lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Banjir : Terengganu Aktifkan Tabung Bencana Pertanian Serta Merta
Banjir : Terengganu Aktifkan Tabung Bencana Pertanian Serta Merta
BESUT, 15 Februari - Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu diaktifkan serta-merta setelah kejadian banjir berlaku sehingga memusnahkan tanaman padi di sekitar Besut, pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata hujan yang turun berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa sawah padi milik penduduk ditenggelami air menjadi serupa laut. Katanya, beliau turun meninjau kawasan baruh Gong Telikong, Besut dan mendapati padi yang baru berusia 20 hari telah rosak. "Namun terdapat beberapa sawah lain seperti di Gong Pasir dan Lapan Tuai, Gong Nibong berada dalam keadaan baik, kamu juga masih mengumpulkan laporan kemusnahan lain. "Insya-Allah Kerajaan Terengganu menyediakan bantuan sewajarnya melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu supaya petani dan pesawah kita bangkit kembali menghadapi banjir," jelas beliau kepada UPDI. Menurutnya, kejadian banjir pada bulan ini memang berada di luar jangkaan semua pihak. "Apabila perkara yang tidak dijangka ini berlaku, maka kita perlu persiapkan dari segi persiapan bantuan. "Saya harapkan para pesawah kita bersabar dengan ujian yang menimpa ini. Insya-Allah kerajaan negeri dan jabatan pertanian akan bersama," katanya. - FOTO : Syafiq Halim.
15 Feb 22
1000
Terengganu Agih RM500 Kepada Warga Tani Positif Covid-19
Terengganu Agih RM500 Kepada Warga Tani Positif Covid-19
KUALA TERENGGANU, 14 Februari – Kerajaan Negeri Terengganu mengagihkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada warga tani yang dijangkit Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata siri pertama bantuan itu telah berjaya diagihkan kepada seramai 92 orang warga tani, penternak dan nelayan untuk tempoh dari Mac 2020 sehingga Julai 2021. "Hari ini untuk siri kedua, kami agihkan lagi kepada seramai 101 orang dari seluruh negeri Terengganu yang disahkan positif Covid-19 dalam tempoh sehingga Disember 2021. "Jika dilihat kepada angka sektor ini, mereka antara yang berisiko rendah untuk dijangkiti Covid-19 sebab dari bulan Mac 2020  sampai Julai 2021 tidak sampai 100 orang. Namun kini ada peningkatan agak ketara yang perlu digandakan langkah berjaga-jaga," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penyerahan Bantuan Covid-19 di Pusat Pertanian Bandar Batu Buruk Kuala Terengganu hari ini. Dalam pada itu menurutnya, bantuan 'one off' tersebut bukanlah satu jumlah yang besar namun ia diharap dapat membantu para penggiat pertanian. "Bantuan ini bukan istilah tidak boleh beri sedikit banyak tidak mengapa tapi istilahnya tidak boleh beri banyak pun tidak mengapa namun sekurang-kurangnya ada," katanya. Jelas beliau, pihak negeri dan portfolio pertanian sangat menghargai sumbangan, jasa bakti dan keringat yang dicurahkan oleh para warga tani. "Bekerja dalam situasi sukar pandemik yang tidak pernah berhenti demi untuk membekalkan makanan kepada rakyat negeri Terengganu. Sejak daripada Mac 2020 saya dengan jabatan pertanian, berjuang tanpa henti demi memastikan sektor pertanian ini tidak disekat. "Yang akhirnya nelayan boleh turun ke laut, penternak boleh pergi kendang hasil pertanian boleh dipasarkan dengan apa cara sekalipun. "Keadaan jatuh bangun, penuh kesukaran naik turun sejak daripada perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 sampai kepada hari ni tak pernah terhenti. Kalau ada halangan yang menghalang pergerakan rantaian sektor kerana sebab PKP tolong maklumkan untuk kita tengok di mana halangan itu boleh diselesaikan," tegasnya.  
14 Feb 22
545
Sektor Pertanian Sasar 86 Program Tahun 2022
Sektor Pertanian Sasar 86 Program Tahun 2022
KUALA TERENGGANU, 14 Feb – Sektor pertanian Negeri Terengganu mensasarkan 86 program bagi tahun 2022 yang bakal dinikmati oleh warga petani, penternak dan nelayan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata semua susunan yang diatur ini pastinya akan bermanfaat kepada rakyat.   ‘’ Tidak guna kalau kita melakukan suatu perancangan, akhirnya perancangan itu berhenti sekerat jalan dan tidak sampai kepada rakyat. Tahun 2021 kita dapat selesaikan 93 program, kita ingat program akan berkurangan rupa-rupanya ada 86 program yang akan disempurnakan tahun ini. ‘’  kita tidak sekadar bekerja syok sendiri, menerima laporan-laporan yang bernada kosmetik tapi hakikatnya ia tidak sampai ke bawah. Ini bukan cara kami kerja. Kami bekerja dengan memastikan apa sahaja keputusan yang dibuat di peringkat dasar kerajaan, dilaksanakan di peringkat jabatan dan tuan-tuan dan puan-puan mendapat manfaat yang sebaiknya.’’ Katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penyerahan Bantuan Covid-19 di Pusat Pertanian Bandar Batu Buruk Kuala Terengganu, hari ini. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, sepanjang tahun 2021 , sektor ini telah berjaya menyempurnakan 93 program, menyiapkan  45 projek dan menutup tahun pertanian negeri Terengganu dengan karnival  tahun pertanian pada  27-29 januari lepas di Pekan Jabi walaupun berdepan keadaan yang sukar. ‘’ Alhamdulillah, peningkatan sepanjang 2021 yang kita beri penekanan secara intensif untuk melihat sektor pertanian ini berada pada satu posisi terhormat, Dalam pada itu menurutnya, dalam sidang dewan sentiasa memberikan penghargaan kepada khidmat bakti warga tani Terengganu. ‘’ Malah dalam majlis-majlis besar pun kita berikan penghargaan kepada segala keringat yang dicurahkan kerana tanpa mereka sektor pertanian tidak akan ke mana. ‘’ Inilah sektor yang benar-benar mendasar sampai ke bawah, berpijak di bumi nyata dan diceburi oleh kira-kira 70% rakyat Terengganu. Alhamdulillah, saya mendapat maklumat semua yang dijangkiti covid-19, sudah pulih seperti biasa dan terus berjaga-jaga dengan varian baru.’’ Jelasnya lagi.
14 Feb 22
307
Karnival Pertanian Terengganu Sasar Lebih 100,000 Pengunjung
Karnival Pertanian Terengganu Sasar Lebih 100,000 Pengunjung
Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 yang berlangsung hari ini sehingga 29 Januari menyasarkan lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri.
03 Feb 22
204
99 Peratus Program, Projek Pertanian Terengganu Berjaya Dilaksanakan
99 Peratus Program, Projek Pertanian Terengganu Berjaya Dilaksanakan
Kerajaan negeri berjaya melaksanakan lebih 99 peratus program atau projek dalam kalendar Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021 sekali gus membawa manfaat buat lima ribu petani serta peladang.
03 Feb 22
244
99 Peratus Program, Projek Pertanian Terengganu Berjaya Dilaksanakan
99 Peratus Program, Projek Pertanian Terengganu Berjaya Dilaksanakan
BESUT, 29 Januari – Kerajaan negeri berjaya melaksanakan lebih 99 peratus program atau projek dalam kalendar Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021 sekali gus membawa manfaat buat lima ribu petani serta peladang. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, daripada peratusan itu, kesemua 45 projek pembangunan dijalankan melibatkan dana sebanyak RM12.4 juta. Katanya, antara projek tersebut ialah operasi melabuhkan 58 unit tukun bernilai RM1.069 juta di perairan negeri untuk manfaat nelayan. “Kami meredah laut dengan gelombang angin Tenggara bulan Oktober untuk selesaikan proses labuh tukun ini dari Kemaman sampai ke Besut,” ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 di Dataran Pekan Jabi, semalam. Katanya lagi, para nelayan di Jeti Kampung Batin Seberang Takir, Kampung Tok Fakir Merchang, Kampung Fikri dan Kampung Geliga, Kemaman yang sekian lama menggunakan kemudahan jeti kayu uzur, merbahaya serta berisiko telah menerima jeti konkrit. Beliau berkata, nelayan pantai yang tidak cukup modal hendak membeli peralatan, kerajaan negeri membelanjakan RM300,000 bagi bantuan peralatan untuk nelayan zon A seperti fishfinder, peralatan memancing, kawat bubu dan pukat tangsi. "Ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hasil akuakultur tidak dapat dipasarkan di mana kerajaan memperuntukkan RM200,000 untuk menyalurkan bantuan makanan ikan kepada 700 penternak akuakultur air tawar dan air payau yang berdaftar seluruh negeri," jelasnya. Beliau turut menyentuh kawasan sawah padi Kampung Pengkalan Nangka, Kampung Bharu dan Tok Saboh berjumlah ribuan ekar yang terbiar disebabkan kerosakan empangan sejak 2012, kini berjaya dihijaukan kembali. “Projek yang telah memberi impak besar kepada petani dan penghasilan makanan negeri,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi. Tambahnya, pesawah di Skim Pengairan Che Mohid Setiu yang sekian lama berhadapan masalah pengairan, akhirnya diselesaikan dilema mereka dengan pembinaan empangan low weir dengan peruntukan kerajaan negeri menjadikan 200 hektar tanah sawah kembali subur menghijau. Secara dasarnya, ujar beliau kawasan penanaman padi aktif terutama yang berada dalam kawasan Jelapang Padi IADA Ketara adalah perlu dikekalkan sebagai sawah padi demi kelangsungan sumber bekalan makanan negeri. “Ketika penanam tembikai tak dapat pasarkan hasil dari lebih 200 ekar kebun disebabkan PKP pada Mac 2020, kerajaan negeri belanja lebih RM200,000 untuk beli hasil tembikai dan buka lebih 40 outlet jualan untuk bantu pemasaran,” ujarnya lagi. Di samping itu, katanya pelaksanaan pelbagai program dan bantuan dari Januari-November 2021 telah memberi manfaat kepada seramai 3,447 petani, 622 penternak dan 1,880 nelayan dengan nilai RM3,051,380. Dalam pada itu, beliau berkata, usaha kerajaan negeri dalan bidang pertanian mula menampakkan hasil dengan peningkatan SSL makanan ruji padi, pada tahun 2018 (43 peratus), 2019 (48 peratus), 2020 (53 peratus) dan SSL 2021 mencapai 55.8 peratus. Azman turut mengulas tentang projek perumahan Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di tiga tapak Besut, Setiu dan Kemaman. "Pembinaan 50 unit rumah di setiap tapak dengan kos RM24 juta iaitu RM13 juta daripada peruntukan LKIM dan baki RM11 juta dari peruntukan kerajaan negeri. "PSN Kemaman dan Besut telah dibuat majlis pecah tanah pada 30 Disember 2021 dan 23 Januari 2022 seterusnya akan disusuli majlis pecah tanah untuk Setiu," ujarnya.  
28 Jan 22
1026
Karnival Pertanian Terengganu Sasar Lebih 100,000 Pengunjung
Karnival Pertanian Terengganu Sasar Lebih 100,000 Pengunjung
BESUT, 27 Januari – Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 yang berlangsung hari ini sehingga 29 Januari menyasarkan lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sasaran tersebut adalah berdasarkan pengalaman penganjuran karnival-karnival sebelumnya mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. “Antara pengisian ‘wow factor’ seperti lembu sado, kambing, gajah denak bernama suria dan lain-lain lagi disamping pameran disertai 13 agensi menunjukkan teknologi serta inovasi terbaru. “Sukan rakyat juga diadakan disamping sukan permotoran Cub Cross diikuti acara keagamaan pada mala mini bertemakan sumber makanan halal dan berkat. “Para pengunjung juga dapat menikmati diskaun harga potongan harga sehingga 20 peratus sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dengan pelbagai jenis barangan keperluan pengguna dijual dengan ayam, ikan, telur ayam, pelbagai jenis sayuran dan barangan kering,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021, Dataran Pekan Jabi, Besut, pagi tadi. Jelasnya, program tersebut merupakan manifestasi usaha kerjasama kerajaan negeri sebagai pembuat dasar dan jabatan serta agensi pertanian sebagai pelaksana perancangan demi berkongsi manfaat sektor itu kepada rakyat. “Dalam kesempatan acara santai ini, ia menjadi jambatan penghubung antara badan pelaksana dan komuniti setempat bagi mewar-warkan pencapaian kita. “Rakyat perlu tahu dimana peruntukan digunakan dan apa hasilnya atau kata lain ‘check and balance’,” katanya lagi  
27 Jan 22
1341
Gajah, Kerapu Gergasi Tarikan Unik Karnival Tahun Pertanian 2021
Gajah, Kerapu Gergasi Tarikan Unik Karnival Tahun Pertanian 2021
KUALA TERENGGANU, 27 Januari – Pameran Gajah Denak, ikan kerapu gergasi dan pelbagai lagi acara menarik bakal memeriahkan Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 (KTPNT2021) yang bermula sejak hari ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim, program penutup Tahun Pertanian 2021 tersebut akan diadakan di Dataran Pekan Jabi, Besut pada 29 Januari. “Program ini akan menutup tirai Tahun Pertanian 2021, kita anggap ia sebagai acara kemuncak dengan kita menganjurkan sebuah karnival besar-besar dalam calendar tersebut. “Setakat ini kita berjaya laksanakan 92 program, tinggal lagi dua iaitu pemecahan tanah perumahan penempatan nelayan di Setiu dan karnival ini, menyempurnakan semua 94 program menjadikan 99.9 peratus pelaksanaan kesemua inisiatif. “Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti pameran penyu, pertunjukan gasing terbang, bicara ilmu, demonstrasi pertanian dan industry makanan, jualan Happy Hour dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu kenyataan. Menjelas lanjut, susunan projek dan program-program sepanjang Tahun Pertanian Terengganu 2021 ialah mengikut keperluan dan kesesuaian setempat. “Dataran Pekan Jabi memang kami khususkan untuk Himpunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Himpunan Lembu Sado, Karnival Pertanian dan lain-lain yang sewaktu dengannya,” katanya lagi.  
27 Jan 22
1033
Pelaburan Projek Mega Lada Hitam RM360 Juta Ubah Nasib Rakyat
Pelaburan Projek Mega Lada Hitam RM360 Juta Ubah Nasib Rakyat
Pelaburan projek mega tanaman lada hitam bernilai RM360 juta bakal mengubah landskap serta sosial ekonomi penduduk di Rhu Tapai, Setiu dan kawasan sekitarnya.
25 Jan 22
130
Lebih 150 Pengusaha Nanas Terima Bantuan RM1.89 Juta
Lebih 150 Pengusaha Nanas Terima Bantuan RM1.89 Juta
Sehingga kini, kerajaan menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menyalurkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak RM1.89 juta kepada lebih 150 petani nanas di Terengganu.
13 Jan 22
145