lightning-solid
Berita :
Edar Jalur Gemilang Semarak Semangat Patriotik
Edar Jalur Gemilang Semarak Semangat Patriotik
Mohamad Farhan Anam
25 Aug 25
39

 

KUALA TERENGGANU, 25 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor turun padang mengedarkan jalur gemilang kepada pengguna jalan raya sempena program ‘Jalur Gemilang, Jiwa Merdeka’ di sekitar Jalan Pasir Panjang, di sini semalam.

Menurut Zuraida, program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang itu merupakan sebahagian daripada usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Pengedaran Jalur Gemilang ini bertujuan menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat, di samping memupuk rasa cinta dan kasih terhadap tanah air.

“Semoga semangat patriotik ini terus subur dalam jiwa kita semua, menjadi lambang cinta dan kasih kepada negara tercinta,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Zuraida bersama kakitangan PKM ADUN Ladang turut mengedarkan bendera Malaysia kepada para peniaga serta wakil-wakil JPKK DUN Ladang.
 

 


Artikel Berkaitan