Artikel "Kebajikan" Terkini
 
                        
                                            
                            17 Rumah Terkena Ribut Dibaik Pulih
                        
                        
                            MARANG, 28 Disember - Sebanyak 17 buah rumah di Kampung Jambu Bongkok, Marang yang dilanda ribut ahad lepas kini sedang dalam proses pembaikan sejak semalam.
Dalam kejadian ribut itu, penduduk kampung yang terperangkap terkejut apabila angin kuat tiba-tiba melanda hingga menerbangkan bumbung rumah.
Azmi Abd Rahman Timbalan Pengerusi JPKK Jambu Bongkok Pantai
Timbalan Pengerusi JPKK Jambu Bongkok Panti, Azmi Abd Rahman berkata, angin kuat tiba-tiba melanda kampungnya sekitar jam 3 pagi dan ia mendatangkan kerugian kepada mangsa.
"Bencana angin kuat ini berlaku dengan tiba-tiba kira-kira jam 3 pagi dan menjejaskan bumbung di sebanyak 17 buah rumah selepas angin kedua yang datang secara berpanjang bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang.
"Sekarang kami sedang berusaha untuk memasang bumbung rumah mereka dengan seberapa segera," Jelasnya ketika dihubungi hari ini. 
Sementara itu, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, merakamkan ucapan dukacita kepada semua mamgsa dan menyuarakan rasa syukur kepada semua yang terlibat dalam usaha pemulihan.
"Terima kasih buat semua yang terlibat, JPKK, pemuda, dan komuniti setempat yang berusaha untuk menyiapkan pembaikian ini. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan," katanya.
Sulaiman Sulong.
Usaha pembaikan ini dilihat sebagai langkah positif dalam memulihkan kehidupan penduduk yang terjejas.
Pembaikan bumbung rumah-rumah tersebut dijangka dapat diselesaikan dengan cepat demi memastikan kestabilan hidup komuniti yang terjejas.
 
                        
                        
                                28 Dec 23
            
                    
                                158
            
             
                        
                                            
                            Kes Covid-19 Yang Mendadak, Kerajaan Tidak Laksana PKP
                        
                        
                            PUTRAJAYA, 18 Disember - Malaysia kini sedang mengalami peningkatan kes Covid-19 yang mendadak namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap situasi ini dapat diatasi tanpa diadakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkuatkan Pelan Pengurusan Covid melalui lima strategi yang berkaitan.
"Pertama, melibatkan pengesanan awal kes Covid-19 dan variasi melalui High Alert System (HIS).
“Kedua, pemantauan sentinal di seluruh negara. Ketiga, pemantauan persekitaran i-kumbahan dan pintu masuk antarabangsa.
“Selanjutnya, kita memperkasakan komuniti melalui amalan Test Report Isolate Inform Seek (TRIIS)," katanya dalam sidang media petang tadi.
Walaupun mengakui cabaran ketika ini, Menteri Kesihatan menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk bertindak dengan cergas dan menyeluruh bagi mengekalkan kawalan ke atas penularan virus. 
Beliau menyeru rakyat untuk terus patuh kepada SOP yang telah ditetapkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan kesihatan.
                        
                        
                                18 Dec 23
            
                    
                                90
            
             
                        
                                            
                            Walau Royalti Disekat, Kebajikan Rakyat Tetap Jadi Keutamaan
                        
                        
                            MARANG, 12 Disember - Kebajikan rakyat akan tetap menjadi keutamaan walaupun kewangan negeri terbatas dan royalti petroleum milik Terengganu masih dinafikan.
ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dengan tegas menyatakan komitmen untuk berlaku adil selama masih diberi amanah oleh rakyat.
"Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah saya cuba lakukan yang terbaik dan berlaku adil tanpa mengira warna politik, bangsa dan agama.
"Situasi kewangan Terengganu masih menunggu royalti petroleum sebanyak lebih RM1 bilion lagi.
"Meskipun dihadapkan dengan cabaran kekangan kewangan kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan," jelasnya di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Dewan Komuniti Bukit Parit.
Sulaiman membangkitkan kesedaran akan kepentingan prinsip adil dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Dalam tumpuan yang lain beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua 25 orang pelajar dan pihak yang menyumbang. 
 
                        
                        
                                12 Dec 23
            
                    
                                134
            
             
                        
                                            
                            Tragedi Tanah Runtuh Dapat Perhatian Wakil Rakyat
                        
                        
                            MARANG, 22 November - Kejadian tanah runtuh berhampiran rumah Abang Mat Jahit di Kampung Gondang mendapat perhatian ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
Sulaiman berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera untuk menangani masalah tersebut.
"Bagi memastikan keselamatan mangsa dan keluarga terjamin, saya telah menghubungi agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan teknikal bagi menilai dan menangani isu tanah runtuh ini.
"Keselamatan Abang Mat adalah keutamaan kami. Kami akan mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan keselamatan mereka sekeluarga," kata Sulaiman ketika melawat keluarga terbabit hari ini.
Dalam pada itu, Mat Jahit menzahirkan rasa lega dan berterima kasih kerana Sulaiman memberikan perhatian serta tindakan segera terhadap masalah yang dihadapinya.
"Saya sangat bersyukur kerana Ustaz Sulaiman mengambil tindakan segera. Ini memberi kami keyakinan bahawa masalah ini akan ditangani dengan berkesan," ujarnya.
Sulaiman memberi komitmen untuk terus memantau perkembangan dan memberikan bantuan yang diperlukan bagi menangani isu tanah runtuh ini.
Beliau juga mengingatkan penduduk setempat untuk sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi situasi yang mungkin timbul selagi proses penilaian dan penanganan sedang berjalan.
 
                        
                        
                                23 Nov 23
            
                    
                                117
            
             
                        
                                                    
                            Sasar Kutip RM1 Juta Tabung #Aid4Palestine 2.0
                        
                        
                            Kerajaan Terengganu melancarkan Tabung Sumbangan Terengganu Buat Palestin #Aid4Palestine 2.0: Taufan Al Aqsa, untuk rakyat negeri ini menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.
                        
                        
                                26 Oct 23
            
                    
                                150
            
             
                        
                                                    
                            T-Fight Buat Jualan Amal Bantu Rakyat Palestin
                        
                        
                            Persatuan Muay Thai Terengganu dengan kerjasama Terengganu Fight Festival (T-Fight) menganjurkan program menjual sambil menderma bagi membantu rakyat Palestin yang terlibat dengan tragedi serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak Sabtu lalu.
                        
                        
                                18 Oct 23
            
                    
                                190
            
             
                        
                                                    
                            Dana Khas Petroleum : 'Yang Didera Adalah Rakyat'
                        
                        
                            Dana Khas Petroleum : 'Yang Didera Adalah Rakyat'
                        
                        
                                04 Oct 23
            
                    
                                96
            
             
                        
                                                    
                            Terengganu Naikkan Bantuan Bulanan Asnaf
                        
                        
                            Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menaikkan kadar bantuan bulanan bagi golongan asnaf daripada RM300 kepada RM500.
                        
                        
                                02 Oct 23
            
                    
                                266
            
             
                        
                                                    
                            59 Bayi Permata Maulidur Rasul Lahir di Terengganu
                        
                        
                            Seramai 59 bayi Maulidur Rasul dilahirkan di negeri ini, membabitkan masing-masing 32 bayi lelaki dan 27 perempuan dengan kelahiran pertama bayi perempuan seberat 3.4 kilogram.
                        
                        
                                01 Oct 23
            
                    
                                111
            
             
                        
                                                    
                            Lebih 70 Peratus Koperasi Di Terengganu Aktif
                        
                        
                            Lebih 70 peratus atau 679 daripada 970 koperasi yang berdaftar di Terengganu bergerak aktif dan menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan gerakan koperasi negeri
                        
                        
                                25 Sep 23
            
                    
                                104
            
             
                