lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Lebih RM43.5 Juta Diperuntuk Bagi Sektor Pertanian Terengganu
Lebih RM43.5 Juta Diperuntuk Bagi Sektor Pertanian Terengganu
Kerajaan pusat  melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan lebih RM43.5 juta bagi merancakkan lagi sektor pertanian Terengganu sekali gus memajukan industri agromakanan di negeri ini.
26 Jun 22
152
Cub Prix di Terengganu Rancakkan Ekonomi Setempat
Cub Prix di Terengganu Rancakkan Ekonomi Setempat
Penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 mampu menjadi sebahagian daripada pelancongan sukan bagi negeri Terengganu.Penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 mampu menjadi sebahagian daripada pelancongan sukan bagi negeri Terengganu.
26 Jun 22
150
Permohonan Bantuan i-Belia Dibuka Julai
Permohonan Bantuan i-Belia Dibuka Julai
ALOR SETAR, 26 Jun - Permohonan bantuan 'one-off' atau i-Belia untuk anak muda dan mahasiswa akan mula dibuka pada Julai depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan pemberian berkenaan membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan yang menjadi aset penting Terengganu. "Sekarang ini dalam proses diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dinilai serta diluluskan, saya menjangkakan dalam tempoh satu hingga dua minggu ini perkara ini akan selesai. "Insya-Allah selepas itu kita akan mula membuka permohonannya bagi mengumpulkan data penerima dan peruntukannya nanti berdasarkan jumlah data penerima yang kita kumpulkan, selepas daripada itu proses pengagihan akan kita lakukan seberapa segera," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas hadir pada Majlis Mesra Pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu bersama Perantau, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini semalam. Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Dato' Wan Romani Wan Salim serta Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT). Mohd Nasir Abdul Razab. Mengulas mengenai program berkenaan, Wan Sukairi berkata pertemuan dengan perantau Zon Utara yang dihadiri 100 keluarga dari Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang itu sangat bermakna kepada kerajaan negeri. "80 orang (Ketua Isi Rumah) telah menerima bantuan i-Perantau yang mana ini merupakan kali ketiga diadakan setelah kita menyantuni perantau di Lembah Kelang (Zon Barat) yang kedua di Johor (Zon Selatan). "Masih ada beberapa buah negeri lagi yang belum selesai sepenuhnya agihan dana i-Perantau ini, insya-Allah kita akan cuba untutk selesaikan segera dalam masa terdekat," ujarnya.
26 Jun 22
3767
Ahli Majlis Bantu Laksana Agenda Kerajaan
Ahli Majlis Bantu Laksana Agenda Kerajaan
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berperanan membantu menjayakan agenda kerajaan sehingga segala rancangan dilaksanakan dengan jayanya.
26 Jun 22
124
Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
Projek Tebatan Banjir Tok Jiring Fasa 1 bagi mengatasi masalah banjir di sekitar Kuala Nerus kini dalam proses akhir pembinaan dan ia dijangka siap pada penghujung tahun ini.
22 Jun 22
305
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
Klinik Nur Sejahtera (KNS) Dungun menjadi klinik rintis pertama di peringkat negeri Terengganu yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan psikososial khusus bagi kaum lelaki.
22 Jun 22
272
Kewujudan Ma'daerah Mampu Tambah Populasi Penyu
Kewujudan Ma'daerah Mampu Tambah Populasi Penyu
Kerajaaan Negeri Terengganu berharap dengan adanya usaha yang berterusan dijalankan di Santuari Penyu Ma’Daerah (Ma’Daerah) ini akan mempertingkatkan lagi peningkatan pendaratan penyu di Terengganu.
22 Jun 22
169
Jajaran Paip RM54 Juta Selesai Masalah Air Di Marang
Jajaran Paip RM54 Juta Selesai Masalah Air Di Marang
Kerajaan Terengganu menyatakan komitmen bagi menyelesaikan masalah air di Marang dengan pemasangan paip sepanjang 24 kilometer (km) dengan kos bernilai RM54 juta.
22 Jun 22
97
Kajian Polisi Awam Mampu Tingkat Inovasi Pentadbiran
Kajian Polisi Awam Mampu Tingkat Inovasi Pentadbiran
Kajian polisi awam yang dijalankan oleh institusi-institusi penyelidikan berupaya meningkatkan inovasi pemikiran dan kecekapan penyampaian di peringkat pentadbiran kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta selaras dengan kehendak rakyat di negeri ini.
19 Jun 22
438
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
DUNGUN, 19 Jun - Klinik Nur Sejahtera (KNS) Dungun menjadi klinik rintis pertama di peringkat negeri yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan psikososial khusus bagi kaum lelaki. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, usaha Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu merupakan tambahan kepada fungsi utama KNS yang sebelum ini lebih kepada kesihatan reproduktif wanita. "Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut hari ini, LPPKN turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada 100 lelaki terawal bagi setiap negeri dan sempena pelancaran ini, kita tawarkan perkhidmatan itu bagi 300 lelaki terawal, khusus bagi penduduk sekitar Dungun bermula hari ini sehingga 25 Jun. "Untuk pengetahuan semua, daripada kes kaunseling yang dikendalikan LPPKN sejak 2019 sehingga Jun 2022, sejumlah 22,156 klien lelaki telah menghadiri sesi kaunseling secara individu dan berkelompok. "Paling banyak yang kita terima melibatkan masalah perkahwinan iaitu sebanyak 33 peratus, manakala 20 peratus melibatkan masalah kewangan dan masalah-masalah lain," katanya. Bagaimanapun menurutnya, situasi tersebut dinilai positif kerana perkhidmatan yang fleksibel secara tele-kaunseling, individu dan berkelompok yang ditawarkan menjadikan kaum lelaki lebih terbuka untuk berkongsi masalah dan memohon bantuan khdimat nasihat dengan LPPKN. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Bapa peringkat kebangsaan bertemakan 'Kasih Bapa Pelindung Keluarga' di KNS Dungun, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu; Hanafiah Mat, Ketua Setiausaha KPWKM; Dr. Maziah Che Yusoff, Timbalan Pengerusi  LPPKN; Mastura Mohd Darby dan Ketua Pengarah LPPKN; Abdul Shukur Abdullah. Rina turut memuji tindakan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mengadakan program 'Second Honeymoon' atau berbulan madu kali kedua yang membantu mengatasi masalah keretakan rumah tangga. "Berdasarkan maklumat dan kerjasama dari kerajaan Terengganu, kita juga turut mengadakan program berbulan madu kali kedua ini untuk menambah baik hubungan kekeluargaan dan kita ingin perluaskannya melalui LPPKN. "Melihatkan kepada keperluan kaum lelaki juga, kita harap dapat memperluaskan projek ini ke seluruh 49 KNS di seluruh negara selain kepada 15 klinik secara 'mobile' selepas melihat sambutan projek rintis ini. "Jadi, kepada kaum lelaki, jangan malu dan segan untuk berkongsi dalam usaha menyelesaikan masalah. Untuk membina keluarga bahagia, ia memerlukan kerjasama seluruh ahli keluarga," katanya.      
19 Jun 22
513