lightning-solid
Berita :

Artikel "utama. semasa" Terkini

SG4 Angkat Isu Palestin Ke Pentas Antarabangsa
SG4 Angkat Isu Palestin Ke Pentas Antarabangsa
Muslim Ummah International Forum (MUNIF 2025) yang akan berlangsung pada 14 September di BDB Hotel & Suites, Jitra, Kedah dijangka menjadi pentas penting mengangkat isu Palestin ke perhatian dunia Islam.
09 Sep 25
34
Kerajaan Digesa Baiki Segera Jalan Raya Jeli-Gerik, Tumpu Titik Panas
Kerajaan Digesa Baiki Segera Jalan Raya Jeli-Gerik, Tumpu Titik Panas
KUALA TERENGGANU, 11 Jun – Kerajaan Persekutuan melalui kementerian berkaitan digesa agar segera membaiki Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, dengan memberikan tumpuan khusus kepada kawasan titik panas yang sering menjadi lokasi kemalangan. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jika tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, kerja-kerja pembaikan boleh dilaksanakan secara berfasa, asalkan dimulakan segera di kawasan yang berisiko tinggi. "Ia memerlukan penguatkuasaan di peringkat kementerian, dan tindakan ini perlu diambil dengan serius, terutama di titik-titik panas tertentu. "Bukannya selepas berlaku kemalangan barulah hendak dipasang lampu, diletakkan label amaran atau dibaiki penghadang jalan yang sebenarnya telah lama berbahaya. "Dari sekarang, perlu dilakukan audit menyeluruh terhadap semua aspek keselamatan jalan raya di laluan ini. "Kalau pihak Kerajaan Persekutuan atau kementerian berkenaan tidak mampu melaksanakannya secara serentak, buatlah secara berfasa. "Fokuskan dahulu kepada kawasan yang sering berlaku kemalangan," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Majlis Pengakap Negeri Terengganu serta Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Negeri Terengganu, yang berlangsung di Dewan Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.  Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menyatakan bahawa cadangan untuk menutup laluan JRTB pada waktu malam bukanlah satu penyelesaian yang wajar sekiranya dilaksanakan tanpa penelitian menyeluruh. "Apabila orang ramai hendak pulang, banyak pertimbangan yang perlu diambil kira. Kita tidak boleh menyatakan bahawa memandu pada waktu siang menjamin keselamatan sepenuhnya. "Kerana struktur jalan dan keadaan fizikal laluan ini, sama ada siang atau malam, tetap berisiko. Walaupun kita akui bahawa pemanduan pada waktu malam memerlukan lebih berhati-hati, namun ia bukanlah satu-satunya penyelesaian," ujarnya.  
11 Jun 25
496
Sultanah Nur Zahirah Berkenan Berangkat Ke Hospital Setiu
Sultanah Nur Zahirah Berkenan Berangkat Ke Hospital Setiu
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Hospital Kluster Setiu, Terengganu, bersempena sambutan ulang tahun ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, kelmarin. 
11 May 25
155
Sultan Mizan Hadir Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Di Setiu
Sultan Mizan Hadir Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Di Setiu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
11 May 25
105
Sultan Mizan Berangkat Ke Forum Agama Bersama Warga Setiu
Sultan Mizan Berangkat Ke Forum Agama Bersama Warga Setiu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Forum Agama Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-63 tahun semalam.  
11 May 25
71
Program Candat Sotong Kini Bertaraf Antarabangsa
Program Candat Sotong Kini Bertaraf Antarabangsa
Program Mencandat Sotong Terengganu kini melangkah ke pentas antarabangsa apabila berjaya menarik penyertaan wakil luar negara seperti dari Thailand, Singapura dan Filipina.
10 May 25
74
Yayasan Terengganu Agih Lebih RM5 Juta Hargai Pelajar Cemerlang
Yayasan Terengganu Agih Lebih RM5 Juta Hargai Pelajar Cemerlang
Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) telah memperuntukkan lebih RM5 juta sebagai anugerah dan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sejak tahun 1979 sehingga tahun 2023. #TVDarulIman #UPDI #TRDINews #terengganumajuberkatsejahtera #TeguhPertahan #IndahnyaHidupBersyariat #royaltihoktranung
07 May 25
136
Sultan Terengganu Santuni Warga Istimewa dan Fakir Miskin
Sultan Terengganu Santuni Warga Istimewa dan Fakir Miskin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-63, yang berlangsung penuh istiadat di Dewan Santapan, Istana Syarqiyyah, di sini hari ini.
07 May 25
72
147 Individu Terima Pingat Sempena Keputeraan Sultan Terengganu Ke- 63
147 Individu Terima Pingat Sempena Keputeraan Sultan Terengganu Ke- 63
Seramai 147 individu dikurniakan pingat dalam Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-63.
05 May 25
1480
Sultan Mizan Minta Jemaah Haji Berdoa Agar Terengganu Terus Diberkati
Sultan Mizan Minta Jemaah Haji Berdoa Agar Terengganu Terus Diberkati
Sultan Terengganu, Sultan Mizah Zainal Abidin mengharapkan semua jemaah haji dari Terengganu berdoa agar Terengganu terus diberkati, dilimpahi kesejahteraan berpanjangan serta dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana.
04 May 25
642