talian seperti Facebook (wanjaja creative), pameran keusahawanan di bawah kraftangan,Yayasan Pembangunan Usahawan dan Risda serta pernah memasuki pasaran Singapura.Beliau boleh menghasilkan tiga bilah sarung setiap hari jika menggunakan mesin dan sebilah sahaja dalam masa dua hari jika menggunakan tangan sepenuhnya."Ini bergantung kepada permintaan dan tempahan pelanggan. Ada yang nak tradisional dan ada nak pembuatan moden tapi kalau ukiran tu banyak akan makan masa tiga hari."Ukiran ni pun banyak bentuknya seperti awan larat, cincang pukat, bunga ketumbit dan bunga pulut termasuklah pembuatan ukiran hulu keris yang agak rumit seperti kepala burung dan kepala kuda laut," katanya lagi.Bakat Wan Omar tidak hanya terhad kepada pembuatan sarung keris, parang, badik, lembing, kerambit dan golok tetapi juga paip tembakau pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa tempahan pelanggan.Jelas beliau lagi, seorang pembuat sarung harus peka dan bijak dalam memilih jenis kayu yang sesuai dengan kehendak pelanggan."Seorang pengukir harus menguasai ilmu ini kerana setiap jenis kayu mempunyai corak tertentu serta warna tersendiri yang berbeza dan sekali gus menjadikannya lebih eksklusif."Ada lebih daripada 20 jenis kayu yang saya gunakan, antaranya kayu kemuning, buey, macang hutan, sena dan ciku bagi memastikan ia berkualiti." Bekalan kayu ni saya beli dari orang asli di Kampung Chini, Pahang termasuklah dari kawasan Tasik Kenyir mengikut ketul. Harganya mengikut ukuran kaki dan boleh mencecah hingga RM300 bagi satu ketul (2 kaki setengah),"kata Wan Omar.Wan Omar menanam azam untuk terus menjaga warisan Melayu ini supaya tidak hilang ditelan zaman dan kini menurunkan ilmu pertukangan kepada anak bongsunya Wan Muhammad Haziq, 9, yang mula menunjukkan minat dalam seni ketukangan ini.Untuk itu, beliau amat berharap ada mana-mana pihak yang boleh memberi bantuan bagi membaik pulih bengkelnya atau bina baru bagi membolehkannya mengembangkan pertukangan ini dengan menambah peralatan dan pekerja.Wan Omar merupakan antara aktivis seni ketukangan setempat yang bertindak memupuk kesinambungan warisan sebagai pemangkin seni dan ekonomi setempat. Oleh itu, pencinta seni sepertinya harus di bela demi menjaga peninggalan warisan nenek moyang kita yang tidak ternilai ini.
01 Nov 17
2154
Warisan Masyarakat Jambi Di Pasir Gajah
Struktur binaan masjid Engku Haji Mahmud, Kampung Pasir Gajah, Kemaman terasa bagaikan berada di Indonesia yang kaya dengan pelbagai keindahan seni bina lama dan reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, Sumatera serta berbumbung limas bungkus berkonsepkan bentuk bumbung lama di negara itu.Melihat masjid serta rumah lama yang dikenali sebagai Rumah Jambi, membuatkan ramai yang ingin menyelongkar sejarah kedua-dua struktur binaan yang kini menjadi sebahagian lokasi sejarah yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke kampung itu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Gajah, Badrul Hisyam Jusoh berkata, struktur atapnya diperbuat daripada genting dari Malabar dan India."Pada bahagian atas bumbungnya pula dipasang ukiran yang diperbuat daripada simen berbentuk tanduk kerbau atau sumbu badak selain terdapat ukiran simen berbentuk buah nanas."Bersebelahan masjid itu terdapat Rumah Jambi yang satu ketika dahulu diduduki oleh seorang pelarian yang berasal dari Jambi dan rumah tersebut merupakan satu-satunya binaan selain masjid yang menggunakan reka bentuk limas bungkus atau perabung lima dan dibina menghadap kiblat," katanya.Menurut Badrul, Masjid Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah dibina pada 1938 oleh sekumpulan orang Jambi, Indonesia yang belayar hingga ke Kemaman untuk mencari tempat perlindungan.Menurutnya, kisahnya bermula apabila sekumpulan orang Jambi seramai 13 orang termasuk anak raja Jambi melarikan diri ke Tanah Melayu apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914.Badrul berkata, pelayaran mereka yang mengambil masa selama tiga bulan menerusi jalan darat dan air diketuai oleh Engku Mahmud Tengku Abu Bakar melalui pelbagai rintangan sehingga seorang anak raja Jambi meninggal dunia di hutan akibat sakit dan terpaksa menghentikan perjalanan seketika bagi menghormati pemergiannya itu.Beliau berkata, kesukaran perjalanan yang ditanggung berbaloi apabila kedatangan mereka ke Kemaman untuk mencari penempatan disambut baik oleh Pegawai Daerah Kemaman ketika itu iaitu, Haji Abdul Rahman Limbong yang mewakili Sultan Sulaiman yang turut membenarkan mencari penempatan baru."Bermula dari situ, orang Jambi tersebut mula mencari penempatan dan kawasan mula-mula dituju adalah Dungun sehingga sampai ke Kuala Jengai dan Kuala Berang, namun masih tidak menemui kawasan sesuai sehinggalah kembali semula ke Kemaman."Akhirnya Engku Mahmud berjaya membuka sebuah perkampungan yang dinamakan Pasir Gajah kerana terlalu banyak gajah yang berendam di sungai berhampiran kampung tersebut ketika itu," katanya.Demikian kisah yang diceritakan oleh cucu saudara Engku Mahmud, Che Wan Muda Che Wan Su,73, yang diamanahkan untuk menjaga kedua-dua binaan sejarah itu sejak dulu lagi.
Tambah Che Wan lagi, dia sering melihat kelibat Engku Mahmud di sekitar kawasan tersebut dengan berpakaian jubah putih dan berserban di tangga rumahnya."Rumah berkenaan sudah lama ditinggalkan selepas mereka mengambil keputusan berhijrah ke Selangor. "Selepas ditinggalkan lima tahun lalu, pihak Muzium Negeri mengambil alih rumah tersebut dengan membaik pulih struktur binaannya bagi mengelakkan ia rosak dan musnah," katanya.
31 Oct 17
2793
3,000 Baju-T Percuma Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku
Tun Ahmad Faisal menunjukkan baju yang akan diagihkan secara percuma. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma dalam Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan 'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas."Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'."Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu."Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena program itu, di Gerbang Pelancongan Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Pengarah Projek Sky Events Management Sdn Bhd, Angeline Chuah.Tambah Tun Ahmad Faisal, sepanjang larian tersebut berlangsung, uji bakat terbuka turut diadakan kepada 10 peserta untuk mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat akhir."10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain."Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut akan berada di sana bagi majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
30 Oct 17
151
Golongan OKU Teruja Hayati Keindahan Tasik Kenyir
Seramai 45 pelatih Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, di Pulau Kerengga, Marang mendapat peluang sama seperti golongan normal lain apabila menghayati keindahan Tasik Kenyir dan menjinak ikan kelah di Santuari Kelah, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Golongan orang kelainan upaya (OKU) itu diiringi empat guru pengiring dan tiga kakitangan teruja dapat menikmati suasana santai sambil beriadah jauh dari kesibukan bandar.Seorang pelatih, Mohamad Izudin, 21, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu yang kali pertama menyertai lawatan ke Tasik Kenyir bersama rakan OKU lain itu menyifatkan ia pengalaman yang sangat menyeronokkan."Saya dengan kawan-kawan dapat tinggal dalam `houseboat’ dan boleh sampai ke santuari kelah. Kalau boleh nak datang lagi jika diberi peluang pada masa akan datang."Dapat ke santuari kelah bermain dengan ikan memang satu aktiviti yang hebat. Mana ada peluang begini di tempat lain. Seronok sungguh,"katanya.Seorang guru pengiring, Nik Mohd Latif Nik Mat, 37, pula berkata, aktiviti luar bengkel yang dilaksanakan setiap bulan itu pada kali ini amat berbeza dan mengujakannya sepanjang lebih 10 tahun berkhidmat di pusat kebajikan berkenaan.Menurutnya, selain aktiviti di bengkel, pelatih juga didedahkan dengan aktiviti beriadah di luar pusat kebajikan sebulan sekali di lokasi berbeza.“Setiap bulan kami akan membawa pelatih keluar dari pusat latihan sebagai rutin dan menikmati suasana luar bengkel yang berbeza dari tugas seharian."Bagi saya yang juga pertama kali sampai di Kenyir dan bermain dengan kelah ini, suasana ini amat menyeronokkan. Pelatih juga terhibur, gembira dan seperti golongan normal yang lain mereka dapat menikmati anugerah alam ini dengan sepuas-puasnya,"katanya guru pengajar pembuatan perabot itu lagi.Tambahnya, golongan pelatih itu juga berhak mendapat manfaat serta menghayati keindahan alam yang terdapat di negeri sendiri, apatah lagi di tasik buatan sendiri yang menjadi sebutan seluruh dunia itu.Bengkel pemulihan berkenaan dibuka oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mulai 24 Mac 1985 sebagai institusi yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada OKU serta remaja yang tercicir dalam pelajaran.Pusat latihan yang menyediakan kursus jahitan, perabot, kimpalan dan pagar dawai menempatkan pelatih yang berusia 17 hingga 40 tahun.
30 Oct 17
571