lightning-solid
Berita :
Ahmad Samsuri Gesa Peruntukan Keharmonian Kaum Dinaikkan
Ahmad Samsuri Gesa Peruntukan Keharmonian Kaum Dinaikkan
Husaif Mamat
16 Oct 25
43

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa kerajaan meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Perpaduan Negara secara ketara.

Jelas Ahmad Samsuri ia bagi memastikan agenda perpaduan benar-benar diberi keutamaan sebagai tunjang kestabilan negara.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, meskipun peruntukan kementerian tersebut meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya, jumlahnya sekitar RM768 juta masih yang paling kecil dalam kalangan semua kementerian.

“Kita wajar mengangkat peranan kementerian ini sebagai agenda penting negara,” tegasnya ketika membahaskan RUU Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Samsuri turut menekankan bahawa semua pihak mengimpikan sebuah Malaysia yang bukan sahaja merdeka, tetapi hidup dalam suasana harmoni merentasi agama, kaum, etnik dan latar belakang sosioekonomi.

Beliau memberi contoh keharmonian di Sabah dan Sarawak, yang mempunyai kepelbagaian etnik lebih besar berbanding Semenanjung, namun tetap hidup aman tanpa kekacauan.

Perkara itu jelasnya adalah sesuatu yang wajar dijadikan teladan dalam usaha memupuk perpaduan nasional.


Tag :

Artikel Berkaitan