Artikel "Kesihatan" Terkini
Terengganu Haram Vape Demi Lindungi Generasi Masa Depan
KUALA TERENGGANU, 29 April – Kerajaan Terengganu mengambil langkah berani dan tegas apabila mengumumkan pengharaman penuh terhadap penjualan serta penajaan vape bermula 1 Ogos 2025, sebagai usaha memelihara masa depan generasi muda daripada ancaman kesihatan yang semakin membimbangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bahawa kerajaan negeri beriltizam menjaga nyawa, akal dan keturunan rakyat sebagaimana yang digariskan dalam Maqasid al-Syariah.
"Kita wajib mencegah kemudaratan sebelum ia menghancurkan.
"Langkah pengharaman ini bukan bertujuan menyusahkan rakyat, tetapi sebagai rahmat untuk jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu Kenyataan Media di laman sosial rasmi beliau hari ini.
Beliau menambah bahawa keputusan ini berpandukan prinsip Islam yang menuntut umatnya menghindari kebinasaan, selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 serta sabda Nabi Muhammad SAW mengenai larangan melakukan kemudaratan.
"Mencegah lebih utama daripada mengubati," jelasnya, memetik ayat Al-Quran dan hadis sebagai teras kepada dasar yang digariskan ini.
Tambah Khalil, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 30 September 2024, sebanyak 41 kes kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan vape (EVALI) telah dilaporkan, dengan kos rawatan dianggarkan mencecah RM150,892.11 bagi setiap pesakit.
"Tanpa pencegahan tegas, kos rawatan boleh melonjak kepada RM368 juta setahun menjelang 2030," ujar beliau.
Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi keprihatinan terhadap laporan peningkatan kes komplikasi serius seperti halusinasi dan kebocoran paru-paru dalam kalangan remaja akibat penggunaan vape secara tidak terkawal.
"Apakah kita mahu terus membiarkan racun ini berlegar bebas di tangan anak-anak kita?” soalnya.
Mengakhiri kenyataan, beliau menyeru seluruh lapisan masyarakat, termasuk ibu bapa, pendidik dan NGO, untuk bersama-sama mendukung usaha murni ini demi kebaikan ummah dan negeri tercinta.
"Marilah kita berganding bahu untuk memastikan masa depan yang lebih sihat dan sejahtera untuk semua," ujarnya.
29 Apr 25
133
KMI Sasar Jadi Hospital Pertama di Malaysia Patuh Syariah Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU, 3 April - Hospital yang bukan sahaja menawarkan rawatan berkualiti, tetapi juga menepati prinsip syariah sepenuhnya, itulah sasaran utama Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare).
Sebagai sebahagian daripada kumpulan TDM Berhad, KMI kini dalam usaha menjadi hospital pertama di Malaysia yang benar-benar patuh syariah dalam semua aspek operasinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Najman Kamaruddin, menegaskan bahawa semua hospital di bawah rangkaian KMI telah mengamalkan prinsip syariah, namun mereka berusaha untuk mencapai tahap pematuhan yang lebih menyeluruh.
"Semua hospital KMI adalah hospital patuh syariah.
"Dan matlamat kami adalah untuk menjadi yang pertama di Malaysia yang benar-benar mematuhi prinsip syariah sepenuhnya dalam setiap aspek perkhidmatan kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perkongsian Dalam Keberkatan, di KMIKT baru-baru ini.
Turut bersama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengurus Besar KMIKT, Salina Long.
Dalam pada itu menurut Najman, inisiatif hospital patuh syariah ini juga selaras dengan misi TDM untuk menjadi model ‘corporate citizenship’ yang sejati.
"Kami percaya bahawa model perniagaan yang berpaksikan prinsip syariah bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan," ujarnya lagi.
Sementara itu, KMI dan TDM Berhad sebelum ni telah menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat dengan menyantuni 150 asnaf melalui program agihan zakat di Hospital KMI Kuala Terengganu.
Inisiatif ini menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan turut menikmati hasil kejayaan syarikat, sekaligus memperkukuhkan nilai berkongsi rezeki dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
03 Apr 25
417
Terengganu Tegas Haram Vape Demi Generasi Baru Walau Berisiko Hilang Undi
SERDANG, 16 Mac – Kerajaan Terengganu menyedari bahawa keputusan mengharamkan penggunaan vape mungkin tidak popular dan berisiko menjejaskan sokongan politik, namun ia tetap dilaksanakan atas dasar tanggungjawab demi menjaga kesihatan serta masa depan generasi akan datang.
Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa keputusan tersebut bukan dibuat untuk meraih populariti, sebaliknya berlandaskan kepentingan rakyat secara menyeluruh.
"Kami faham mungkin ada yang tidak bersetuju dan ini bukan keputusan yang disenangi semua pihak. Namun, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kami tidak boleh hanya memikirkan aspek politik semata-mata.
"Kami perlu melihat kepentingan jangka panjang, khususnya dalam melindungi generasi muda yang masih bersekolah daripada bahaya vape yang semakin menular," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, di Dewan D, MAEPS, Serdang, semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menegaskan meskipun ada risiko kehilangan sokongan akibat keputusan tersebut, kerajaan negeri tetap teguh dalam pendirian demi maslahat lebih besar kepada rakyat.
"Kami tidak mahu generasi muda menjadi mangsa kepada budaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan mereka. Suka atau tidak, ini adalah amanah yang perlu kami laksanakan.
"Saya berharap anak muda, terutama mereka yang masih menggunakan vape, memahami bahawa keputusan ini bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi untuk memastikan kesejahteraan mereka sendiri dalam jangka panjang," ujarnya.
16 Mar 25
1193
Peniaga Kotor Akan Diambil Tindakan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri Terengganu, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah menasihati peniaga-peniaga bazar Ramadan di negeri itu supaya terus mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan isu kesihatan dan kebersihan sentiasa terjamin.
09 Mar 25
90
Pakar Perubatan Sokong Hasrat Terengganu Haramkan Vape
KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah menyambut baik dan menyokong penuh hasrat Kerajaan Terengganu untuk mengharamkan vape secara total.
Katanya, langkah itu sangat tepat dan wajar demi membebaskan generasi hari ini daripada terus terlibat dalam ketagihan vape yang semakin membimbangkan.
Menurut beliau, pengharaman vape itu bukan sahaja menyebabkan penjualan, pengiklanan dan sebarang berkaitan vape di seluruh negeri akan terhenti tetapi akan memastikan undang-undang ketat dikuatkuasakan sepenuhnya.
"Ini adalah langkah yang sangat penting untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Terengganu, terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh dengan penggunakan vape.
"Dalam masa yang sama, kami juga menggesa supaya premis-premis yang melibatkan penjualan rokok diperketatkan lagi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
"Langkah ini adalah penting untuk memastikan bahawa penjualan rokok, termasuk rokok elektronik dikawal dengan lebih ketat bagi melindungi generasi muda daripada terus rosak akibat vape dan rokok,"ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut, pihak beliau yakin dan percaya bahawa usaha tersebut akan dapat membina masyarakat yang lebih sihat dan bebas daripada ketagihan vape dan rokok.
"Marilah kita semua menyokong usaha kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara," ujarnya.
03 Mar 25
321
Wad Kelas Ketiga Percuma Manfaatkan 224,000 Pesakit Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Kerajaan Terengganu telah memperuntukkan lebih RM12 juta sejak tahun 2020 bagi melaksanakan program Wad Kelas Ketiga Percuma, yang telah memberi manfaat kepada lebih 224,000 pesakit di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, menyatakan bahawa program ini adalah satu inisiatif penting dalam memastikan akses kesihatan yang lebih baik untuk rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan.
"Dalam tempoh lima tahun pelaksanaan, peruntukan lebih RM12 juta telah membolehkan seramai 224,000 pesakit menerima rawatan tanpa membebankan kewangan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
Beliau turut menegaskan bahawa program itu bukan sekadar menyediakan bantuan kewangan tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap kesejahteraan rakyat.
"Ia bukan hanya berkaitan angka atau jumlah peruntukan, tetapi bagaimana inisiatif ini telah membantu meringankan beban rakyat dan memastikan mereka mendapat rawatan sewajarnya,” ujarnya.
Menurut Wan Sukairi, kejayaan program ini turut didorong oleh usaha kerajaan dalam mendapatkan sumber pembiayaan tambahan. Selain dana kerajaan negeri, program ini turut menerima sokongan sektor korporat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Kami tidak hanya bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata, tetapi turut mendapat sokongan pelbagai pihak untuk memastikan kesinambungan program ini demi manfaat rakyat," tambahnya.
26 Feb 25
243
Terengganu Bakal Haramkan Vape Secara Total?
Kerajaan Terengganu sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan pengharaman 'total' ke atas vape di negeri ini.
26 Feb 25
100
Terengganu Terus Laksana Wad Kelas Ketiga Percuma Hingga 2028
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Rakyat Terengganu boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri mengumumkan program Wad Kelas Ketiga Percuma akan disambung sehingga tahun 2028 walaupun berdepan sekatan royalti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan ini dibuat selepas mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini.
"Alhamdulillah, kerajaan negeri telah meluluskan kertas kerja untuk menyambung kontrak program Wad Kelas Ketiga Percuma bermula tahun 2025 hingga 2028,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini.
Beliau menegaskan, sebelum ini pelaksanaan program ini disambung secara tahunan, namun kali ini ia diberikan jaminan selama tiga tahun sekali gus.
"Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan program yang telah memberi manfaat besar kepada rakyat sejak diperkenalkan pada tahun 2020.
"Kita melihat program ini benar-benar diperlukan rakyat.
"Ia memberikan impak positif kepada masyarakat, justeru kerajaan negeri berusaha mencari sumber dana bagi membiayai program ini," tambahnya.
Menurut Wan Sukairi, dana bagi menampung kos program ini bukan sahaja datang daripada peruntukan kerajaan negeri, malah turut disokong oleh sumbangan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sebagainya.
"Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4 juta setahun bagi memastikan kelangsungan program ini.
"Dengan peruntukan tersebut, ribuan pesakit dari golongan kurang berkemampuan bakal terus menerima rawatan tanpa dikenakan sebarang bayaran.
"Kerajaan komited untuk memastikan rakyat terus menerima manfaat kesihatan secara percuma serta berusaha mengukuhkan sumber kewangan agar program ini dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan," ujarnya.
25 Feb 25
919
Vape Lebih Bahaya Daripada Morphin
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Penggunaan vape jenis tertentu didakwa boleh menyebabkan kerosakan otak hanya dalam tempoh 14 hari, jauh lebih pantas daripada kesan morphin yang mengambil masa 40 tahun untuk merosakkan akal manusia.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah mendedahkan kebimbangan ini berdasarkan satu kajian yang menunjukkan bahawa vape jenis 'mushroom' boleh menyebabkan penyakit mental dalam tempoh dua minggu sahaja.
"Morphin memerlukan 40 tahun untuk merosakkan akal, tetapi vape jenis 'mushroom' hanya memerlukan 14 hari. Ini sangat membimbangkan," kata beliau kepada pemberita di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Beliau juga berkongsi bahawa pusat pemulihan dadah Darul Barakah menerima banyak kes ibu bapa yang membawa anak-anak mereka kerana ketagihan vape.
Malangnya kata beliau, tiada pelan pemulihan yang tepat kerana vape memberi kesan terus kepada mental, bukan sekadar ketagihan biasa.
"Kesannya bukan sekadar ketagihan fizikal, tetapi juga menyebabkan gangguan mental yang serius.
"Mereka sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital, bukan di pusat pemulihan dadah," tambahnya lagi.
Menurut Wan Sukairi, Kerajaan negeri dalam perbincangan akhir untuk melaksanakan pengharaman vape secara menyeluruh di negeri ini.
"Jika cadangan ini diluluskan, pengharaman ini bukan hanya tertumpu kepada vape jenis 'mushroom' sahaja, tetapi melibatkan semua perisa vape tanpa pengecualian," tegasnya.
24 Feb 25
253
Terengganu Bakal Haramkan Vape Secara Total?
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Kerajaan Terengganu sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan pengharaman 'total' ke atas vape di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk mengharamkan vape secara menyeluruh di Terengganu.
"Kertas cadangan ini sedang dalam proses akhir dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (MMKN) untuk dibincangkan.
"Pengharaman turut melibatkan penjualan, pengiklanan dan sebarang aktiviti berkaitan vape di seluruh premis di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Menurut beliau, jika cadangan ini dipersetujui, satu undang-undang ketat akan diperkenalkan bagi memastikan pengharaman itu dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.
"Jika cadangan pengharaman ini diluluskan, semua jenis vape tanpa mengira perisa atau kandungannya akan diharamkan sepenuhnya di Terengganu.
"Pengharaman ini bukan hanya tertumpu kepada vape jenis 'mushroom' sahaja, tetapi melibatkan semua perisa vape tanpa pengecualian," jelasnya.
Sebelum ini, Mantan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.
Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).
Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.
24 Feb 25
1987