lightning-solid
Berita :

Artikel "PKPB" Terkini

Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
386
Kerajaan Negeri Serius Banteras Tuba Udang Galah
Kerajaan Negeri Serius Banteras Tuba Udang Galah
Kerajaan Terengganu memandang serius isu kerja segelintir pihak menangkap udang galah dengan menggunakan taktik haram di Kampung Pasir Gajah, Air Putih, Kemaman dan akan mengambil tindakan melalui Enakmen Peraturan Perikanan Darat.
24 Feb 21
83
Terengganu Mohon Rentas Daerah Dibenarkan
Terengganu Mohon Rentas Daerah Dibenarkan
Kerajaan Terengganu akan memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri agar rentas daerah dalam negeri ini dibenarkan.
23 Feb 21
399
Tiada Pelukan, Ibu Calon SPM Mampu Iring Anak Dari Jauh Saja
Tiada Pelukan, Ibu Calon SPM Mampu Iring Anak Dari Jauh Saja
Keadaan begitu berbeza bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang memulakan peperiksaan pada hari ini 22 Februari 2021, apabila buat pertama kalinya tiada lagi iringan dan pelukan ibu dan ayah sebelum anak-anak melangkah masuk ke dewan peperiksaan bagi menghadapi ujian yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas ini.
23 Feb 21
181
Cabaran Hadapi SPM Norma Baharu
Cabaran Hadapi SPM Norma Baharu
Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah menganggap kesukaran mengikuti pembelajaran ketika norma baharu akibat pandemik COVID-19 sebagai satu cabaran.  
22 Feb 21
77
Kejayaan SPM Aset Penting Kepada Kerajaan
Kejayaan SPM Aset Penting Kepada Kerajaan
Kejayaan yang diraih para pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti merupakan satu aset yang sangat penting kepada kerajaan negeri.
22 Feb 21
51
HSNZ Terima 300 PPE Rakan 1.0
HSNZ Terima 300 PPE Rakan 1.0
300 set peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelindung muka sumbangan Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) mula dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi membantu keperluan barisan hadapan menghadapi penularan pandemik COVID-19.
21 Feb 21
68
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 2020 - TEMPAT KEDUA
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 2020 - TEMPAT KEDUA
Tajuk : Inilah Suara Kami Pemenang : Khatijah Mohamad
21 Feb 21
308
Tindakan Tegas Jika Sebar Berita Palsu Empangan Kenyir
Tindakan Tegas Jika Sebar Berita Palsu Empangan Kenyir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu berkaitan Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir.
13 Jan 21
382