Artikel "Kebajikan" Terkini
Belanjawan 2021: Latihan Kemahiran Percuma Bagi Golongan Terjejas
Memahami kebimbangan rakyat yang berdepan isu pengangguran akibat pandemik Covid-19, kerajaan Terengganu menawarkan peluang kepada rakyat negeri ini untuk mendapatkan latihan kemahiran secara percuma bagi meningkatkan tahap kemahiran diri serta meneroka bidang baru.
27 Nov 20
64
Belanjawan 2021 : Pengecualian Bayaran Lesen Peniaga Kecil, Penjaja
Bayaran lesen perniagaan untuk peniaga kecil dan penjaja di Terengganu tidak akan dikutip sepanjang tahun 2021.
25 Nov 20
588
Belanjawan 2021 : Bayaran Cukai Pintu Terus Dikecualikan
Pengecualikan bayaran cukai pintu rumah kediaman yang dimulakan pada 2019 diteruskan tahun hadapan.
Â
25 Nov 20
263
Belanjawan 2021 : RM25.5 Juta Rancakkan Pembinaan Rumah
Peruntukan sebanyak RM25.5 juta bakal merancakkan lagi pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini.
25 Nov 20
161
Harapan Nelayan Sungai Bandar Chukai Tertunai
KEMAMAN, 24 November - Hasrat nelayan di Jeti Sungai Bandar Chukai di sini untuk mempunyai bekalan air bersih di kawasan jeti mereka sejak beberapa tahun lalu akhirnya tertunai.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah Chukai, Sirat Nasam, 63, menghargai usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang merealisasikan impian nelayan di sana.
Katanya, kesungguhan Hanafiah juga wajar dipuji apabila menaja sepenuhnya kos pemasangan paip air itu.
"Sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan bekalan air bersih di kawasan yang jauh sedikit daripada jeti.
"Oleh yang demikian, mereka inginkan bekalan air bersih di kawasan jeti ini bagi memudahkan urusan mencari rezeki, akhirnya hari ini mereka dapat merasai dan menikmatinya. Ini semua kerana keprihatinan Yang Berhormat (YB) kepada nelayan di sini," ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.
Hanafiah Mat yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri itu sebelum ini turut membelanjakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menanggung kos baik pulih Jeti Nelayan Sungai Bandar Chukai itu. Foto oleh - Azizi Zakaria.
Â
Â
24 Nov 20
322
Rumah Terbakar Gara-Gara Lilin
KEMAMAN, 24 November - Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami di Kampung Bakau Tinggi di sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin.
Mohammad Khairul Rizam Ahmad Zainuddin, 27, bersama isterinya Syafiqah Mustafa, 26, serta anak Mohd Adam Rizqi, 2, sedang tidur ketika berlaku kejadian tersebut pada jam 11.00 malam.
Menceritakan kejadian itu, Mohammad Khairul berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebatang lilin yang dinyalakan di atas almari selepas bekalan elektrik di rumahnya terputus.
Dalam kejadian itu, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai serta Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat turut hadir pada malam tersebut.
"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa," ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut hadir ke rumah keluarga mangsa di Kampung Pengkalan Sir bagi menyerahkan sedikit sumbangan wang tunai, semalam. Foto oleh - Azizi Zakaria
23 Nov 20
121
Hasrat Rakyat Untuk Belanjawan Terengganu 2021
Belanjawan Terengganu 2021 yang bakal dibentangkan pada 23 November 2020 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, yang dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat.
Belanjawan ini diharap dapat memenuhi hak dan juga memastikan kepentingan rakyat terbela, selain dapat memacukan ekonomi Negeri Terengganu ke arah yang lebih berdaya saing sejajar dengan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mendengar suara dan hasrat rakyat untuk pembentangan Belanjawan 2021 kali ini.
22 Nov 20
428
Terengganu Beri Wang Pencen Untuk Warga Emas
Terengganu bakal melengkapkan pelaksanaan manifesto pemberian pencen rakyat sebanyak RM50 sebulan kepada warga emas yang layak selepas sesi pemilihan selesai.
21 Nov 20
446
Apa Nasib Nafuzi?
Desas-desus tentang ramai pemain import dan tempatan bakal melangkah keluar daripada Terengganu Football Club (Terengganu FC) turut mengundang persoalan berkaitan ke mana hala tuju pengendali pasukan TFC, Nafuzi Zain pada musim depan.
21 Nov 20
135
Internet Percuma Di Pusat Kuarantin
Kerajaan Terengganu bersetuju memasang internet percuma membabitkan peruntukan RM5,000 di pusat kuarantin di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, dalam tempoh terdekat.
20 Nov 20
72