lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Setiu Wetlands Bakal Jadi Produk Pelancongan Terkenal
Setiu Wetlands Bakal Jadi Produk Pelancongan Terkenal
Setiu Wetlands bakal menjadi produk Pelancongan terkenal di negeri ini dengan pelbagai pengisian yang menggambarkan tradisi budaya dan gaya hidup tradisional.
18 Jul 23
191
Hospital KMI Keenam Dibina di Kemaman
Hospital KMI Keenam Dibina di Kemaman
Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare atau KMI) bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) akan membina hospital keenam milik syarikat itu di daerah ini.
18 Jul 23
264
Kajian Buktikan Pentadbiran Kerajaan Negeri Berjaya
Kajian Buktikan Pentadbiran Kerajaan Negeri Berjaya
Kejayaan kerajaan negeri telah dibuktikan melalui kajian yang dihasilkan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dan beberapa penyelidik yang lain.
26 Jun 23
73
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Khairulanwar Cemerlang SPM
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Khairulanwar Cemerlang SPM
Seorang pelajar yang mengalami masalah penglihatan membuktikan kekurangan dirinya bukan halangan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
12 Jun 23
46
512 Keluarga di Kota Putera Terima Bantuan Banjir RM512 Ribu
512 Keluarga di Kota Putera Terima Bantuan Banjir RM512 Ribu
KUALA TERENGGANU, 31 Mei - Seramai 512 Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera yang menjadi mangsa banjir mengukirkan senyuman apabila menerima bantuan RM512,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini berkata wang ehsan itu membabitkan mangsa yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Alhamdulillah semalam, jam 2.30 petang telah diadakan program sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Merdeka Kota Putera Square seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini. "Dalam program Himpunan Teguh Pertahan, Menteri Besar sudah berjanji untuk membayar kepada warga Besut sebelum berkakhir Mei yang membabitkan 5,391 KIR secara keseluruhan," ujarnya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini. Dalam pada itu katanya, mangsa yang tercicir untuk mendapatkan bantuan terbabit diminta tampil dan memaklumkan perkara terbabit kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan segera. "Tindakan seterusnya akan dilakukan secepat mungkin insya-Allah, kami dari kerajaan negeri akan terus komited dalam memastikan nasib rakyat Terengganyu sentiasa terjaga. "Diharap supaya terus bersabar dan pihak kerajaan sedaya upaya akan ikhtiarkan untuk memastikan semua mangsa banjir menerima bayaran tersebut," katanya. Sementara itu, mengenai bantuan daripada Kerajaan Persekutuan Nurkhuzaini memaklumkan setakat ini tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan.
31 May 23
168
AUT PEMANGKIN SEMANGAT USAHAWAN TERUS BERKEMBANG
AUT PEMANGKIN SEMANGAT USAHAWAN TERUS BERKEMBANG
Penganjuran Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) menjadi pemangkin semangat untuk golongan berkenaan terus berkembang maju dalam sektor terbabit.
17 May 23
199
Sultan Mizan Cemar Duli Pecah Tanah Projek Silika
Sultan Mizan Cemar Duli Pecah Tanah Projek Silika
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Pecah Tanah Projek Cristobalite dan Ultra Purity Industrial Silica Trg Silica (Marang) di sini semalam
17 May 23
135
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
Seramai 5,391 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini akan menerima bantuan banjir daripada kerajaan negeri sebelum berakhir Mei, ujar Menteri Besar Terengganu.
17 May 23
260
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
BESUT, 12 Mei -  Seramai 5,391 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini akan menerima bantuan banjir daripada kerajaan negeri sebelum berakhir Mei, ujar Menteri Besar Terengganu. Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mangsa banjir berkenaan akan menerima RM1,000 sebagaimana dijanjikan sebelum ini. "Saya nak umumkan pemberian bantuan banjir kepada 5,391 KIR yang pada ketika banjir hari itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Besut. "(Membabitkan) Hulu Besut 2,364 (KIR), Jertih ada 1,187, Jabi 664, Kota Putera 613 serta Kuala Besut 563. "Insya-Allah kita akan bayar sebelum habis bulan ini, sebelum ini ramai yang tertanya jadi kita beri komitmen untuk melunaskannnya pembayaran ini setelah dilakukan sedikit proses,' ujarnya. Beliau berkata demikian ketika beucap pada Perasmian Himpunan Teguh Pertahan Kawasan Besut, di Dataran Jertih, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata tempat agihan bantuan berkenaan akan ditentukan kemudian dalam masa terdekat. "Terima kasih kerana semua sabar menunggu walaupun saya dengar ada yang sedih, tertanya bila hendak menerimanya, tak apalah kesabaran tuan-tuan terjawab pada malam ini. "Semoga ini menjadi ubat kepada yang datang ke dalam program Teguh Pertahan pada malam ini," ujarnya.
12 May 23
338
600 Terima Manfaat Kad Sejahtera di Permaisuri
600 Terima Manfaat Kad Sejahtera di Permaisuri
SETIU, 12 Mac : 600 orang penerima Kad Sejahtera peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri bakal terima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan. Pegawai Penyelaras, Zul Bhari A Rahman berkata, penerima Kad Sejahtera yang terpilih menerima inisiatif ini adalah mereka yang bertuah dan sebaiknya dimanfaatkan semaksima mungkin. "Alhamdulillah, hasil usaha pimpinan kerajaan hari ini memikirkan usaha yang terbaik bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat melalui pembiayaan rawatan kesihatan,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penyerahan dan Taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom semalam. Sebanyak RM 500 diperuntukkan setahun dengan 13 jenis rawatan asas dan pembedahan kecil melalui klinik panel yang terpilih bagi tujuan tuntutan rawatan. Kad Sejahtera adalah manifesto yang ditawarkan oleh PAS Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan telah berjaya ditunaikan. Rata-rata ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas inisiatif yang baik ini dan berharap usaha ini diteruskan pada masa akan datang.  
12 Apr 23
269