Artikel "VAKSIN" Terkini
Kerajaan Kaji Tindakan Kepada Golongan Anti Vaksin
Kerajaan akan mengkaji latar belakang golongan yang menolak vaksin dan kaedah tindakan yang akan diambil kepada golongan berkenaan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok seawalnya. Kerajaan Kaji Tindakan Kepada Golongan Anti Vaksin
22 Aug 21
296
Mat 'Aquaman' Antara 517 Penggiat Pelancongan Pulau Redang Divaksin
Che Mohd Ridzwan Jaafar atau Mat yang dikatakan seiras dengan bintang filem Aquaman merupakan salah seorang daripada 517 penggiat pelancongan yang menerima vaksin COVID-19 di Pulau Redang, baru-baru ini.
04 Aug 21
165
300 Pemain Industri Pelancongan Tasik Kenyir Terima Vaksin
Seramai 300 individu yang terlibat dalam industri pelancongan di Tasik Kenyir, di sini, termasuk 200 penduduk sekitar mula menerima suntikan vaksin Covid-19, baru-baru ini.
29 Jul 21
127
Kerjasama Semua Pihak Jayakan PPV Masjid
Kerjasama antara pelbagai pihak di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid ketiga di Kampung Banggol Karah.
07 Jul 21
102
Terengganu Perintis PPV Rumah Ibadat
Terengganu menjadi negeri perintis dalam penguatkuasaan garis panduan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) rumah ibadat yang akan dilaksanakan di seluruh negara tidak lama lagi.
07 Jul 21
207
Vaksin : Malaysia Negeri Ketiga Di Asean Selesai Dos Pertama
Malaysia menduduki ranking ketiga antara negara di rantau Asia Tenggara yang selesai pengambilan vaksin dos pertama COVID-19.
05 Jul 21
108
Cadang Utamakan Vaksin Kepada Pemain Industri Pelancongan
Kerajaan negeri Terenngganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri (Tourism Terengganu) sedang berusaha memberi keutamaan vaksin COVID-19 kepada para penggiat industri tersebut.
16 Jun 21
49
Sasar 258,000 Penerima Vaksin Fasa Dua
Terengganu menyasarkan seramai 258,000 penerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri yang bermula 19 April sehingga Ogos 2021.
25 Apr 21
33
Kerajaan Perkemas Strategi Galak Rakyat Daftar Vaksin
Kerajaan negeri terus memperhebat tiga strategi utama dalam meningkatkan kesedaran rakyat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
22 Apr 21
66
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat.
“Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut.
Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
"Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.
Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu.
"Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
386