Artikel "Kebajikan" Terkini
YPU Salur RM250,000 Bantu Peniaga Bazar Ramadan
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menyampaikan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadhan (SPBAR) bernilai RM250,000 bagi meneruskan agenda meringankan beban usahawan-usahawan Terengganu untuk membuka perniagaan di bulan Ramadan.
23 Mar 23
52
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
236
Delegasi Terengganu Ke Turkiye Bawa Sumbangan RM1.3 Juta
KUALA NERUS, 17 Mac - Delegasi Kerajaan negeri bertolak ke Turkiye pada semalam bagi menyampaikan sumbangan lebih RM1.3 juta kepada mangsa gempa bumi di negara terbabit dan Syria.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kutipan melalui Tabung Terengganu For Turkiye itu amat bermakna sebagai solidariti kerajaan terhadap nasib yang menimpa rakyat di dua buah negara tersebut.
"Alhamdulillah selama sebulan tabung ini telah digerakkan ke seluruh daerah, hasil ini berjaya dikumpulkan melalui agensi, Jabatan, masjid-masjid dan juga NGO di bawah PASrelief.
"Saya mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya memperolehi jumlah bantuan yang agak besar untuk membantu rakyat Turkiye.
"Melalui sumbangan ini kita akan menyampaikan bantuan berupa pek makanan sebagai persediaan menyambut Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, menyediakan dapur rakyat serta yang paling utama sekali akan menyumbangkan kontena bagi dijadikan rumah tumpangan sementara kepada mangsa gempa bumi di sana," ujarnya.
Beliau yang mengetuai rombongan Kerajaan negeri, berkata demikian ketika berucap pada Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Turkiye, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Turut menyertai rombongan berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Nor dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Mohd Soud Said.
Mengulas lanjut Wan Sukairi berkata, rombongan berkenaan akan berada di sana selama empat malam bagi menjayakan misi bantuan tersebut.
"Doakan kejayaan untuk misi pada kali ini, di atas sumbangan yang diberikan ini Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang selama ini tanpa henti menghulurkan sumbangan.
"Di sini saya ingin turut memaklumkan bantuan ke Syria akan turut disampaikan melalui sempadan antara Negara Turkiye dan Syria," ujarnya lagi.
17 Mar 23
252
Darul Barakah Jadi Pilihan Utama Pemulihan Dadah
Pusat Pemulihan Dadah Holistik yang dilaksanakan kerajaan negeri semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat untuk memulihkan penagih-penagih dadah di Terengganu.
16 Mar 23
243
Pendaftaran Lesen Motosikal Percuma Dibuka
Pendaftaran permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) akan dibuka pada 6 Mac ini.
06 Mar 23
382
Edar Stokin Percuma Galak Wanita Tutup Aurat
BESUT, 27 Februari - Inisiatif Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Wanita Kebajikan Nur Insani (Nisa') mengedarkan stokin percuma di Pasar Malam Kampung Raja sempena kempen Terengganu Hijab Day adalah untuk menggalakkan kaum wanita menutup aurat.
Ketua Nisa' Kawasan Besut, Nor Rafidah Razak berkata, program dikelola Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu itu dijayakan di peringkat daerah bagi meneruskan gelombang Terengganu Hijab Day.
Katanya, ia juga bagi memastikan rakyat di bawah merasai impak program tersebut.
Edaran stokin dan risalah.
"Sebenarnya program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha dakwah untuk mendekati masyarakat dan menggalakkan masyarakat umum khususnya kaum wanita untuk bertudung dan menutup aurat dengan lebih sempurna mengikut syariat islam.
"Pemakaian hijab ini bukan hanya untuk wanita yang faham agama sahaja, tapi adalah kewajipan bagi setiap wanita yang mengaku dirinya muslim," jelasnya.
Beliau beliau berkata demikian selepas selesai membuat edaran stokin dan risalah di Tapak Pasar Malam Kampung Raja semalam.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, Terengganu Hijab Day yang telah memasuki tahun kelima penganjurannya adalah usaha berterusan dalam memperkenalkan pakaian mengikut syariat sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam.
"Bagi memastikan pakaian menutup aurat dan berhijab dengan tepat mesti melabuhkan sehingga ke bawah paras dada, yang ini kita beri didikan dari semasa ke semasa, apatah lagi wanita muda hari ini suka bergaya mengikut fesyen masing-masing.
"Jadi kita cuba kemukakan, bahawa inilah pakaian yang sebenar mengikut etika patuh syariah," ujarnya lagi.
27 Feb 23
706
Pesakit Strok Tak Sangka Cepat Dapat Bantuan
KUALA TERENGGANU, 8 Februari – Seorang pesakit strok, Khadijah Kassim, 74, di Kampung Batu Buruk tidak menyangka akan menerima bantuan katil daripada kerajaan negeri.
Menurut anaknya, Salbiyana Ismail, 57, dia cukup terkejut kerana mendapat bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk dengan mudah dan cepat.
“Alhamdulillah, saya tidak sangka mudah sahaja untuk dapat bantuan katil ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak ADUN Batu Buruk, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atas bantuan ini,” kata Salbiyana ketika menerima serahan katil ini.
Katil pesakit tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Khas ADUN Batu Buruk, Mohd Izzat Abdullah di kediaman pesakit, hari ini.
Sementara itu, Muhammad Khalil turut mendoakan semoga Khadijah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Pegawai PKM sedang menunjukkan cara mengendalikan katil pesakit kepada Salbiyana
08 Feb 23
465
Lega Tanah Dirampas Dikembalikan Semula
Lima tahun penantian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun terlerai hari ini apabila 96 peserta terakhir tanah terkilan di DUN terbabit menerima geran tanah mereka.
01 Feb 23
237
'Kerajaan Tak Wajar Salahkan Rakyat'
Rakyat di negeri ini mahu kerajaan Persekutuan bekerja dan tidak hanya bercakap kosong bagi mengurangkan bebanan mereka berkaitan harga barangan.
30 Jan 23
144
ACP Tuan Suffian Ungguli Kategori VIP Kejohanan Kuda Lasak PDRM
ACP Tuan Suffian Sulaiman, penunggang pasukan Kelab Sukan Berkuda Polis Terengganu, mengungguli pencabar lain untuk menjuarai kategori 15 KM (VIP) Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023 apabila mencatat masa 58 minit 14 saat.
30 Jan 23
278