lightning-solid
Berita :
EX5 Member 5.0 Raikan Keberanian Wira Sumud Flotilla
EX5 Member 5.0 Raikan Keberanian Wira Sumud Flotilla
Hafiz Rosli
04 Oct 25
8651

KUALA NERUS, 4 Oktober – Program EX5 Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak hari ini bukan sahaja meriah dengan aktiviti permotoran, malah turut menjadi wadah untuk meraikan keberanian wira-wira Sumud Flotilla yang baru sahaja dibebaskan selepas ditahan oleh rejim Zionis.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris, berkata keberanian mereka menjadi simbol ketabahan rakyat Malaysia dalam menyokong perjuangan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

Katanya, kita bersyukur atas pembebasan semua wira Sumud Flotilla. 

"Keberanian dan semangat juang mereka wajar dijadikan inspirasi untuk seluruh rakyat, khususnya anak muda agar terus menyemai nilai kemanusiaan dan solidariti.

"Saya juga merakamkan penghargaan kepada Koperasi Permotoran Terengganu Darul Iman Berhad serta semua pihak yang menjayakan penganjuran dua hari ini yang berlangsung dari 3 hingga 4 Oktober dengan tema ‘Jejak Hadir Ada Kenangan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program EX5 Member 5.0 bertempat di Litar Permotoran Gong Badak pada hari ini.

Razali berkata penganjuran program tersebut bukan sahaja memperkukuh komuniti permotoran malah memberi impak ekonomi langsung kepada penduduk setempat.

Katanya, dengan melalui peningkatan hasil kepada pengusaha homestay, penjaja kecil dan industri kreatif.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha yang menggabungkan elemen pelancongan, belia dan sukan bermotor.

"Saya harap komuniti permotoran terus berkembang dalam suasana berhemah dan mematuhi undang-undang.

"Terengganu kini terus muncul sebagai hab permotoran utama negara dengan penganjuran pelbagai acara berskala besar sepanjang tahun termasuk Terengganu International Bike Week, RXZ Members, dan JDM Fighter 2.0," ujarnya.

 


Tag :

Artikel Berkaitan