lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Bidikan Telefon Pintar Popularkan Terengganu Di Mata Dunia
Bidikan Telefon Pintar Popularkan Terengganu Di Mata Dunia
KUALA NERUS, 16 Ogos – Dengan hanya menggunakan kamera telefon pintar, seorang pekerja barista Homs Bar and Cafe, Najmuddin Muif Zulkifli, 26, berjaya memperkenalkan keunikan Terengganu kepada hampir dua juta penonton melalui media sosialnya. Lebih mesra disapa Muif, minatnya sejak dibangku sekolah dalam bidang fotografi  mempopularkan lokasi menarik di Terengganu ke dunia luar melalui video dimuat naik ke Instagram yang meraih 1.8 juta penonton. Antara video montaj yang mencecah hampir 2 juta penonton di Zoo Tok Dir “Video montaj itu mendapat sambutan dan komen daripada Kanada, Thailand, United Kingdom dan banyak lagi bertanyakan dimana terletaknya tempat cantik di Terengganu. “Malah ada juga komen daripada orang dalam negeri yang tidak tahu tempat dalam video itu, antara lokasi penggambaran seperti Bukit Maras, Kampung Tok Dir, Lata Payung dan lain-lain," jelasnya. Katanya yang juga berasal dari Kuala Terengganu, syarikat pencipta Iphone iaitu Apple turut mempamerkan hasil videonya di profil rasmi Instagram dengan tatapan hampir 300 ribu tontonan, Mac lalu. Video Muif disiarkan di profil Instagram Apple Inc “Reaksi netizen secara tidak langsung mempromosikan negeri kita, Terengganu bukan sahaja mempunyai Jambatan Drawbridge dan Pasar Payang, tetapi juga penuh dengan kekayaan alam semula jadi. “Puluhan ribu komen menunjukkan reaksi ‘baru tahu’ dan ingin melawat sini, saya pun tidak sangka hasil tangkapan guna IPhone 12 Pro dan Vivo x60 akan jadi popular. Mengulas lanjut berkenaan hobinya, Muif menyifatkan ia sebagai satu kepuasan buat dirinya dalam usaha mendapatkan hasil foto alam sekitar terbaik. “Untuk peroleh hasil terbaik ia perlukan kegigihan, contohnya, saya pernah keluar sebelum subuh untuk mendapatkan gambar permandangan matahari terbit di pantai sekitar. “Saya juga pernah mendaki Bukit Keluang dan sanggup bermalam diatas untuk mendapatkan imej vista angkasa atau ‘milky way. “Bila komposisi dan cahaya dalam mengambil gambar menjadi, imej ditangkap akan ada faktor ‘Wow’,” jelasnya. Sebelumnya, hasil usaha graduan matematik pengkomputeran mendapat perhatian antarabangsa selepas berjaya memenangi pertandingan foto ‘NatGeoMoments of Joy Contest’ anjuran National Geographic, November tahun lepas. “Mula-mula saya sekadar cuba nasib, tapi dengan hasil tangkapan Hutan Lipur Air Terjun Temurun, gambar saya dipilih antara tiga pemenang dan memenangi 1000 USD (RM 4,112.50),” katanya lagi. Apabila diminta memberi nasihat bagi sesiapa yang ingin berjinak dalam bidang fotografi, Muif menjawab, jika ada minat, buat sahaja. “Walaupun benda itu kita tidak mahir pada mulanya, tetapi terus tambah baik kemahiran itu, bagi saya, hasil berguru dengan jurufoto lain dan belajar sendiri banyak membantu dalam mengasah skil ini,” tambahnya.
16 Aug 21
1120
Pelancongan Di Tasik Kenyir Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 September Ini
Pelancongan Di Tasik Kenyir Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 September Ini
HULU TERENGGANU, 12 Ogos - Sektor pelancongan di Tasik Kenyir akan mula dibuka kepada kunjungan orang ramai bermula 1 September ini. Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Dato' Razali Idris berkata pembukaan tersebut memberi peluang kepada sektor pelancongan dalam negeri kembali 'bernyawa'. "Kita buat keputusan ini setelah 300 penggiat pelancongan di Tasik Kenyir telah lengkap suntikan dua dos pada hari ini. "Mengambil kira tempoh matang suntikan iaitu 14 hari, kita juga akan menjalankan proses sanitasi kepada semua rumah bot sebelum beroperasi pada 1 September dan sanitasi ini akan berterusan setiap kali penggunaannya,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Pelancongan Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi , hari ini.  Seramai 300 individu yang terbabit dalam industri pelancongan di Tasik Kenyir, di sini, termasuk 200 penduduk sekitar menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua, hari ini. Katanya lagi, pembukaan sektor itu juga berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), amalan penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan yang optimum di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Dua di Terengganu. Dalam pada itu, pihaknya juga dalam perancangan untuk memberikan diskaun untuk setiap tempahan rumah bot sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. "Dalam masa terdekat, kita akan umumkan harga dan jumlah diskaun yang diberikan kepada mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan rumah bot. "Ia merupakan salah satu inisiatif kepada pengusaha itu sendiri selain membantu pengurangan kos melancong di musim wabak ini," ujarnya lagi. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Kamaruddin Razali,  pembukaan sektor ini memberi sinar baharu buat pengusaha pelancongan untuk kembali beroperasi. Katanya, pemberian vaksin lengkap meningkatkan keyakinan mereka semua untuk berdepan dengan pelancong dan berharap kemasukan pelancong kembali rancak. Tambah beliau, pemilik rumah bot telah mula menerima tempahan  selepas Perdana Menteri mengumumkan pembukaan sektor pelancongan bermula 10 Ogos baru-baru ini. "Saya berharap pelancong dapat mematuhi SOP dan  dinasihatkan sentiasa mengamalkan normal baharu, penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan yang optimum bagi kebaikan bersama," katanya.
12 Aug 21
4883
Pulau Redang Lengang, Pengusaha Resort Kekal Optimis
Pulau Redang Lengang, Pengusaha Resort Kekal Optimis
KUALA NERUS, 1 Ogos – Pulau Redang kini melalui fasa suram akibat ketiadaan pengunjung berikutan penularan wabak COVID-19. Namun buat pengurus operasi resort Redang Bay, Lim You Jing, 37, beliau masih menaruh harapan dan mengambil pelbagai langkah drastik demi mengharungi kesan ekonomi tersebut. Katanya yang meneraju bisnes keluarganya itu sejak 1989, sebelum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun ini, resortnya mampu menarik ramai pengunjung terutamanya dari dalam negara. “Tapi sekarang, kita terpaksa tanggung kerugian sehingga RM800 setiap hari bagi menampung kos harian seperti makanan buat 25 orang pekerja dan minyak diesel untuk bot dan elektrik. “Antara langkah drastik terpaksa diambil seperti pemotongan kos elektrik dengan penutupan penjana setiap hari pada jam 5 pagi sehingga 7.30 malam, menjual beberapa bot penumpang dan lain-lain lagi. “Namun begitu, sehingga bulan ke-16 tidak beroperasi, tiada pengurangan saiz staf terpaksa dibuat dalam kalangan pekerja kontrak saya,” katanya ketika ditemubual pemberita di Redang Bay, semalam. Sehubungan itu, You Jing dan seluruh stafnya mengambil suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK) sebagai usaha menghidupkan kembali industri pelancongan mencapai status imuniti berkelompok dengan segera. “Ini memberi sinar harapan kepada kami bagi mengerakkan kembali pulau ini yang sudah tersadai sekian lama. “Melalui kerjasama dan perbincangan erat bersama persatuan resort Pulau Redang, kita bersedia menerima pelancong bila-bila masa sahaja bergantung kepada situasi dalam negara,” katanya lagi. Untuk rekod, kira-kira 1,270 penduduk Pulau Redang telah selesai disuntik dan akan dijangka siap sepenuhnya dengan dos kedua pada 28 Ogos ini.  
01 Aug 21
921
Penggiat Di Lima Pusat Peranginan Selesai Vaksin Akhir Ogos
Penggiat Di Lima Pusat Peranginan Selesai Vaksin Akhir Ogos
KUALA NERUS, 31 Julai - Kerajaan negeri menyasarkan keseluruhan penggiat pelancongan di empat pusat peranginan dan Tasik Kenyir selesai menerima suntikan dos kedua pada akhir Ogos sebagai persediaan menerima pelancong sebaik sektor pelancongan kembali dibuka. Perkembangan tersebut dikongsi Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria, katanya antara pulau terlibat ialah seperti Pulau Redang akan selesai suntikan dos kedua pada akhir Ogos dibawah program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK). Fadli Yusof Zakaria (kiri) bersama Ahmad Faris Abdul Razak (kanan). “Menerusi program outreach ini juga, penduduk serta para penggiat industri yang terdiri daripada pengusaha, pekerja hotel dan resort serta pemandu bot menerima suntikan vaksin meyakinkan kepada pelancong untuk ke Terengganu menerusi gelembung pelancongan domestik. “Melalui proses imuniti kelompok ini, gelembung tersebut akan menjadi lebih selamat, tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga ketat dengan bukti tiada kes positif di sini,” katanya ketika ditemubual pemberita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, pagi tadi. Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Faris Abdul Razak. Menjelas lanjut berkenaan tahap kesiapsiagaan industri tersebut, Fadli berkata, pihaknya mengarahkan seluruh penggiat pelancongan seperti pengusaha resort dan hotel untuk kekal bersedia menerima tetamu. “Kita tidak boleh jangka bila boleh dibuka (sempadan), namun kami yakin dengan imuniti kelompok dalam masa dua bulan akan datang pelancongan yang terjejas teruk akan rancak kembali,” katanya lagi. Dalam pada itu, Tourism Terengganu turut menyantuni 110 petugas barisan hadapan di PPV Pulau Redang dengan menyumbang barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai tanda sokongan atas keringat menjayakan kerja vaksinasi di sini.  
31 Jul 21
312
Sentul River Cottage Destinasi Pelancongan Terbaru
Sentul River Cottage Destinasi Pelancongan Terbaru
MARANG, 31 Julai - Awal pembinaan hanya tempat beristirehat keluarga, kini Sentul River Cottage (SRC), Kampung Sentul Patah, di sini menjadi destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. SRC milik seorang penduduk yang juga pesara kerajaan, Mohd Yasim Abd Ghani dan ia dibangunkan berkonsepkan nature dan Eco-tourism  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata walaupun  SRC  milik peribadi, lokasi itu sewajarnya mendapat sokongan pelbagai pihak terutama kerajaan selepas kesungguhan dan komitmen pemiliknya membangunkan kawasan itu. Katanya, Mohd Yassim sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi membina pelbagai fasaliti, antaranya chalet, dorm dan rumah bot, turut disediakan kawasan memancing dan berkayak. "Pihak kami akan membantu Mohd Yassim untuk terus memajukan kawasan ini, setaraf dengan lokasi pelancongan lain yang ada di Marang. "Ia bakal menjadi pelengkap kepada destinasi tersohor lain,  Pulau Kapas, Pulau Kekabu dan Komuniti Pelancongan Dataran Batu Putih di Jenang," katanya selepas mengadakan lawatan ke SRC, kelmarin Menurut Ariffin, SRC boleh diperkasakan sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan dan juga untuk merancakkan lagi komuniti pelancongan (CBT) di daerah Marang. "Sekali gus mampu mengetengahkan produk-produk hiliran pelancongan yang sedia ada di kawasan Sentul Patah seperti pembuatan atap nipah, dodol palas dan juga nisang. Kesemua ini akan dirangkumkan di dalam satu jajaran pelancongan yang dikenali dengan nama Trail Rhu Rendang," katanya  Sementara itu bagi Mohd Yasim, rumah kayu dua bilik yang dibina pada 2008 itu, asalnya mahu menjadi tempat lepak bersama keluarga.   "Namun hasil dorongan keluarga dan penduduk setempat  mahu melihat kawasan ini ditambah baik.  "Disebabkan minat mendalam, kawasan itu terus dibangunkan secara berperingkat-peringkat,  "Dengan adanya SRC secara tidak langsung mampu menghidupkan kembali tarikan laluan air yang sedia ada seperti menjalankan perkhidmatan bot persiaran, bot untuk memancing, houseboat dan juga perkhidmatan untuk pergi ke Pulau Kapas," katanya. Jarak SRC dari bandar kuala Terengganu adalah 35 KM (30 minit) manakala jika dari bandar Marang hanya 4 KM (10 minit).  
30 Jul 21
2204
300 Pemain Industri Pelancongan Tasik Kenyir Terima Vaksin
300 Pemain Industri Pelancongan Tasik Kenyir Terima Vaksin
HULU TERENGGANU, 22 Julai - Seramai 300 individu yang terlibat dalam industri pelancongan di Tasik Kenyir, di sini, termasuk 200 penduduk sekitar mula menerima suntikan vaksin Covid-19, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pemberian vaksin kepada kumpulan itu dilihat dapat membantu memulih dan merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk. "Langkah itu juga membantu meningkatkan keyakinan pelancong untuk bercuti dan mendapatkan perkhidmatan ditawarkan pemain-pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir. "Tasik Kenyir merupakan salah satu produk pelancongan yang sangat popular di Terengganu, dan sekiranya berjaya mencapai status imuniti kelompok, maka ia dapat merancakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan di Tasik Kenyir, hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Dato' Razali Idris. Sementara itu, Razali berkata pihaknya sentiasa bersedia dalam mempromosikan kembali pelancongan di Tasik Kenyir agar kembali rancak dengan kehadiran pelancong pada bila-bila masa sahaja.  
22 Jul 21
402
PEMULIH : Cukai Pelancongan, Perkhidmatan Dikecualikan
PEMULIH : Cukai Pelancongan, Perkhidmatan Dikecualikan
PUTRAJAYA, 29 Jun - Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini.  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebagai pendorong kepada sektor pelancongan apabila negara mula beralih kepada Fasa Ketiga Program Pemulihan Negara (PPN) kelak. "Apabila negara beralih ke Fasa Empat PPN, kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiat semula aktiviti pelancongan," katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di sini hari ini. Tambah beliau, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, Kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan. Muhyiddin juga berkata, oleh kerana sektor pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, kerajaan juga menyediakan bantuan intensif secara 'one off'. "Sebagai pendorong atau kick-start, apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak, bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar," tambahnya.
29 Jun 21
259
RM118,100 Untuk Bantu Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir
RM118,100 Untuk Bantu Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir
HULU TERENGGANU, 27 Jun - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan RM118,100 untuk membantu pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas susulan penularan pandemik COVID-19.  Pengerusinya, Dato' Razali Idris berkata bantuan insentif kewangan 'one off' itu diberikan kepada 277 pengusaha rumah bot serta bot laju dan pengusaha kedai di pusat pelancongan itu. "Bagi pengusaha yang telah berkahwin, mereka akan menerima RM500 manakala yang bujang pula sebanyak RM300. "Insentif ini merupakan  yang bertujuan meringankan beban para penggiat pelancongan yang terjejas pendapatan ekoran PKP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyampaian intensif berkenaan kepada wakil persatuan di Pusat Penerangan Tasik Kenyir, hari ini. Tambahnya, bantuan tersebut yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat KETENGAH adalah kesinambungan bantuan pada PKP tahun lepas.   "Pada fasa pertama terdahulu iaitu PKP 1.0 pada  21 Jun 2020, KETENGAH telah menyalurkan sejumlah RM152,700 kepada 86 orang pengusaha rumah bot bagi memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk," ujarnya lagi. Dalam perkembangan sama, Razali turut memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya sektor pelancongan di Terengganu beroperasi kembali. "Ia bagi memperkasakan semula sektor pelancongan domestik yang terjejas sejak pelaksanaan PKP 3.0. "Ini berdasarkan jumlah kes di negeri ini sehingga kini kekal dua digit sejak kebelakangan ini dan paras itu adalah antara tanda yang menyakinkan bahawa kita semakin pulih. "Lagipun semua pengusaha industri pelancongan terutama di Tasik Kenyir bersedia beroperasi mengikut syarat ketat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," jelas beliau.
27 Jun 21
418
Cadang Utamakan Vaksin Kepada Pemain Industri Pelancongan
Cadang Utamakan Vaksin Kepada Pemain Industri Pelancongan
HULU TERENGGANU, 15 Jun – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri (Tourism Terengganu) sedang dalam usaha bagi memberi keutamaan vaksin COVID-19 kepada para penggiat industri tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, perbincangan sedang berjalan dengan agensi pelancongan bagi menyusun maklumat tentang angka sebenar pemain pelancongan yang akan didahulukan. Katanya, jika pemberian vaksin dilaksanakan dan aktiviti pelancongan dibenarkan, orang ramai akan berasa selamat apabila melancong. “Semalam kita sudah ada pertemuan dengan 76 orang pengayuh beca dan pemandu bot penambang di Kuala Terengganu dan Seberang Takir untuk proses seterusnya. “Cadangan saya mungkin akan dimasukkan dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). “Antara golongan yang dicadangkan seperti pengayuh beca tiga tayar, pemandu ‘houseboat’ Tasik Kenyir, pemandu teksi, pengusaha pulau dan lain-lain lagi,” katanya ketika ditemubual pemberita, pagi tadi. Beliau berkata demikian selepas menyantuni petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli, Pengarah Pelancongan negeri, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim dan penyelaras PPV Kuala Berang, Zuraidah Embong Dalam program tersebut, Ariffin bersama Tourism Terengganu, Persatuan Hotel Terengganu (MAH) dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu turut menyantuni dam memberi penghargaan di sini kepada 297 penerima vaksin dan 45 orang ‘frontliners’. “Siri jelajah ketiga ini sedang dilaksanakan di seluruh negeri dengan Dungun sebagai destinasi seterusnya. “Sumbangan makanan disediakan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan minuman MyCoklat adalah sebagai tanda sokongan kepada petugas di sini dan sokongan terhadap PICK," jelasnya.  
15 Jun 21
542
Pengayuh Beca Gembira Kerajaan Bagi RM200 Sebulan
Pengayuh Beca Gembira Kerajaan Bagi RM200 Sebulan
KUALA TERENGGANU, 14 Jun – Rata-rata pengayuh beca di negeri ini gembira dengan keputusan kerajaan negeri yang akan menyalurkan bantuan bulanan bernilai RM200 bermula Julai. Asmat Muhammad, 73, berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dia tidak lagi berkayuh membawa pelanggan seperti dahulu. “Kami hanya duduk berehat sahaja, ini membuatkan kami hilang mata pencarian,” luahnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam. Asmat atau mesra disapa Mat berkata, kariernya sebagai pembawa pelancong di kawasan Pasar Payang bermula sejak 1974. "Bermula dari situ kami mendapat rezeki yang agak baik untuk menyara keluarga, namun sejak COVID-19 melanada, kami mengalami penyusutan kewangan kerana ketiadaan pelancong tempatan apabila sempadan daerah dan negeri ditutup. “Sekarang ini kita termenung sahaja, sebelum ini (PKP) kebiasaannya sehari ada boleh sehingga RM40 dengan pelanggan sehingga 10 orang, kebanyakkan daripada hotel yang ingin pergi ke Pasar Payang. “Sekarang punca rezeki saya selama empat dekad ini memang terjejas, boleh kira hampir tiada pelanggan langsung,” katanya. Mengulas mengenai bantuan bulanan yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, semalam, Asmat mengakui dia sangat bersyukur. “Alhamdullilah, dengan bantuan oleh Exco pada hari ini (semalam) dan sebelumnya ada juga, ia dapat meringankan beban membeli barangan dapur untuk empat orang anak bersama isteri di Flat Bukit Kecil, Kuala Terengganu. “Saya berharap supaya virus ini terhapus, dan jalan (sempadan) dapat dibuka kembali seperti biasa,” katanya lagi. Terdahulu, Kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sebanyak RM27,200 kepada dua golongan tersebut sebahagian daripada Program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (Berkat) PKP 2.0 (Sektor Pelancongan), awal tahun ini.
15 Jun 21
325