Artikel "Kebajikan" Terkini
5,000 Kurma Diagihkan Dalam DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 April – Sebanyak 5,000 pek kurma diagihkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bersempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, agihan kurma dan takwim berbuka itu merupakan antara persediaan awal bagi menghadapi bulan puasa.
“Alhamdulillah, pada hari ini kami dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah mengagihkan 5,000 kotak kurma kepada 36 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.
“Insya-Allah, ada banyak banyak lagi program yang akan dilaksanakan dalam bulan Ramadan bagi memastikan rakyat dalam DUN Batu Buruk dapat melaksanakan ibadah puasa dengan kebajikan yang terpelihara,” kata beliau ketika ditemu bual pemberita.
Tambah beliau lagi, walaupun negara kini sudah berada dalam fasa endemik Covid-19 yang membolehkan masyarakat membuat ibadah tanpa penjarakan fizikal, namun masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.
“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.
“Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita,” katanya lagi.
ADUN Batu Buruk itu juga dijadualkan untuk menunaikan solat tarawih di surau-surau dan masjid-masjid sekitar DUN Batu Buruk sepanjang bulan Ramadan ini.
05 Apr 22
377
Terengganu Salur Bantuan RM1 Juta Kepada Petani, Penternak
Kerajaan Terengganu akan mengagihkan bantuan RM1 juta kepada lebih 400 petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar yang terjejas serta mengalami kerugian disebabkan banjir luar jangka baru-baru ini.
03 Apr 22
168
Kerajaan Berjaya Pulihkan Syarikat Hampir 'Gulung Tikar'
Kerajaan Terengganu berjaya memulihkan semula syarikat Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) yang hampir ‘gulung tikar’ ketika era pentadbiran terdahulu.
30 Mar 22
221
Hiwalah Solusi Masalah Pengabaian Nafkah
Pelaksanaan hiwalah boleh menjadi sebagai salah satu cara penyelesaian terhadap masalah pengabaian nafkah oleh bekas suami terhadap keluarganya.
29 Mar 22
273
Harga Makanan : 'Peniaga Bazar Jangan Ambil Kesempatan'
Peniaga di bazar Ramadan dinasihatkan tidak mengambil kesempatan dengan menjual juadah pada harga yang tinggi dan tidak munasabah.
29 Mar 22
327
Caruman PERKESO Buat Suri Rumah Terengganu
Zuraida mengulangi saranan agar kerajaan negeri dapat meneliti cadangan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat suri rumah di Terengganu.
28 Mar 22
257
128 Ladang Ayam Penuhi Keperluan Rakyat Terengganu
Terengganu mempunyai 128 ladang ayam di seluruh negeri yang mampu menghasilkan 3.3 juta ekor ayam bagi satu pusingan pengeluaran atau 17 juta ekor setahun melibatkan lima pusingan.
28 Mar 22
180
Terengganu Kini Benarkan Berbuka Puasa Di Tempat Awam
Umat Islam di Terengganu kini dibenarkan berbuka puasa di kawasan lapang termasuk di padang sekitar jambatan angkat atau drawbridge pada Ramadan tahun ini.
28 Mar 22
431
Perumahan Bercampur Ganti Projek Akuapolitan RM180 Juta
Kerajaan Terengganu membuat keputusan tidak akan meneruskan projek Akuapolitan Kuala Nerus sebaliknya menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.
28 Mar 22
201
Kerajaan Komited Tuntut RM1.43b Hutang Persekutuan
Kerajaan negeri komited untuk menuntut bayaran balik atau 'hutang kerajaan pusat dengan kerajaan negeri' bagi pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).
27 Mar 22
197