Artikel "Perikanan" Terkini
Sultan Mizan Labuh Tukun Pulihara Sumber Perikanan Terengganu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyempurnakan Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda di Perairan Marang, hari ini.
15 Oct 24
109
Harga Ikan Turun
Harga ikan menunjukkan penurunan di Terengganu meskipun menjelang musim Tengkujuh.
22 Oct 23
87
Tukun Sotong, Lobster Dilabuh di Pulau Kapas
Sebanyak enam daripada 10 tukun tiruan X-to-Reef yang direka bentuk untuk spesies marin sotong dan lobster selamat dilabuhkan di perairan Pulau Kapas manakala empat lagi akan dilabuhkan di negeri lain.
18 Oct 23
149
Sultan Mizan Berkenan Labuh Tukun di Perairan Terengganu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Program melabuh Tukun Tiruan Kuboid Penghalang Pukat Tunda bertempat di perairan Terengganu di sini.
09 Oct 23
184
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
Penternak Ikan Sangkar 'Berputih Mata'
SETIU, 11 Februari - Tiada ungkapan yang dapat digambarkan kepada lima penternak ikan sangkar yang kerugian puluhan ribu akibat kematian hasil ternakan.
Hasil ternakan berkenaan yang sepatutnya mula dipasarkan pada isnin didapati mati awal pagi semalam dan berlarutan sehingga hari ini.
Nazalani Nawi, 50 salah seorang daripada lima penternak ikan siakap putih berkenaan berkata, beliau reda dengan keadaan yang berlaku dan sudah menjadi lumrah bagi seorang penternak ikan sangkar yang sentiasa berhadapan dengan risiko kematian.
"Saya menganggarkan kematian ikan milik saya ni lebih satu tan dan saiz ikan ini menjadi rebutan di pasaran luar.
"Ikan ni sudah melebihi satu kilogram setiap seekor dan permintaan daripada tauke-tauke memang banyak."
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sangkar ikan miliknya di Kampung Gong Batu.
Beliau yang lebih 20 tahun terlibat dengan penternakan ikan sangkar di sini bersama lebih 50 orang penternak yang lain dengan ternakan pelbagai spesis.
Menurutnya lagi, faktor utama kematian ikan ternakannya adalah berpunca daripada kekurangan oksigen dalam air yang tidak mampu untuk ikan siakap putih ini bertahan bagi satu tempoh masa.
Dalam pada itu Pengerusi JPKKÂ Gong Batu, Aziz Muhammad berkata pihaknya telah ambil maklum mengenai apa yang berlaku tersebut.Â
"Dimana perkara ini akan dirujuk kepada Jabatan Perikanan dan akan diadukan segera kepada pihak berkaitan termasuk akan cuba memohon bantuan dengan Ahli Palimen Setiu.
"Supaya nasib penternak ini akan terbela dan dengan inisiatif yang akan ditentukan nanti akan dapat meringankan beban yang mereka hadapi," ujarnya.Â
11 Feb 22
1971
Pelepasan 440,200 Benih Ikan Manfaatkan 273 Nelayan Darat
Pelepasan 440,200 benih ikan dan udang secara serentak seluruh negeri ke perairan umum Terengganu bakal memberi manfaat kepada 273 nelayan darat di negeri ini.
#TVDarulIman #TRDI #UPDI #TerengganuMajuBerkatSejahtera #Fasa3
05 Oct 21
38