lightning-solid
Berita :
Genjata senjata Gaza Kemenangan Hamas
Genjata senjata Gaza Kemenangan Hamas
Amirul Aizab Mohd
10 Oct 25
75

MARANG, 10 Oktober – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa rejim Zionis Israel sedang mengalami kekalahan dalam peperangan semasa, meskipun dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Jerman.

Dalam kuliah Dhuha yang disampaikan di Masjid Rusila pagi ini, beliau berkata kekuatan ketenteraan Israel hanyalah bersandarkan kepada bantuan senjata canggih dari kuasa besar, namun tetap gagal menundukkan pejuang Palestin di Gaza yang jauh lebih kecil dan serba kekurangan.

“Slogan tentera Israel ialah ‘al-jaisu la yughla’ – tentera yang tidak boleh dikalahkan. Tetapi dengan pertolongan Allah S.WT, wilayah sekecil Gaza dari Marang ke Kemaman saja, mampu menggugat mereka,” katanya.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku hari ini menunjukkan hakikat sebenar bahawa rejim Israel sedang terdesak dan mencari jalan keluar dengan memanggil negara-negara Islam dan kuasa besar untuk campur tangan.

“Israel kalah, cuma mereka malu untuk mengaku. Mereka ajak Amerika, ajak negara Islam hentikan perang. Tapi realitinya mereka tidak mampu mengalahkan Gaza. Kemenangan berpihak kepada pejuang Hamas,” tegasnya lagi.

Beliau turut menyeru umat Islam agar memahami politik semasa dengan pandangan yang lebih luas, dan tidak terpedaya dengan naratif yang dimainkan media antarabangsa.

Kuliah tersebut dihadiri ribuan jemaah yang memenuhi ruang masjid, sekali lagi menunjukkan sokongan berterusan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Artikel Berkaitan