lightning-solid
Berita :
Erat Hubungan Melalui Program YB Cakna Komuniti
Erat Hubungan Melalui Program YB Cakna Komuniti
Mohamad Farhan Anam
30 Sep 25
30

KUALA TERENGGANU, 30 Sept – Program YB Cakna Komuniti bersama penduduk UDM Gong Gemia berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian yang berjaya menarik penyertaan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata, program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, malah menjadi medium untuk mengukuhkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, program berkenaan akan diadakan pada setiap bulan cuma berbeza tempat dan kampung. 

"InsyaAllah kita akan adakan program sebegini setiap bulan pada kampung yang lain pula" katanya. 

Acara dimulakan dengan aktiviti 'briskwalk', diikuti sarapan pagi di warung bersama orang kampung yang mencerminkan keakraban dan semangat kebersamaan.

Program turut diserikan dengan pertandingan memancing, bacaan yassin, ziarah komuniti serta diakhiri dengan jamuan rakyat.


Artikel Berkaitan