lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelaburan" Terkini

Projek Solar RM800 Juta Di Setiu Masuki Fasa Pelaksanaan
Projek Solar RM800 Juta Di Setiu Masuki Fasa Pelaksanaan
KUALA TERENGGANU, 7 September – Projek Ladang Solar Skala Besar (LSS) bernilai RM800 juta di Setiu kini melangkah ke fasa pelaksanaan selepas menerima kelulusan rasmi daripada Suruhanjaya Tenaga. Selepas lebih setahun di peringkat perancangan, projek berimpak tinggi itu disahkan apabila konsortium JAKS Power Holdings menerima dua Surat Pemberitahuan daripada Suruhanjaya Tenaga pada 2 September lalu. Menurut perancangan, konsortium berkenaan bersama rakan strategik dari China, China Power Engineering Consulting Group International Engineering Co. Ltd (CPEEC) akan membangunkan dua loji solar berkapasiti 99.99MW setiap satu di Setiu, menjadikan jumlah keseluruhan hampir 200MW. “Bagi tujuan tersebut, sebuah syarikat tujuan khas akan ditubuhkan untuk menandatangani perjanjian pembelian tenaga selama 21 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB),” jelas JAKS seperti dilaporkan NST. Projek ini akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank. Pada Julai 2024, anak syarikat kerajaan negeri, TDM-YT Plantation Sdn. Bhd., telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan JAKS Solar Power Holdings Sdn. Bhd. bagi membangunkan ladang solar di Lembah Bidong. Projek tersebut melibatkan pelaburan RM800 juta di kawasan seluas 700 hektar dengan kapasiti 200MW. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar, menegaskan projek itu sebagai langkah strategik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil, selain memperkukuh kedudukan Terengganu dalam agenda tenaga boleh baharu negara. Pengerusi TDM-YT Plantation, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, sebelum ini menjangkakan kerjasama tersebut mampu memberi pulangan tetap sekitar RM1 juta setahun kepada syarikat berkenaan. Beliau juga optimis projek itu bakal membuka peluang kepada rakyat tempatan dalam aspek pekerjaan, keusahawanan serta latihan kemahiran, seiring aspirasi negeri ke arah pembangunan mapan.
08 Sep 25
297
Pelita Raya Terengganu Bawa Pulangan Pelaburan Lebih RM400,000
Pelita Raya Terengganu Bawa Pulangan Pelaburan Lebih RM400,000
Penganjuran program Pelita Raya Terengganu pada bulan Ramadan yang lalu berpotensi membawa pulangan pelaburan sebanyak RM400,000.
23 Apr 25
105
Sultan Mizan Mahu Terengganu Terus Tarik Pelabur
Sultan Mizan Mahu Terengganu Terus Tarik Pelabur
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru kerajaan negeri untuk terus meningkatkan aliran pelaburan ke Terengganu sekali gus memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi utama pelabur.
03 Oct 23
316
Pengalaman Tun M Bantu 4 Negeri PN Tingkat Pelaburan
Pengalaman Tun M Bantu 4 Negeri PN Tingkat Pelaburan
Pengalaman yang luas dimiliki Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membantu empat negeri naungan Perikatan Nasional (PN) dalam sektor pelaburan.
20 Sep 23
220
Kemaman Bakal Jadi Pusat Industri Batu Kuarza di Asia Tenggara
Kemaman Bakal Jadi Pusat Industri Batu Kuarza di Asia Tenggara
Kawasan Perindustrian Bandar Baharu Cheneh, Kemaman dijangka menjadi pusat kepada pengeluaran produk berasaskan industri batu kuarza di AsiaTenggara pada masa akan datang. 
20 Sep 23
131
Kajian Buktikan Pentadbiran Kerajaan Negeri Berjaya
Kajian Buktikan Pentadbiran Kerajaan Negeri Berjaya
Kejayaan kerajaan negeri telah dibuktikan melalui kajian yang dihasilkan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dan beberapa penyelidik yang lain.
26 Jun 23
72