Artikel "Kebajikan" Terkini
Keluarga Terdekat Jaga Anak Yatim Wajar Diberi Potongan Cukai Khas
KUALA NERUS, 11 November - Kerajaan dicadangkan supaya menyediakan potongan cukai khas buat ahli keluarga penjaga anak-anak yatim, menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata, ini termasuk bantuan khas turut diberikan kepada keluarga yang menjaga mereka bagi meringankan beban.
"Penjagaan oleh wali seperti datuk dan bapa saudara atau keluarga terdekat lebih berkesan kerana melibatkan kestabilan emosi, psikologi, pendidikan, persekitaran keluarga dan kasih sayang dalam kehidupan anak-anak yatim tersebut.
“Dalam Islam, anak-anak yatim perlu menjadi tanggungjawab wali mereka selepas kematian ibu bapa iaitu datuk, bapa saudara, adik beradik dan seterusnya.
“Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan potongan cukai khas kepada ahli keluarga yang menjaga anak-anak yatim ini di samping bantuan khas kepada keluarga yang menjaga anak-anak ini,” katanya dalam kenyataan ketika persidangan bajet, baru-baru ini.
Dalam Bajet 2022, kerajaan menyediakan sebanyak RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak yatim yang ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19.
Sehingga kini, lebih 4,700 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.
Sementara itu, Dato' Dr. Khairuddin turut menjelaskan, rumah kebajikan untuk anak yatim juga wajar diberikan peruntukan khas apabila mereka mengambil anak yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan bagi anak yang kehilangan ibu supaya kerajaan menyediakan bantuan PRIHATIN yang sesuai untuk bapa mereka mencari pasangan baharu supaya boleh membantu mereka menjaga anak-anak.
“Malah dana khas juga perlu diberikan kepada ibu-ibu yang sudi menjaga anak suami mereka atau anak tiri seperti anak sendiri,” katanya sepertimana dilaporkan Utusan Online.
11 Nov 21
210
Proses Pembersihan Laluan Air Elak Banjir Mula Dijalankan
KUALA TERENGGANU, 28 Oktober – Kerja-kerja pembersihan saliran air di Kampung Kolam dan Kampung Padang Luar bagi mengelakkan kejadian banjir mula dijalankan pada Isnin lalu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi kerja-kerja pembersihan tersebut merupakan antara persiapan awal untuk menghadapi musim tengkujuh.
“Kawasan ini antara yang selalu naik air dan setiap tahun kita akan buat operasi pembersihan laluan air untuk memastikan sisitem saliran air berjalan dengan lancar, tidak tersumbat.
“Setakat yang biasa kita buat, ia berkesan untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan ini,” kata Ustaz Muhammad Khalil ketika membuat tinjauan di kawasan tersebut selepas turun padang meninjau operasi itu.
Tambah beliau lagi, cadangan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk penyelesaian masalah banjir di kawasan tersebut telah diterima dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
“Pada tahun ini, fokus kami di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk ialah untuk menyelesaikan isu banjir di Mukim Kuala Ibai,” katanya lagi.
Sementara itu, sebuah longkang baharu telah dibina di Kampung Gong Kemunting untuk melancarkan aliran air di situ.
28 Oct 21
417
JKM TERENGGANU TERIMA PERUNTUKAN RM2 JUTA PERSEDIAAN HADAPI BANJIR
14 Oct 21
107
Mayat Tiga Kanak-kanak Lemas Ditemui
SETIU, 9 Oktober - Mayat tiga kanak-kanak yang lemas di Sungai Kuala Baru, Kampung Mangkok ditemui awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Setiu merangkap Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) DSP Afandi Hussin berkata, mayat pertama Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, ditemui pada pukul 1.08 pagi manakala adiknya Muhammad Aryyan Faheem, 7, ditemui pada 1.47 pagi.
"Mangsa ketiga dan terakhir Nurul Hasya Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemui pada 8.15 pagi ini.
"Kesemua mangsa yang ditemui berada tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya hari ini.
Terdahulu Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir bersama ADUN Jabi, Azman Ibrahim, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan Langkap, Zulbhari A Rahman serta Azmi Maarof menemui keluarga mangsa dan mengucapkan takziah atas kejadian yang berlaku.
Pegawai Daerah Setiu yang juga Pengerusi Bencana Daerah Setiu, Rosli Latif dalam pada itu mengumumkan penutupan operasi pada 8.40 pagi dan mengucapkan tahniah kepada semua petugas SAR.
Sementara itu, Che Jemani Abdullah datuk kepada mangsa ketiga Nurul Hasya Humaira ditemui tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian yang berlaku kepada cucu sulungnya itu.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota penyelamat yang terlibat operasi mencari cucunya.
09 Oct 21
1554
Peruntukan RM1.4 Juta Bina Baru Rumah Nelayan Terengganu
*Sebanyak RM1.4 juta diperuntukkan bagi pembinaan baru rumah nelayan menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di negeri Terengganu tahun ini.*
09 Oct 21
416
Pemandu Teksi, Pekerja Kebersihan Kemaman Terima Bantuan YaPIEM
Sebanyak 132 keluarga terpilih terdiri daripada pemandu teksi, pengusaha teksi, pekerja kebersihan dan pengusaha bas sekolah di daerah Kemaman menerima bantuan menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami : Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) 3.0.
09 Oct 21
246
Terengganu Jadi Hab Makmal Forensik DNA Pantai Timur
Terengganu menjadi negeri pertama mewujudkan penubuhan Makmal Sehenti DNA Forensik dan Makmal Sehenti Analisis Air di Pantai Timur melalui Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KIMIA Terengganu) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
06 Oct 21
298
DUN Batu Buruk Turap 25 Jalan Kampung
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober – Sebanyak 25 batang jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah diturap bagi fasa pertama tahun ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, kerja-kerja penurapan jalan tersebut bagi memberikan keselesaan dan kemudahan buat penduduk setempat.
Keadaan Jalan Selepas Diturap
“InsyaAllah, sebanyak 23 lagi jalan kampung akan dinaik taraf pada fasa yang kedua yang akan bermula pada penghujung Oktober ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang telah menjadi mata dan telinga kami dalam menyalurkan aduan penduduk kampung berkenaan jalan ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, bulan oktober ini juga pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk akan memberikan fokus kepada persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh.
Keadaan Jalan Sebelum Diturap
06 Oct 21
1068
Terengganu Dijangka Beralih Ke Fasa 4 Pada Akhir Oktober
Perkembangan positif proses vaksinasi Covid-19 memberikan khabar gembira buat seluruh warga Terengganu apabila negeri ini dijangka beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir Oktober ini.
05 Oct 21
239
Projek Rumah Gong Cempedak Berjalan Selepas Urusan Tanah, Bank Selesai
Projek perumahan Kampung Gong Cempedak fasa 3, Marang yang terbengkalai akan disambung semula pembinaannya setelah urusan tanah dan pinjaman bank selesai.
05 Oct 21
791